Monday, August 30, 2010

Kibarkan Bendera Malaysia

Salam all n happy Merdeka day!
Entry aku malam ni ringkas je. Just nak ucapkan Selamat hari Merdeka kepada semua warga Malaysia. Betapa sayangnya aku dengan Malaysia. Kat entry ni aku sediakan animation bendera Malaysia yang gerak-gerak istimewa untuk korang and bolehlah ditempek kat blog korang not only sempena menyambut hari merdeka je, but boleh digunakan sampai bila-bila. Tunjukkan yang anda warganegara Malaysia yang cintakan Malaysia... yerRrr ehek XD



So basically, korang copy and paste jer coding tu dan masukkan dalam HTML/Javascript page anda. Sungguh mudah bukan? Aku baru je tempek kat blog aku ni.. tuuu kat atas seblah kanan page ni ehek. And sempena Merdeka ni, ramai gak yang awal-awal lagi mengibarkan bendera Malaysia. Malah ada yang betul-betul bersemangat patriotik dan sanggup buat lain dari yang lain.. macam member aku sorang ni..



Sen menyambut Merdeka 2010..

Apapa pun, aku harap member aku ni berpada-pada skit la. Maklum la, kita ni kan masih dalam bulan posa. So tak manis la sambut merdeka dalam keadaan seksi-seksi kan? Anyway, once again.. Hepi Merdeka day! Mari kita sama-sama kibarkan bendera Malaysia.. dan selamat bercuti! till then, kita jumpa lagi next time aight! Salam all XD

Saturday, August 28, 2010

Kuching Public Transportation

Kuching.. lately dibebani dengan masalah traffic jam. Even new roads dan flyover/ interchange dibuka, kenderaan di Kuching kian bertambah from day to day. Kalau aku flashback 5-10 years ago, jalanraya kat sini begitu selesa with no traffic jam at all.

Kesesakan lalulintas di Kuching - Image courtesy of encik Google

Because of this, gomen Sarawak start buat kajian terperinci pasal benda ni. and salah satu punca kesesakan lalulintas di Kuching adalah kerana pertambahan kenderaan persendirian dengan purata sebuah rumah memiliki sekurang-kurangnya 2 buah kereta dan boleh mencapai sehingga 6 buah. Kenapa boleh jadi macam ni? So again.. gomen Sarawak sambung balik kajian.. until diorang jumpa puncanya.. iaitu masalah public transport. Kuching memang ketinggalan dari segi public transportation. Sebagai contoh, city bus nya seperti dalam gambar kat bawah ni..


Kelihatan Nek Sen sedang stretching sambil menunggu bas

Ye la kan.. kalau dipikir dari segi lojik.. sapa nak naik public transport yang dah buruk and belum tentu boleh menjamin keselamatan penumpangnya. Baik beli kereta sendiri kan?

Anyway, alhamdulillah this year gomen Sarawak terus cepat bertindak dengan memperkenalkan dua perkhidmatan bas baru iaitu City Link Bus dan Rapid Kuching untuk menggantikan bas-bas yang dah uzur kat Kuching ni.


City Bus baru Kuching - Image courtesy of encik Google

Bukan takat tu jer. Demi menarik minat penduduk Kuching agar naik public transport instead of kenderaan sendiri, gomen Sarawak bakal memperkenalkan perkhidmatan Rapid Transit yang juga dikenali sebagai Kuching CAT (City-Area-Transit) dengan laluannya seperti berikut:


•Red – Kubah Ria – Samariang
•Blue – Merdeka Plaza to Kuching Sentral
•Green – Travillion Terminal to Stutong Market
•Yellow – Stutong Terminal to Kuching Sentral
•Purple – Merdeka Plaza to Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Terminal
* The Purple line would have a street segment, running through Kuching City near the waterfront.

CAT Rapid Transit bakal beroperasi di Kuching 5 tahun akan datang

Sebelum ni gomen Sarawak terpkir nak perkenalkan LRT kat Kuching. Tapi memandangkan kos nya yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan CAT, maka LRT tak mungkin akan dibina buat masa ni. Ni nak kena tunggu penduduk Kuching mencapai 4 juta orang la woOo.
Anyway, CAT hanya akan siap dan beroperasi within 5 tahun akan datang.

Selain daripada tu, gomen Sarawak juga dah buat planning awal untuk memperkenalkan Water Taxi. Memandangkan Sungai Sarawak merintang kawasan bandar-bandar besar Kuching dan amat praktikal untuk Water Taxi. Menurut perancangan, kita akan dapat melihat Kuching Water Taxi beroperasi dengan routenya antara Kubah Ria - Borneo Convention Center sekurang-kurangnya lewat tahun ni atau awal tahun depan.

