Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Etiquette tips for mak budak dan bapak budak

"Ooo..kalau tadi tu no manners, yang ni 'YES MANNERS LA KAN, PAPA?" 
Hahaha. Comel je Iman (anak menakan aku) dengan naive nya tanya papa dia, masa kecik dulu.

Sibuk je kita sebagai mak bapak ngajar manners kat anak-anak, kadang-kadang kita sendiri lupa manners dan etiquette bila dah jadi parents ni. 

Antara alasan fofular kita.... 
  1. Sebab busy/ banyak benda nak pikir
  2. Sebab stress 
  3. Sebab memang dasar plain ignorant

 Nah... ni aku compile etiquette (sesama parents) yang perlu kita ikut bila dah jadi mak budak or bapak budak. 

 

Jangan la asyik anak diaaaaa je -______-


Anak saya dah khatam Quran sejak umur 2 tahun. Sejuk perut mengandung. Mesti besar nanti jadi jutawan pulak. Tapi dia tak pernah cerita kat orang pasal kelebihan dia takut orang dengki nanti, santau pulak.

Tu la, anak saya pun hebat baq hang! Dah la boleh berjalan atas air dan ada lesen pilot walaupun baru umur 7bulan. Tapi dia tak bagitau kawan-kawan dia, sebab takut diorang semua nak free rides.


Bila bersembang dengan mak bapak lain, jangan le SS sangat. Asyik cerita pasal anak sendiri je. Duh! Macam kau sorang je ada anak. Huh! Dasar attention-seeker!
Sesekali tanya la jugak pasal anak diorang, baru la nampak caring!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Sounds familiar? Hahaha

Meluat gak kalau semua anak dia je hebat. Sembang kencang sangat, sampai KLCC pun boleh goyang. Grrr....
Aku selalu ingat this rule masa gathering, supaya orang tak bagi first bad impression masa mula-mula kenal. Hahaha

Kalau dengan orang yang belum ada anak, agak-agak la sembang tu

Sikit-sikit, sudah la. Tak semua orang yang dah kawin, tapi belum ada anak excited nak dengar kisah 1001 malam pasal anak hang sorang.
Maybe boleh buka topik lain- tentang aktiviti masa weekend ke, kat mana nak makan mee udang sedap ke, tentang tempat best nak gi travel ke. 

Pernah gak aku ngan laki aku pergi housewarming rumah si X ni. Laki dia punya la beruk kera sumbang, boleh sepatah haram tak bercakap dengan laki aku yang dok kat sebelah dia punya la lama. Walhal sama-sama ada anak.



Kalau dah blur sangat... bak kata Sudin, buat la cerita tentang ikan berlaga ke, kumbang terbang ke...



 Kalau anak kita pergi rumah orang (sleepover or playdate)...

At least, call/sms la sekali untuk check keadaan. Just as a courtesy. Takde la nampak sangat macam mengambil kesempatan pergi lambak anak kat rumah orang, dan terus senyap sampai time nak jemput balik.
Macam aku, biasanya aku whatsapp gambar dan update sikit the parents what's going on (anak-anak tengah main apa, dah tidur ke belum, dok makan apa, etc.) kalau ada yang datang playdate/sleepover.

 

Laaa... Ingatkan semua free. Eh, tak ehhh? 


Kalau ada events/activities yang kita tak sure free atau kena bayar (playgroup ke, bawa anak kita keluar jenjalan ke), just touch base beforehand. Kalau pun ada orang bayarkan, offer la kot-kot boleh chip in sikit.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
At least, kalau everything has been covered, kita boleh ucapkan terima kasih sebab ajak anak kita.

I remember at once, Maryse siap datang bawak purse lagi masa nak drop Felix kat rumah aku... tanya how much nak bayar, sebab aku bagitau dia nak bawak bebudak tu tengok movie dalam kereta aritu. Takde la aku minta dia bayar pun, bcoz aku dah bayar harga tiket tu, but it's a courtesy la kan dia tanya tu.

 

Kalau ada invitations, jangan lupa RSVP


Style orang kita, main terjah je ke majlis orang. Jarang RSVP. Kekadang tu, jemput sorang... tapi dia bawak 5,6 orang yang lain (yang kita langsung tak kenal). Gulp!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Bukan apa, kan elok kalau RSVP dulu... Sepertimana kita risau takut makanan tak cukup, atau terbazir sebab banyak sangat, kita takut party goodie bags tak cukup... macam tu jugak la orang lain.
So, kalau boleh, RSVP la. Senang orang nak kira siap-siap.


Read: 
RSVPRépondez s'il vous plaît a.k.a "Reply if it pleases you" or "Reply please"

 

Dan... kalau majlis tu menjemput sorang anak je, jangan le gatai menghantar se-batalion anak yang ada


Aku pernah buat birthday party untuk budak-budak sebaya Lil Adam je (yang dah boleh bawa diri sendiri) supaya aku tak terkelam-kabut top-up makanan, uruskan games.
Ada parents yang bijak, dia tak hantar pun anak dia yang sorang lagi sebab dia ingat aku cuma jemput yang sebaya Adam je.  Kesian pulak, walhal anak dia tu dah pandai bawa diri.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Ada yang sengal pulak... aku tak jemput si X (sebab obviously anak dia masih kecik dan clingy dengan parents), si Y pulak pegi counter check "Eh, tak dapat ke invitation daripada Is?"
What-the-fotosintesis betul la! Memang dasar Melayu betul!


Kids only or Adults only
Kalau macam birthday party budak-budak yang hanya cater untuk kids, mak bapak tak payah la bersidai kat tepi tu. Contohnya kalau buat majlis kat fast-food restaurants. 
Kan awkward?! 
Nak ajak, tak patut... sebab semua kids je dan akan incur cost. 
Tak ajak pun, ishhhh...nampak obvious sangat. Awkward la!

