RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label PAS punya cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS punya cerita. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2016

MAKA BENARLAH PENDIRIAN SALEHUDIN AYUB

Ketika diminta komen tentang huluran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Salehudin Ayub seakan tidak berselera untuk mengulasnya, manakala orang lain terloncat-loncat gembira. Bagi Salehudin, huluran persahabatan itu tidak mempunyai apa-apa makna selagi tuan presiden tidak bersuara.

Orang-orang seperti Salehudin dan Khalid Samad serta Mujahid Yusof Rawa pasti lebih mengenali kuasa-kuasa politik yang mencorakkan PAS dewasa ini. Maka tidak hairanlah mereka seakan-seakan tidak berapa yakin perkara ini boleh menjadi kenyataan.

Akhirnya hari ini ternyata benar telahan mereka. Para pemimpin kanan PAS memberikan kenyataan yang berbeza-beza, tetapi mafhumnya tetap sama, mereka tidakpun bersedia untuk melaksanakan apa yang TITM utarakan. Kalau bersediapun mesti mengikut acuan mereka.

Maka berhentilah mengharapkan "bulan jatuh ke riba"

Rabu, 8 Jun 2016

INILAH WAJAH USTAZ YANG TIADA AKHLAK MEMPERMAINKAN NAMA AYAH ORANG LAIN!


Dengan bertopengkan busana seorang ulamak belum tentu anda mempunya akhlak seorang ulamak. Puak-puak ni aku kenal sangat dengan feel, tingkah laku dan akhlak mereka... tapi tak perlulah kita ikut perangai mereka, atau perangai pemimpin parti mereka

Mempermainkan nama ayah orang lain, apatah lagi orang itu telahpun meninggal dunia, bukanlah akhlak seorang Islam, jauh sekalilah nak dikaitkan dengan ulamak!

Inilah rupa seorang yang tidak berakhlak yang sanggup menghina nama ayah orang lain, Mohamad bin Sabu dipanggilnya Mat Sabun..... alahai PAS.....

Ahad, 31 Januari 2016

PENDEDAHAN CERITA DI SEBALIK TABIR AGENDA HUDUD PAS OLEH HUSAM MUSA

PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.

Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.

Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.

Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.

Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.

“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.

“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015)

“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujar beliau.

Selasa, 19 Januari 2016

AWAS TANTAWI! PUTAR BELIT LAGI, BERTEMU LAGI DI MAHKAMAH

Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:- 

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Isnin, 18 Januari 2016

NIK ABDUH BANGGA DENGAN TANTAWI!

Tahniah saya ucapkan kepada YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di atas ketegasan mempertahankan artikelnya yang telah mengherat beliau ke mahkamah berhadapan saman oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

YB Ustaz Nasrudin bertegas tidak memohon maaf dan tidak akan menarik balik artikelnya yang mengkritik keras ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tahniah juga diucapkan di atas penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak yang bersedia tidak memanjangkan isu ini. 

Untuk penyelesaian itu, YB Ustaz bersetuju menarik balik beberapa butiran daripada artikelnya yang menimbulkan salah faham.

Semoga YB ustaz terus memimpin umat mendaulatkan Islam di negara tercinta. Saya bangga bersahabat lama dengan beliau di jalan Allah.

YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia -HARAKAHDAILY 18/1/2016

TANTAWI PUNYA CERITA, KITA RENUNGKANLAH SENDIRI


Aku tak mau komen apa-apa tentang ulamak besar PAS ni... Berjawatan Ketua Penerangan pasti yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud!

Kalau mengikut hukum hudud fitnah orang tu apa hukumannya agaknya ye?

Aku teringat kisah masa zaman budak-budak dulu kat kampong. Kawan-kawan ajak curi buah mangga kat kebun Cina. Dia orang boleh buat fatwa sendiri, tak berdosa curi dari orang Cina sebab dia bukan Islam!

Takkan yang serban besar ni pun nak ikut 'fatwa' budak-budah tu kot?

Ahad, 17 Januari 2016

KALAU ROSMAH AJAK CERAMAH BANTAH NAJIB PUN SAYA DATANG, INIKAN PULAK AMANAH - RAFIZI RAMLI

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas. 

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat. 

"Jika Rosmah ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati. 

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. 

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat. 

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar. 

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

 "Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini. 

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu. Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR. 

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan. 

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. 

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu. 

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14. 

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno. Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. – 17 Januari, 2016. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-sertai-majlis-amanah-tak-hirau-bantahan-rasmi-pas-kata-rafizi#sthash.PPA7slu2.dpuf


Sabtu, 16 Januari 2016

SIKAP DOUBLE STANDARD DUA PEMIMPIN PAS, DIA JER YANG BOLEH BUAT!

BACA DUA BERITA DIBAWAH INI, DAN NILAI SENDIRI SIKAP DUA ORANG ULAMAK INI.

DIA BUAT SEMUA BOLEH. DIA BEBAS BERKAWAN DENGAN SIAPA SAJA. KALAU ORANG LAIN MESTI IKUT CAKAP DIA KALAU NAK BERKAWAN DENGAN ORANG LAIN!

PAS berhak jalin kerjasama demi syiar Islam, kata Hadi 


PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini. Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk “Politik Terkini & Hala Tuju PAS” di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di Kuala Nerus, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Nor Hamzah. 

Kata Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman. "Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut. 

