Thursday, 24 December 2015

A Magical Cristmas Hi Tea Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..


Okay rezeki aku untuk makan dan review hujung tahun ini.. Untuk kali ini dipanggil join dan review satu acara perasmian untuk festival perayaan pada tahun ini bertempat di Saffron Brasseries, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.. Dengan tema "A Magical Christmas, The Nutcraker's Tale".. 

"The magic continue at its Saffron Brasseries with a X' Mas Day Buffet Hi-Tea, Created exclusively by the hotel's team of talented chef's. The Saffron X' Mas  Buffet Hi-Tea offer  an exclusive spread of traditional Christmas delights while dining in a cozy ambiance, bringing back fond memories of dining with family and friends at home.."


Bertemakan A Magical Christmas The Cracker's Tale..
Welcome to Saffron Brasseries at AnCasa Hotel..
Antara penyambut tetemu di lobi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur..

Satu pandangan yang amat mengkagumkan apabila anda sampai di lobi hotel ini ialah Gingerbread House yang dibina di lobi hotel oleh chef-chef dan aritsan yang sangat berbakat.. Terdapat juga Gula-Gula, Biskut Halia, dan pelbagai jenis coklat yang bertemakan perayaan ini di jual di sini.. Dan lebih 100 patung Nutcracker yang menghiasa Gingerbread House ini.. Termasuk lah 2 buah patung setinggi 6 kaki mengawal di pintu masuk..


Kata Ketua Chef Yohanis Jalaluddin - Konsep "A Magical Christmas The Nut Cracker's Tale" buffet ini diilhamkan dari menu tradisi Christmas bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk menikmati sajian di Saffron Brasseires dalam suasana yang amat selesa serta mengimbau kembali kenangan meraikan Christmas bersama orang yang tersayang.. 


The Saffron Staff, Management Hotel Staff, The Blogger and The Chef..
Antara berpuluh-puluh jenis makanan yang di cuba huhuhuuu... :P
Aku perasmi ayam turkey ni.. Thanks Chef !!!

Bagi membolehkan pengunjung mengimbau kenangan manis itu Chef Yohanis serta team beliau menyediakan santapan Chrstmas ini dengan menu-menu terpilih bermula dengan aneka salad pembuka selera dan canapes, sup, variasi jenis makanan barat dan di akhiri dengan pemanis mulut yang amat memukaukan mata yang meilhat..

Oleh itu Restoran Saffron Brasseries ini menjemput sesiapa sahaja bagi merasai sendiri keunikan cita rasa yang dihidangkan sempena perayaan ini.. Dan beberapa sajian yang diketegorikan sebagai "MESTI CUBA" ialah.. Roasted Turkey dengan Cranberry Sauce, Giblet Sauce dan Chestnut Stuffing, Viennese Beef Goulash, Fish Schnitzel, dan Lamb Struddle..

Seperti biasa hidangan istimewa hebat mana pun tidaklah akan lengkap jika tiada penutupnya yang selalu kita dengar sebagai  keenakan pemanis mulut.. Maka di sini antara yang di sajikan seperti pelbagai jenis Chocolate Pudding.. Linzer Torte dan  Sacher Torte.. :D



Dalam banyak-banyak ni.. aku paling tertarik dengan ayam turkey tu hahahah :P
Antara menu lain dari beef hingga la ke Seafood semua ada  wiiii... :D
Antara beberapa pemanis mulut yang disediakan di sini..

Sajian Buffet Hi-Tea ini tersedia bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang pada 25 Disember 2015 pada kadar cuma RM48.00 bersih seorang bagi dewasa serta RM28.00 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. kami juga ada menyediakan tawaran istimewa iaitu '9+1 Deal' untk 9 orang pengunjung dewasa, seorang makan percuma!

