-ucapan aluan Pengarah Program
-Persembahan pentomen dari pelajar SMAZ
-Persembahan nasyid oleh kumpulan Huffaz N.E
-Sedang mendeklamasikan sajak..
Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Ayuhal ikhwah sudahkah kita mulakan hari dengan kesyukuran dan puji-pujian kepada pemilik alam buana ini? Kalau belum... sebelum menyingkap coretan ini "take your time" untuk mengagumi dan mengingati kebesaran allah...dah kan?...macam mana?...tak susah kan?...jadi lazimkanlah tabiat ini...ketenangan pasti menyusup di hati...
Baru-baru ni ada sahabat ana yang tak pernah tengok laman ni minta ana bukakan untuk dinilai...bila dibuka, terus berbicara "ni kurun bila anta tulih ni"..hehe...hakikatnya beginilah insan...begitu sukar untuk istiqamah dalam amal...semoga diberi kekuatan untuk terus memberi...
Sebenarnya terlalu banyak nak ditulis, tapi masa tidak mengizinkan...tapi untuk kali ini ana memilih untuk berkongsi sambutan 20 tahun SRAZ yang baru berlangsung pada 29,30 April & 1 Mei...bukan nak cerita semua aktiviti...tapi malam yang diadakan Malam Nurani Intepretasi Seni (MANIS) dan Air Mata Palestin...memang banyak persembahan yang ada..semuanya mantap-mantap belaka...bak kata orang sekarang "terbaik dari ladang!" (walaupun manusia sememangnya tak mau duduk dalam ladang pun)...malam tu Pengarah Program a.k.a Ust Syahir minta untuk ana deklamasikan satu sajak...punyalah panjang...5 muka...tapi setelah dihayati scara "personal" ana dapati puisi ni cukup menyentuh perasaan...jadi sekarang ana nak abadikan puisi tersebut (dikarang oleh Roha Hasan)dalam laman ni dengan harapan dapat menyentuh setiap hati insan yang membacanya dan maenjadikan kita mampu melihat dunia dari persepsi yang berbeza....
TAWA DUKA REMAJA NUSANTARA DAN DUNIA
Pembunuhan di Palestin
Pencerobohan di Afghanistan dan Iraq
Kebuluran di Sudan
Pembunuhan di Ambon
Penindasan di Cechnya dan Bosnia
Air mata derita di Aceh dan Sri Lanka.
WTC...
Politik...
Militan...
Dan pengganas...
Hanyalah alasan.
Insan kejam seperti Israel
Kerajaan rakus seperti Amerika
Yang gilakan kuasa seperti Britain dan Russia
Kanak-kanak
Remaja
Yang muda
Yang tua
Manusia, tanaman, bangunan, kehidupan
Jadi mangsa dan musnah
Oleh ketamakan dan kekejaman insan.
Kematian
Penderitaan
Kemiskinan
Kemunduran
Penindasan
Nasib umat Islam terumbang-ambing.
Air mata remaja nusantara dan dunia
Pernahkan kita teringatkan mereka semua.
Aduhai remaja!
Pernahkah terbayangkan kehidupan
Yang diulit jeritan peluru
Dan pekikan maut
Betapa sukar dan derita.
Sungguh kehidupan mereka penuh ranjau dan cabaran
Penuh darah dan air mata
Sukarnya untuk menuntut ilmu
Makan minum tidak ketentuan
Namun
Walau derita masih tersenyum
Walau kekalutan tetap tabah
Tuhan tetap di hati, agama disanjung tinggi
Maruah dan aurat diri dipelihara
Walau derita tetap mulia.
Aduhai Remaja...
Pernahkah terbayang
Kehidupan tanpa video games
Lepak-lepak di kompleks membeli-belah
Berkirim salam melalui internet dan berchit-chat secara maya
Berkunjung ke masjid, sekolah, membeli-belah dengan selesa
Manakan sama air mata tawa kita dengan air mata duka mereka
Sungguh hidup kita penuh kemudahan dan keselesaan
Sedang hidup mereka penuh pelbagai ranjau
Manakan sama hidup kita yang penuh tawa dengan mereka yang disaluti darah dan air mata
Manakan sama sabar kita dengan ketabahan mereka.
Tika kita selesa di dalam bilik berhawa dingin
Mereka kehilangan harta-benda dan tanahair
Tika kita selesa disaluti selimut tebal
Mereka tidur dalam kedinginan dan kelaparan
Ketawa dan ketawalah lagi wahai remajaku…
Kebanyakan masa kita kekenyangan
Kebanyakan saat kita suka-suka menonton drama, tayangan Hindi, nyanyian dan hiburan
Makan, pakai, belajar, beriadah, berekreasi ikut suka hati
Ketawa dan ketawalah lagi.
Wahai remaja penghuni tanahair yang indah, permai, subur, aman dan damai
Pantai nan bersih dan lautan terbentang indah
Dan nikmat Allah melata di bumi ini.