Kuching Water Taxi - Bakal beroperasi di Sungai Sarawak

Bagi Teksi tradisional aka Penambang pula, once Water Taxi diperkenalkan nanti.. ianya tak akan mengganggu Penambang kerana route Kuching Waterfront - Gersik tetap akan dikontrol oleh Pak penambang. Water Taxi akan ambik route yang jauh-jauh sahaja. So kepada peminat Penambang tu, jangan panik dan risau. Penambang tetap akan hidup sampai bila-bila. Warisan bumi kenyalang tu woOo. And aku memang tau, kebanyakan pelanggan Penambang ni selalunya aweks laa...Yupp.. aweks-aweks memang cukup suka la naik.. mungkin romantik kot.. atau thrill giler...


Kelihatan cik adik cik akak cik abang berpusu-pusu dalam Penambang

So basically, semua public transport yang sudah and bakal di upgradekan di Kuching ni adalah salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Sekaligus untuk memodenkan sistem public transportation Kuching as well. Cuma aku tak bleh nak agak whether this idea will work or not. Kalau tanya aku, bleh gak try test cuba public transport baru nanti ehek. Oklah.. sampai takat ni je la Rencana National Geographic aku tentang Kuching. Nanti kalau ada info terbaru, bleh la aku kongsi crite dengan korang kan? So to all bloggers out there, salam Ramadhan.. Selamat Merdeka.. Masa merdeka nanti, jangan plak tak posa yek? ekeekke. Okeh!.. time to pen off! Salam all! XD

Thursday, August 26, 2010

Blog Artis

Salam n Hi Bloggers,
Dalam dunia serba moden dan canggih camni, memang kita ketahui sekarang ada macam-macam jenis artis. Antaranya adalah Blog Artis atau seseorang yang terkenal melalui dunia blogging. Contohnya seperti Hanis Zulaikha; juga merupakan blogger pujaan Sen Zulaikha dan Kaljis Zulaikha. Mungkin kerana terlalu obses, mereka berdua sanggup menempek `Zulaikha' pada nama asal mereka agar nampak 'ada kelas'.

Okeh. So based on the title up there, adakah blog telah meng-artis-kan diri anda selama anda berblogging? Macamana yang aku maksudkan? Meh aku bagi contoh..

Kejadian ni berlaku kat aku few days ago. Masa tu aku baru je habis interbiu. So masa aku lalu kat depan area shophouses yang kebetulan tak jauh dari tempat aku interbiu.. tiba-tiba ada laa sorang minah bertudung ni jeling manja kat aku sambil bersandar kat tepi dinding berhampiran..

Minah Tudung: Kitak!.. abang Terbiut nak? hihi (Awak!.. abang Terbiut kan? hihi)

Aku: Errrkk.. aa aok.. err hehe (Errrkk.. aa yupp.. err hehe)

Minah Tudung: Kamek minat blog kitak.. hihi (Saya minat blog awak.. hihi)

Aku: Owh.. tenkiu hehe..

Minah Tudung: Hihi.. (Tersipu-sipu..)


Aku: Hehe (Menunggu soalan seterusnya)


Minah Tudung: Hihihi.. (Masih tersipu-sipu..)


Aku:... (Senyap. Masih menunggu soalan. Keadaan menjadi sunyi sepi. Sayup kedengaran bunyi katak memanggil hujan.)


Minah: (Hanya menggoyang-goyangkan badan)


Aku: Hmmm.. (Mula naik fedup..)


Minah: (Mulut mula ternganga-nganga. Seolah-olah nak bercakap)


Aku: Okeh.. bye


Minah: Bye abang Terbiut hihi...


Serious aku tak ingat sangat camne rupa minah tu. So aku tempek je la muka Amir. Kira lebih kurang la tu..

You see? aku memang langsung tak kenal minah tu. Tapi dia plak yang confident tegur aku dan tau yang aku ni memang author Disini Penaku Terbiut aka Abang Terbiut aka Abang Odio. Masa tu memang agak terasa gak la.. ye lah.. rasa macam Artis la plak kan. Dalam syok-syok sorang, mulalah terbayang kalau laa aku sehebat Hanis Zulaikha. Uihhh mesti sana-sini dikelilingi peminat. Bila aku pakai baju Pink, semua nak ikut pakai baju kaler Pink. Masa tu, aku dah bleh agak dah yang si Kaljis Zulaikha pasti akan syok kat aku dan mula la obses tak tentu pasal dengan kaler Pink.

Korang tak geli ke kalau tengok si Kaljis Zulaikha bertukar jadi obses kaler pink camni..

Uishh bukan senang rupanya bila jadi Artis. Aku tak boleh nak gambarkan tiap kali nak keluar dari rumah. Demi mengelak dari digerumuni peminat, mungkin aku cuba melarikan diri.. balik kampung. Mula-mula tu mungkin la seronok. Sebab tak ramai orang di kampung yang tau pasal menatang blog ni. Walaubagaimanapun, keseronokan tu mungkin sekejap jer. Tanpa disangka-sangka, ada peminat yang sanggup menjejaki aku sampai ke kampung. Sanggup bersembunyi dalam semak, dalam lumpur, dalam parit, etc lalu menyergah depan aku melaungkan nama 'Abang Terbiut!.. Abang Odio!' sambil sengaja menayangkan rupa bentuk badan mereka tanpa segan silu. Dan pasti akan menjadi nightmare jika Sen Zulaikha merupakan salah seorang dari peminat tu..


