Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Friday, 14 February 2025

Jalan-Jalan Sehari Bersama Family Explore Tempat Menarik Di Bandar Raub

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Outstation Ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh 4M3H

Tiga entry sebelum ini yang aku update menggunakan handphone ketika berada di Raub - Kuala Lipis - Temerloh atas urusan kerja. Alhamdulillah safely arrived at home after beberapa hari yang panjang. Apa pun syukur anak-anak semua enjoy ikut pergi outstation bersama. 

Kalau tanya apa yang best mesti the kids akan kata "Tidur Hotel". Ntah tak tahu apa yang best sangat tidur hotel hahaha. Sebab tu kadang-kadang mencari juga hotel yang ada swimming pool dan yang ada buffet breakfast supaya the kids enjoy. Tapi biasanya kalau ada tu mesti over dari allocate budget.

Kilometer 0 Bandar Raub terletak di hadapan Pejabat Pos Bandar Raub.
Antara yang menarik di Raub - Taman Tasik, Lorong Dato' Abdullah, Menara Jam dan KM 0.
Tak lama kami singgah di Bandar Raub cuma sehari semalam sahaja dan untuk penginapan boleh baca review aku di sini Hotel Agro Raub - My Experience 1 Night Review. Buat kerja hanya 2 jam sahaja di Raub selebihnya kita gunakan masa untuk berjalan-jalan bersama the kids explore Bandar Raub.

Pukul 6.00 petang ke atas kebanyakan kedai dah mula nak tutup pintu hanya yang besar sahaja akan dibuka sehingga jam 9-10.00 malam. After 8.00 petang tu memang jalan agak kosong dan kedai makan pun boleh kira ada dalam 10 buah kedai sahaja yang buka untuk makan malam. If Weekend mungkin meriah lagi.

Bangunan Majlis Daerah Raub berhadapan Dataran Raub.
Untuk pertama kalinya nak explore sebab selama ini sekadar pass by dan paling tidak pernah sekali dua sahaja berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan. Tapi semenjak highway baru siap rasanya dah 2 tahun lebih juga tak lalu Bandar Raub ini.

Terminal Bas Raub. Teringat zaman duduk asrama naik bas balik cuti.
Petang selepas check in aku terus memandu ke arah area Terminal Bas Raub. Dan terjumpa Kedai Kek Seringgit. Macam menarik maka kami pun singgah tapi disebabkan dah lewat petang banyak kek, pastries dan kuih yang dah habis. Dapat la juga beli beberapa item yang masih berbaki. Alhamdulillah sedap. Boleh la if nak try kalau singgah di Raub.

Kedai Kek Seringgit berdekatan dengan Terminal Bas Raub.
Dah lewat petang banyak yang habis. Kalau pagi penuh makanan di rak.
Dapat juga membeli 12 jenis kuih dan kek yang masih berbaki.
Kami ke Dataran Raub untuk melihat keadaan persekitaran dan bawa kids jalan-jalan sekejap. Sebab plan biarlah sampai malam dan kemudian baru la balik ke hotel dan tak perlulah nak keluar lagi untuk makan malam. 

Bersebelahan dengan Dataran Raub ada Masjid Tengku Abu Bakar yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 90an ketika aku masih kanak-kanak dulu, arwah ayah selalu berhenti solat di sini dalam perjalanan naik ke Cameroon Highland. Memang banyak kenangan dengan arwah ayah di sini.

Masjid Tengku Abu Bakar Raub atau dikenali dengan nama Majis Daerah Raub.
At this moment bukan Musim Durian maka tiada peluang untuk kami menjamu Musing King di sini. Di waktu malam suasana lampu-lampu yang meriah menghiasi Bandar Raub namun agak lengang. Mungkin bukan malam weekend. Sebab perasan di siang hari tadi agak riuh dengan kenderaan dan orang ramai.

Makan malam di Restoran Rokiah Sate.
The kids dah kelaparan - Alhamdulillah sedap juga masakan di sini. 
Kita try Sate Itik. Sate Ikan Talapia dan Burung Unta out of stock.
Kami makan malam di Restoran Rokiah Sate dan pilihan dibuat sebab paling mudah nak parking kereta. Apa pun syukur alhamdulillah masakan panas di sini sedap Tomyam Ayam, Daging Masak Merah, Kangkung Goreng Biasa, Telur Dadar dan Nasi Putih. Untuk sate kami pilih Sate Ayam, Sate Daging Tenderlian dan Sate Itik. 

