Pesawat APFT tergelincir ketika mendarat, dua terselamat
Aduh...Eagle crash lagi...harap2 dijauhkan dari Malapetaka ini....
Berita dipetik dari Utusan Online ....
KOTA BHARU 23 Sept. – Sebuah pesawat syarikat penerbangan latihan swasta, Asia Pacific Flight Training (APFT) Kelantan tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.
Pengurus Besar dan juga Pengetua APFT, Datuk Mohd. Khalid Ali berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat latihan jenis Eagle yang dipandu oleh seorang pelatih APFT dengan ditemani seorang jurulatih berpangkat kapten sedang mendaratkan pesawat berkenaan, pada kira-kira pukul 3.30 petang.
"Ketika melakukan pendaratan, pesawat itu telah mendarat sebelum melompat sekali dan ketika lompatan itu pesawat berkenaan telah senget ke kanan menyebabkan pemegang tayarnya bengkok lalu tersasar keluar daripada landasan sejauh sepuluh meter,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pelatih itu, Mohd. Hisham Mohd. Nazir, 21, yang hanya mempunyai 11 jam latihan penerbangan, dan kapten, Meor Mohd. Iqbal, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, insiden itu kemungkinan berpunca daripada kurangnya pengalaman pelatih berkenaan, namun disebabkan latihan yang komprehensif disediakan oleh pihak sekolah itu, maka sebarang insiden yang lebih teruk dapat dielakkan.
Comments