Monday, April 29, 2013

Tips Melancong ke Jakarta dan Bandung PART 1

p.s Kau kalau baca post kali ni, sila baca dalam bahasa Indonesia, kalau tak, tak paham!

Okay, here we go.

1) Benda pertama yang kau kena pastikan pilihan betul adalah kapal terbang. Kau kena pilih Kapal Terbang yang murah. Macam aku haritu, RM200 je tambang pergi dan balik. Kau ada? Tapi aku pergi dari Changi la. Sebab aku kan orang Johor, dekat sikit gitu. Sebenarnya aku taknak la cakap pasal kapal terbang, saje je nak mention tiket aku murah rabak! kihkihkih

1) *masih lagi SATU sebab satu yang di atas tu memain*
Duit. Sebenarnya duit adalah perkara yang paling mustahak paling utmost sekali yang kau kena bawak sebab, dekat sana semua barang-barang dia adalah murah. Yaaaaa, murah ya para ibuk-ibuk dan bapak-bapak. Kok kalau guwe yang duduk di Indonesia, guwe ini sudah dibilang jutawannnnn, aduh. Ya, serius. Murah. Aku masa tu pergi konon berlagak 'nak teman kawan je' sekali memang menyesal tak sudah sebab banyak benda yang ingin dibeli tapi fulusssss, sedih T___T. Kalau duit kat sana, dorang main ribu2 je. Tapi trick dia senang je, duit diorang ribu kan, kau buang tiga kosong kat belakang, lepas tu kau bahagi je dengan 3 (lebih kurang), dah jadi convert duit Malaysia. Jadi, tak perlu la kau nak terhegeh-hegeh bawak kalkulator sana-sini melainkan kalau kau tu cikgu art, lepas tu lemah matematik. Contoh, kalau harga minuman alpukat kat sana harga dia RP 15,000.00, kau buang ribu kan belakang jadi 15.00. Sekarang kau bahagi 3, dah jadi 5. Maka, harga minuman alpukat itu tadi adalah berharga RM 5.00 sahaja.

Tambang teksi : RP 21,000.00
                       [(21000/1000)/3]
                      = RM 7.00

Soalan : Jika Encik Ali pergi ke Jakarta dan membeli sehelai baju berharga RP 35,000.00 (Rupiah), berapakah harga baju itu dalam Rm (Ringgit Malaysia)?

Jawapan : __________

Kemain siap ada soalan, macam tuisyen Matematik pulak kan.

Lagi satu pasal duit ni, kau kalau setakat ratus2 rupiah tu, kau bawak-bawak la menghalalkan je, bagi je balance tu dekat pakcik teksi ke, tukang angkat beg ke, makcik2 tepi jalan ke sebab kau bawak balik Malaysia RP 200.00 tu memang dah jadi nothing dah wei. Melainkan kalau kau kumpul syiling tulah. Tu pun nak kene ajor ke?

2) Sebenarnya sebelum ni aku google blog orang, orang asyik cakap pasal peminta-peminta duit ni sekeliling pinggang dekat Jakarta. Tapi atas apa yang aku alami, fakta itu adalah tidak tepat sama sekali. Tak tahu la samada memang tak ada golongan minta2 duit tu, atau aku ni bernasib baik, atau dorang tak berani nak mintak dekat aku. Dekat airport yang ada cuma tukang angkat beg je, tu pun dia macam tak hadap sangat nak angkat beg kau. Jadi memang no no no, aku memang tak jumpa golongan tu dekat Jakarta, AT ALL, period. Tapi dekat Bandung ada ramai, kihkihkih. Cuma, kawan aku dah pesan banyak kali la, kalau kat Indon, step je macam teral. Kau gelabah pun kau step je ala-ala orang Indon gitu. Aku ni nasib baik bapak aku Jawa, jadi ada la muka aku ni imbas-imbas macam muka Pasha Ungu tu. *yaa silakan muntah*