Aku sendiri pernah terpaksa tak pegi my friend's big day, hanya sebab konsepnya jemputan untuk 2 adults. Aku bagi alasan lain, sebab masa tu aku tak sampai hati untuk tinggal Lil Adam kat sitter/nursery hanya untuk attend majlis malam-malam. Dan aku tak sampai hati nak rosakkan majlis orang. Hehehe.
So, aku faham-faham sendiri la. Takde la pulak aku nak tanya, sebab it's just gonna put her in a bad spot kalau terpaksa jawab "Oh, sorry la, no kids allowed." atau terpaksa kata "Boleh bawa kids" (walhal anak aku sorang je nanti kat situ)

 

Sports Day, or during games on Family Day

Oh well, this surely reminds me of one of the episodes of Everybody Loves Raymond. LOL
Masa main games/sports, kita mak bapak budak ni bagi support dan encouragement je la. Jangan emo sangat, sampai ajar anak mengelat kerana nak menang. 


Kalau ikutkan, aku ni kira competitive la jugak. Apa-apa hal, nak suruh anak pulun buat the best. Tapi memang sakit hati gak la masa Sports Day awal tahun aritu, tengok ada sorang adult ni masuk dalam team budak-budak dan mengelat sebab nak bagi team dia menang. Rasa nak je tunjal-tunjal kepala dia.
Tapi terpaksa la aku berlapang dada, dan ajar anak... it's okay not to win all the time. 
That way, anak aku takde la menghentak-hentak kaki kalau dia tak menang. Lega!


Bawa keluar anak yang melalak dalam panggung wayang/ restoran

Cer fikir sikit..berapa ramai thoughful parents yang sanggup tak makan kat restoran (esp. fine dining) sebab tak nak ganggu suasana orang lain. 
Berapa ramai yang sanggup download pirated movies tengok kat rumah, semata-mata tak nak anak dia bising menjerit-jeirt dalam panggung wayang dan kacau orang lain. 
So, kalau anak kita menangis/buat bising... bawa la ke luar jap. Bila dah okay, baru bawak masuk balik.

Tapi kalau anak melalak dalam masa dalam flight, jangan le bawak keluar pulek! Hehehe.

 Key: BF moms insyaAllah takde masalah ni, sebab if anything goes wrong, sumbat!!!Kan?

Pick up after your kid at restaurants.

Pick up after your kid at restaurants.

Aku teringat cerita Acik (abang aku) masa dia keje kat Kenny Rogers dulu, ada budak dengan riangnya meng-kecai-kecaikan muffin siap tabur-tabur lagi. Dan mak bapak dah jenis tak larat nak hadap, atau memang jenis "Lantak la, nanti ada orang tolong cuci/kemas!"
Kalau agak-agak kerek sangat tak nak tolong kemaskan/ bersihkan, at least leave a big tip.  
Kalau rasa laaaagi mulia, tolong tip pelanggan-pelanggan lain yang ada kat restoran tu sekali, sebagai tanda penghargaan sebab they have to refrain themselves from melempang your no-mannered-kids.

 

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

Don’t make extra work for people.
Jangan blah macam tu jer.


Sick? Stay away
Kalau anak kita tak sihat, just keep them home la. Kang bawak keluar, berjangkit pulak kat anak orang lain.
Lepas anak kita sihat, anak orang lain pulak sakit.   
Kalau orang buat macam tu kat kita, tau pulak kita hangin.


Food allergies alert

Budak-budak jaman sekarang ni ada yang ada peanut/soy/egg allergy, gluten-intolerant, lactose intolerant...blablabla. Punya la berjela-jela listnya.
So, kesian la sikit. Kalau dah tau anak kita akan makan benda-benda tu masa kawan-kawan dia ada kat keliling dia, bagi je la makanan yang not-in-the-list. Jangan la takdak akai sangat nak bekalkan nuts kalau satgi membuatkan anak orang lain tergolek dock. Bagi anak kita it is just a delicious food to eat, tapi bagi anak orang lain...antara hidup dengan mati. 
Alaa... kalau ignorant jugak, just imagine sama la macam kita rasa kembang tekak kalau kawan anak kita yang dok kat sebelah makan b*bi! Habis cerita.


Kepimpinan melalui tauladan

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Kids don't remember what we tell them to do/or not to do.
But they will remember what they see us doing.

Betul tak?


The magic words

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Jadikan kebiasaan.
Please.
Thank you.

Jangan tanya overly personal questions


You tak nak anak lagi ke? Kan dah 8 tahun dah kawin.
Eh, you tak BF anak you? Kesian dia minum susu lembu je.

Wahhh... Joyah sangat kan?
Aku cili mulut tu kang!


WHATTT?!! PECAH?!


Biasanya orang akan berbasa-basi cakap "Alaa...budak-budak je. Takpe la."

To me, that doesn’t change the fact your kid ruined something that belong to others.

If your kid breaks something, replace it.
Kalau pun barang tu tak mahal, maybe ada sentimental value (e.g. hadiah daripada orang yang tersayang, dibeli dari tempat jauh, dibeli masa pegi honeymoon, etc.). So, respect la sikit.

Ada sesetengah mak bapak yang jenis buat bodo je. Pinggan kat rumah aku pernah pecah masa ada ramai orang datang. Si anak pecahkan, dan si mak... sampai sekarang buat derk saja! Hoihhh... Pinggan Corelle kot. 
Takpe..takpe...ni aku tujukan pantun ni kat mak bapak budak tu...
Pecah kaca, pecah gelas,
Dah pecah, kalau hang tak ganti, nanti aku balas!