"Abang Terbiut!!.. I lap u!!" sergah Sen Zulaikha yang tiba-tiba muncul dalam lumpur..

Bila dah jadi Artis camni, pasti imej pun nak kena ubah gak. Kalau dulu pakai kereta biasa-biasa, sekarang kena la korek duit skit untuk beli kereta mewah. Kurang-kurang pun kena pakai kereta limo. Barulah ada gaya sebagai seorang Blog Artis.


Wow! sungguh bergaya! Adakah anda teruja?..

Bila dah jadi hebat macam ni, secara tak langsung pasti ada berbagai-bagai masalah dan kerenah peminat yang perlu dihadapi. Dalam masa yang sama, keselamatan diri juga teramatlah penting. Dalam kes aku ni, memang wajar aku berbelanja lebih untuk mengupah beberapa orang bodyguard demi menjaga keselamatan aku. Sebagai Blog Artis, aku amat menitikberatkan dalam pemilihan bodyguard yang sesuai. Aku tak nak la bodyguard yang selalu kita tengok kat dalam TV tu. Biar bodyguard aku lain daripada yang lain.. baru la nampak `ada kelas!'. Dan aku dah boleh bayangkan bodyguard macamana yang aku nakkan nanti...

Wei Pijot!, Rannia!.. korang na jadi bodigad aku tak? huhu..

Okeh. Tu je la loyar buruk aku di awal pagi ni. Bila dipikir balik pasal bab Blog Artis ni kan, rasa gerun pun ada gak. Aku rasa.. aku nak jadi blogger biasa-biasa je la ehek. So kepada yang lapar sebab tak sahur pagi tadi, diharap entry ni dapat mengenyangkan korang la. Till then, selamat berpuasa.. jumpa lagi! bye and Salam all! XD

Sunday, August 22, 2010

Getting Better and Better

Kuching..
Tempat kelahiranku. Tanah tumpah darahku. Setibanya aku di Lapangan Antarabangsa Kuching, dapat ku lihat perubahan dari segi pembangunan, infrastructure, etc. Semenjak kita Merdeka, segala-galanya berubah. Betapa cepatnya masa berlalu. Seolah-olah semuanya umpama mimpi.


Bandaraya Kuching - Image courtesy encik Google

Well, kali ni aku nak crita pasal mall-mall kat sini. Kalau dulu, Kuching yang dikenali dengan bandaraya shophouses (sebab shophouses kat sini beribu-ribu lemon banyaknya..) dan agak kekurangan dari segi tempat untuk ronda-ronda and bershopping kerana waktu tu cuma ada Sarawak Plaza, Wisma Satok, Wisma Hopoh, dan Wisma Saberkas sahaja. As time goes by, muncul pula Crowne Plaza, Crowne Square, Wisma Tun Jugah dan Wisma Hock Lee bagi menambahkan lagi kemeriahan di kawasan segitiga emas yang juga berhampiran dengan Kuching Waterfront.


Kuching Existing Malls - Image courtesy encik Google

By the time tengah syok because shopping mall start nak menapakkan dirinya and at the same time Kuchingites ada choices untuk bershopping, Kuching mula kembali dibanjiri shophouses sehingga muak mata memandang. Keadaan berlanjutan selama beberapa tahun sehinggalah kemunculan Lifestyle shopping malls seperti The Spring, Boulevard, Hills, OneTj, Green Heights Mall tepat pada masanya seolah-olah memberi nafas baru kepada Kuching sekaligus menjadi pelopor kepada developer lain untuk berani mengorak langkah dan melabur dalam industri ni.


The Spring dan Boulevard (Latest expansion) - Image courtesy encik Google

Kini Kuching bakal more happening dengan kemunculan beberapa shopping mall baru seperti One Jaya, HSL Mall, ST3, CityOne dimana pembinaannya kini sedang giat dijalankan..

ST3 dan CityOne shopping mall - Image courtesy encik Google

Serta Merdeka Plaza, Kuching City Mall, Kuching Sentral; yang juga merupakan one stop terminal untuk shuttle dan teksi selain daripada kemudahan pusat membeli-belahnya, Wisma Hikmah (hotel & mall). Developer seolah berlumba-lumba untuk menyiapkan projek mereka secepat mungkin. Dari pemerhatianku, ternyata kerja-kerja pembinaan semua mall ni memang nampak very fast and betul-betul membuatkan aku tak sabar nak bershopping sakan nanti.


Kuching Sentral dan Wisma Hikmah - Image courtesy encik Google

Selain dari itu, beberapa shopping mall baru yang bakal menyusul seperti The Icon, Kuching Plaza, Yoshi BizPark, Batu 7 Mall, Kuching Sanctuary, Petanak Plaza, Batu Lintang Hypermall, Matang Mall, Samariang Hypermall, Tabuan Tranquillity, dan lain-lain lagi pasti akan menarik bukan sahaja local shoppers malah pelancong luar.


