Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, October 30, 2020

Kerajaan Disyorkan Kaji Semula Semua Kontrak Bekalan Peralatan Ketenteraan Dari Negara Perancis

Penulis merasa gusar apabila dalam kerancakan perbalahan tentang dasar anti-Islam Presiden Perancis, akhirnya yang dilapor media perdana Malaysia adalah komen sosial-media oleh DS Najib Razak mengenai kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Presiden Macron tersebut. Malah lazim mengetahui hubungan intim DS Najib dengan pihak pembekal peralatan ketenteraan Perancis sehingga hasilnya adalah kontrak kapal-selam Scorpene yang dibeli sewaktu beliau Menteri Pertahanan. 

Namun begitu, lebih merunsingkan penulis ini lagi adalah terlihat seolah-olah tiada tindakan jelas kerajaan bertindak-balas terhadap kesangsian yang timbul apabila kerajaan Perancis berlaku begitu anti-Islam. Ini seharusnya membawa kepada kesedaran risiko besar berpunca dari terlalu banyak peralatan kritikal pertahanan negara dibekalkan dan masih diselenggarakan oleh syarikat-syarikat Perancis!

Perancis bukan sekadar membekalkan kapal selam Scorpene ke Malaysia, malah kesemua kapal Frigate kelas KD Maharaja Lela dibekalkan teknologinya oleh syarikat Perancis dan masih didukung penyelenggaraannya oleh pembekal-pembekal negara tersebut! Malah, menjadi bahan kritikan utama yang pembuatan kapal-kapal tersebut oleh anak-anak syarikat Boustead Holdings milik majoriti Lembaga Tabung Angkatan Tentera terlalu kurang unsur perkongsian teknologinya Ini bermaksud TLDM masih terpaksa bergantung kepada bantuan kepakaran Perancis!

Pembekalan ketenteraan Perancis tidak terhad kepada TLDM sahaja, contohnya, TUDM masih menggunakan kapalterbang Airbus A400M yang dibekalkan syarikat Airbus Defence and Space yang mana pemegang saham terbesarnya Perancis (11.1%). Penulis difahamkan malah kapalterbang-kapalterbang tersebut masih diselenggarakan oleh anak syarikat Airbus di Malaysia. Seharusnya amatlah mencemaskan apabila peralatan ketenteraan negara kita masih bergantung kesiap-sediaannya kepada pakar-pakar runding dari sebuah negara yang Presidennya sedia memaparkan dirinya sebagai anti-Islam.

Daripada begitu teruja dengan komen-komen sinis seorang bekas Perdana Menteri yang sedang menanti hukuman rasuah sekaligus merupakan rakan dagang rapat pembekalan peralatan tentera dari Perancis, saya lebih sedia mengamati kritikan Tun Dr Mahathir. Saya oleh itu mengesyorkan pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai kembali seluruh hubungan ketenteraan terutama bekalan peralatan dari Perancis, baik apa-apa pergantungan sedia ada terhadap kapal-kapal selam Scorpene, kapal-kapal Frigate, kapalterbang Airbus A400M mahupun apa-apa rencana untuk masa hadapan, yang berkait dengan Perancis wajar setidak-tidaknya ditangguhkan kalau tidak dibatalkan sama-sekali. 

Kerana sesungguhnya, bukan sekadar aneh tetapi membahayakan jika sebuah negara majoriti dan berkepimpinan Islam seperti Malaysia boleh terus yakin akan keikhlasan rakan kongsi ketenteraan dari negara yang dipimpin seorang yang anti-Islam seperti Macron sekarang. 

Ikhlas,
Akhramsyah M U Sanusi
Mantan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Tuesday, November 06, 2012

Nurul Izzah Sepatutnya Sibuk Dengan Obama-Romney, Bukan Isu Murtad!

