Bismillah, alhamdulillah, wa syukru lillah ‘ala kulli haal…
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Illahi kerana sudi memilih hamba-Mu yg hina ini utk merasai keindahan tarbiyah-Mu melalui perantara yg cukup bermakna…. Kehidupan Ini Ringkas Namun Signifikan… Rasanya masih belum terlambat utk ana kongsikan satu daurah yg ana hadiri dr 8 Disember-23 Disember yg lepas nih…
“Aduh…esok dah nak kena pegi skolah la…penat nie…dah la baru sampai…post jelajah Mesir pun x sempat buat lg nie..” Demikianlah ungkapan yg terlintas di benak qalbuku..perghh jiwang ler ayat … mane taknye baru je jejak kaki kat rumah dah nak kena sambung program tahfidz kat skolah balik… Astaghfirullah….kenapa boleh terfikir camni….arggghhh! (mungkin bahagian ni agak melampau penceritaannya.he..he…)... sedikit permulaan sblm melangkahkan kaki utk hadir ke daurah Daurah Al-Mukassafah Litahfidz Al-Quran ’09 yg hakikatnya telah memberi pengertian yg cukup besar dalam hidup…
Alhamdulillah dgn kehendak Allah, Dia memilihku utk t’golong dlm kalangan mereka yg mendapat tarbiyah menerusi hafazan Al-Quran…ya tarbiyah…tarbiyah yg menjadikan ana lebih mengerti hakikat Sabar, Ikhlas, Redha, ukhuwah & many morezzzzzzzz…. Tak putus2 ujian yg datang selama 2 minggu ana mengikuti daurah nie…tetapi janji Allah itu pasti Benar!... “Sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu ada kesenagan”…
Kalimah yg dilontarkan oleh bibir seorang murabbi yg cukup ana syg Ustaz Al-Hassan Al-Idrusi Al-Yemeni tenyata masih terngiang2 di telinga… “jgn jadikan daurah ini sebagai tempat utk antum m’hafal semata2…memang hafalan adlh yg pertama… tp jadikan daurah ini sebagai tempat yg merubah kehidupan antum…yg merubah pemikiran antum…menghargai setiap saat dlm kehidupan antum (au kama qaal- nih translate jer sbb Ust ckp dlm bahasa arab)…
Tempoh sebenar daurah nih 3 minggu sebenarnya tp ana dpt hadir 2 minggu je sbb br sampai dr Mesir… tp Alhamdulillah hafazan tak mengecewakan…sekaligus membuktikan insyaAllah dgn kesungguhan, 30 juzu’ tak mustahil utk kita habiskan walaupun dlm tempoh yg singkat… dalam daurah nie ada Syi’ar al-Usbu’ yg perlu disemat dlm jiwa setiap peserta…apa yg bestnya syi’ar nie tersusun dalm kronologi yg ckp menyedarkan & membangkitkan… minggu pertama إنما يتعثر من لم يخلص"” yg bermaksud “sesungguhnya akan ditimpa kesusahan mereka yang tidak ikhlas”… ungkapan yg cukup menyedarkan utk membawa kita kembali membetulkan niat sblm memulakan sesuatu amal…. Minggu kedua
“رب همة أيقظت أمة” yg bermaksud “siapa yg memiliki semangat dia akan dapat membangunkan ummah”… cukup bersesuaian utk mengembalikan semangat yg kian hari kian luntur dihakis masa… minggu terakhir “خيركم من تعلم القرأن وعلمه” yg bermaksud “sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”…merupakan suatu mau’izhoh yg penuh keberkatan kerana ianya merupakan sabda baginda Ar-Rasul s.a.w…peringatan yg menjadi sumber motivasi utk kita amalkan ilmu yg dipelajari supaya dapat disampaikan kpd masyarakat….malam t’akhir (klu x silap) Ust. Hassan sampaikan beberapa pesanan yg menghendaki kami semua gar terus konsisten dlm ibadah..tp nampaknya setakat ini ana gagal utk terus konsisten…betapa lamahnya diri ini