Sebarang pertanyaan / tempahan, sila hubungi 03-2026 6060 ext 7703

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotel & Resort Group yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad yang juga mempunyai hotel yang terletak di Pahang, Port Dickson, dan Pulau Pinang. Sila layari laman www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik


Wednesday, 9 December 2015

Update My Self December : Am I Missing My Travel Blog - Seriously...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah syukur.. At last bila dapat buka laptop ni pun dah di kira satu anugerah, apatah lagi bila dapat jenguk blog sendiri yang makin bersawang.. Dan dapat pulak isi ruangan “sign in” dan “password”.. Sampai terbuka blog sendiri yang seperti tidak mengenali tuannya.. (Speechless…)

Dapat pulak idea dan memulakan penulisan untuk sesuatu entry baru.. Tiada kata lain hanya lafaz syukur.. Nikmat sungguh bagi aku.. Harap korang faham la keadaan aku yang begitu rindu dengan dunia blogging nie.. Tak boleh diterjemahkan dengan selafaz kata, kene ada huraian hati yang berkata.. tak gitu hahahaa.. :D

Menyambut Raya Aidil Fitri di perantauan bersama abg sekeluarga - Seoul, S.Korea
Simple jer nasi goreng melekit orang korea ni.. tapi sedap dah bila lapar :D
Ada juga yang tanya aku.. Blog dah jarang update sebab dah tak travel mana2 lagi ke..?? Ke tak boleh travel sebab sakit, kau sakit ker..?? Ke semenjak kawen isteri control tak bagi update blog selalu..?? Ke sebab bla bla bla bla itu ini itu ini.. Macam2 soalan yang pernah di tanya.. Apa aku jawap..??

Ntah.. itu lah jawapan pertama aku huhuu.. Mungkin apa yang boleh aku jawap.. Kehidupan kita ni bulat.. tak selalu kita berada di atas means waktu senang kita yang mana kita boleh buat apa yang kita suka.. and yes that is for my second world – Blogging World.. So i do accept that current situation where am i now.. (Di bawah bulatan kehidupan..)

Luang Prabang dan Vientiane, Laos
Memberi seribu satu kenangan indah untuk berbulan madu  :D
Well insyallah.. Dah kata kehidupan itu bulat maka suatu hari nanti kita mungkin kembali ke atas.. Dan aku bercita2 akan terus menerajui Blog Travel My Way ini.. Sebab aku tahu ramai yang di luar sana yang mahu aku terus meneruskan perkongsian pengalaman pengembaraan aku di hampir 36 buah negara di dunia ini.. 

Oh by the way sebelum terlambat thanks to all yang memberi sokongan padu pada aku atas kemenangan untuk kali kedua berturut2 “Best travel blog 2015” February lalu.. Walau aku tahu.. aku tidaklah seaktif seperti tahun2 sebelum ini.. Rupa2nya masih ramai yang yang memberi sokongan sehinggalah aku berjaya merangkul piala juara di MSMW 2015..

Malam Gemilang Malaysia Social Media Week 2015 - Thanks to all :D
Okay.. Betul Blog ni dah jarang bercerita tentang pengalaman Mr Time Traveller mengembara.. Tapi Travel tetap Travel.. Dan Mr Time Traveller tak pernah berhenti mengembara.. Alhamdulillah dapat menjejakan kaki ke beberapa tempat baru yang tidak pernah sebelum ini antaranya South Korea, Laos dan Philippines.. 

Apa pun cara dan teknik pengembaraan aku dah berubah sebab dulu solo single backpacking.. Travel memang hardcore tapi dah ada isteri nie kene travel lembut sikit gitu hahahaha.. Well nak bagitau korang isteri bukanlah penghalang minat aku untuk travel, tapi lebih membuka minda aku untuk sentiasa peka dalam pelbagai aspek ketika travel.. Yang selama ini aku abaikan ATAU buat acuh tak acuh jer hehehe :P

Cebu Island - Antara destinasi backpack paling sesuai untuk membawa isteri huhuuu :D
Hurmm.. Apa yang aku boleh share dengan korang ialah “Jangan guna alasan kehidupan sebagai penghalang korang dari mengejar sesuatu yang korang nak atau minat.. macam minat aku ialah TRAVEL”.. “Apa yang korang sepatut buat ialah masukan minat korang tu dalam kehidupan.. jangan sesekali abaikan kehidupan untuk sesuatu yang kita minat”..