Stay calm bila orang komen pasal anak kita

Forever terpasak kat kepala aku ni... masa sorang makcik ni buat remarks pasal anak aku.
Puncanya, I lost my temper masa Lil Adam terbalikkan easel kat rumah orang. Silap aku jugak la, memang nobody's hurt dan barang pun takde la 100% damaged, tapi sebab aku tak nak orang anggap aku tak larang anak aku, so aku pun marah la.
But oiiii... that doesn't give her a permit to say "Kalau anak-anak nakal macam ni... baca ayat (surah blablabla...)"
C'mon la makcik. Kau tu dah tahap makcik, takkan fail sangat nak guna terms "aktif" atau "hyper" atau "ligat" supaya tak obvious sangat!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
But the key to this situation is to stay calm.
Aku pun tak tau camna aku boleh calm masa tu. 
Kalau ikut baran aku ni, memang time tu aku dah sound balik "Makcik confirm ke nanti cucu-cucu makcik tak nakal? Tu pun kalau anak menantu makcik tak mandul kan?"



Evil gila kan? Takpe... kita tunggu dan lihat je nanti.
Bahahaha

Sekian sahaja guide untuk mak bapak sekalian, dengan ucapan... janganlah jadi mak bapak yang buta perut (walaupun aku tau perut memang takde mata)


Thursday, November 20, 2014

Anak liat minta maaf?

Orang kata sapa yang start minta maaf dulu lebih mulia. Especially kalau itu bukan salah kita.

Tapi bagi kita yang masuk kategori 'keras hati'.... 'keras kepala'.... 'kepala batu' atau 'kepala batu besar-juga-ada-duduk'....
  
Banyak cantekkkk!
Ingat senang ke?

Macam tu la jugak kalau anak-anak.
Tengah main dengan kengkawan/adik-beradik... tetiba sorang melalak, dan kita suruh dia minta maaf.
Kalau bukan salah dia, tapi kita tetap suruh dia minta maaf... mesti dia rasa "Eh, apahal pulak?!"

So, walaupun 'sorry seems to be the hardest word'...  kita masih boleh tackle anak-anak denagn beberapa cara ni...





Start dari awal
Ahhh..tak payah nak guna istilah 'lentur' atau 'rebung' bagai. Ajar mengaji ke, ajar makan sayur ke, ajar berenang ke, ajar kerja-cari-duit-sendiri ke... memang semua benda pun elok kita introduce dari awal.
Tapi untuk Lil Adib, aku rasa aku ter-start lambat sikit. Rasanya la. Maybe sebab dia jenis tak banyak cakap, atau sebab dia memang jenis berwajah stoned sejak azali, bila kena marah pun buat derk.
Tapi, tak kisah la.. sebab dari situ la aku belajar secara susah sikit, dan dapat bezakan approach yang aku guna dengan Lil Adam.


Ajar minta maaf walaupun untuk kesalahan kecil
If you think small matters are just small--- then you could be WRONG!
Walaupun se-simple tertumpahkan air. Ye, memang boleh lap. Tapi minta maaf le jugak.
So, walaupun sekadar terrrr... just say sorry.


Get used to it
Biasakan anak-anak minta maaf.
Tapi jangan le pulak sampai tahap rajin-buat-salah-sebab-tak-kisah-nanti-boleh-minta-maaf-je.


Guna ayat yang betul
Bukan setakat "I'm sorry!"
Explain kenapa minta maaf.
Contohnya... "This is a bad attitude. It hurts other people's feelings. Do you want people to do it to you too?"


Well, actually aku lagi suka guna ayat "Maaf!" instead of "Sorry!" sebab aku rasa the former tu lebih ikhlas. The latter tu bunyi macam kekwat dan macam do-u-really-mean-it?
Hahaha.
Tapi kalau dah kat sini, dengan matsaleh semua, nak tak nak, aku guna je la "Sorry!".


It's a pride!
So, puji la melambung-lambung apabila anak korang willingly minta maaf.

"Yay! Adib said sorry. Adib is a good boy!"
(*insert aksi tepuk tangan dengan muka girang ala cheerleaders)

"You see, that's a very good thing. Now you can play together again."

"Uiii...hemsem anak Mama sebab minta maaf dengan orang."
Eh. Tetiba.


Jangan paksa minta maaf

Biasa la kan. Kita yang besar panjang (besarrr??? panjang??? hahaha) ni pun kalau disuruh/kena paksa buat apa-apa pun, mesti liat. Tapi kalau dengan sukarela nye, humang aiii... ringan je rasa.

So, kalau anak maybe dia tak bersedia lagi. Slow-slow la pujuk.

Contohnya kalau macam Lil Adam refuse to apologize, maybe sebab dia rasa dia tak bersalah. So, kena la bincang panjang sikit. Maybe buat pillow talk ke, buat forum perdana ke.



Thursday, October 30, 2014

Pilih-pilih taska, terpilih yang cel*ka

Wohhh..kasar betul bunyinya.  
But well, that's the truth. 

Bila keluar je cerita ada yang tersedak susu, ada yang lebam kena luku dek pengasuh... berapi-api semua orang hamun.
Dalam seminggu dua lepas tu, aman balik suasana 'panas' kat nursery....  semua orang lupa.

Bila jadi lagi kes muka anak jadi biru masa ambil dari taska, umpama bara dikipas-kipas supaya menyala balik api tu.

Arini kecoh pasal  pengasuh kena reman pasal ikat anak orang pulak.
Read HERE.

Alasannya budak tu nakal.



Hang gila ka apa?

Dah nama pun pengasuh,  deal with it la. (Ye, aku takkan kata 'dah nama pun budak'...sebab that is too mainstream). Takkan semua nak mudah, dah la kau dapat gaji untuk jaga budak tu.

Kalau aku ikat kau macam tu, dengan alasan kau ni pengasuh yang bangang, boleh tak?!
Grrr...berasap aku!


