Tuesday, 4 February 2014

Counting my blessings.

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh~ *tiup habuk dan sawang*. Ha, bertahun juga rupanya ceq tak buka blog ni. Do you miss me? Do you? Do you? *sila lempang*

Banyak hal yang berlaku sepanjang setahun yang telah berlalu. Cerita gembira, cerita sedih, cerita suka, cerita duka, cerita tawa, cerita hiba. Tak larat nak list satu-satu.

But one thing I learned from the past year, stop whining and start to appreciate things more.



Kalau dulu:

Eh, aku tak puas hatilah dengan mamat tu. Kerek sangat. Minta pelempang combo dengan super sayya.

Mungkin lepas ni: 

Eh, Allah nak bagi kau sabar tu. Kan ke tiap habis solat kau minta Allah kurniakan kesabaran? :)

Kalau dulu:

Ish tepon ni, hang pula. Campak masuk parit kang.

Mungkin lepas ni:

Terima kasih atas jasa mu wahai telefon. Anda dah banyak berjasa. Sila bertahan untk sedikit masa lagi.

Kalau dulu: 

Internet ni lemot lah! Time nak tengok Running Man episod JK kena menari samba ni lah dia nak mengada.

Mungkin lepas ni:

Allah nak suruh belajar tu. Terima kasih internet sebab lemot (yang ni perlukan kesabaran tingkat tertinggi) Hihi



Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah kurangkan merungut, merengek. Berhenti dan cuba fikirkan sejenak segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Belajar untuk lebih menghargai segala sesuatu. :)

* I'm counting my blessings. Count yours too!