Mango Shake Padu terletak di hadapan Masjid Tengku Abu Bakar.
Cuaca tengah panas petang-petang ni. Jom pekena Mango Shake Padu ni.
Selepas solat asar di Masjid Tengku Abu Bakar terlihat seperti ada deretan kedai makan di bahagian luar pagar pintu masuk masjid. Tapi banyak kedai kelihatan telah ditutup sebab rata-rata menjual makanan berlauk untuk tengah hari dan sebahagian dibuka untuk bersarapan sahaja.

Yang masih dibuka dihujung waktu petang ini salah satunya adalah Mango Shake Padu ini. Dari Air Mango biasa, blended, topping aiskrim pun boleh. Layan juga sebab waktu petang ni pun panas. Dan di waktu malam hanya satu kedai sahaja yang buka menjual masakan panas.

Bersarapan di Kedai Makan Bob - Jalan Lipis, Kg Gali Hilir, 27600 Raub.
Keesokan pagi kami check out awal sebelum pukul 9.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Di perjalanan terjumpa kedai makan sarapan pagi ini di tepi jalan di salah sebuah kampung. Ketika kami sampai hampir pukul 10.00 pagi banyak makanan yang telah habis termasuklah roti canai sold out hahaha.

Teh Tarik, Teh O Ais, Roti Jala, Nasi Lemak, Lontong dan kuih muih menjadi menu sarapan pagi kami. Seronok bersarapan di area kampung macam ni. Makanan sedap dan suasana yang tiba-tiba dengan ayam berkokok. Si Affan dengan Afnan boleh pulak kejar nak tangkap ayam. Habis ditegur dengan seorang pakcik "Kejor la, kat bandar tak jumpa ayam hidup kan". :D

Wednesday, 12 February 2025

Pertama Kali Berjumpa Dengan Sultan Pahang Tunku Abdullah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masih lagi sibuk dengan kerja sampaikan tak tersentuh langsung blog ini. Mencabar sungguh kerja di bulan ini. Belum lagi cerita penat nak siapkan kelengkapan anak-anak nak mulakan sesi baru persekolahan minggu depan.

Apa pun moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberi izin untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan datang dengan penuh bersemangat mengerjakan ibadah - Insyallah. Okay done sesi meluahkan perasaan.

Bersama dengan salah seorang ahli rombongan Sultan Abdullah.
Orang ramai berkerumun nak bersalam dengan Tuanku :D
Di entry yang lepas aku ada cerita pasal outstation ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh. Masa kami di Kuala Lipis di satu pagi tu ketika keluar dari hotel untuk mencari sarapan. TNak djiadikan cerita rezeki terserempak dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Bergambar dengan Sultan paling sempoi berjiwa rakyat :D
Masa tu kami datang sini sebab nak breakfast di Kedai Kopi Stesyen Lama. Dan tiba-tiba terlihat rombongan Tuanku Sultan Abdullah baru sahaja selesai melawat di Station Keretapi Bersejarah Kuala Lipis. Ada yang kata Tuanku bersarapan pagi di salah satu kedai makan di situ.

Kenderaan Tuanku Abdullah Sultan Pahang di hadapan Stesyen Kereta Kuala Lipis.
Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga sebab ada beberapa orang pegawai pengiring mengarahkan kami ke depan untuk bersalam dan bergambar bersama Tuanku. Masa ni memang nervous sampai lupa nak bersalam dengan Tuanku. 

Si Kecik Afnan kata dengan pegawai pengiring tu "Cepat la.. Panas ni" (dalam bahasa pelat dia). Budak kecil memang tak tahu lah siapa sultan tu. Dan lagi tak faham kenapa la mak ayah dia berdiri tengah panas tak tahu tengah tunggu apa hahaha..

Tuesday, 4 February 2025

Outstation Ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh 4M3H

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Lama tak update blog ni. Minggu lepas sibuk bawa the kids berjalan-jalan meninjau pasir pantai. Masuk first week selepas cuti seminggu CNY, terkejut kerja bertimbun langsung tak bagi chance nak rehat di pagi monday blues. 

Melepasi Tol Gombak menuju satu jam perjalanan ke Raub.
Syukur ada highway baru dari Mempaga ke Raub. Soon highway akan sampai Lipis.

Nampak gaya minggu ni memang tak dapat la nak update apa-apa berkenaan Kazakhstan. Part 5 Almaty mungkin akan di update minggu depan. Tapi azam insyallah akan habiskan cerita Kazakhstan bulan ni jugak. Sebab bulan depan dah start puasa. 