Allah tidak mencipta hambanya tanpa ada rezekinya yang sudah tertulis.. Allah tidak mencipta seseorang itu tanpa pasanganya.. Kerana di situ ada pengajaran yang diberi - Dia yang Maha Adil walau pun dengan hamba-Nya.. Sedangkan Allah Maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja seandainya Dia mahu..

Body Rafting - Something different bila pergi Bandung, Indonesia..
Apa pun.. Bagi aku ilmu dari pengembaraan itu bukanlah sia2.. Ianya adalah satu pemberian nikmat dan rezeki dari Allah.. Oleh sebab itu insyallah aku akan tetap akan berkongsi pengalaman aku.. The matter is only cepat atau lambat jer la (korang doa2 kan lah) hahahaa.. :D

Dr Haizul seorang sahabat aku pernah bertanya ketika sedang berkerja.. “Apa yang kau lihat pada pengembaraan kau selama ini..” Aku tersenyum dan membalas.. “Pengembaraan dari mengembara itu ibarat seperti membaca sebuah buku yang tiada muka surat terakhir.. Dan dunia ini ibarat sebuah buku.. Ia perlu di baca selalu supaya kita dapat banyak pengajaran darinya.. maka sebab itulah aku nak mengembara sentiasa tanpa mengira penghujungnya”.. :D

Thursday, 1 October 2015

The Haven Lakeside Resort Residences - Ipoh Perak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Satu sudut yang jauh dari pembangunan pesat di sesebuah bandar.. Sebuah tempat yang masih mengekalkan kehijauan dari tumbuhan alam sekitar.. Keindahan dan kedamaian yang menjernihkan fikiran minda.. Tiupan angin yang sayu membawa seribu satu ketenangan pada setiap insan yang menjejakan kaki..


Welcome To Haven Lakeside Resort Residences..
Salah satu tarikan bagi pengunjung yang datang ke sini..

Itulah antara yang aku dapat luahkan apabila menjejakan kaki ke The Haven Lakeside Resort Residences ini.. Pengalaman menginap selama dua hari satu malam bagaikan tidak terasa masa yang berlalu.. Sebuah tempat yang amat sesuai dikunjungi oleh setiap golongan umur dan lebih tepat untuk sesebuah keluarga yang mencari kedamaian di hujung minggu..

Terletak di Daerah Tambun satu lokasi yang tidak jauh dari Bandar Ipoh dan hanya 2 jam lebih sket jer la  perjalanan dari Kuala Lumpur.. Bakal memberikan anda satu pengalaman yang amat menerujakan.. Okay sedikit info tempat ini :- Sebuah kediaman "condominium luxury" 5 bintang dengan 512 unit dari 3 buah tower setinggi 26 tingkat.. Keluasan setiap unit dari 968 hingga 2,840 kaki pesegi..


Keadaan ruang tamu yang luas dan selesa sesuai untuk seisi keluarga..
Pemandangan satu sudut di dapur, bilik tidur dan bilik air..

Alhamdulillah kami diberi sebuah unit condominium 3 bilik yang teramat selesa.. Beranda yang sangat luas menghadap tasik semula jadi yang juga berhadapan lembah bukit yang berdiri tegak.. Unit ini mempunyai ruang tamu yang amat luas serta serta mempunyai tiga bilik air dan dapur yang lengkap dengan peralatan.. 

Kelengkapan lain seperti 2 buah Tv (Ruang Tamu dan Master Bedromm), Wifi (sangat kuat), Peti Ais, Periuk Nasi, Towel, Water Heater, Iron, Penghawa Dingin (hampir pada setiap sudut), Peralatan memasak Periuk, Kuali serta Pinggan Mangkuk yang juga disediakan dengan baik oleh pihak resort bagi memudahkan pengunjung terutama memasak :D .. 