Kuching Sactuary dan Petanak Plaza - Image courtesy encik Google

Tapi yang benar-benar menarik perhatianku adalah Kuching Isthmus yang bakal menempatkan Jusco, Tesco, dan Ikea. Malah Isthmus juga bakal menyajikan indoor theme park dan outdoor water theme park buat pengunjung. Dengan adanya kemudahan bershopping macam ni, secara tak langsung telah menarik rangkaian francais hypermarket seperti Giant, Tesco, Carrefour dan Mydin yang sememangnya confirm untuk membuka cawangan mereka di Sarawak khususnya di Kuching.


Giant Hypermarket, Jalan Padawan dan Tabuan - Image courtesy encik Google

You see. Bila aku tengok perkembangan pesat Kuching sekarang, aku semakin sayang and teruja dengan Kuching. Semuanya gara-gara negara kita Malaysia yang aman damai setelah mengecapi kemerdekaan. So next time, Sarawakian tak payah la nak pergi jauh-jauh sampai ke overseas semata-mata nak shopping. And bagi yang suka turun KL tu, tak payah la nak turun tiap-tiap bulan. Mungkin 2-3 kali setahun pun sudah memadai. Itu baru crita pasal shopping mall. Belum lagi crita bab tempat-tempat riadah/ picnic/ melepak/ happening kat Kuching ni. Kalau crita pasal public transport plak; city bas sekarang semua dah cantik and canggih. And last month aku baru dapat berita yang Kuching bakal ada Water Taxi sendiri yang ala-ala macam Sydney punya Water Taxi. Route dia from Kubah Ria until Borneo Convention Center. Ni semua memang cukup bagus untuk menarik pelancong. Atleast pengguna ada 2 choices of water transport, samada Penambang tradisional ataupun Water Taxi yang moden. Dan aku berani menjangkakan in future, tak hairanlah pelancong akan lebih ramai turun ke Kuching, termasuklah icon superhero negara Amerika sendiri yang berkemungkinan besar akan menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Bandaraya Kuching yang serba indah dan moden ni..


SuperKaljis posing di hadapan Waterfront

Malah, kita mungkin bakal menyaksikan penghijrahan secara besar-besaran superhero lelaki dan wanita daripada Amerika ke Kuching suatu hari nanti.


WonderSen, superhero wanita paling ayu dan seksi di dunia bergambar kenangan di hadapan muzium sarawak

Okeh guys. Time to pen off. Diharap korang terhiburlah dengan entry National Geographic aku ni. Anyway, Dengan kesempatan ni juga, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka. So to all bloggers, happy puasa and see you next time. Salam! XD

Friday, August 20, 2010

Seram Di Bulan Puasa

Jarum jam tepat menunjuk pukul 1.30am. Tiba-tiba isteri menggoyang-goyang badanku serta memanggil aku yang sedang jenak dibuai mimpi. Dalam keadaan pagi yang gelap gelita, pandanganku kelihatan agak kabur sambil diperhati isteriku dengan penuh resah.

Isteri: Bang!.. bangun bang! ada kitak nenga bunyi bisin di dapor nun? (Bang!.. bangun bang! ada awak dengar bunyi bising kat dapur tu?)

Aku: Bunyi apa? kamek tok gik nyaman tido.. (Bunyi apa? Saya ni tengah syok tidur)

Sedang isteri hendak berkata-kata, tiba-tiba jelas kedengaran bunyi dentuman yang agak kuat dari arah dapur..

Isteri: Bang!.. takut kamek eh. Coba kitak ngecek lok nun.. (Bang!.. saya takut. Cuba awak pergi check..)

Aku pun melangkah dengan berhati-hati, sambil tanganku memegang kayu besbol. Otak aku tak la sampai fikir yang bukan-bukan. Tak la sampai terfikir benda halus seperti hantu, jin, etc. Ni bulan puasa ni beb. Mana ada hantu. Aku cuma risau.. aku takut pencuri cuba nak memecah masuk rumah. Maklum la, tak lama lagi nak raya. Sememangnya kena berhati-hati.

Sedang kaki ku melangkah menuju ke arah dapur, sekali lagi kedengaran bunyi pinggan berlanggaran antara satu sama lain. Aku memegang erat kayu besbol. Jantungku berdebar beserta peluh membasahi pipiku. Kelihatan pergola kayu di luar rumah dengan bunyi titisan air jatuh dari pasu hiasannya.




Jelas aku lupa untuk menutup pam air tersebut. Nak keluar dari rumah pun aku dah tak berani. So aku rasa, aku patut biarkan aje. Kini aku semakin rapat ke pintu dapur. Jantungku semakin berdebar-debar. Sekali lagi bunyi kerusi bergerak, seolah-olah sesuatu melanggar kaki kerusi tersebut. Aku nekad ketika itu, dibantu oleh adrenalin yang kian memuncak. Lantas sepantas kilat aku masuk ke dapur sambil bersedia menghayun kayu besbol ditanganku ketika itu.