"Dengan urusan diplomatik itu, saya berjumpa dengan para pemimpin puak-puak bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian. Maknanya pada masa itu kita (PAS) jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno," katanya. 

Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa. "Antaranya saya beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama. 

"Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh. "Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh," jelasnya. – Bernama, 16 Januari, 2016.

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas


PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa. "(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor. [ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas]

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah. Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya. "Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Jumaat, 15 Januari 2016

PAS JANGAN JADI BANGANG, PKR TIDAK TERTAKLUK KEPADA PENDIRIAN PAS!


PAS berkawan dengan UMNO, UMNO tu musuh PKR, PAS kata dia penasihat, dia berpegang cara berpolitik baru. Dia kata dia masih bertahaluf siyasi dengan PKR, tapi dalam masa yang sama dia berkawan dengan UMNO! Semuanya boleh sebab mereka tok lebai, mereka ada nas dan hujah!

Bila PKR hadiri program AMANAH di Kelantan, PAS marah dan hantar surat kepada PKR! Oi bangang! PKR tu adalah rakan AMANAH dalam gabungan Pakatan Harapan, memang seharusnya dia menghadirkan diri tanda setiakawan. Bukan macam kau, kau kawan makan kawan!

Kau keluar pekeliling melarang ahli PAS terlibat dengan program AMANAH, ahli PKR bukan ahli kau, bebal! Kali ni aku memang betul-betul marah!

Ahad, 10 Januari 2016

PAS SAHKAN MUSUH MEREKA BUKAN LAGI UMNO, TAPI AMANAH DAN DAP!

Pas hari ini menggariskan tiga larangan berkaitan keterlibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, larangan tersebut diputuskan oleh Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Menurut Takiyuddin, larangan pertama merupakan larangan penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian, memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

“Ahli-ahli Pas perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program atau aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain.

“Secara umumnya ahli-ahli Pas diingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, penyertaan atau penglibatan dalam program Amanah dan DAP adalah larangan tanpa kompromi. Menurut Takiyuddin lagi, keputusan tersebut dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan dan arahan parti. #sumber

YANG NI ZUHDI TAK MAU KOMEN KE?



PENDAPAT ZUHDI PAS MEMANG BETUL!

Di antara intipati kandungan dokumen yang ditandatangi tiga parti yang bergabung di bawah panji-panji PAKATAN HARAPAN, iaitu PKR, DAP dan AMANAH, ialah tidak lagi berpegang kepada prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju". Dengan kata lain setiap keputusan mestilah dipersetujui secara konsensus.

Maka dengan penuh pesimis maka bermadahlah beliau ini:

Anggota jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki menempelak keputusan Pakatan Harapan untuk tidak lagi menerima dasar 'bersetuju untuk tidak bersetuju' kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

"Setiap manusia ada perbezaan pandangan masing-masing dan konsep Pakatan Harapan untuk 'unity in everything' (sepakat dalam setiap perkara) adalah sangat mustahil," katanya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau ini jika Pakatan Harapan turut dianggotai oleh parti yang bongkak, sombong, pentingkan diri sendiri, khianati kawan sendiri (bertanding pilihanraya di tempat kawan lain contohnya), suka buat keputusan sendiri, maka memang mustahil lah dasar ini akan berjaya!

Khamis, 24 Disember 2015

ISKANDAR, BUKAN SALAH ORANG LAIN, TAPI PEMIMPIN KAMU YANG KLUK-KLEK!

Seperti biasa para pemimpin PAS akan cuba 'mengcover' tindakan salah yang dilakukan oleh para pemimpin yang lain. Macam Najib katalah, You help me, I help you!

Wahai Iskandar kalau bukan kerana pemimpin seperti Haji Hadi, Cikgu Pa, Takiyuddin, Nik Abduh, yang baru muncul Zuhdi dan yang sefikrah dengan mereka, para pemimpin UMNO dan media penjilat takkan boleh nak putar belit.

Kerana pemimpin 'gatai pungkoq' inilah yang membolehkan UMNO bernafas kembali dari sesak nafas akibat pelbagai isu.

Nak kata mereka bangang terasa kasar, tapi mereka memang bangang!

Hati-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas -Iskandar Samad


Ahli Pas digesa berhati-hati terhadap usaha cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar A Samad, berkata perkembangan baru dalam senario politik negara membentuk perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, Presiden Pas hanya menghadiri Multaqa Alcazar, tetapi ada pihak yang menjadikannya seolah-olah mereka sudah pun berada `sekapal’ dengan Umno.

“Mereka menjadikannya dilihat seolah-olah kami sudah bersama Umno dan kami mahu menubuhkan kerajaan perpaduan bersama mereka.

“Pemimpin Umno menjadikannya kelihatan seperti mereka sudah cuba mencadangkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, media yang menjadi musuh Pas selama ini menjadikannya sebagai isu utama mereka.

“Mereka membuatkannya kelihatan seperti kedua-dua parti ketika ini sedang membuat pelbagai rancangan.

“Mereka mendakwa ada dua kumpuan, satu yang mengokong kerjasama dengan Umno dan satu lagi yang menentang.

“Ini yang diperkatakan supaya ahli Pas bergaduh sesama sendiri.”

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Pas supaya berhati-hati dengan taktik berkenaan.

“Hati-hati dengan tindakan politik oleh Umno kerana mungkin ada motif tersembunyi di sebaliknya.”  TRPost