Tak pernah lagi explore Bandar Raub ni. So kali ini kita bawa semua the kids ikut sekali ayahnya outstation sebab cuti sekolah kan. Boleh la alang alang menyelam sambil minum air hihii.

Station Bas Raub.

Update: Kami check in di Hotel Agro Raub setelah sampai jam 5.45 petang. Tak buat any booking just walk in sahaja. Dapat bilik Grand Triple Suite RM150.00 + RM3.00 Cukai Hotel Negeri Pahang. No deposit were asked. Bilik just nice lengkap dengan tv, hair dryer, kettle, water heater and 3 sachet Coffee Aik Cheong.

Lepas check in terus keluar menuju ke Bandar Raub yang terletak lebih kurang 3 km. Dari Masjid Tengku Abu Bakar ke Pejabat Pos Raub dan ke Dataran Raub. Sekali pusing Bandar bandar Raub tak smpai 5 minit. Ah sudah tak tahu nak ke mana. 

Hotel Agro Raub
Di tingkat bawah hotel ada kedai Komputer Imika.
Pusing-pusing Bandar Raub ni ternampak kedai Pakaian Hari-Hari, Sakan, ZonRia, Ten Ten dan banyak lagi. Terus wife kata jom la shopping pakaian sekolah untuk the kids sebab masih belum lagi membeli apa-apa pun. 16 Feb nanti dah nak start sekolah.

Update: Welcome to Raub - Bandar Musang King.
Kami beli baju kurung sekolah di Hari Hari sepasang baju kain RM38.00 dan kasut sekolah RM17.00 sepasang. Alhamdulillah murah kaunter siap tanya lagi ada voucher bantuan pakaian tak? Cashier kata semua pelajar di Negeri Pahang dapat. Terus kami senyum "Kami orang Selangor tak ada voucher tu".

So far okla nak jalan-jalan Bandar Raub dalam sehari semalam. Nothing much to see or to do. But nice to be here experience the culture here. Nanti aku update satu cerita penuh apa yang kami buat di sini.  Sekian 😊.

Thursday, 21 November 2024

Ad-Hoc Outstation Ke Temerloh 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Tak dapat nak sambung cerita Bali Part 10 sebab kena ke Temerloh di atas urusan kerja. Entry dah nak siap just nak kena edit dan final check huhu.. Tak apa la.. Dah alang-alang kena ke Temerloh kita bawa la The Kids sekali jalan-jalan Temerloh.

Si Abang Affan tanya kenapa tak bawa mancing sebab nampak sungai. "Ayah kerja nak" kalau bawa batang joran tapi tak boleh mancing lagi la sakit jiwa hahaha..

Cafe Kopi Tiga berdekatan dengan Hospital Temerloh. Cantik tapi makan 4/10 jer.
Tapi yang best di Kopi Tiga ini ada banyak permainan disediakan.

Semalam lunch di Cafe Kopi Tiga. Tapi agak mengecewakan sebab spaghetti Beef Bolognese dia kering dan agak salty. Coffee Latte Hazelnut extra shot add on RM3.00 pun tak rasa dan tak sedap.  Nugget yang di order dah campur Mayo dgn Cili Sos so lembik bila nak di makan huhuhu.. Pizza Beef Pepperoni dan Keropok Lekor okay sedap.

Ada menjual pastry tapi tak order sebab semua kelaparan so kita order proper food tapi agak mengecewakan. Oh ya Bebola daging dalam spaghetti pun agak liat dan tasteless huhuu.. Harap akan ada improve kualiti makanan di masa akan datang yer Kopi Tiga.

Antara sebahagian pastry yang ada di Kopi Tiga nampak nyummy :D

Malam pertama check in di Apsara Hotel. Saja check hotel berbeza untuk dua malam supaya dapat buat review hahaa. Tak ada la just nak tukar-tukar rasa sebab boleh claim kan. Nanti bila nak bercuti betul tahulah hotel mana yang best nak duduk. Betul tak? :D

Keadaan yang hujan selalu di Temerloh tak boleh nak bawa anak-anak berjalan sangat huhu. Tapi malam tadi sempat juga bawa mereka jalan-jalan di kawasan bersebelah Sungai Temerloh dan Semantan Walk.