Aku: Hoiii!!.. apa polah kitakurang sitokkkk???? mok mati ka???(Hoiii!!.. apa korang buat kat siniii???? nak mati ka???)

Kelihatan dua lembaga tercegat

sambil memerhatiku....

dengan mata yang tajam..










Pak-tikus-Kaljis: ilek lok boss..tengah carik makan tok. Kamekduak nak posa sok hari bah ehek.. (rilek la boss.. tengah carik makan ni. kitorang nak puasa esok ehek)

Pak-tikus-Sen: Betol! betol!.. kamekduak nak posa sok huhu (betul! betul!.. kitorang nak puasa esok huhu)

Maka aku pun dengan rela hati membenarkan kedua-dua tikus tu bersahur memandangkan semangat diorang yang berkobar-kobar menyahut seruan untuk beramal dibulan Ramadhan ni. So, begitulah kisah pengalaman seram yang kemudiannya menjadi tak seram sekaligus bertukar menjadi crita pebulak yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ni. Semoga kita mendapat ikhtibar dari pengalamanku ini.

Bah, time to pen off. Next time I blogging lagik lah hoh! till then,.. salam all and have a nice weekend! XD

*Pebulak = tipu/ fake.

Wednesday, August 18, 2010

Kelebihan GambarKedai

Salam dan hi bloggers semua!
Apakabar? wahhh dah seminggu lebih dah kita berpuasa. So hopefully puasa kita tahun ni bleh tamat kan? uishhh mesti bleh punya ehek.

Entry kali ni aku nak bercrita skit pasal perisian Beradab GambarKedai, atau dalam bahsa omputihnya; Adobe PhotoShop. Apa sebnar nya kelebihan perisian GambarKedai ni? Kenapa la aku suka sangat guna menatang ni?
Well, terus terang aku cakap.. aku memang cukup suka perisian ni. Macam-macam kita bleh buat dengan benda ni. Semenjak aku belajar memahirkan diri dengan perisian ni, secara tak langsung minda aku lebih terbuka dan daya kreativiti aku kian meningkat from time to time. Tak salah kita nak belajar guna GambarKedai ni. Once kita dah betul-betul mahir menggunakannya, bermacam-macam mejik kita bleh buat untuk gambar kita. Sebagai contohnya, aku mempunyai kelebihan untuk mengoyak tema blog aku ni..


Bukan itu jer mejik yang aku bleh buat. Memandangkan aku merupakan penyokong setia iklan Nuffnang, aku bleh baring kat atas logo iklan tu ikut suka hati aku. Korang bleh tak? huhu..


Kalau blogger lain selalu tayang-tayang gambar diorang dalam blog masing-masing, aku pun nak jugak tayang muka aku dengan wifey tercinta. Tapi dengan kelebihan GambarKedai, aku mampu membuat kelainan. Gambar aku jelas terkeluar dari frame asal. Betapa mejik nya kan?


Bukan gambar yang berframe je bleh dibuat camni. Malah kepingan-kepingan gambar kecil also bleh kita buatkan and disambung-sambung untuk membentuk gambar asal kita. Bila orang tengok, pasti orang kagum. Kelainannya nampak betul-betul menyerlah. Terpulang kepada daya kreativiti masing-masing. Contohnya seperti gambar Zatil dan rakannya di bawah ni..


Setelah menyedari akan kelebihan yang terdapat pada perisian ni, memang aku tak nafikan yang naluri untuk mengubah gambar-gambar lain kian membuak-buak di dadaku. Bukannya niatku untuk merosakkan gambar orang, tapi sekadar menapis gambar yang ku rasakan agak keterlaluan dan memang patut pun di ubah. Sebagai contohnya, gambar crita Titanic kat bawah ni..


Kita sebagai orang Malaysia, tak elok la kalau tengok gambar asal ni dimana si Leonardo Dicaprio dan Kate Winslet tengah bercumbuan. Adalah baiknya aku tempekkan wajah member aku sendiri iaitu saudara Kaljis dan Sen agar gambar tersebut nampak lebih manis. Selain daripada tu, perisian ni juga mampu mengubah gambar seksi menjadi lebih sopan. Memandangkan kita tengah berpuasa, memang la tak elok tengok gambar-gambar blogger yang seksi-seksi. So adalah baiknya mereka ni diubah agar sejuk mata kita memandangnya. Gambar di bawah ni menceritakan segalanya..

Sebelum Mendapat Rawatan GambarKedai



Sesudah Mendapat Rawatan GambarKedai


Alhamdulillah model kita kat atas iaitu saudari Zatie jelas nampak lebih bersopan sekaligus tidak membatalkan puasa kita. Lihatlah betapa manfaatnya perisian Beradab GambarKedai ni. Tak sangka plak ianya amat berguna dibulan puasa ni kan. So bagi yang belum mencuba perisian ni, maka cuba-cubakanlah. Tak rugi korang belajar perisian ni. Kompom takkan jere oii!..