Alhamdulillah pd tanggal 23 Disember (hari Rabu)…slps solat asar diadakan sedikit majlis penutup & penyampaian sijil…semua dapat…walaupun pencapaian berbeza2..tp Alhamdulillah…masih memuaskan… nak petik sket ungkapan penghulu daurah nih akh akmal…”tahniah ana ucapkan kepada waris2 yg tlh memilih utk meletakkan Al-Quran dlm diri anak2”… inilah satu nikmat yg sgt perlu disyukuri… Ibu bapa yg memiliki keprihatinan utk memberikan pendidikan jiwa yg sempurna kepada anak2 mereka…
Sekarang ni sebenarnya (sewaktu jari-jemari tgh rancak menari tanpa rentak mengiringi ats keyboard nih) ana dan rakyat Malaysia umumnya sedang menghitung detik utk melangkah ke tahun 2010M…sebenarnya ana nak qada la kira post yg tak sempat buat masa maal hijrah yg baru lepas ni…tp ana yaqin bahangnya masih segar dan terasa dlm diri kita…baru2 ni tanpa diduga…waktu ana tgh tengok citer sinetron Indonesia kat TV9…ana tukarle kejap channel ke TV1 waktu iklan…alangkah terkejut dan excitednya ana bila tengok ada slot khusus diorang interview Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi sempena maal hijrah…apa lagi, langkah diatur, note book dicapai, telinga mendengar, tangan… menyatit la dik!
Antara jawapan yg Doktor utarakan waktu diminta utk berkongsi tentang seerah hijrah Rasul s.a.w:
1- Hijrah membuktikan bahawa sesuatu kejayaan tidak akan dicapai kecuali dgn pengorbanan…kejayaan Rasulullah s.a.w membuka sebuah empayar kerajaan Islam yg berpusat di Madinah tidak akan berhasil tanpa pengorbanan baginda & sahabat2nya utk berhijrah…meninggalkan seluruh kekayaan semata2 utk meraih redha Allah s.w.t.
2- Selaku seorang muslim kita perlu mencintai dan mengasihi Negara kita…namun jika terdapat pertembungan antara kepentingan agama atau Negara maka kita wajib memilih agama…inilah yang nabi tunjukkan dlm peristiwa hijrah ketika meninggalkan bandar yg cukup baginda kasihi, Makkah.
3- Nabi mengajar ummatnya menerusi peristiwa ini akan kepentingan membuat perancangan yg teliti…perancangan ini dpt kita teladani ketika baginda menyediakan penyampai maklumat, penunjuk jalan, penyedia makanan & pengganti tempat tidur baginda sblm berhijrah bersama Saidina Abu Bakar r.a..
4- Hijrah merupakan detik tajdid bg melahirkan umah yg beriman dan berilmu setelah sekian lama fasa pembinaan keyakinan aqidah ketika era makiyyah.
Akhir sekali, beliau (Dr. Yusuf Al-Qardhawi) meninggalkan pesanan buat seluruh kaum muslimeen di Malaysia agar BERIMAN, MEMILIKI KETINGGIAN AKHLAK, MELAKSANAKAN AMAL YG DIREDHAI dan MENGELAKKAN PERPECAHAN SESAMA MUSLIM…semoga nasihat ini akan dipandang serius oleh semua rakyat Malaysia..tidak kira sama ada pemimpin atau rakyat biasa…semoga tahun hadapan (Masihi)yg akan kita jejaki beberapa jam lagi menjadi tahun yg lebih baik dr sebelumnya…begitu juga dgn Maal Hijrah yg baru kita lalui…semoga dpt menyedarkan kita akn hakikat hijrah yg sebenar..hijrah dari seorang insan yang biasa2 kpd yg luar biasa insyaAllah…
Label: Menggapai Mardhatillah..