Malam tadi jurublog ini betul-betul seronok berhujah di Astro Awani - ye lah, cerita pun tentang Pilihanraya Presiden USA, pilihan antara Obama dan Romney. Isu tersebut memberi peluang seseorang yang beraspirasi untuk menunjukkan keperihatinan tentang dunia luar sekaligus kelincahan berhujah tanpa batasan oleh kerana risiko topik hampir pasti tidak akan menjejaskan senario lokal sama-sekali, baik dari segi politik, ekonomi, sosial... agama.

Jurublog Tengah Ghairah Berhujah Di Astro Awani
Ini terlihat berbeza sungguh dengan pendekatan YB Nurul Izzah Anwar, mungkin akibat beliau merasakan dirinya tetiba lebih ahli tentang ilmu agama dari hal politik USA, kini dirinya sudah terjerumus dalam isu getir buatan sendiri. Tetapi kita mungkin sukar juga untuk menyalahkan beliau, kerana Papanya pun lebih kurang begitu! Kan DS Anwar Ibrahim di antara orang yang paling corot pengetahuan agamanya namun cukup riak sehingga naik ke mimbar untuk berkhutbah?

Dalam hal DS Anwar, mungkin beliau tidak ada pilihan. DS Anwar memang corot pengetahuan dalam pelbagai hal, sehinggakan bidangnya sendiri, Pengajian Melayu, sekalipun beliau takat boleh lepas dengan General Degree sahaja, maka beliau mungkin merasakan lebih mudah bantai cakap agama dari benda lain! Kalau YB Mat Sabu boleh buat dengan habis belajar takat SPM je, apa salahnya DS Anwar buat mungkin fikirnya?!

Tapi masalahnya, YB Nurul Izzah tak perlu buat begitu! Beliau lebih cerdik dari Ayahnya dengan kelulusan akademik yang lebih menyegankan - ye lah, benih maknya DS Wan Azizah kan seorang doktor pakar mata! Jadi apalah YB Nurul Izzah buat sampai naik pening dah sekarang, tengok gambar bawah peningnya beliau sekarang? Ni sekarang teman-teman lama Papanya Hj Ismail Mina dan YB Datuk Dr Hassan Ali pun dah steady nak bantai YB Nurul Izzah di Kelab Sultan Sulaiman pada Khamis 8 November, 8 malam!

Nurul Izzah Anwar kan dan PENING sebab tak biarkan isu Agama dijawab Tok Guru je! (NST pic)
Padahal banyak bebenor hal yang boleh diceritakan tentang Obama-Romney nih! Contohnya, bagaimana US$2.6 BILLION(!) telah dibelanjakan oleh kempen Presiden Amerika Syarikat tahun ni! Ini belum lagi termasuk wang kempen untuk Senate serta Dewan Perwakilan Kongres deme! Ah, tapi mungkinkah YB Nurul Izzah tak mahu bercerita sangat tentang Obama-Romney sebab ada sebenarnya risiko buat partinya dan Papanya? Yelah, parti pun duitnya dari Soros & Co  kan? Mungkin orang yang sama juga yang membiaya kempen Obama-Romney?!

Takpelah, yang penting, diharap semua ahli politik muda yang tak berapa berilmu agama, walau yang ingat dia ahli sebab ada kertas dari pusat kajian Islam di Oxford, sedar sikit sekarang yang tak wajar berceloteh perkara agama bila diri sendiri pun belum cukup ilmu di dada. Ini bukan zaman Papa lagi, nak muhong tentang apa-apa pun susah, apatah lagi hal agama!

Friday, May 21, 2010

Saya Akan Hadir Di BUM 2010

Saya dijemput berforum di BUM 2010 hari ini, khabarnya sebab sayalah bidan terjun paling sesuai memandangkan calon-calon yang membantah penggunaan meleluasa Kalimah Allah tak dapat hadir. Pada hemah saya, ia juga kerana kebanyakan calon yang tak setuju kurang sesuai, kerana perbincangannya pasti akan mengambil konteks sekular... tak percaya, sila tengok pembicara isu ini pada link ini.