Okay...so sekarang ni,  aku nak buat list of tips mengenali taska/pengasuh yang baik.

Antara perkara yang kena consider masa survey taska:-

  • Berdaftar dengan JKM atau paling hamsap pun, dalam proses untuk mendaftar JKM
Yang ni memang susah nak cari. Aku sendiri pernah telan liur dan buat tutup sebelah mata je bila dah jumpa yang elok, tapi tak berdaftar. Yang berdaftar pulak, entah ke mana jauhnya... dah penuh la... apa la.
Terserah la kat korang, nak call tanya JKM terus ke, atau check website ke.
Check website JKM? Click SINI.


Kalau nak minta owner taska tu fotostat sijil tu ke...pun boleh. Tapi kalau kena tuduh lorat, korang katok je kepala dia. 
Biar korang pulak masuk paper, instead of pengasuh yang tak semenggah.
Muehehehe.

  • Persekitaran taska yang sesuai
Macam dulu, aku consider yang senang aku nak park kereta untuk hantar anak-anak.
Dari segi interior pulak... aku tengok dari segi hygiene, safety, (hahaha! very-the-OSH-lecturer kan?!), decoration dan toys apa yang ada. Jangan le harapkan pemerhatian dengan mata kasar je. 


Buntangkan sikit mata tu..tengok dapur diorang bersih ke tak, budak-budak boleh akses ke dapur ke (atau ada safety gate). Dan aku, siap tumpang toilet lagi... sambil-sambil tu boleh la aku belek, tahap kebersihannya. Hehehe.

  • Aktiviti
Jangan lupa tanya apa aktiviti yang ada kat situ. Ada taska yang offer ngaji Iqra', ada yang buat aktiviti mewarna, menyanyi, menari...main kat laman kalau cuaca tak panas sangat/tak hujan.
Tapi sekali-sekala tinjau le aktiviti diorang. 
Biasa la kan.. masa kita survey taska, diorang cakap ada aktiviti menyanyi, menari, belajar doa ke hapa ke. So sesekali try la check-- betul ke ada aktiviti tu semua? 
Ke umpama janji-janji politician je? 
Masa kita hantar... anak kita dipaksa tidur je sampai ke petang dan tengok TV je. 
Tak ke lembam jadinya?

  • Ratio pengasuh:budak-budak
Bilangan budak-budak yang ada kat situ pun aku amik kira.Ye la kan, anak kita mesti la ada kawan sebaya untuk bersosial. Sebab umur tu dia tak pandai main Facebook lagi. Eh.
Masa aku survey taska untuk Lil Adam, ada satu taska tu...aku masuk je... semua budak kerumun kat aku. Ramai jugak la. Aku ter-overwhelmed kejap!Ada yang tetiba datang kat aku dan panggil "Cikgu...cikguuuu!!!". Hahaha.

So, kena tengok gak berapa orang ratio budak untuk setiap pengasuh. Senang cerita, korang bayangkan je la diri sendiri nak handle 3 anak. Mau terbalik dunia kan? Haa...so bayangkan la kalau nisbahnya 1 pengasuh = 10budak. Hehehe.



  • Pengasuh yang terlatih dan dihantar berkursus.
Yang ni pun agak susah nak jumpa. Especially kalau taska asyik bertukar pengasuh. Lepas dua tiga bulan, eh dah muka pengasuh lain pulak jaga anak kita.
So, harus la kan taska owner tu susah nak hantar diorang pegi kursus lagi.
Jangan tak tau... aku pernah panassss dengan sorang pengasuh yang cynical yang amat. Read HERE.


  • Menu makanan
Selain aktiviti, tanya-tanya juga la pengasuh tu... apa menu makanan setiap hari. Ada jadual ke?
Takkan tiap-tiap hari makan bubur nasi?
Macam Lil Adam dulu, walaupun pengasuh pertama dia (Sue/nenek) ada raaaamai budak, tapi masih boleh handle makanan yang kita provide untuk anak kita. Masa tu, Lil Adam baru start solid food. So, selalu la aku bekalkan buah/blended vegetables untuk campur dalam makanan dia. 
Tapi jangan le pulak kita susah-payah bekalkan makanan untuk anak kita... tapi anak orang atau pengasuh sendiri yang dok tibai makan. Nak-nak pulak macam Farley's rusks yang mahal tu. Dah le sedap. Hahaha.



  • Parents boleh masuk ke dalam taska tanpa larangan.
Bagi aku, kalau parents tak boleh masuk ke taska... tu adalah sesuatu yang berbau ikan, that is fishy.
Ye la, takkan orang dah ada anak sendiri tak boleh masuk kot?! Jadah apa kau nak tuduh aku pedophile?!!!
Aku assume ada le benda yang nak disorokkan. Alaa...macam kita jugak la. Kalau tetiba MIL terjah ke rumah, dengan rumah bersepah...maka kantoi tahap gaban la kan? Itu contoh saje. Aku kan menantu mithali.... (moksu jamal tak baca blog aku kan?) Hewhewhew.


  •  EBM-friendly?
Buat mak-mak yang nak bekalkan EBM untuk anak-anak, sila tanya dengan pengasuh... willing tak diorang uruskan, dan pandai tak diorang handle. 
Read: 
Pandai = tak reheat dalam microwave, tak bagi EBM yang dah few hours at room temperature, tak campur dengan EBM orang lain, blablabla...


Sebut bab ni, aku sedih sikit la, sebab pengasuh ke-2 Lil Adam unwilling to handle EBM. So, aku continue direct feeding je la sampai 2tahun 8bulan.