-Salahuddin II (insyaAllah) disamping replika Salahuddin Al-Ayyubi
-satu family depan piramid Giza
"Katakanlah (Muhammad) berpergianlah (bermusafirlah) kamu di bumi ini dan lihatlah bagaimanna kesudahan orang-orang yang sebelummu. Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan Allah" -Surah Ar-Rum:42...tuntutan yg sama juga Allah ulangi dalam Surah Ali-Imran:137, Surah Al-An'am:11, Surah An-Nahl:36, Surah An-Naml:69, Surah Al-Ankabut:20...
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar…maha suci Allah yg maha berkuasa mengurniakan nikmat kpd semua makhluk di muka bumi ini tanpa henti…
kesemua ayat di ats td menunutut supaya kita bermusafir & mengutip 'ibrah dr kehidupan...insyAllah kali ni ana nak kongsikan peluang yg Allah berikan utk ana berpijak di bumi Mesir utk tatapan bersama...semoga Allah memelihara hati ini dr timbul sifat riak & terhindar dr fitnah masyarakat yg semakin hari semakin besar ancamannya kepada kita...
“Dreams become reality”…betul ke aku dah sampai Mesir nie… sapaan jiwa yg pertama dr atas flight… menjejakkan kaki di ardhul kinanah, menghirup udara yg pernah dihirup olah Nabi Musa fuh hiperbola tuh dan menyaksikan sendiri bumi yg telah melahirkan ramai ulama’ di dunia adlh satu nikmat yg cukup besar dalam hidup…maha suci Allah ats segalanya.. semoga aku t’golong di kalangan hamba yg sentiasa m’hitung & m’syukuri nikmatMu
“Usamah tau tak orang Mesir ni bg maksud perkataan Mesir sbg م-Mehnah ص-Sabar ر-Redha..” sedikit intro dr kak ngah… mungkin supaya ana lebih bersedia m’hadapi sebarang kemungkinan…tribulasi mungkin…
"أم الدنيا" itulah nama jolokan bg bumi Mesir oleh penduduknya…masa kat sana x t’lintas plak nak tanya kenapa Ummuddunia? Tp bila dah balik Ust. Hassan pun tanya ana sbb apa depa sebut ummuddunia… ana ingatkan sebab Mesir ni t’golong dlm tamadun tertua di dunia… rupa2nya sbb kat Mesir ni ada sume yg kita nak… baik ada, jahat pun ada… ulama’ ada, org jahil pun ada, Ikhwan Muslimin pun b’tapak di Mesir, tak kurang ramainya juga pemimpin yg zalim dr Mesir… nasihat ana utk sahabat2 sume MENGEMBARALAH!...bak kata Ust. Hasrizal dlm buku Bercinta Sampai Ke Syurga… mengembara amat sinonim dgn penuntut ilmu zaman b’zaman ..mereka yg ada misi & visi yg besar akn mengembara.. namun begitu, mengembara bukan hanya bermaksud merentas sempadan tetapi mengembara adlh bila kita keluar dr zon selesa menuju kpd zon cabaran, keluar dr kebiasaan kpd dunia baru, keluar dr rutin harian yg biasa2 utk mencari mutiara hikmah dr kehidupanأو كما قال
Memang byk sgt hikmah+pengalaman baru yg diperoleh sepanjang 12 hari menjadi rakyat Mesir.. rasanya kalau nak kongsi sume mungkin bley buat satu buku khas nih… jd utk tidak mahu memeritkan minda para pembaca yg x sanggup nak baca post panjang2… insyaAllah kali ni ana just bg gambar2 sket sepanjang 12 hr di sana…
24/11 (Rabu)
-flight ke Mesir pkl 1:30pg (wak2 M’sia)
-sampai di airport Mesir pkl 6:20 pg (wak2 Mesir)
-ni la Sungai Neil...