Sayang nikmat yang ada tidak disyukuri
Nikmat ini dikau balas dengan lepak-lepak
Black metal
Bohsia
Dadah
Maksiat
Dan pelbagai dosa…
Wahai remaja…….dalam tawamu, cuba kenangkan……
Pada teman-teman sebayamu di nusantara dan dunia yang dicerobohi hak-hak mereka.
Teringatkanlah pada diri
Kamulah pemimpin masa depan
Susunlah langkah-langkah mudamu
Menjadi batu-bata ummah yang sejati maruah diri
Kukuh akidah dan pegangan pada Tuhanmu yang satu.
Warnakanlah tanahair ini
Dengan wajah remaja pemimpin remaja
Dengan wajah remaja soleh lagi musleh
Dengan wajah remaja yang berakhlak dan berwawasan
Dengan wajah remaja yang impikan mati dalam iman
Dengan wajah remaja yang menjunjung tinggi agama.
Berhentilah ketawa seketika
Tadahkanlah tangan-tangan kita
berdoa untuk sahabat remaja kita di nusantara dan dunia
Agar mereka dilindungi, dirahmati dan diberi kemenangan oleh Ilahi.
Berdoalah jua untuk diri
Agar kita dan remaja tanahair ini
…..tidak ketawa lagi dalam kederhakaan dan kelalaian
…..tidak ketawa lagi dipenjara budaya kuning
…..tidak ketawa lagi dijajah tingkah-laku negatif
…..tidak ketawa lagi dalam maksiat dan dosa
Jadilah Remaja Mithali….Tonggak Kepimpinan
Hargailah kenikmatan.
Dan insafilah keadaan remaja lain di nusantara dan dunia.
Roha bt Hassan
p/s- sedarlah wahai sekalian muslim, sesungguhnya peringatan hanya bermanfaat bagi mereka yang beriman...
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, akhirnya dpt jg "post" artikel br...maklumla plajar tahfidz...blog pun dah smakin bersawang nie...
Anyway ana nak citer sket tntg satu prog yg km wat kat skolah baru-baru nie (28 Feb)... nama prog tu A.C.E. Programme...spatutnya prog tu dijlnkan awal bln Feb tp t'paksa tangguh sbb ada problem sket...
Prog ni bertujuan nak bg pendedahan khususnya kpd remaja tntg aurat & couple... utk prog kali ni ana dipertanggungjawabkan utk jd pengarah... Alhamdulillah sumenye b'jln lancar...
Prog tu mula dgn taklimat dlm pkl 8 pg olh kem komanden... pastu kitorang b'gerak ke bilik seminar utk dgr ceramah... ceramah couple disampaikan olh kak Ayu...best woo...satu pendedahan yg cukup padat...ceramah aurat plak disampaikan olh Dr. Wan (ex-naqib ana tuh)..mula2 tu penceramah dtg lewat sket... ana pun start panic la... nasib baik la ada sorang sahabat ana nie dia tolong tunjuk vid2 yg dia ada siap penerangan skali... terpegun ar jgk ana dengau dia punya penerangan..POWER..tp jgn la bangga lelebih plak ye klu bc post ana ni (takut timbul riak plak).. lps tu ceramah pun mula cam besa..mula2 tu ramai la jgk org tidur..besala ceramah bentuk serius (penerangan fakta tntg aurat)...tp waktu soal jawab tu punyala riuh sampai Dr. Wan x larat nak jawab... Lpas tu plak kita buat p'tandingan busana muslim..(banat buat kat bilik len).. sume kump mesti bawak sorang model utk peragakan pakaian yg diorang buat dr kertas & surat khabar... mcm2 rupa jdnya...lpas tu kami berenti rehat utk solat & mkn.
Ptg tu plak dlm pkl 3 kami start prog explorace... mcm2 cabaran yg t'paksa dihadapi... penuh reaksi & emosi... tp yg best nye ada cp tambahan iaitu mkn... kebetulan hr tu Dr. Isa (speaker Kedah) wat kenduri sket.. kump2 yg nak pi cp 4 pun pakat pi pekena sepinggan la.. ana pun join sekaki gak (rezeki x leh tolak..he..he..) Explorace pun tamat dlm pkl 5 & lpas tu kitorang berenti utk solat,ma'thurat n minum ptg (mkn lg..prog ni asyik makan jew..) Lpas tu wat resolusi n penutup.. pengetua ada berucap sket n diakhiri ngan penyampaian hadiah..program tamat dlm pkl 6.30 ptg...
Alhamdulillah, respon dr peserta sgt positif...sumenye kate best!!... InsyaAllah klu ada klapangan kami akn anjurkan prog lg...Trimas kpd sume fasi n AJK prog yg sibuk bekerja utk pastikan prog ni b'jln lancar...Setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi di ats sgala bantuan yg diperoleh tnpa disangka2...manusia hanya merancang ttp hanya Allah sahaja yg mampu menentukan..
Tp keje da'wah ni tak terenti stakat nie.. byk lg tanggungjawab n cabaran yg akan dihadapi. Doakan supaya kita sume khususnya penggerak remaja sentiasa thabat di atas jln ini.. Wallahualam (insya-Allah klu ada gambar nnti ana akn post)