Menu Istimewa Makanan Tengah Hari The Haven


Fresh Food and Natural Ingredients (No Using MSG)..
Starter for Lunch Special Lemon, Mint and Lemonade and Original Ipoh Kerabu Ayam..
Main course Creamy Kari Laksa, Nasi Ayam Hokkien with Grill Chicken and Mushroom Soup.. Gado-Gado - Original Ipoh Style..
Orange Juice, Dragon Fruit Juice and Carrot Juice - 100% pure juice :D

Memasak bukanlah perkara yang harus dilakukan bagi mengelak kelaparan.. Kerana di sini juga terletak sebuah restoran yang makanan nya amat menyelerakan.. Segala bahan masakan adalah fresh yang dibeli setiap pagi.. Dan masakan semua adalah dari Natural Ingredients serta tiada langsung bahan MSG..

Nama pun di Bandar Ipoh, Perak Darul Ridzuan maka Menu utama di sini ialah masakan asli ipoh.. The most food i like is Laksa Kari yang sangat creamy.. Bak kata Mr Miguel - F&B Restaurant Manager.. Santan yang digunakan adalah asli kerana mereka akan parut dan perah sendiri.. bukan santan kotak k.. huhuu memang terbaik..


Antara pemandangan di The Haven di siang hari..
Keindahan pemandangan The Haven di malam hari :D

Okay next thing yang kita kene enjoy kat sini ialah view tasik serta sebuah limestone yang telah berdiri tegak sejak beribu tahun dahulu.. Dan ini juga adalah landmark The Haven.. Nak lagi best maka amiklah peluang untuk santai di kolam renang yang di bina khas menghadap view di sini.. memang unik.. Terdapat juga kolam air panas yang dibina..


Menu Istimewa Makan Malam The Haven 

Night view at The Haven Restaurant..
Mediterranean food  is suggested for our dinner..
Watermelon Juice and custard desert

Oh okay mungkin akan ada yang bertanya kawasan macam ni mesti ada lalat, nyamuk, semut dan serangga bagai..Well jawapan aku ialah tidak.. Sebab di sini mereka menggunakan sistem dan teknologi yang canggih pada setiap unit untuk mengelak sebarang gangguan serangga.. 

Dan paling membanggakan The Haven tidak menggunakan sebarang racun serangga atau seangkatan nyer.. Sebab mereka tidak mahu spesis serangga lain mendapat kesan dari racun tersebut.. Meraka banyak menggunakan teknik lama seperti menanam pandan serai di kebanyakan kawasan bagi mengurangkan gangguan nyamuk terutamanya..

Antara facility lain yang disediakan di sini.. Table Tennis, Badminton Court, Squash, Gym, Basketball Court, Jogging Trek around the lake.. Spa akan dibuka tidak lama lagi.. Dan paling menarik ialah tumbuhan pokok bunga yang meriah berwarna warni di sekitar kawasan resort..





The Haven Lakeside Resort Residences
TOP QUALITY DEVELOPMENT. An affordable Five-star lifestyle . The Haven Lakeside Residences in Ipoh Malaysia is one of the finest eco-resorts. The Star.

Natural Surroundings
Picturesque hills and rock formations are from the Permian Period. The limestone hills that surround The Haven were deposited 280 million years ago.
Superb Amenities
“It was LOVE at First Sight . The splendor of the location coupled with quality finishing and superb amenities makes me such a proud owner”. Lee Hooi Hong


Menu Buffet Istimewa Sarapan Pagi The Haven


Suasana yaman.. Nasi Lemak dan Ayam masak kurma antara menu utama..
Mr Maguel B&F Food Manager..
Kuey Teow Goreng, Hash Brown, Sosej Ayam dan Popia..
Traditional, Asian Food to Western Food.. Semua ada Jom makan sampai kenyang :D

Keistimewaan memang menjadi antara satu kebanggaan di The Haven Resort ini.. Maka tidak hairanlah hotel The Haven tercalon di 2015 World Luxury Hotel Awards Nomination dalam 3 ketegori iaitu :-

a) Luxury Family All-Inclusive Hotel
b) Luxury Hotel – Best Scenic Environment
c) Luxury Suite Hotel1. Best High-Rise Residential Development (Readers’ Choice Malaysian Reserve Property Press Awards 2014)