-Melawat Universiti Cairo
25/11 (Khamis)
-Masjid Amru Al-Ash
-Melawat Makam & Masjid Imam As-Syafi'e
-Makam Imam Waqi' (Guru Imam Syafi'e)
-Di hadapan Makam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
-Masjid Ar-Rifa’i
-kubur Raja Farouk (raja Mesir yg t’akhir)dlm Masjid Ar-Rifa'i
-sekolah utk belajar 4 mazhab yg ada dlm Masjid Sultan Hassan
-Hospital dlm Masjid Sultan Hassan
-Masjid Ibnu Tulun
-Pemandangan Cairo dr ats bukit waktu sunset..subhanallah...
26/11 (Khamis)
-Cairo University (Main campus)
-The Pyramids of Giza
-The Egyptian Perfume Palace
-Papyrus Museum
-Pharaonic village
27/11 (Jumaat)
-Depan Makam Sayyeda Zainab (lepas solat hari raya Aidil Adha)
-korban Pak Arab depan rumah...
-student dr Kedah dok masak utk jamuan hari raya di rumah Malaysia
28/11 (Sabtu)
-depan Hospital...waktu jln2 tepi Sg. Neil
-tgh tunggu metro utk ke muzium (cuba cari ana kat ner..)
-Melawat muzium
29/11 (Ahad)
-Depan Qal'ah Salahuddin di Kota Qaherah
-Masjid Ali Pasya (dlm Qal'ah)
-Masjid Qalawun (dlm Qal'ah)
-Military Museum (dlm Qal'ah)
-Pokok depan Masjid Ali Pasya..Subhanallah...
-Bazaar Hussein – dekat Masjid Al-Azhar dan Saidina Hussein
30/11 (Isnin)
-shopping kat City Star
-Bazaar Sayyeda Zainab(background Masjid Sayyeda Zainab-cucu Rasulullah s.a.w)
-singgah minum 'asir (jus buah) waktu balik...sedap woo...alhamdulillah
1/12 (Isnin)
-bertolak ke Alexandria (Iskandariah)
-Makam Abu Darda' r.a(sahabat & perawi hadis)
-Trem di Alex
-depan Masjid Nabi Daniel a.s
-disamping makam Nabi Daniel a.s (warna merah) & makam Luqman Al-Hakim (warna hitam)
-Qal'ah Salahuddin di Alexandria
-Masjid Al-Busairi (tokoh burdah)
-have a break, have a kebab!
-Montaza- Istana Raja Farouk (lambang kekayaan atau kekejaman?...)
-Di perpustakaan Iskandariah
2/12 (Selasa)
-bertolak ke Sinai (Bukit Tursina)-highway dihiasi dgn Asma' Allah
-merentasi padang pasir sahara
-Qal'ah Salahuddin ats satu pulau di pesisir pantai Taba
-melihat 3 negara (Jordan, Saudi & Israel) dr ats jeti
-Ronda kedai2 di Dahab (tepi abah tu Ust Khairul- tourist guide kami)
-budak Arab dekat hotel...cute nyer...(silap x culik..hehe...)
3/12 (Khamis)
-mulakan hari dgn sentuhan laut merah (sejoook!)
-nilah Sinai...
-pokok zaitun
-Makam Nabi Harun a.s
-Ukiran seakan2 lembu...(dipercayai tempat lembu As-Samiri)
-Depan Farmasi Usamah (cawangan Sinai..hehe...)
-Makam Nabi Salleh a.s
-Oasis di padang pasir
-'Uyun Musa (yg Allah kurniakan kpd kaum Yahudi)
4/12 (Jumaat)-Last day..huhu...
-waktu solat Jumaat
-Masjid Hussein (didakwa tempat yg meletakkan kepala beliau yg dipenggal)
-Masjid Al-Azhar-lambaian terakhir utk Mesir
-Menghitung detik terakhir utk berangkat pulang (dekat airport)
Kehidupan 12 hari di Mesir memberikan suatu pengalaman, kesedaran dll yg x mungkin boleh dijualbeli dgn harta...I love My Family so much!
MA'ASSALAMAH YA ARDHUL BARAKAH...WAILALLIQAI INSYAALLAH....
p/s- actually byk lg gambar yg menarik...tp yg ni je yg ana larat upload..wallahua'lam