  • Masa di taska
Ada yang boleh terima anak-anak mulai jam 6, ada yang start pukul 7am. 
Ada yang pukul 6pm onwards, dah start kira Over-Time (OT). 
Ada yang tak kira OT, tapi muka ketat bila kita datang ambil anak lewat 10 minit. Yang ni memang pernah jadi kat aku. Mentang-mentang semua anak lecturers je dia jaga, dia expect aku pun boleh balik pukul 4 macam lecturers lain. 
Hadoiiii... kak oiii, saya pun nak duit gaji saya berkat jugak!

Ada jugak yang boleh jaga anak sampai malam (at a different rate)--- yang ni sesuai untuk yang kerja shift. Tapi kalau boleh, jangan le tinggal anak sampai pukul 10pm sebab kau nak gi dating tengok wayang dengan laki kau lepas kerja!
Aku pernah consider option ni masa nak bersalin dulu je, kot-kot aku nak terberanakkan Lil Adib waktu malam. Tapi, lepas balik kerja, aku fetch jugak Lil Adam--- sebab tak sampai hati.

  • Bonus: Pengasuh yang menutup aurat
Ye, aku tau...yang tutup aurat ala -lindungan-Kaabah pun ada yang perangai macam lahanat jugak!
Tapi, kita doa je la...at least orangnya ada iman, sebab tu tutup aurat, maka tendency untuk berbuat onar tu kurang la sikit.

  • Cost
Dah settle semua, pikir la pulak cost. Mampu ke nak bayar RM300 per child? Kalau tak mampu, lower your expectations sikit untuk factors yang aku dah list kat atas tadi tu.
Maybe boleh hantar kat tempat yang cuma RM250 per child.


Tapi...
Bila dah hantar tu, kita masih berperanan jugak. Jangan le dah consider factors semua tadi tu, then tiap-tiap hari main lambak je anak kat taska.

So, antara yang boleh dan perlu dibuat adalah...


  • Observe perubahan anak sebelum hantar dan semasa ambil anak di taska
Kalau awal-awal dulu anak excited pegi taska untuk main dan jumpa kengkawan, lama-lama dia melalak tak nak turun dari kereta masa dihantar... hmmm...there must be something fishy.

Lil Adam pernah at once macam ni. 
Aku bertahan jugak. Tapi lama-lama aku rasa macam ada yang tak kena. Maybe dia selalu kena marah. Eh kena marah, aku tak kisah lagi.
Maybe dia kena pukul... atau dia tak enjoy sebab pengasuh sangat garang tahap-biji-mata-nak-terkeluar. So, last-last aku tukar ke taska lain with a very short notice. Puas hati!


  • Dengar cerita/aduan anak
 Kalau anak yang dah reti bercakap, tanya la anak... apa aktiviti dia, kena pukul ke tak, etc.
Tapi kena pandai menilai jugak... kalau anak tu jenis hidup di alam fairy tales, kang dia mereka-reka cerita ke.
Kalau korang rasa macam tak masuk akal anak-anak nak mereka cerita fantasi, sila tengok movie Orphan. Confirm korang cuak dan terpengaruh dengan cerita Hollywood, macam aku. Kahkahkah.




  • Belek kot-kot ada kesan lebam pada badan anak
Belek la tangan muka, kaki anak-anak.
Dulu, kalau ada luka atau lebam kat Lil Adam dan Lil Adib, pengasuh taska akan bagitau aku sebelum aku tanya. Dari situ aku nilai ketelusan pengasuh tu. Alaa..lagipun aku tau anak-anak aku lasak. Biasanya bila pengasuh bagitau, aku tak marah pun.
Kalau aku marah, nanti esok-esok dia dah tak bagitau pulak... lagi susah!

Cuma bila ada anak orang lain yang suka pukul, cubit anak aku...memang aku bising la jugak. Aku minta pengasuh tolong bagitau parents budak yang nakal tu, yang anak dia dok pukul orang. 
Siap ayat aku "Cikgu tolong bagitau mak dia ekk. Kalau anak dia dok buat (read: pukul anak orang) jugak, nanti akak je ganyang dengan mak dia."
Hahaha. Cenggitu sekali. Kau ingat anak kau je boleh samseng?

Day1 Lil Adib was going to the nursery. Harap ke Lil Adam je la tolong observe


  • Jangan bebankan pengasuh
Pengasuh kan banyak kerja. Penat. 
Aku pernah sembang dengan pengasuh anak aku. 
Dari Subuh diorang dah bangun prepare air panas untuk mandikan baby, sapu/mop lantai, sediakan makanan...
So, kita cuba la minimize kerja diorang. Macam aku dulu, sebelum hantar anak-anak, biasanya aku akan mandikan dulu dan salin diapers. Kalau yang ber-EBM tu, maybe boleh siap-siap dalam botol tu amount untuk sekali feeding supaya tak payah transfer-transfer dah.

 Aku percaya, bila pengasuh rasa kerja dia dipermudahkan, diorang pun senang hati nak jaga anak kita.
Cer korang bayangkan kalau pagi-pagi hantar anak dengan bau busuk masamnye,  plastik untuk baju kotor tak disediakan, nak anak ...yang tau, pukul 6 nak ambik anak dah siap berbedak wangi bagai. Banyaaaak cantek!



  • Hygiene check-ups
Sesekali, korang kena mempunyai pundi kencing yang penuh masa pegi fetch anak kat nursery. Hahaha. So, boleh tumpang toilet dan spot-check macam masa mula-mula pergi survey taska tu dulu.
Lagi satu... dulu, aku jenis tak bawak balik (EBM) bottle teats. Maksudnya, aku cuma bertukar EBM bottles je, teats tu pengasuh akan pasang kat bottles yang aku baru bekalkan. Tapi pernah sekali, EBM dah dipanaskan dan aku terambik anak aku awal, so bila belek, aku tengok tak berapa bersih. Since then, aku rajin la jugak bekalkan teats baru untuk botol anak aku... sebab kang nampak obvious sangat aku mintak bawak balik untuk dicuci. Hehehe

Ada gak yang jenis main campur je baju kotor dan towel dah pakai dalam beg pakaian tu. So, observe la. Dari situ dah boleh nilai whether pengasuh tu pembersih ke tak.



