assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..alhamdullilah..dah sampai hari ke - 8 dah kita berpuasa..syukur alhamdullilah..erm..apa eh ifa nak cerita hari nie..meh ifa nak share resepi suka hati ifa nie..roti hotdog cheese bersalut serbuk roti!
bahan-bahannya:
1. 8keping roti gardenia
2. 4batang hotdog
3. 2keping cheesedale
4. 1biji telur
5. serbuk roti
6. sedikit bancuhan tepung gandum(untuk lekatkan roti bila dah gulung)
cara-caranya:
1. pecahkan telur then campur sedikit garam.pukul sehingga sebati.
2. gelek roti sehingga nipis.
3. letakkan separuh hotdog dan sedikit cheesedale.kemudian gulung.
4. sapu sedikit bancuhan tepung gandum di hujung gulungan roti untuk lekatkan roti.
5. celup roti dengan telur yang telah dipukul tadi.
6. kemudian golekkan roti yang telah dicelup telur tadi dengan serbuk roti.
7. sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang sudah dipanaskan.
8. goreng sehingga garing.
9. hidangkan bersama sos kegemaran anda seperti sos cili,mayonis.
ok..dah siap!hehe..senang je kan?ifa suka potong hotdog tue separuh sebab senang nak gulung..hehe..tapi kalu nak sebatang hotdog pun boleh je..untuk cheese pun sama..kalu suka banyak cheese letak je la sekeping cheesedale untuk sekeping roti..tapi kalu takut muak..potong la sikit2 cheesedale tue..pastu letak ikut banyak mana yang suka..hee..
tue je la ifa nak cerita hari nie..hehe..maaf le..hodoh plak gambo roti ifa buat tue..maklum la..nak cepat..hehe..