Bah.. time to pen off. Hari pun dah lewat ni. So to all bloggers, selamat berpuasa! and kalau dah berpuasa tu, jangan plak sembunyi-sembunyi makan ye! ehek. Salam all! XD

Sunday, August 15, 2010

Melariskan Blog

Salam n hi all,
Dah 5 hari dah kita tok berposa.. sik sangka nak hoh? So ada yang dah mecah posa tek? Mun ada, boh lupak ngakuk lam entry blog kitakurang okeh? ehek.

Anyway, entry kali tok adalah mengenai tips atau cara-cara nak nyuroh blog kitakurang diagak oleh urang, atau dalam bahsa omputihnya.. human trafficking. Haa, jadi disitok aku merik la serba-sikit tips yang mungkin dapat digunakan oleh sapa-sapa jak yang teringin mena blog berpadat-padat jak diagak urang.

Tips Pertama - Saka
Munkin kitakurang pernah nengar perkataan Saka tok kan? Memandangkan zaman moden kinektok, terdapat bermacam jenis saka yang boleh kita beli dalam internet untok melariskan blog kita. Jadi, bagi sapa-sapa yang berduit ya.. bolehlah meli duak-tiga ikok saka pelaris blog dan biarkan sidaknya bekerja untok kita. Dengan erti kata lain, kita nang ilek-ilek la goyang kaki jak koh.

Saka Tok Lang kini boleh didapati melalui internet

Tips Keduak - Bahan Crita Menarik
Bagi yang sik mampu untok memiliki saka, maka bolehlah memerah idea untok molah crita-crita yang dapat narit minat urang membaca. Antaranya adalah mengenai isu semasa, perkembangan teknologi terkini, Peterporn dan Luna Maya, dan lain-lain agik. Munkin dalam hal teknologi, kita bolehlah bercrita pasal gajet-gajet terkini yang berada dipasaran dan boleh narit minat pembaca untok membeli gajet ya tek.

Gajet perfume solar berpalak Kaljis yang kian laris

Tips Ketiga - Berani Berposing
Serlahkan penampilan dirik dalam setiap entry yang dipolah. Kerna setiap pembaca pasti teringin juak nak nanggar penampilan kita sepanjang blogging. Teknik berposing dan penampilan dirik perlulah berani dan diubah setiap masa. Rajin-rajinlah berposing sambil berlatarbelakangkan pemandangan menarik, serta hiaskanlah dirik supaya sentiasa nampak anggun dan sik selekeh.

Penampilan Sen pasti menarik minat pembaca blog

Tips Keempat - Penggunaan Teknik Gambar
Bagi pemilik kamera mahal DSLR, selain dari molah entry pasal kamera, pemandangan, perlulah juak berkonsi crita pasal teknik-teknik penggambaran supaya dapat narit minat pembaca. Melalui DSLR, memang sik dinafikan terdapat bermacam-macam teknik penggambaran yang best dan amat mengujakan. Gunakanlah kepakaran yang ada ya untok memancing pembaca.

Kamera DSLR hebat berteknologi Nano dan Nona

Tips Kelimak - Tema Blog Ringkas
Biasanya pembaca lebih gemar masok dalam blog yang ringkas, senang dan tiada pop-up yang amat annoying. Even aku tok pun memang anti mena ngan blog nok sik pasal-pasal ber pop-up yang sekaligus boleh menyebabkan potong stim jak. Baruk-baruk tok ada kes tentang keburukan pop-up dalam blog sampei kerajaan pun dah start nak masok campor dalam hal tok.

Keratan akhbar kes gadis bernama Jati yang membela pop-up

Mun ekot, banyak gik tips yang ku nak share ngan kitakurang. Tapi buat masa tok ku merik 5 igek jak lok la. Mun kitakurang dah memena mahir dengan tips-tips tok klak,.. bok la kita bleh bercrita pasal tips seterusnya agik okeh? So coba jak lah jangan sik coba. Semoga makin rami pembaca melawat blog kitakurang klak. Bah, ya jak la entry ku kali tok. Klak ku blogging gik. Till then, salam all n slamat bersahur! XD

Thursday, August 12, 2010

Nang Hacker Lah?

Salam n hi bloggers!
Apakabar semua tek? Ada dah tebik dah posa tek? well, ku harap sikda la hoh. Well, malam tok aku nang sikda apapa juak nak dipolah. So nang begasak la blogwalking sambil baca-baca segala entry baru dari bloggers. Tengah ku rindok-rindok baca, tetiba jak tangada timbul sesuatu yang memena annoying dan nyoh ku potong stim jak nak blogwalking.

Anyway, memulanya aku biarkan ajakla benda annoying ya dan meneruskan pembacaanku. Tapi tiap kali ku baca, tauk ada jak benda annoying ya pop-up ntah brapa juta kali ndak ka nya pop-up. Haihh tensi ku eh! Aku rasa, tentu kitakurang pun penah ncerik juak keadaan yang ku alami tok nak hoh. Ntah apajakla pop-up ya ndak alah-alah madah "A username and password are being requested by http://twitter blablabla..". Sik pandei lah ku nak eksplen detail ngan kitakurang koh. Tanggar jak kitakurang gambar disedia ku debah tok..