  • Pelbagaikan waktu ambil anak 
Ni kira macam spot-check la jugak, a.k.a sesi "Terjah!" cuma bukan dengan Abang Naz/ Michelle Wee yang siap bawak cameraman dan microphone je.
Terjah ni penting... so taska tak sempat bersiap sedia dengan kepura-puraan.
Hehe..


  • Bina rapport dengan pengasuh
Ni kira berbuat baik je, bukan la bodek. Sebagai tanda korang appreciate pengasuh tu menjaga anak korang dengan baik.
Sesekali belanja makan ke, belikan ole-ole kalau pergi travel ke.... 
Kalau taska yang pengasuh tu diorang panggil cikgu, boleh gak raikan diorang masa Teacher's Day.
Kalau diorang happy, insyaAllah diorang tak tergamak buat benda-benda jahat kat anak kita. Tak gitu?


Aku sangat terhutang budi dengan Sue/Abg Muharam dan nenek, pengasuh Lil Adam yang pertama dulu. Walaupun ramai budak yang diasuh kat rumah Section 8 tu, entah apa specialnya Lil Adam tu, diorang sangat sayang kat dia.
Sampai pernah keluar artikel aku kat majalah tentang anak aku lebih sayang diorang daripada aku. 


Tak lupa juga TMB2.
Teacher Effa, Teacher Erin, Teacher Ainna, Cikgu Sue, Cikgu Dayah dan beberapa orang lagi yang silih berganti. Walaupun aku tau penjagaannya tak perfect mana, tapi sebagai ibu yang bekerja, aku tak boleh banyak songeh.
Aku tak expect diorang layan anak aku special daripada anak orang lain. Tapi aku tetap nampak diorang layan Lil Adam dan Lil Adib dengan elok. Bagi aku, anak aku sihat... anak aku selamat, dah cukup. What more can I ask for?



Cikgu-cikgu kat Little Caliph TTDI Jaya pun sama. Especially yang kat daycare lepas sekolah.


Aku cuma doakan cikgu-cikgu/ pengasuh taska yang muda-muda tu...nanti diorang kawin dan dapat anak, diorang akan dapat pengasuh yang baik untuk anak diorang.
That way, mesti diorang ingat balik betapa besarnya harapan mak-mak yang terpaksa tinggal anak kat taska suatu masa dulu supaya anak masing-masing terlindung dari perkara-perkara tak elok.

Buat mak-mak yang masih mencari taska/pengasuh...
ALL THE BEST!

Jangan lupa tawakkal tiap kali lepas drop anak sebelum pegi kerja.

Monday, July 7, 2014

Tips anak hafaz quran

Lately, ramai betul yang share kat Facebook pasal keterer-an adik Musa yang baru umur 5.5 tahun tu hafaz 29 juzuk tu. Mesti la kagum kan?
Anak kita, sebaya tu, dah berapa juzuk hafaz?

Ehhh... itu yang sebaya.
Kita yang much-much older ni, dah berapa surah ada dalam kepala? Hahaha. Aku tanya berapa SURAH je la, supaya tak mengecewakan bila ada yang nak sebut satu juzuk (Juz ke-30) pun teragak-agak. Terpaksa sebut 0.8 sebab ada beberapa surah yang masih tersangkut-sangkut.

Parents zaman sekarang walau si bapak masih pakai seluar pendek tak tutup lutut, dan si mak dengan rambut merah mengerbang, tetap nak hantar anak ke sekolah agama.

Sebab diorang tau...

3 perkara yang dibawa mati adalah 
sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat 
dan doa anak yang soleh.

http://tintailmiah.blogspot.com.au/2013/06/sedekahilmu-dan-doa-bahagian-3.html

Anak yang soleh tu walaupun definisinya luas, tapi standard la kan... kalau dapat hafiz lagi bagus. Senang hati nak goyang kaki dalam kubur. Eh, dah kena bungkus kemas-kemas, mana boleh goyang kaki.
Anyway, konsepnya adalah biar kita gonjeng lagi hamlau, tapi selagi boleh nak suruh anak jadi hafiz/hafizah.
 
Takat bagi nama Mohd Hafiz/ Ahmad Hafiz/ Nurul Hafizah/ Siti Hafizah tak confirm lagi si anak akan hafaz AlQuran. Maka kena la cari kaedah untuk ajar anak-anak hafaz AlQuran.
Bermula dengan surah-surah lazim dulu.


Allah dah janji, antara perkara-perkara best untuk orang-orang yang hafaz AlQuran adalah:

AlQuran Akan Menjadi Penolong (syafa’at) Bagi Penghafalnya.

Dari Abi Umamah r.a, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Bacalah olehmu Al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa’at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya).” (Riwayat Muslim)

Huffaz Bersama Para Malaikat Yang Mulia Dan Taat.

“Dan perumpamaan orang yang membaca Al Quran sedangkan ia hafal ayat-ayatnya bersama para malaikat yang mulia dan taat.” (Muttafaqun ‘alaih)

Huffaz Adalah Orang Yang Paling Banyak Mendapatkan Pahala Dari Al Quran

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu hasanah, dan hasanah itu akan dilipat gandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, namun Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Pengahaz Al Qur’an Akan Meninggikan Darjat Manusia Di Syurga.

