Imam Bukhari tatkala ditanya tentang isu Khidir masih hidup ini, beliau menolak pendapat yang mendakwa dia masih hidup dengan katanya: Bagaimana dia boleh dikatakan hidup sedangkan nabi SAW telah bersabda:
لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد
100 tahun mendatang, tidak akan ada di atas muka bumi orang yang masih hidup sekarang!
Al-Quran sendiri menegaskan:
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ} (الأنبياء:34).
"Kami (Allah) tidak pernah jadikan manusia sebelummu (Muhamamd) kekal. Apakah kalau kau mati maka mereka itu akan kekal??"
Imam ibn Taimiyyah berdalilkan doa yang dipanjatkan nabi semasa Perang Badar:
اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض
"Ya Allah, jika Engkau binasakan kumpulan ini (tentera badar) maka sesungguhnya Engkau tidak akan lagi disembah di bumi"
Jika ada Khidir, maka Allah akan masih terus disembah di bumi sekalipun mati semua pasukan Badar. Jika ada Khidir, dia wajib datang bergabung dengan nabi SAW dalam perang Badar, berperang membela Islam.