Dan The Haven Hotel sudah pun berjaya merakul lebih 20 anugerah terbaik di peringkat negara mahu pun antarangbangsa.. Antaranya :-

1. Malaysia's Top 10 Outstanding Property Developers Award 2014
2. Eco Developer Of The Year 2013 (Malaysia) 
3. South East Asia Property Awards 2012
4. Best Managed Condo Resort 2014 ( Malaysia)
5. Malaysia's Best High Rise Residential Development 2014
6. Best Green Development 2014 (Malaysia)
7. Quality & Excellence (The Diamond Eye Award 2011, Geneva)
8. Quality & Innovation (International Arch of Europe Gold Award 2011, Frankfurt)
9. Best State Developer - Perak (Editors Choice Malaysian Reserve Property Awards 2012)


Apa kene mengena Dinosaur ni dengan The Haven..?? Nak tahu sila datang sendiri huhuhuu :P

The Haven Lakeside Resort adalah destinasi 5 bintang yang paling sesuai bagi yang mahu meneroka Bandar Ipoh mahu pun di sekitar kawasan berdekatan dalam negeri perak ini.. Antara destinasi paling dekat dan sesuai untuk seisi keluarga datang berkunjung adalah Sunway The Lost World Of Tambun (sila klik untuk mengetahui info lebih lanjut)

Ipoh Heritage Walk Trail :- Railway Station, War Memorial, Ipoh Tree, Little India District, Town Hall and Old Post Office, Birch Memorial Tower, High Court, Royal Ipoh Club, Museum Darul Ridzuan, St. Michael’s Institution, Town Padang Mosque, Chung Thye Phin Building, Concubine Lane, Art of Old town and many more.

BEST WESTERN PREMIER The Haven Ipoh
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia
Phone: +605 220 9000
Hotline: +60 1700-8-1700-0
Fax: +605 220 9011
Email: reservations@bestwesternhaven.com.my

Thursday, 9 July 2015

Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Pertama yang anda perlu faham ialah Bandar Yangon tidaklah begitu menarik dari segi pembangunan, teknologi mahu pun kemajuan tetapi kaya dengan kebudayaan oleh masyarkat mereka yang penuh dengan warna-warni.. Masyarakat mereka yang cukup ramah dan sangat ringan tulang suka membantu pada setiap kali kami bertanya tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama..


Solat Berjemaah waktu Zohor di Bangale Sunni Jameh Mosque

Dan satu fakta yang saya dapat di sini ialah dalam Bandar Yangon ini sahaja terdapat hampir 140 buah masjid.. Boleh dikatakan hampir setiap jalan besar akan ada sebuah masjid.. Antara masjid yang menjadi tarikan bagi khususnya orang islam ialah Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak di hadapan Sule Pagoda..

Dan sebuah masjid lagi boleh dilihat dengan dekat dari tingkap masjid ini.. Dan fakta kedua adalah makanan halal memang bersepah di sini.. Alhamdulillah memang terbaik dan makanan kat sini memang murah sangat.. tapi yang lagi best ialah makanan sedap :D


Ruang Solat di tingkat dua hanya dibuka pada waktu2 tertentu..
Bangale Sunni Jameh Mosque juga dilengkapi dengan kelas pengajian untuk kanak2..

Tiada ruang solat khas untuk wanita bersolat di sini.. Akan tetapi bagi pelancong islam yang datang bagi menunaikan solat di sini akan di benarkan naik ke tingkat dua untuk bersolat (Lihat gambar No.2) .. Ruang yang tidak digunakan melainkan jika ada majlis2 tertentu..

Okay mengikutkan plan aku, malam ni jugak kami akan bertolak ke Inle Lake so kene la beli tiket bas awal2.. Sebab kalau habis nanti susah pulak kan.. So sebelum kami ke Bangale Mosque untuk menunaikan solat jama zohor dan asar.. kami ke kaunter tiket bas yang berhampiran masjid..


Kaunter pembelian tiket bas di Bandar Yangon.. Tetap Sempoi..!!!!