Dari Abdillah bin Amr bin ‘Ash dari Rasulullah SAW bersabda, “Akan dikatakan kepada shahib Al Quran, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau dulu mentartilkan Al Quran di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca.”(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Bagi Para Penghafal Kehormatan Berupa Tajul Karamah (Mahkota Kemuliaan).
“Mereka akan dipanggil, ‘Di mana orang-orang yang tidak terlena oleh menggembala kambing dari membaca kitabku?’ Maka berdirilah mereka dan dipakaikan kepada salah seorang mereka mahkota kemuliaan, diberikan kepadanya kesuksesan dengan tangan kanan dan kekekalan dengan tangan kirinya.” (Riwayat at-Tabrani)


Penghafal Al Quran Adalah Orang Yang Akan Mendapatkan Untung Dalam Perniagaannya dan Tidak Akan Rugi.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah kepada mereka kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Faathir: 29-30)



Okaylah..dah panjang sangat pulak mukaddimah jer.
Jom kita go through cara-cara untuk ajar anak hafaz Al-Quran.
Tapi ingin aku tegaskan kat sini, yang aku share ni ada yang aku amalkan betul-betul. Ada yang aku amalkan sikit-sikit. Jadi jangan le ada yang kalo jumpa anak-anak aku nanti, pegi buat audition pulak. Siap suruh baca surah tak agak-agak, terus suruh hafaz AlBaqarah @____@

Fine.
Mula-mula sekali, kena limitkan benda-benda lagho yang boleh distract atau menggugat hati anak untuk menghafaz. Contohnya:-
  • TV/ video games ---supaya tak ketagih
  • Selalu meronggeng dengan kengkawan. Kalau kawan-kawan yang baik, takpelah. Tapi kalau dapat yang jenis asyik main game, malas mengaji... Haaa..sendiri mau ingat la.
Aku tak la strict sangat sampai tak boleh langsung (walaupun itu yang sebaiknya). Sebab tu aku kata limitkan jer.
Kalau tengok movie sama-sama dengan anak, make sure la tak masuk kategori yang 13PL ke 18SX ke 18PG ke. Kang gelap pulak hati.

Untuk anak-anak yang around 3-4 tahun, maybe boleh gunakan cara-cara berikut:

  • Jadi qudwah hasanah, curi masa untuk mengaji. Tunjuk contoh yang kita ni rajin mengaji/ hafaz Quran. Kalau pun bukan lepas solat, maybe sambil driving ke... sambil kacau masakan dalam periuk ke.. sambil sidai baju ke. Biasanya dari reverse kereta, sampai ke sekolah untuk drop Lil Adam, sempat la habis surah AlFatihah (dan maybe satu lagi surah lazim). Aku perasan Lil Adib masih tak-banyak-cakap tu pun dah boleh pick-up ayat-ayat Al-Fatihah.

  • Relate pengajaran dari kehidupan harian dengan surah yang dihafaz. Contoh yang selalu MrHubby sebut kat Lil Adam adalah surah Al-Ma'un--kalau dia main-main masa solat (view video kat atas ni). Atau maybe boleh cari interactive video bila cerita pasal tentera Abrahah, gajah dan burung ababil dalam Surah Al-Fil. Bila ada cerita yang menarik, baru senang dia nak faham.

  • Reward anak dengan hadiah yang dia suka kalau dapat capai target hafazan. Hmm..bunyi macam rasuah pulak. Tapi, anggap la tu sebagai galakan. Kalau dia tak reach target pun, masih dapat hadiah, tapi hadiah yang kurang best. Jangan menabur janji pelesu ala politicians pulak.
 
Gambar Lil Adam dapat hadiah masa  Summer School dulu


  • Kuatkan bacaan time solat Subuh/Maghrib/Isyak. Nak lagi best, masa solat tu, biar dekat dengan tempat tidur anak. Aku rasa sedikit sebanyak, aku suka hafazan masa kecik sebab selalu dengar Abah baca surah-surah lazim masa solat (kalau time dia tak pi masjid la). Haiii..takkan anak terjaga sebab dengar bacaan AlQuran pun, nak mengamuk kot?

  • Jangan sibuk nak betulkan tajwid sangat. Untuk kategori budak kecik, seeloknya tajwid dan makhraj tu kita perbetulkan kemudian je. Biar dia hafaz dulu. Haaa...bab ni aku yakin, laki aku akan tersenyum kambing beruang kalau dia baca. Sebab aku agak fussy bab ni, maka aku akan garang sikit banyak kalau sebutan tak betul. Ye la kan. Nanti jadi lain maksud ayat tu, jenuh nak tanggung dosa.

  • Jangan marah kalau anak tak capai target pulak. Satgi dia trauma, terus taknak hafaz, there goes your chance nak bersenang-lenang dalam kubur. Padan muka. Hahaha. Instead, bagi galakan untuk dia cuba lagi. Bagi peluang beberapa kali, atau set kan beberapa hari untuk capai target.

Kalau anak-anak kecik sangat lagi, maybe baru umur setahun jagung dua,

  • Kita kena la selalu mengaji. Gamak-gamak dah biasa mengaji cara biasa dengan tartil dan tarannum, maybe kena la pelbagaikan sikit. I mean, cari yang tak meleweh-leweh, meleleh-leleh (itu terms Allahyarham Ustaz Salleh yang ajar aku dulu). Kalau agak-agak diri tu bekas Qari/Qari Tilawah Kebangsaan pun, agak-agak la kan. Jangan le tibai bagi tarannum bayyati untuk hafazan. Kang jenuh anak tu.

  • Untuk target group yang lebih kecik ni, kena la terer sikit bab-bab buat interactive video ke...combine dengan cartoon haiwan ke, apa ke.
Speaking of this, aku yang gaptek (read: gagap teknologi) ni sebenarnya masih menanti-nanti ada orang yang nak buat pahala menggunung dengan cara membuat video Ultraman mengaji surah-surah lazim.
Hah... toksah la nak tazkirah aku pulak pasal isu Ultraman/Allah yang kecoh kat Malaysia tu. Aku cerita pasal konsep 'menarik minat budak-budak'.

