//Blog @thesharkox: Facebook// Blog @thesharkox
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

TheSharkomikx: How to prevent your Facebook Fan Page from being hacked

26 comments

TheSharkomikx:
#Cara nak mengelakkan Facebook Fan Page 
anda dari kena Hack


Mark, how to prevent Facebook Fan Page from being hacked?

TheSharkomikx: I Don't Understand

47 comments
TheSharkomikx:
#I Don't Understand


I have a friend from Bangladesh. His name is Najib (not real name). One day, while he browsing Facebook, he asked me with a question.

Aku ada seorang kawan dari Bangladesh. Nama dia Najib (bukan nama sebenar).  Satu hari semasa dia tengah online Facebook, dia tanya aku.. 


Ah...poyo la kau..

35 comments

Aku adalah orang yang menentang Mark Zukerberg dalam perihal menukarkan profail yang lama kepada profail yang baru tanpa kebenaran aku dan semua pengguna Facebook yang lain. Tapi dalam beberapa saat, aku menukar pendirian aku kepada menyokong Mark Zukerberg dalam penukaran ini. 

Dah lama dah....

25 comments


Hoihoi..

Hari Isnin hari tu, team Riuh Pagi Era bawak seorang pemanggil bertuah dia orang jumpa dengan Tun Mahathir. Bertuah sungguh budak nama Nabila tu pasal permintaan dia nak jumpa Che Det dipenuhi oleh Era hasil bantuan orang dalam yang rapat dengan Che Det.

Tapi bukan pasal pertemuan tu aku nak highlightkan. Yang aku nak highligtkan di sini ialah apabila Aznil tanya Che Det; "Tun ada tak cerita lawak tak?". Che Det pun dengan selamba menceritakan lawak dia. Lebih kurang macam ni lah;

Ada seorang ni datang pi kedai juai kuih nak beli cucur udang tapi dia marah. Dia kata; 
"Cucur Udang apa macam ni? Udang pun takdak" 
Lepas tu si penjual tu balas balik. Dia kata;
"Laa, selama ni awak beli cucur badak, takdak badak pun dalam tu"


Kahkahkahkah.. 


Aku pun tergelak guling-guling atas lantai. Si Aznil, Ray, Hanif dan semua yang ada kat situ tergelak terbahak2 dan terguling-guling sampai keluar buih (Ok ini aku tipu). Pandai jugak Tok Wan ni buat lawak. Memang kelakau macam tupailah orang tua tu.  Then aku pun post la dekat Facebook pasal lawak cucur udang dengan cucur badak itu. 

Tak sampai 5 minit, adalah langau-langau pergi hinggap kat wall aku lalu melemparkan kata-kata busuk seperti; 
"Lawak dah lapok kot." -Aben
"Macam pernah dengar je lawak tersebut." -Pengantin Baru, Ira
"Aku sejak dlm perut mak aku lagi aku dah dengor lawak ni."Pijit
"Lawak ni bukan dah lame ke?" -Esah
"DAH LAMA DAH lawak tu.. Lawak king pun dh pernah buat lama dah.. Itu pun dia org ambik lawak dari zaman bile ntah..hahaha" -Paeh



APA NAMA??? Lawak cucur udang ni pun aku tak pernah dengar?? Memang sah aku ni ketinggalan zaman. DAMN! DAMN!! DAMN!!!


Cheers,
Salam 1Cucur Badak


p/s: Raja Lawak? Lawaking? Sory, not my type. 
p/p/s: View video Riuh Pagi Era bersama Tun Mahathir di sini
p/p/p/s: Siapa rasa nak join Mini Gathering kat Alor Setar 25-12-2010, sini jugak ada klik

Cara-cara nak hilang kawan dalam Facebook..haha

19 comments



Baru beberapa hari lepas terbaca entry Khai Hassan pasal Facebook
Aku pun rasa benda yang sama jugak,
Tapi aku malas nak tulis panjang-panjang macam dia 
Baru 8 bulan aku ada akaun Facebook ni. 

Ada orang putih buat kajian pasal Facebook baru-baru ni. Orang putih tu kata kebanyakkan pengguna laman sosial ni boleh hilang kawan pasal kawan dia tu BORING dengan dia  pasal dia kerap sangat dok update status entah hapa-hapa

Ko boleh hilang kawan pasal kawan ko boring dengan ko? Boleh bro. Orang putih tu siap guna istilah Defriending-hilang kawan dalam laman sosial.

Harharhar..

Bila masing-masing ada laptop dan internet

22 comments



Selamat hari raya, hari ke berapa entah..tak bilang dah
Ok, kelmarin mak aku dah sound dah kat kita orang adik beradik
Katanya

"Budak2 kat rumah ni dah takde komunikasi, dok mengadap laptop ajer masing-masing
Nasib baik le mak takde laptop, kalu tak, pakat tak makan nasik lah korang..."

Kah Kah Kah..

Itulah budak-budak zaman sekarang
Kalau dulu takde laptop, takde internet, takde henset
kerja menghadap TV ajer

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...