Hai, kita harapkan Pakatan Rakyat menghantar orang yang ahli untuk membicarakan perkara ini, tetapi ini tidak...

Monday, January 04, 2010

Krisis Terbesar Era Najib: Perampasan Kalimah Allah

Isu keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh warkah Kristian semakin hangat diperkatakan. Jurublog ini berasa kecewa akan tabiat terlalu ramai berhujah, tanpa mengira perasaan dan isi hati golongan yang paling terguris tentang isu ini, yakni 'pemilik' atau pengguna asal kalimah tersebut. Dalam melontarkan hujah, tak kiralah baik-buruk niatnya, ia tidak bermula dengan renungan akan kesan ke atas perasaan majoriti umat Islam di Malaysia.

Semua hujah-hujah berikut langsung lari dari isu pokok, yakni sama ada majoriti umat Islam boleh menerima perkongsian kalimah Allah:
  1. Ini isu Sabah dan Sarawak - pemikiran kenegerian yang sempit dalam era GLOBALISASI sekaligus tidak menghormati usaha majoriti masyarakat Malaysia untuk sehati-sejiwa tak kira negeri, bangsa, agama dan sebagainya.

  2. Variasinya, di Sabah dan Sarawak OK sahaja kongsi kalimah tersebut - pemikiran yang mencari alasan, tanpa mengambil kira sejarah dan perbezaan budaya penganutan agama antara Semenanjung dengan Sabah dan tambah lagi Sarawak.

  3. Islam tidak melarangkannya - sejak bila Islam membenarkan kecelaruan maksud dalam akidah? Kalau Islam Hadhari sebagai istilah pun salah menurut ramai ulama, apatah lagi penggunaan sewenang-wenangnya kalimah Allah? Bila masa isu ini dibincangkan oleh majlis ulama, baik pada peringkat negeri mahupun negara, sehingga ada orang Islam sendiri yang pandai-pandai mendalilkan halalnya?

  4. Penganut agama lain tidak memandang berat isu ini - ye lah, memanglah, ini bukan kalimah milik agama lain! Ini kalimah Allah yang khusus diguna-pakai orang Islam sebelumnya! Cuba kalau mahkamah meluluskan perkataan Buddha digunakan untuk memaksudkan Jesus, atau Jesus diterima-pakai sebagai nama alternatif hero Ramayana, yakni Hanuman, putera monyet!

  5. Kenapakah umat Islam tidak boleh bersabar - sabar? Nak sabar macam mana bila orang tak pedulikan isi hati kita! Dulunya, umat Islam Melayu dihinanya 'pendatang' kononnya, Melayu bersabar lebih lagi dari orang yang betul-betul kaum pendatang asal-usulnya apabila digelar yang sama! Apa, kalimah Allah nak dirompaknya pun nak kena sabar juga kah?

  6. ... & ...

  7. ... & ...

  8. BAAANYAAAAAAAK LAGI OI!

Isu ini kian merebak seolah api dalam sekam di kalangan masyarakat Islam. Protes-protes ringan yang sudah pun dibuat oleh gabungan NGO mewakili majoriti umat Islam masih sedang berlangsung. Jumaat ini, api ini akan mula bersemarak secara terbuka, dengan tidak kurang dari 7 masjid menjadi pusat pengumpulan penunjuk perasaan... dan semuanya atas usaha penganut Islam sukarela dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sejarah Islam mengajar umat Muhammad yang penyelewengan walau satu Rukun Islam oleh penganut Islam yang lain pun cukup untuk menjadi modal sebab peperangan. Apatah lagi penyelewengan Rukun Islam dan Iman yang pertama oleh orang bukan Islam! Hati Melayu pula telah terbukti lembut pada lazimnya sepanjang zaman, namun mampu mengeras sewaja besi kiranya terguris. Dan guris paling dalam pada hati Melayu terlaku apabila akidah Islam tergugat.

