Hayati bangun lalu berlari ke arah ibunya. "Mak, yati sakit perut".. katanya dalam nada yang tersekat-sekat. Ibunya lalu terus membuka pintu bilik tempat melangsaikan keinginan Haryati yang letaknya diluar rumah mereka.
Kehadiran Samad betul-betul menyemarakkan api cinta Seha terhadapnya. Kedua-dua pasangan berlari anak melalui denai yang indah. Seketika mereka terhenti lalu Seha merebahkan badannya pada sepohon cemara. Samad cuba merapatkan badannya pada Seha. "Abang, jangan la kat sini".. bisik Seha manja. Samad lantas menarik tangan Seha pabila terlihat sebuah rumah kecil tidak jauh dari situ lalu tanpa berfikir panjang, Samad membuka pintu lalu membawa Seha masuk ke dalam.
"Eh Jali!.. ko ni dah takde keje lain ke? asyik nak tidur je!".. bentak Pak Kasim kepada anaknya. Sebagai seorang remaja yang tercicir dari persekolahan, Jali memang dianggap anak yang bermasalah buat Pak Kasim. Biarpun Jali sudah meluat dengan leteran ayahnya, Jali lebih rela melarikan diri meredah hutan belukar di belakang pekarangan rumahnya hinggakan Pak Kasim tidak dapat menahan amarahnya lalu mengejar Jali. Oleh kerana khuatir ditemui Pak Kasim, Jali memanjangkan langkah berlari sekuat hati sehingga bertemu rumah kecil lantas dibukanya pintu lalu bersembunyi di dalam. Nafas Jali turun-naik seperti orang semput namun ianya bukan menjadi penghalang untuk Jali meneruskan persembunyiannya.
"Achummmmmm!!..Sob..Sob..".. Siti menghampiri suaminya dengan muka yang layu. Demam yang dihidapinya berlarutan hampir 2 minggu. Safee, suami kepada Siti kelihatan tenang duduk diruang tamu sambil membaca suratkhabar. Matanya sempat menjeling kelibat Siti yang kian menghampirinya. "Abang, mana pergi ubat Siti?".. kata Siti perlahan sambil menahan hingusnya. "Tu ha kat luar rumah, dalam bilik belakang tu".. kata Safee sambil jarinya menuding pekarangan rumah mereka. Siti pun terus turun ke bawah lalu berjalan perlahan-lahan menghampiri bilik kecil yang ditunjuk suaminya lalu masuk ke dalam mencari ubat demamnya.
Berikut merupakan Novel terbaru terbitan Terbiut berjudul BILIK yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Novel yang pasti hit ini mengupas tentang kehidupan sebuah masyarakat dan hubungan mereka dengan bilik yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka memulakan kehidupan baru. Kisah yang juga menyelitkan adegan percintaan serta permasalahan remaja yang dipadankan dengan grafik menarik pasti akan menggamit jiwa dan perasaan pembaca.
Untuk promosi sempena pelancarannya nanti, belilah 2 buah buku ini dan dapatkan satu poster cool Justin Bieber (Sementara stok masih ada).
Okeh tu je. Jumpa lagi di lain entri. Salam and chow! XD