Haaa paham sik kitakurang? nok pop-up yalah di tensi ku dari tadik koh. Yalah kotan ku geram glak ngan pop-up ya tek, maka aku sedaya upaya untok meng-hack-kan benda ya tek. Maklomlah, setelah sekian lamak bergiat lam bidang internet tok.. aku tok kira bleh tahan juak la part nok hack-hack tok. Kira hacker la tek. Atleast dapat la juak kitakurang blaja dari aku bah.

So dengan kepakaranku sebagai seorang hacker yang terre.. tiba-tiba, sik di sangka-sangka! Walla!.. it works! ilang juak pop-up ya! yahuuu! nang terre laa aku. Yalah seandainya kitakurang tertemu pop-up yang annoying kedak tok.. blaja lah dari aku. Camne aku berjaya nutup pop-up ya? haaa with just a simple username dan password seperti yang tertera di gamba debah tok jak..



You see? aaaa nok nama hacker eh. Anyway, biasa lah ya. Kadang-kadang urang sik penah terpikir juak yang penggunaan `bontot' dan `kambin' kadang-kadang mampu menyelamatkan keadaan. Jadi, adakah anda brani mencoba? Mun mok.. masoklah dalam blog tok: http://duckandrun1303.blogspot.com dan anda digalakkan untok menggunakan username dan password nok dipakei ku ya.

Bah, ya jaklah untok kali tok. Klak ku blogging gik. Till then, slamat sahur semua.. happy posa n salam all! XD

Wednesday, August 11, 2010

Resipi Di Bulan Puasa

Salam n Hi all,
Memandangkan sudah hampir sehari kita berpuasa, maka pada hari ni.. aku akan menggunakan Bahasa Malaysia supaya mudah di fahami oleh semua dibulan puasa yang mulia ini. Jadi, amacam puasa? ada ok? makanan apakah yang menjadi hidangan berpuasa puasa hari ni?

Okeh, sebenarnya aku nak bagi satu resipi hidangan yang cukup enak dan pasti anda ingin mencuba sebagai hidangan istimewa di bulan Ramadhan Mubarak ni. Resipi ni amat mudah dan sesiapa saja mampu untuk mencubanya. Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan resipi ni.


Pot Pai Ayam Sayuran

Bahan-bahan Untuk Inti
1 (3 1/2 pound) Ayam yang telah direbus, 6 Sudu butter (unsalted), 1 Lobak merah, 1 Daun seleri, 1 bawang besar, 1 Bawang kecil, 2 Sudu garam, 1/2 Sudu lada hitam

Bahan-bahan Untuk `Crust' Pai
1 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 Sudu garam, 1/2 Cawan butter (unsalted), 1/4 Cawan minyak sayuran, 3 Sudu cuka, 4 Biji telur

Cara-caranya:
Campurkan ayam yang telah direbus bersama dengan lobak merah, seleri, bawang yang telah dipotong halus serta masukkan garam kedalam periuk yang berisi air. Panaskan adunan tersebut selama 30 minit. Setelah itu, tapiskan adunan dan masukkan ke dalam kuali yang telahpun dipanaskan dengan butter. Air hasil rebusan tadi di gaul bersama adunan tepung gandum dan garam yang digunakan untuk membuat `crust' pai tersebut. Masukkan butter, minyak sayuran dan cuka skali dan gaulkan selama 5 minit. Hasil gaulan ini akan disejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Bagi adunan yang dipanaskan di dalam kuali tadi, pecahkan telur dan gaulkan secara perlahan selama beberapa minit sehingga putih telur kelihatan timbul di permukaan adunan tersebut. Keluarkan adunan secara berperingkat-peringkat dan masukkanlah ke dalam pos box rumah jiran berdekatan. Ambiklah 2-3 bungkus Mi Indomie dan masaklah bersama telor goreng kegemaran anda. Maka siaplah hidangan istimewa di bulan puasa ini.



Buah pisang diselitkan bersama Indomie ini bagi meningkatkan lagi kadar khasiatnya agar anda lebih berasa segar setelah majoh hidangan istimewa ini.

Bah, ya jaklah resipi ku di bulan puasa hari pertama tok. Jadi, kepada pembaca semua.. cuba-cubalah okeh? ianya cukup mudah dan anda pasti puas ati! Till then, salam all!..
*Pengakuan berani: Aku sebna nya lapar tok..uhuk

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Buat Semua

Hi All,
Since aku dah online tok, so dengan kesempatan tok ingin ku ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat berposa buat semua samada yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali langsung diri ini tapi ingin berkenalan lantas merayu untuk dibukakan ruangan salam perkenalan yerRRr..


Kaljis mengayakan diri ala-ala bulan sabit di bulan posa..