Sekiranya DS Najib tidak menunjukkan kepimpinannya pada saat ini, alamat meletuplah isu ini, dengan ledakan yang bakal tak terkawal jangkauannya. Wallahualam...

Saturday, January 02, 2010

A Catholic Crisis Of Faith?

When I read this piece of news, about how the case where the Catholic weekly, Herald is still pursuing the right to call their God Allah, I had a sort of Tangents-esque epiphany... Could the people at the Catholic Herald magazine be having a CRISIS OF FAITH?

I mean, seriously, what's up with wanting to call their God Allah too? This seems to be in complete reverse to past attempts by some different Catholics and members of other Christian denominations of variously declaring Allah to be a 'Moon God', a God of Violence, a 'Pagan' God and many other such hurtful things (to Muslims). Now, suddenly, these Catholics want to call their God Allah?

Side-stepping all the religious and unavoidable politically charged debate about this, one should perhaps ask whether this is actually a cry for help from the people running the Herald! Could it just be that this is just their way of coping with a realisation that they now believe Allah is God?! Could it also be then that they'd rather not leave the Herald, but rather convert the magazine to propogate Allah's religion, Islam!

Maybe rather than chastising and opposing them, we should instead be asking the people at the Herald:
  • Is it true? Do you believe in Allah now?
  • If it is true, don't you think there is a better way to fully embrace Islam?
  • If it is true, do you realise your efforts to turn Herald into an Islamic magazine is disrupting the peace, which in turn is against Islam's teachings?
  • Rather than doing this, shouldn't you just convert to Islam? Then you can refer to God as Allah all the time, and no one will be upset!
  • If it is the money you're concerned about, don't worry, Muslim magazines need writers and editors too!

And I'm only half joking here. If the people in the Herald are having a crisis of faith, they really should just come to the mosque and convert properly. It's easy. And we're ever-ready to welcome new Muslim brothers and sisters, even if they were previously from the Herald ...

Monday, August 24, 2009

The Cane Mutiny... By Kartika, With Shahrizat, Then Bar Council... Lagi?

I'm disgusted by the Kartika Canning Saga. First of all, this woman was caught drinking, which is an offence for Muslims. It does gall me though how easily some Muslims get caught (then sentenced) for drinking, and how some get away with it being a chic trendy activity of the 'upper class'. One drinker (since taubat? I dunno...!) was even known to have been Chairman of a Halal Forum! Such hypocracy should offend all Malaysian Muslims!

OK, so lets forgive our religious establishment a while and give them the support to carry out this punishment against this offending woman. But then no... lets not! A whole bunch liberals, real and pretend, including the ever confused Sisters in Islam, started crying foul on the 'cruel' punishment of whipping a woman under Syariah. Their voices were lent further 'weight' by the leaders of both major Malay Muslim parties, DS Shahrizat Jalil for UMNO and YB Dr Lo'Lo' Ghazali from PAS.

Rather disappointingly, all this defence for the offending woman was done in ignorance. All this complaining was done without finding out what Syariah whipping by the cane is like, thinking it's like the vicious whipping by cane regularly sentenced to drug dealers by the secular courts. When th syariah authorities revealed how relatively mild Syariah canning was, the PAS lady rather embarrasedly withdrew her protest! DS Shahrizat just went mum for a while...

In the meantime, whilst the world press got to enjoy bashing Syariah Law... again... as well as Malaysia... again... the person who seems to be benefiting from all this is... the offending woman! She is now seen in full glamour, on the front pages of newspapers, walking at her kampung, waving to people, she's everywhere! She is supposed to be shamed by the punishment, instead, she's revelling in it! Even her father gets quoted in the press!

As a friend remarked on Facebook,"Any 5 minutes of fame is always good for a part time model what?!! After this she should be receiving a lot of modelling offers, I am sure..."
Disgusting!