3) Teksi
Kau kalau kat Indon, kau naik jelah teksi jenama Bird, apa saja yang ada macam Blue Bird Group la macam 'Blue Bird', 'Silver Bird', 'Golden Bird', 'Big Bird', bebird oh ya, Blue Bird tu ada dua, satu lagi Blue Bird Pusaka. Kenapa kena naik taksi2 bird je? Sebab ini je satu-satunya company yang teksi mereka menggunakan meter, yang lain memang tak pakai meter, main hentam kromo je. Ada satu insiden tu dekat Bandung, aku ngan kawan aku naik teksi jenama lain la,pastu dia mintak RP 30,000.00 tapi dia cakap tak pakai meter. Masa naik dia cakap dia pakai meter, lepas kitorang tanya-tanya dia cakap dia tak pakai meter. Walaupun ada meter, tapi dia kata bayar mesti tetap 30k. Pastu kawan aku cakap 'tak mahu la kalau macam tu'. Pastu supir tu cakap 'ya kalau gitu silakan keluar'. Ha terus je berhenti tepi jalan, pastu kitorang keluar. Gila teruk perangai supir tu. *supir itu adalah pemandu ya* Lepas tu kitorang naik je pengangkutan lain. Pfft

haa, ni la bentuk rupa logo Blue Bird tu, besor kan? Kaler dia wajib biru.

4) Pengangkutan
Selain teksi, ada banyak lagi jadah yang kita boleh gunakan kalau nak ke tempat lain. Antaranya adalah Bajaj, Ojek, Angkutan, Bas dan eh aku rasa tu jelah kot. Tapi memang bersepah-sepah la pengangkutan2 ni. Ada je setiap masa, di mana jua, cheh, macam lirik lagu pulak. Mungkin sebab populasi manusia dia Indonesia ni teramat ramai, jadi mereka terpaksa adakan pelbagai jenis pengangkutan bagi menampung perjalanan harian manusia. Selain naik teksi, aku merasa la naik Angkutan dan juga Bajaj. Angkutan tu murah banget, harga dia RP2000.00 je ke mana saja arah tak kira jauh atau dekat. Kau bayangkan tambang kau RM 0.70 je sehala, tak murah? Tapi memang seksa sikit la sebab Angkutan tu macam van kecil, dan dia tak kira akan ambil muatan selagi boleh, kalau kau kene berdiri kat luar pun, kau berdirilah kalau nak naik. Pemandu dia memang akan ambil penumpang tak kira walaupun van tu dah macam sardin, PERIOD. Masa aku naik pertama kali, siap tiga kali terhantuk okay. Maklumlah, aku ni kan ala-ala comel gitu. Memang la sangkut kalau naik kenderaan2 yang kecil ni. Kihkihkih. Kelas kau, maintenance tinggi gitu. Tapi, cuba kau bayangkan, kalau naik teksi contoh la kalau dari terminal larkin pergi Giant Taman Suria tu, harga dia macam RP 25,000.00 gitu which is RM 8.30 +- la, manakala kalau kau naik Angkutan harga dia RP 2,000.00 je, which is cheaper only RM 0.70 +-. Haa, jauh sangat tak beza dia? JAUH KOT beza. Kita ni kat JB ni kalau bas dalam RM 1.30, kalau teksi dalam RM 6.00 haaa ala-ala adil dan saksama gitu. Padan la kat Indon kalau kau kaya, kaya betul kalau miskin, miskin betul. *nangis jap* Perkara yang paling aku salute dekat Indonesia ni kan, PEMANDU dia. Perghhh, pemandu-pemandu dia ni semua kan memang dah tahap paling pro dah. Memang f*** skillful gitu. Kau bayangkan, kalau diorang ni main potong2 kan, jarak kereta dengan kereta lain adalah 3cm. Yaa, sentimeter *pengsan*. Lepas tu semua memang tak akan pernah ada courtesy nak bagi laluan, memang semuanya bawak kereta macam bawak dekat highway lajunya. Tapi tu kalau tak macet la. Kalau macet, sama jee lambatnya (macet adalah jem ya). Kira kalau kereta dekat Indon ni kan, kalau calor-balor sikit sikit tu kira biasa laaa. Semua kereta kat Indon ni memang ada je sikit calornya. Kalau tak ada calor kire kereta tu belum pakai lagi la. Kihkihkih.
nampak bende biru tu? Ha tu lah Angkutan yang aku cakap tu. Comel? xoxo

