Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts
Monday, 6 July 2015
Susu Formula
Alhamdulilah MP berjaya menyusukan Zhareef Aryan (ZA) sepenuhnya sehingga 6 bulan tanpa campur susu formula tetapi disebabkan ZA sangat gemarkan susu ibu (maksudnya minum banyak) stok yang MP sediakan tidak mencukupi untuk hantar ke Babysitter (BS) so MP terpaksa beri ZA susu formula semasa berada di rumah BS. Pada asalnya MP try bagi susu formula NAN tetapi ZA macam tak berapa minat. ZA lebih banyak sembur dari minum. Selepas bagi 2 kotak masih macam tu juga, saya cuba Bebelac, mula-mula tu ZA minum jugalaaa tapi nak habiskan 3oz pun susah. Selepas 3 tin pun ZA masih minum main-main tak serius macam budak-budak lain. Kami try bagi minum lactogen. Ada kawan ni bagi sedikit sample susu lactogen untuk bagi Aryan try tapi Aryan boleh terus sembur. Terus tak nak minum. Geram jugak rasanya sebab kecik-kecik dah pandai demand. So kami try pulak beli susu ducth lady pun sama jugak Aryan terus sembur tak nak minum.
Masa di Office sembang-sembang dengan Officemate, dia kata try susu Anmum, asalnya memang kami nak bagi susu Anmum tapi ada orang kata susu Anmum ni manis jadi kami tak berani nak bagi sebab saya ada salasilah kencing manis semasa pregnant so agak risau untuk beri pada Aryan. Tetapi disebabkan nak juga bagi Aryan susu yang Aryan nak minum, why not kami cuba kan. Mula-mula tu Aryan rasa dulu sikit, agaknya susu tu sedap jadi dia terus habiskan 3oz yang sebelum ni nak habiskan 1oz pun susah. Jadi akhirnya kami teruskan dengan pemberian susu Anmum pada Aryan. Tetapi ada 1 masalah pula yang datang. Najis Aryan keras. Macam Tahi Kambing. Kesian pula tengok Aryan. Sampai merah tempat keluar najis tu. Bila sapu krim menjerit Aryan. Kami terpaksa tukar lagi susu sebab tak sanggup nak tengok Aryan sembelit. (Aryan kuat minum air putih tetapi tetap sembelit).
Sekarang ni kami dah standby susu S26. Susu Anmum masih ada lagi jadi kami akan selang seli kan susu Anmum dengan susu S26. Nanti bila dah try susu S26. MP udpate ye. Terima kasih.
Maksud Di Sebalik Warna Air Kencing
Perubahan warna air kencing boleh berlaku di dalam beberapa keadaan iaitu:
1) Warna Kuning Gelap jika berlaku kekurangan air di dalam badan atau dehidrasi
2) Warna Kuning Cerah jika minum air yang berlebihan
3) Warna Air Teh 'O' jika terdapat kandungan darah di dalam air kencing
4) Warna Merah jika berlaku pendarahan ketara di dalam sistem buah-pinggang atau pundi kencing
Wednesday, 4 February 2015
10 Tips Mendidik Anak Oleh Doktor Pakar Child Psychiatrist
10 Tips Mendidik Anak Oleh
Doktor Pakar Child Psychiatrist. #2 Sangat Berguna Kalau Anak Anda Selalu Main
iPad
Nota
Editor : Adlil
Rajiah ialah seorang ibu yang sangat menjaga isu-isu parenting. Beliau banyak
berkongsi di blog beliau. Di bawah ini ialah perkongsian
real yang beliau dapat daripada Doktor Sherine, seorang Doktor Pakar Child
Psychiatrist di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang. Sesuai untuk parents yang
mempunyai anak berumur 0-2 tahun.
#1
Biasakan & Kerapkan Bawa Anak Main Pasir, Buih, Rumput & Plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki.
Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc.
Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
#2
Don’t Expose Too Much Things In A Box.
‘Things in a box’ itu macam TV, iPad, tablet,
phone, games, etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa
pergi special school Dr Sherine tu, ada seorang budak Australian ni. Umur baru
4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia; semacam tak normal. Tak tahu nak
describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi macam tu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!
Tak sangka boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed
budak tu main Ipad sejak lahir tau T_T
Aku borak dengan mak budak tu, sampai nangis-nangis
makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab tiada
rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecil.