Now we have two extremes coming out of the Pakatan or quasi-Pakatan side of the political divide:
  1. Selangor Pakatan exco and PAS Commissioner Datuk Dr Hassan Ali, fresh from hugging Ronnie Liu in front of DS Anwar Ibrahim, has given the state's Mosque officials power to nab Muslims drinking alcohol! HO HO! Not sure really whether this is because of the Kartika case, seeing as the offending woman was nabbed in a BN state (!), or if it is Round 2 of the state DAP vs PAS slugfest!

  2. Bar Council President Ragunath Kesavan, in response to fresh news that the punishment will be postponed to after Ramadhan, and perhaps in heat with the chance to bantai our Syariah courts, which is NOT Bar Council territory, declares he wants 'whipping' abolished! One wonders whether he feels the same about the more vicious mandatory whipping sentence against convicted drug dealers? If so, why not declare something earlier on that?

In the end, all these people are declaring this and that to get the same thing Kartika is now getting, a chance to be prominent in some way... WOI! THE WOMAN GOT CAUGHT DRINKING ALCOHOL, SHE IS MUSLIM and SHE'S BEING PUNISHED! Dah la tu! This is between her and Allah! The religious authorities are just facilitating this and her family has at least 'shown her the light'! WE SHOULD BE WISHING MORE OFFENDING MUSLIMS ARE CAUGHT AND PUNISHED!

But nooo... the saga continues! Sure punya...

Amnesty International, an organisation that has singularly failed to achieve any change in the world, but continue to get money by pretending to achieve stuff, now has jumped into the band-wagon! Please-lah Amnesty, go achieve something more meaningful first lah, like stopping Palestinian kids and babies from being killed by the Zionists, then maybe we and the rest of the world will listen to you more... No need to butt into our small local drama ...

So, 'siapa lagi?', who else wants to wade into this one?

Thursday, April 23, 2009

PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI?

Saya lazimnya tidak suka memaparkan penulisan orang lain dalam blog saya, tetapi maklumat yang menyayat hati ini perlu saya kongsi bulat-bulat. Setahu saya, [UniKL di bawah naungan MARA dan - dibetulkan melalui Kemaskini 1 di bawah] negara kita masih tidak mengiktiraf pun kewujudan negara Israel. Jadi, bagaimanakah boleh PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI? Sejak bilakah pelajar Islam diarah berlakon sebagai sami? Ada kah sebab yang munasabah?:

Pada 22 Mac 2009, satu aktiviti ala perhimpunan PBB telah diadakan UniKl MSI Kulim Kedah. Pelajar telah di arah untuk menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB. Di antara Negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Selepas dua minggu aktiviti itu berlaku, beberapa pensyarah dan tenaga kerja di dalam universiti telah memanggil pelajar-pelajar yang terlibat serta diberi motivasi dan teguran mengenai aktiviti keagamaan yang telah berlaku.

Rentetan daripada perkara di atas, 7 warga kerja UniKL MSI telah digantung kerja oleh atas arahan General Manager UniKL Pusat kerana dikatakan telah menghasut dan menakut-nakutkan pelajar berkenaan berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei. Mungkin selepas ini ura-ura telah berbunyi tiga orang dari kami dibuang kerja. Disertakan gambar-gambar aktiviti.

ADAKAH AGAMA ISLAM BOLEH DIPERSENDA SEBEGINI RUPA DAN KAMI YANG MEMBELA DIGANTUNG KERJA DI TANAHAIR SENDIRI.

Kesemua pelajar-pelajar di dalam UniKL MSI adalah 99% beragama ISLAM, berbangsa MELAYU terlibat dalam gambar-gambar yang dilampirkan di bawah.




Kemaskini 1: Saya difahamkan bahawa UniKL kini berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi. Tadi siang, para pendesak isu tersebut berjaya mengajukan aduan ke peringkat tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi. Kita tunggu dan lihat apakah bakal hasilnya...