Paling menarik yang aku jumpa so far, yang kat bawah ni je. Tergedik-gedik budak-budak berdua tu. Literally tergedik-gedik. Haha

Walaupun tak la banyak variety pergerakan, tapi kira dapat pahala la orang yang buat tu.




Sebenarnya aku rasa aku perlu tambah lagi dua tips peribadi. Kalau aku tak masukkan dalam list, bunyi macam hipokrit la pulak.  Dan nanti mesti aku kena query dengan laki aku.
Yang ni memang aku amalkan, tapi aku tak galakkan mak-bapak sekalian ikut. Kalau korang nak buat jugak, aku tak bertanggungjawab atas segala consequences.

Tips Peribadi #1
Guna kaedah an-Namru (نمر)
Dalam ertikata lain, kaedah harimau. a k.a. 'garang macam rimau'. Bahahaha. Nama tu memandai je aku taruk. Kasi chance la, aku pun nak feeling ala-ala Montessori jugak. Kalau korang rasa nak garang macam singa, kasi le nama kaedah Al-Asad, tapi aku tak mau le bunyi macam Bashar Al-Assad pulak.
Aku agak garang kalau Lil Adam dah hafaz sekian lama.... lepas tu dia lupa. So, cuma bayangkan je la camna ke-rimau-an aku tu kalau aku dah garang. Tak payah hurai le kot.


Tips Peribadi #2
Guna kaedah 'Drama Crocodile Tears'.
Agak-agak kalau garang sangat, nanti anak serik nak belajar hafazan, aku guna la taktik ni. Caranya senang je...
Ayat aku cuma "You forgot what you hafaz. Do you want to see me burnt in hell when I die?"
Biasanya Lil Adam yang lembut hati tu akan menjejeh airmata, sambil geleng-geleng kepala.
Lepas tu aku pun drama la sikit, cerita pasal nanti aku mati, kubur aku gelap ke... apa ke.
Ngehehehe.
Bunyi macam keji sikit, tapi Alhamdulillah... mencapai matlamat.


Tips yang last-but-not-least, rajin-rajin la berdoa supaya Allah bagi anak-anak kita terang hati untuk hafaz AlQuran. Aku teringat ayat Teacher Syifa masa majlis Summer School graduation dulu...
AlQuran tu nur. Cahaya. 
Kalau dah hafaz, hati penuh nur, terang, InsyaAllah akan terang hati anak-anak untuk belajar yang lain-lain jugak.



Selamat mencuba!
Semoga anak-anak kita jadi bekalan yang perfect bila kita mati nanti.



Tuesday, February 11, 2014

Kenali personaliti by shape of lipstick


So far, blog ni dah pernah bagi tips untuk korang check personality based on bentuk jam tangan, cara makan jagung, jenis handbag, dan melalui ubat gigi.


Hari ni, murid-murid... kita akan belajar mengenali personaliti based on lipstick yang selalu ditenyeh dan ditonyoh tu.

Dah..dah..jangan nak mengada. Ni untuk lipstick je, lipgloss tak terlibat.
Based on bentuk lipstick, bukan based on colour tones.


Okay... cepat masing-masing keluarkan make-up bag dan belek.
Yang lelaki, jangan dok gatai bawak keluar make-up bag korang. Korang belek je lipstick bini masing-masing, kat bentuk hujung lipstick tu....



Lipsticks shape 8 What does your lipstick shape say about YOU!?
1-->Tajam dan menirus
Orang kata... pompuan berlipstick macam ni jenis yang sukakan cabaran dan benda-benda baru. In other words, orangnya agresif dan tak suka dikongkong.
Tapi standard la kan... kalo berani sangat pun, orang menyampah pulak.



Lipsticks shape 2 What does your lipstick shape say about YOU!?
2-->Bujur
Pompuan yang bentuk lipstick dia bujur, jenis yang ceria, positif dan ramai orang suka. So, ramai la yang anggap pompuan macam ni seksi.
Dah..lepas ni tak payah pakai singkat-singkat lagi. Time touch-up lipstick tu, angkat tinggi-tinggi biar semua orang nampak bentuk lipstick tu.


 
Lipsticks shape 6 What does your lipstick shape say about YOU!?
3-->Flat mendatar
Psychology-wise, pemilik lipstick ni orangnya cool. Low profile. 
Tapi orang selalu anggap dia lembab, terhegeh-hegeh. Pulak dahhh...
 

Lipsticks shape 3 What does your lipstick shape say about YOU!?
4-->Condong dan tajam
Ni bentuk standard lipstick baru beli. Maksudnya walaupun dah pakai lama... bentuknya tetap condong dan tajam macam tu jugak. 
Orang macam ni jenis fussy dan berhati-hati. Ada baiknya jugak, sebab diorang jenis tak peduli sekeliling, so kurang la bergosip mengumpat bagai.



Lipsticks shape 4 What does your lipstick shape say about YOU!?
5-->Melengkung ke dalam
Melengkung cenggini sampai hilang bentuk asal masa mula-mula beli.
Katanya tuan punya lipstick ni jenis gelojoh dan tak penyabar. Kaki gosip dan tak boleh tengok orang lebih daripada dia, dengki!

Haa...dan-dan je yang nampak lipstick dia bentuk macam ni kata tersilap angle tengok. Kononnya masuk kategori 4 tadi. Chaittt!!!!






6-->Bentuk sculpture Lady Gaga, Victoria Beckham, etc
Ini tak payah banyak cakap. Ni tandanya membazir. Dah la kedekut nak pakai lipstick, dibuatnya jadi sculpture pulak. Apakejadah?


Nuffnang ads

My Heartbeat