5) Hotel
Ha ni lantak kau la. Kau google sendiri masa kau nak pergi nanti. Yang ni aku malas nak cakap banyak. Walau bagaimanapun aku cerita la hotel mana aku menginap. Sebenarnya reason aku pergi Jakarta ni pun bukan sebab nak berjalan sangat. Tapi sebab teman kawan aku berkursus dekat salah satu Sekolah International di Jakarta. To be precise, at Kelapa Gading, Northern Jakarta. Sebab kawan aku yang ajak, maka dia sponsor semua penginapan. Haaaa, terharu aku sekejap. Hanya Tuhan je mampu balas balik jasa baik beliau *nangis lagi la*. So, hari pertama hinga ketiga, aku menginap dekat Whiz Grand Hotel. Aku rasa hotel ni macam 4stars la and its quite expensive though. Tapi memang best. Makan sarapan pagi dia memang macam di syurga. Amboi, macam pernah pergi syurga je. Tapi memang best. Hotel dia pun best la. Layanan macam 5 stars gitu. Hotel ni dekat je dengan Mall of Indonesia atau kami bilang MOI jika disini. Moi tu kire macam one of the largest malls in Kelapa Gading laa. Anyway, about any malls in Jakarta, if you are driving, they will check your car boot upon the gate entrance and when you want to enter the mall, you need to pass through their security check-up point. Haaa, kau ada buat macam tu kat Malaysia? Bukan apa, dia cakap takut ada orang seludup bom dalam mall. Fuhh, berdebar gitu nak jalan2 kat MOI tu.

Haa, nilah dia MOI. Tempat makan aku selama 3 hari. Hikhikhik

Hari keempat pula kitorang menginap di Pasar Baru Hotel dia Mangga Besar. Haaa, sini ada keliru sikit sebab Pasar Baru, Mangga Besar ni kat Jakarta. Dekat Bandung pun ada satu lagi Pasar Baru. Yang dekat Jakarta ni kira macam Petaling Street la hebatnya. Tapi diorang tutup awal wei. Pukul 8pm dah tutup. Sedih. Kitorang menginap dekat Hotel Pasar Baru, Mangga Besar ni sebab kitorang nak nai keretapi esoknya dari Stasiun Gambir untuk ke Bandung. Yaayyy, Bandung here i come *eh bukan dah past tense ke?* Sebab kalau dekat Kelapa Gading, tak ada train station yang dekat untuk ke Bandung. So the easiest is at Gambir Station. Kau kat sini kalau sebut Gambir, kau tak boleh sebut Gambey, kau kene pekatkan huruf 'R' tu, jadi macam GambiRRRRRRR sebutannya. Jelas gitu. Hari last masa dah sampai Bandung, kitorang stay dekat Hotel Progo, which is located damn near to all those factory outlets *mula sedih sebab duit dah berkurangan*.


wei. Ngantuk wei. Nanti info2 yang lain aku sambung dekat PART 2 yaaaa. Hikhikhikhik. Korang google la dulu hotel2 lain di Jakarta.

4 comments:

hawa-neechan said...

gud2.info yg menarik.kami nk pi jakarta-bandung ari khamis ni,baru nk cari info hoho

suezen said...

ooo wafi...dh lame x bc ur blog...nasib baik jumpe balik...tp pelik kenape x on dkt dashboard..mayb dh tukar link kot yer... hihi...thanks for the info..agak terlewat bc entry ni sbb dh pegi Jakarta sebelum raya ari tu..haha

Anonymous said...

Cite best sgt, ada sense if humor lg..xboring baca..good

Anonymous said...

Cite best sgt, byk info ada sense of humor lg...good..xboring baca