Wednesday, September 03, 2008

Ramadhan

It's been a few days into Ramadhan and I find myself reflecting how it was the last time. Last Ramadhan, I took advantage of the Malay political tradition of toning it down during the holy month to stop blogging for awhile and reflect upon what I wanted to achieve. This was partly due to feedback from my wife that some of my writting was taking on an unnecessaryly nasty edge then.

I find myself more comfortable with my writing these days, and whilst frustration does lead me to stray towards the overly nasty on occassion, and my wife still wants me to reign in some of the more personal references, the break was useful. I am keen on feedback other than my wife's though on whether there are areas that I can improve, so please comment on this if you are so inclined.

And finally, I hope Muslims will take the opportunity during this holy month to pray for the salvation of our country, our nation and the ummah. For in the end, it is Allah who chooses our leaders and it is through His grace that these leaders are enlightened. We are both instruments and beneficiaries of what Allah deems worthy for us to experience in this world and the next...

He gave us Tun Dr M with all that it entails, Alhamdulillah...

He gave us Pak Lah with all that entails, including perhaps some late awareness of what we gave up when too many of us sighed relief at Tun Dr M's retirement... so however painful, Alhamdulillah...

May Allah provide us with more of the positives or the former and latter and none of the negatives of either... unless He deems the negatives to be best for us...

Wallahualam...

Thursday, May 15, 2008

Halal Biz <-> Pak Lah Family <-> Temasek Nexus; Another Nail In Pak Lah's Political Coffin?

It is not so much a surprise when Rocky broke the story of yet another Government Business <-> Pak Lah & Family <-> Temasek/ Singapore nexus, but a disappointment. This should not be happening still, on the back of:

  1. The obvious; the poor PRU-12 results for BN surely was reflective of the people's dissatifaction with the governance of the country and blatant pork-barreling by "the friends and family of Lah" club.
  2. Ever increasing food costs brings sensitivity to any issue related to the food and beverage (F&B) business, including the Halal certification. People should be, no, they actually will be asking why Pak Lah and family is making money out of the F&B business via a link to what is a government monopoly of sorts when the people are having to suffer the cost of spending more money just to eat! And Malaysians MUST HAVE OUR FOOD!
  3. When there is sensitivity around Islam Hadhari (resulting in the loss of Kedah), Karpal's challenge over the role of the Sultan in Muslim affairs and the challenge on the use of Allah in non-Muslim literature, why is Pak Lah and co. fooling around with another issue sensitive to Muslims in Malaysia?
  4. The Pantai Cross-Border Economic Bail-Out and other pro-Singapore initiatives like the SJER have blown up in te government's faces in the past. Surely Pak Lah is not intending to tempt the fate of Thaksin Shinawatra yet again!

One good thing about this news though... at least its another potential nail in Pak Lah's political coffin!

Wednesday, January 31, 2007

USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21?

Saya baru sahaja menyumbang kepada bahan 'pantauan' tersebut di site http://www.usftamalaysia.blogspot.com

Suatu cabaran yang diterima oleh Gabungan Rakyat Pemantau USFTA-Malaysia dari para pemimpin pelajar Malaysia di UK adalah untuk menjelaskan kenapakah USFTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas dengan US ini dikatakan seakan-akan ancaman Malayan Union yang ditentang oleh nenek-moyang kita dahulu.

Izinkan kami menjelaskan sedikit hujah di sebalik pendapat ini. Pada zaman kemenangan sistem kapitalis Barat ini, sistem kapitalis ini sendiri menjadi senjata utama dalam usaha membelenggu negara-bangsa lain di dunia. Amalan ini mungkin tidak didukung oleh semua negara Barat, tetapi Amerika Syarikat, sebagai kuasa besar utama di dunia sekarang dari segi ketenteraan, mahupun saiz ekonominya, tetap mengamalkan penjajahan kapitalisma, atau Colonial Capitalism.

Bacalah lagi di ... http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/usfta-malaysia-malayan-union-abad-ke-21.html

Tangential Malay Search Results