Malam di hari weekdays agak sunyi dan tak ramai orang.
Alhamdulillah dapat beli baju dengan seluar untuk the kids.
Sempatlah beli baju dan seluar untuk The Kids masa berjalan-jalan di Semantan Walk. Tak murah tak mahal tapi okla kita tolong warga tempatan berniaga. Atiyya dengan Ateera dah besar dan dah pandai pilih tudung. Tak nak pakai tudung sarung macam makcik-makcik katanya. 

Sempat solat Asar di Masjid Baharu Temerloh bersebelahan Jambatan Temerloh.
Ruang solat utama di dalam Masjid Baharu Temerloh. 
Hotel Apsara di Bandar Temerloh. My review is 5/10.
Bilik bersih di Hotel Apsara ni cuma bilik kosong tiada coffee & tea yang disediakan. Sehinggalah keesokan hari aku bertemu dengan staff mengemas bilik dan bertanya memang tiada coffee atau tea dalam bilik ke? Dia kata ada bang maaflah saya lupa nak letak. Terus dia bagi aku segenggam teh dan gula. Coffee kami tak provide kat sini.

Lewat malam tadi lepas balik jalan-jalan. Anak-anak nak mandi tapi air slow sangat-sangat sampai tak boleh nak guna shower. Dan air panas pun macam ada tak ada. Okla first and last la check in Apsara Hotel ni. Nak try check another place to stay iaitu Big Tree Hotel a new hotel tapi bukan dalam area tengah Bandar.

Saturday, 16 March 2024

10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah sebelum kedatangan Bulan Ramadhan baru-baru ini aku bersama seisi keluarga sekali lagi ke Kuantan atas urusan kerja. Maka secara tak langsung aku bawa semua anak bersama untuk bercuti sekali alang-alang tengah cuti sekolah minggu akhir ini. Kita bagi mereka happy-happy sikit sebelum masuk sekolah.

Sumber gambar dari Pak Google
Bandar Kuantan ni boleh dikatakan sebagai bandar yang paling banyak aku pergi atas faktor kerja. Pergi seorang diri atau kadang bersama wife dan kadang-kadang the kids pun ikut sekali. Balik hari pun ada, stay satu atau dua malam dan paling lama kena stay sampai seminggu.

Jarak antara Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang lebih kurang 250km.
Okay cukuplah intro tu jom kita terus ke 10 destinasi menarik dan paling penting ia adalah percuma di Bandar Kuantan. Yang berbayar aku tak masukkan dalam list di sini korang jangan salah faham pulak tau. Dan aku boleh kategorikan Bandar Kuantan ini sebagai destinasi bajet keluarga untuk rakyat marhain B40 macam aku ni.

1. Masjid Negeri Pahang - Masjid Sultan Ahmad 1

Merupakan sebuah masjid terbesar di Negeri Pahang dan mampu memuatkan lebih 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Mempunyai 4 buah menara yag diperbuat dari marmar setinggi 180 kaki. Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan di Jalan Mahkota. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994.

Masjid Negeri Pahang - Masjdi Sultan Ahmad 1
2. Laman Menara Kuantan 188

Terletak di satu tempat yang mana orang tempatan menyebut sebagai Benteng Kuantan dan di situ juga terletaknya Menara 188 Kuantan. Sebuah taman yang cantik sesuai untuk membawa keluarga terutama yang mempunyai anak kecil. Antara tarikan utama adalah sebuah Kubah berwarna hijau yang dikelilingi oleh beberapa gerai jualan makanan dan minuman seperti aiskrim yogurt. Terdapat juga outlet Freshfarm di sini.

Laman Menara 188 Kuantan
Ice Cream Berlemok Gula Apong memang terbaik :D
Outlet Farm Fresh pun ada di sini.
3. Kuantan Art Street

Suasana lebih indah apabila anda datang berkunjung ke sini pada waktu malam. Pencahayaan yang baik membolehkan anda mengambil gambar pada setiap lukisan rural dan 3 Demensi (3D) di semua dinding yang ada di jalan belakang bangunan ini. Jalan yang dihiasi seni lukisan ini adalah sepanjang 200 meter. Telah disiapkan oleh 6 orang anak jati Pahang pada tahun 2020.

Kuantan Art Street
Lukisan Ikan Kelah adalah ikan termahal di Negeri Pahang.
4. Pantai Teluk Sisek

Kalau anda mencari pantai yang tenang dan tidak jauh dari kawasan bandar boleh la ke Pantai Teluk Sisek ini. Berpuluh kali aku ke sini memang boleh kira hanya beberapa orang sahaja yang berkunjung ke sini. Terletak berhampiran dengan Royal Pahang Golf Club dan paling menarik terdapat kewujudan "Dinosaur" kalau anda tak percaya boleh ke Zoo Teruntum bersebelahan dengan Pantai teluk Sisek ini.