Kaunter nak beli tiket bas ni sempoi jer.. bawah pokok yang besar.. seorang akak yang berumur awal 30-an dengan "Serbuk Tanaka" di pipi beliau.. Menjual tiket bas hampir ke semua destinasi di Myanmar.. Nampak tak betapa mudah nyer :D


Charlie's Angel.. Memang hebat cari arah tuju dalam map..  Poyoo!!! :P


Bogyoke Aung San Market

Bogyoke Aung San Market ini terkenal dengan seni kraftangan originally dari hasil tangan orang Myanmar.. Okay untuk pengatahuan umum Myanmar memang terkenal dengan Batu2 Jed, Gold and Silver, Kain Sutera, Hasil Ukir Kayu, Nak beli kain ela pun kat sini agak murah jugak la.. Sebab bini aku bantai 3 pasang kain hahahhaa :P 


Welcome to Bogyoke Aung San Market.. :D
Hasil kraftangan dari warga Myanmar memang unik :D
Batu-batu Jed dan pelbagai jenis batu yang diukir dengan kemas :D


Di bahagian kanan daripada main enterance market ini kita akan dapat lihat banyak kedai makan dari yang kecik hinggalah yang besar.. dan di bahagian belakang terletaknya kedai2 yang menjual hasil barangan basah seperti sayur, ikan, ayam dan daging.. Halal ke tak tu aku tak sure.. huhuhuuu...

Aku banyak beli buah.. tak tahu la kenapa sebab murah yer.. dan sebab sedap dan manis.. Biasa la kan negara di area2 sini kan pandai menanam sehingga menghasilkan buah grad A.. Kuih muih tempatan pun nampak sedap unik dan berwarna warni.. tapi tak sampai hati nak cuba huhuhu :D


Ada yang nampak macam Putu Mayam ada, Pulut Panggang, Agar-Agar pun ada :D
Memerhati dan terus memerhati nak shopping tunggu last day nanti hahahaa :P
Kain pasang, selipar, bekas pin tudung perempuan dan alas meja :D

Sebuah lagi masjid - Chulia Muslim Dargah Mosque yang terletak berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market.. Dan berhampian dengan Parkson Shopping Mall.. 10-15 minit berjalan kaki dari Maha Bandoola Garden.. Di sini juga terletak sebuah restoran biryani original india yang cukup famous.. Tapi aku tak cuba sebab Biryani ni macam senang nak jumpa dan kat Malaysia pun ada :P


Chulia Muslim Dargah Mosque.. Berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market..


Info - Shopping di Myanmar bukanlah pilihan terbaik.. Thailand dan Vietnam masih lagi menjadi destinasi untuk datang bershopping.. Tapi yang best nyer di Yangon para peniaga tak begging kita membeli macam di Vietnam atau Thailand.. Dan sepanjang experience aku disini macam tak ada langsung scam nak menipu pelancong..

Soal keselamatan tidak perlu di risaukan.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai masalah langsung ketika merayau-rayau even ketika berjalan-jalan di lorong kecil di sini.. oh lupa nak bagitau.. jangan lupa amik masa sket nak merayau-rayau di lorong2 kecil berdekatan dengan Yangon/Rangoon River sebab kat situ kita akan dapat lihat beberapa subjek dan sudut yang menarik.. :D


Belajar naik pengangkutan bas ni sangat berkesan dan murah huhuu :D
Naik bas ni memang fun giler.. Happy je semua orang :D
Bila setiap kali bas berhenti.. Mesti ada orang naik dan jual barang :D

Kat Bandar Yangon ni kalau bas berhenti jer mesti ada orang akan naik dan jual so tak perlu risau la kalau haus atas bas di perjalanan ada jer orang akan berniaga.. Jangan sangka mereka tak jual makanan yang heavy yer.. Ada juga paket makanan lunch nasi dan mee etc juga yang di jual.. :D


Kandawgyi Lake The Royal Lake

Terletak berdekatan dengan Shwedagon Pagoda.. Kebanyakan masyarakat di sini datang ke sini bagi menenangkan fikiran dan menjadi antara salah satu destinasi keluarga di hujung minggu.. Sama macam kita pergi tasik Tititwangsa tapi landskap semula jadi di sini lebih memukau mata yang memandang.. :D

Di bina pada zaman pemerintahan British sebagai reservoir (Source water supply) tapi sekarang tak kot nampak air hijau jer hahaha.. Tarikan pada pelancong ialah jika datang pada waktu sunset untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan.. Bak kata bekas panglima British "when the glittering Shwedagon is reflected in its calm waters"..