Apapa pun, di harap posa taun tok sama-sama lah kita menamatkannya dengan penoh mutu, gaya dan keunggulan. Ermmm siktauk juak apa nak k saor pagi tok lak. Sikda juak ku ngabas dapor tek. Anyway, sepertimana yang telah ku janji pada dirik ku minggu nun tek.. posa tok aku bakal mengurangkan berat badanku sebanyak 14KG! oyeahh! sak seksi body ku time raya lak ba ehek.


Anyway, klak blogging gik. Till then, Slamat posa!! XD

Saturday, August 7, 2010

Demam

Salam n Hi guys!
Sori la lamak dah sik blogging tok. Macam-macam jak berlaku semenjak aku balit Kuching tok. Mun nak di apdet semua pun, KOMPOM sikkan abis. Anyway, aku baruk jak sembuh dari demam terok. Nang merepuk abis. Hari-hari tebongkeng tas katil sik tekabey-kabey. Lemah badan bukan main gik. Yalah nasib bait aku sempat pegi farmasi Batu Lintang nun and meli ubat..

Aku: Hi,.. I got fever and kept on coughing..
Tukang merik ubat: You got fever and keep on coughing.
Aku: aok..
Tukang merik ubat: Okeh, I give you 3 types of pill, and 1 cough syrup. Makan sampai habis.
Aku: Makan sampai habis ka?
Tukang merik ubat: I give you 3 types of pill, and 1 cough syrup. Makan sampai habis.
Aku: Owh ok.
Tukang merik ubat: Jangan makan oren mandarin, jangan minum air sejok, jangan makan oily food.
Aku: Owh sik boleh ka?
Tukang merik ubat: Tidak boleh. Jangan makan oren mandarin, jangan minum air sejok, jangan makan oily food.
Aku: Okeh Doc! Tenkiu!..
Tukang merik ubat: Jangan makan oren mandarin, jangan minum air sejok, jangan makan oily food. Welkam.

Penah sik kitakurang pegi farmasi rah Batu Lintang sia? Kenak doktor ya suka ngulang-ngulang nok di padah nya hoh? eran ku eh. Anyway,..sambong crita. Seperti kebiasaan la, mun aku dah nelan ubat time demam-demam gitok, tauk malam ari begasak ngereco lam tido la. Tauk ada jak mimpi nok pelik-pelik. Antara mimpi yang aku ingat adalah:

1.Mimpi Tambi.
- Aku siktauk juak apa motip dak tambi tangada menjelma lam mimpi aku. Tapi aku memang sikpat lupak muka tambi ya. Tiap kali aku demam, tauk ada jak muka tambi ya menjelma lam mimpi aku.


2. Mimpi Duyong.
- Samada mainan mimpi atau mainan pil yang ku telanku ya, bila part mimpi duyong kedak tok la yang mudah nak nyuroh aku mala jak ngereco lam tido. Salunya bila part aku mimpi kedak tok, muka duyong nang bermacam-macam rupa la. Tapi semuanya nang tauk ayu dan jelita la.


3. Mimpi Kerak atau Kingkong.
Malam aku demam reya, brapa kali ndak ka aku mimpi Kingkong. Bila part nya ngeraong ya, tauk tekejut berok ku olehnya. Ney ndak wifey ku eran nangga aku ndak alah-alah tekejut. Aku nang cukup tension la bila mimpi nok kedak tok. Betol nak nyoh lemah semangat jak.


4. Mimpi Hantu.
Mimpi tok nang biasa gilak laa time demam. Tapi yang aku herannya, taun tok aku demam nang langsong sikda mimpi antu koh. Sebaliknya mimpi antu di ganti ngan mimpi Hulk. Ndak alah-alah jak ku kenak kepong oleh Hulk. Dahla muka Hulk ya langsong sik seram. Tapi kecut juak nyawa ku kenak kepong. Bila time berekot ya, nang KOMPOM kaki ku lemah and selow jak berekot haiya.


Apapa pun, camya la rasa dirik ku time gik merepuk demam hari ya. Yalah lamak glak sikda apdet blog ku tok. Nasib bait la nektok ku dah ok-ok skit. Alhamdulillah sik lamak gik sehat aku la. Aaaaa seblom aku demam reya nak, kamekduak laki bini sempat la berbeli baju uniform malam untok baby Farah Elya Balqis. Bukannya pa, since bilit kamekurang salu mukak ekon tiap-tiap malam.. so better baby diberik baju tebal-tebal. Sak nya sik kenak demam ba.


Kiut sik nya? kedak teddy bear nak hoh ehek. Tapi yalah tek, sik pasal-pasal tangada aku gik yang demam nak hoh. Biasa la cuaca nektok, kejap ujan kejap panas. Munkin faktor lambat nak adapt keadaan cuaca di Kuching tok kali nyoh ku demam reya kali nak hoh. Bah, ya jak la apdet ku hari tok. Klak blogging gik. So till then, salam all and have a nice weekend! XD