Pantai Teluk Sisek yang sentiasa tenang, aman dan bersih.
Dinosaur Encounter at Teruntum Zoo.
5. Taman Gelora Kuantan di Pantai Gelora

Di sini terdapat beberapa attraction yang menarik antaranya jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, trek jogging dan berbasikal, pelbagai jenis gerai jualan makanan, terdapat night market pada setiap hari Ahad dari jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam. Amat sesuai jika datang untuk membuat aktiviti seisi keluarga. Di sini juga letaknya Masjid Tanjung Api yang indah di tepi pantai. Dan antara port mancing yang terbaik.

Cuba teka haiwan ini diperbuat dari bahan kitar semula apa?
Laman Kitar Semula di Taman Gelora.
6. Air Terjun Sekilau di Bukit Sekilau

Siapa sangka terdapat air terjun di tengah Bandar Kuantan. Dengan hanya trekking tak sampai 40 minit anda sudah boleh membasahkan kaki di air terjun. Keadaan air terjun tidaklah begitu besar tapi memang cantik. Boleh mandi tapi tak boleh la nak terjun tiruk bagai. Jika anda meneruskan trekking ke atas air terjun anda akan sampai di Trek Pokok Balau yang membolehkan anda ke sebuah lagi air terjun di Bukit Galing. 

Trek yang santai dari awal sehingga ke air terjun.
7. Telok Chempedak

Pantai Telok Chempedak ini rasanya semua orang dah sedia maklum dan terlalu sangat famous sampai wujud dalam Permainan Saidina. Sebuah kawasan peranginan pantai yang terdapat banyak kedai menjual peralatan mandi dan souvenir. Dan terdapat beberapa restoran ternama yang wajib di boikot seperti Starbuck, McDonald dan KFC. Paling menarik ada jambatan kayu bagi menyusuri tebing di hujung pantai.

Teluk Cempedak
Kawasan pantai berbatu yang amat cantik di Kuantan.
8. Pantai Anak Air

Kawasan pantai yang kurang pengujung ini terletak tak jauh dari Tanjung Lumpur. Kawasan yang juga jauh dari orang ramai namun terdapat beberapa orang peniaga dan taman permainan serta bilik mandi yang disediakan bagi membersihkan diri selepas mandi laut. Uniknya di sini kerana jika bernasib baik kita akan dapat melihat orang-orang berlatih menunggang kuda. Dan di sini juga salah satu port baik untuk memancing pantai.

Pantai yang tenang sambil layan tengok orang memancing.
Mostly yang berkuda di sini nampak macam semua perempuan jer.
9. Pantai Sepat

Sama seperti Pantai Anak Air dan tidak begitu jauh antara satu sama lain dan juga amat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga seperti picnic, memancing dan sebagainya. Terdapat sebuah pusat penginapan berdekatan iaitu Swiss-Belhotel Kuantan. Cuma istimewa di sini anda boleh join melakukan aktiviti bersama orang kampung mencari Remis di saat air laut surut. Terlalu mudah untuk mendapat sekilo dua Remis di sini tau.

Hasil mencari Remis di Pantai Sepat, Kuantan.
10. 12 Kubu Pertahanan British Perang Dunia Kedua

Okay yang ini aku letak last sebab dia agak susah sedikit. Ada beberapa buah kubu yang agak mudah dijumpai dan ada yang agak susah sedikit untuk dijumpai namun kesemua kubu ini masih wujud sehingga ke hari ini. Bagi aku ia adalah satu destinasi yang amat menarik dah jadi macam permaian treasure hunter pulak bila nak cari kesemua 12 buah kubu ini.

Antara salah satu dari 12 Kubu British yang telah dibaik pulih di Kuantan.
Antara lokasi 12 kubu ini adalah di Jeti Pasar Nelayan Balok, berdekatan Taman Gelora, di De Rhu Beach Resort, berdekatan Swiss Garden, berdekatan Timur Bay, bersebelahan perkuburan tak jauh dari Pantai Batu Hitam, di Pantai Pelindung berdekatan dengan Mee Calong, di Pantai teluk Cempedak 3 berdekatan dengan Bukit Pelindung. dan di Pantai Telak Cempedak.

Antara Bacaan Yang Menarik Di Negeri Pahang :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...