Pemandangan di Tasik Kandawgyi.. 
Berehat seketika melayan tiupan angin sempoi dan banyangan teduhan pokok ..
Penat2 jer naik bas sampai sini nak lihat tarikan tasik ni tapi kene bayaran entrance yang mahal..

Tapi yang tak best nyer di Kandawgyi Lake ni ialah wujudnya entrance fee.. Mahal lak tu 2000 kyat seorang bagi foreigner.. Menyebabkan kami memikir hampir 20 kali nak masuk ke tak hahahaa.. Dan akhir nya kami decide sekadar berjalan bawah limit yang tak perlu bayar hahaha :P

Ok di sini juga selalu di adakan concert pada hujung minggu jika ada.. Dan di tengah-tengah tasik terdapat sebuah structure seperti monument.. Itu lah Karaweik (Royal Barge) "a modern construction which houses a function hall among other things"..

Sekadar sebuah nature attraction jer tasik ni.. So kalau yang tak suka nature ni jangan datang and jangan nak harap yang terbaik di sini.. at least minimum catch a sunset here :D


Last thing to do before leave Yangon is Food Hunting..
Terjumpa Restaurant Penang Chinese Food Halal.. 
Memang banyak restoran Halal kat sini.. So lets try local and traditional Halal food :D

Food Hunting At Yangon City

Penat kami berjalan satu hari perut mesti lapar.. So kami pun start balik food hunting.. Makanan kat sini memang awesome sedap.. Halal tidak menjadi halangan.. bersepah restoran halal baik Local Myanmar Traditional Halal Restaurant, Indian, Pakistani, Bangladeshi or even Chinese Halal Restaurant..

Well bila dah travel ke satu tempat kenelah enjoy the culture and environment kan.. Food selagi ia Halal why not? huhuhuu.. Tapi owner restaurant dah bagitau kami hanya di Yangon senang dapat makanan Halal.. nanti kat Inle Lake takut takde halal food..

Dengar je macam tu.. lagi la kami makan dengan banyak.. Takut nanti kebulur nasi kat Inle Lake hahahaa.. Tapi yang best kat Yangon ni makanan sangat dan sangat murah.. :D


Charlie's Angel dah start nak makan dengan  penuh ketenangan :D
Cantum dua meja.. takde la gaduh terlanggar siku hahaha..
Antara lauk pauk yang dipilih kami berempat.. Makan sampai kenyang :D

Di sebabkan Pakcik Omar ni jadi tourist Guide tak official.. So kitaorang pun belanja dia makan kat restaurant ni.. Nama tak tahu sebab tulisan dalam bahasa Myanmar.. Macam mana kitaorng tahu ia halal sebab ada banyak tulisan halal, ayat quran dan 786 - which stand for Basmallah..


Kekenyangan yang teramat sangat satu sisa pun kami tak tinggalkan hahaha :P

Alhamdulillah so far setakat ini semua urusan kami dipermudahkan Allah.. Dengan tak sengaja jumpa Pakcik Omar yang baik ni.. Apa yang aku boleh bagitau setakat nak jenjalan dalam Yangon ni memang mudah dan selamat..

Orang Malaysia memang kurang datang sini tapi ada jugak terserempak 3-4 group orang Malaysia kat sini.. tapi yang paling tak tahan ada jugak yang buat dek dono tak nak ngaku Malaysia.. Kalau aku jumpa korang kat London, Prague, Munich atau Vienna ke tak apa la jugak nak belagak kan.. hahaha hampeh dapat senegara orang macam nie :P

Will Continue Part 3

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers Ke Yangon Bermula
Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...