Anda mahu merasai sendiri berada di
tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh
dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak
kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan
tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.
Antara beberapa tempat paling
misteri di Malaysia ialah:
HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu
merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan
masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir
saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh
seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh.
Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes
pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.
KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah komplek membeli belah yang
terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi
tempat kediaman pelbagai makhluk halus
LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan
cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang
sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali
mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru
di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu,
banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang sering
kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan
dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai
tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri
dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah
seram mengenai tempat ini.
Antara tempat-tempat misteri yang
lain ialah :
Simpang-T Georgetown Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The
Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu
banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu
secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok
kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi
apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi
pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
Institusi St Michael, Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini
telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu
tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti
penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang
dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.
Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di
sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam
tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang
yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
Malay College Kuala
Kangsar(MCKK),Kuala Kangsar Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK
juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu.
Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan
tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret
sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu
dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok
berkenaan.
Victoria Intitution, Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan
sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar
British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah.
Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas
yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh
yang berkeliaran dikawasan tersebut.
Bukit Tungku, Kuala Lumpur
Satu kawasan yang menyeramkan
walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri
kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat
kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh
tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib
ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak
pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada
waktu siang.
Rumah ADO Menumbok, Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling
berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari
seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu
sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di
pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa
kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di
Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan
mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu.
Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di
tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu
banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini
penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang
Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
SUMBER :gempak.org
No comments:
Post a Comment