Patutnya masa kecil kan, baby aktif nak meniarap
la, nak merangkak la, nak melompat-lompat la, kan? Tapi sebab parents dia
terlalu busy, dan diorang tiada pembantu rumah, so dia bagi je la baby tu leka
dengan iPad 24/7!
So, bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak
pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak.
Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget
depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la
dari beg. Nak check SMS kan. Tiba-tiba, Dr Sherine cakap kuat-kuat,
“No handphone in front of Alex! No handphone in
front of Alex, please!”
Gitu. Takut aku.
Aku ada minta komen Dr Sherine tentang gadget ni.
Sebab aku pun selalu je tengok Boboiboy dengan Haikat di iPad. Hehehe. Ini
jawapan Dr Sherine,
“Tiada masalah kalau nak tengok benda in a box ni
(iPad, TV, Phone). But make sure not more than 10 minutes at a time”
“Never leave the child and iPad alone. Watch with
him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example,
kita cakap; Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays
badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching”
“It’s a good sign when he want to watch iPad, he
asks you to join him. But bad sign when he doesn’t want anyone to disturb or
join him while he’s watching. Itu petanda buruk. So always always always
be with him and interact with him while watching”
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa iPad, TV,
phone, games tak elok untuk perkembangan anak-anak. Menurut Dr Sherine :
Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu pada 1
level sahaja. Tiada pergerakan ‘rolling’ oleh mata. So, bila too much iPad,
that means no eyes nerves stimulation. So, lama-lama pandangan anak itu tak
luas. So, brain dia pun tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So, parents
digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
How?
Bawa keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky,
tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak
boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan
flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu,
flash huruf B ke bawah pulak. Pastu, flash huruf C sebelah kiri. Huruf D
sebelah kanan. Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada ‘rolling’ eyes
movement. So, bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata
dirangsang dengan baik. So, brain development pun berlaku dengan baik.
#3 Stimulate Their Imitation Skills.
Imitation skills ini ialah kebolehan mengikut atau
meniru apa sahaja perkara yang dilihat sekeliling. Contoh, kalau anak nampak
kita clap hands, dia pun ikut clap hands. Camtu.
Dr Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak
sekarang. Lack of imitation skills.
So, vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because
language and speech is also an imitation skill, attitude pun immitation skill,
cara berfikir pun imitation skill, dan semua-semua tu pun related to brain
development.
Jadi, parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam
ini :
·
Say a word, dan suruh anak ulang.
·
Lukis satu simple drawing, dan suruh
anak tiru.
·
Buat mimik muka macam nangis, senyum,
gelak, marah dan suruh anak tiru.
·
Buat satu kerja mudah macam susun
bantal atas katil, susun buku di rak, dan suruh anak ikut.
·
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut
nyanyi.
·
Dance mengikut muzik, dan suruh anak
tiru step yang kita buat.
·
Buat satu pergerakan macam merangkak,
melompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Oh satu lagi, Dr Sherine cakap, pergerakan
merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota
badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa
merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding
baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ini aku terkedu, sebab Haikal memang tak
merangkak langsung. Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk. Lepas duduk,
terus berdiri dan berjalan.
Tapi takpe, Dr Sherine kata masih belum terlambat.
So, sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger. Sebab nak suruh dia
merangkak. Kahkah. Bila anak jadi tiger, mak pun kena jadi tiger juga ok.
Imitation skill, ingat tu.
#4 Banyakkan Concept Toys Berbanding Mainan
Superheroes, Monsters, Etc.
Concept toys tu macam ABC 123 blocks, Lego, animals
(yang realistik dan senang recognize), shape blocks, vehicles, colour blocks,
etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambah vocab anak. Plus,
boleh belajar sambil bermain.
Dr Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang
tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam TV, monsters, etc. Sebab
masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia
terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la
kan.
#5 Bila Nak Ajar Anak Bercakap, Ajar Word Dulu.
Avoid Sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk
elephant kat anak. Better cakap,
“Elephant!”
bukan
“That is elephant!”
atau
“Wow, you see that big elephant?”
bukan
“That is elephant!”
atau
“Wow, you see that big elephant?”
Unless, kalau anak dah hafal animals tu semua, so
boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,
“Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly.
Yellow bird.”
Avoid guna perkataan ‘The, this, that, and, with,
etc’.
Direct je cakap “Big tiger. Beautiful bird.”
Direct je cakap “Big tiger. Beautiful bird.”
Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap, kena
slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan
itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,
“Eat”
bukan
“Come and eat”
atau
“You must eat”
bukan
“Come and eat”
atau
“You must eat”
“Sit”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau
“Sit and keep quiet”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau
“Sit and keep quiet”
Lama-lama, budak tu akan cepat recognize, which one
is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start
ajar buat sentence.
#6 Kalau Budak Takut Strangers, Ask Them To High-5.
Avoid Salam, Hug or Kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah
banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa
doktor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat. So, bila jumpa strangers
mana-mana pun, dia expect orang tu akan buat apa-apa kat dia. So, macam fobia
camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr Sherine suggest; bila
jumpa je sesiapa yang anak tu takut, suruh orang tu High-5 dengan anak kita.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk
cium salam anak kita kan? So, kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan
bagi orang salam peluk terus. Suruh High-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa,
jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw
Menurut Dr Sherine, High-5 is very powerful.
Dia boleh ubat mentaliti anak within seconds. Bila
kita High-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat. Dan budak tu akan
realize yang orang tu tak merbahaya. So, lepas tu, dia akan ok la dengan orang
tu.
#7 Bila Anak Buat Salah; Explain, Instead of Marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu
rumah. Hoih, mahu tak hangin kan?
So, Dr Sherine kata, instead of marah-marah
membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu; kenapa benda yang
dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan
saja-saja nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau
bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil
berdiri. Anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pun apa yang kita nak
sampaikan.
Kalau anak baring, kau pun kena baring. Punya gigih
nak mata satu level tadi kan -..-
#8 Overly-Attached To One Person Is Not A Good
Sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak sahaja.
Dengan ayah, tak seberapa rapat. So, itu petanda tak bagus. Something wrong
with his self-esteem. So, kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially, family members.
#9 Bila Bermain, Follow His Interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tiba-tiba korang
nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia
main ball.
Ikut kehendak anak ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap
maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak minta nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong.
#10 Bagi Pilihan Jawapan Untuk Enhance
Communication Skill Anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macam mana, jangan biarkan soalan
itu tak terjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
“Kenapa Haikal menangis?”
“Kenapa Haikal menangis?”
Tapi, Haikal diam sahaja. Mungkin sebab tak tahu
nak jawab macam mana. So, kita bagi la beberapa pilihan jawapan. Macam,
“Haikal jatuh?”
“Haikal sakit perut?”
“Haikal nak ikut papa pergi kerja?”
“Haikal bosan?”
“Haikal sakit perut?”
“Haikal nak ikut papa pergi kerja?”
“Haikal bosan?”
Itu contoh. Even if dia respon dengan
sekadar angguk je pun dah memadai. At least, soalan dah terjawab. Dan
lama-lama, dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di
masa akan datang.
Sunday, 7 December 2014
Thursday, 15 May 2014
KLINIK SCAN 4D MURAH DAN BERBALOI-BALOI
Hari ini 15 Mei 2014 (Khamis), saya dan Incik Husband pergi ke Poliklinik An-Nisa' di Seri Kembangan untuk melakukan Scan 4D. Sebelum pergi sini untuk buat Scan 4D, kita perlu membuat appointment di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/
Anda juga boleh mendapatkan sedikit sebanyak info berkaitan dengan Scan dan panduan ibu mengandung di blog ini. Anda juga boleh mengetahui pakej-pakej yang disediakan oleh blog ini. Setelah anda melayari blog ini, anda boleh membuat ONLINE BOOKING di blog ini dengan klik https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131
Perkhidmatan SCAN 3D/4D ini meliputi kawasan:
Selangor:
Bangi
(Klinik As-Salam)
Seri Kembangan
(Poliklinik An-Nisa')
Seksyen 13, Shah Alam
(Hospital Umra)
Bandar Puchong Jaya
(Klinik Selva)
Kota Damansara/Sg. buloh
(Hospital Pusrawi)
Kuala Lumpur:
Ampang
(Klinik Fauziah, Desa Ampang)
Kepong Taman Ehsan
(Klinik Dr. Khalil, Kepong)
Ipoh
(Klinik As-Salam, Bandar Cyber Ipoh)
Pulau Pinang
(Klinik Mediviron, Gelugor, Penang)
Sila baca NOTA PENTING di bawah ini:
Ingat sebarang pertanyaan anda hanya perlu dail no ini sahaja:
017-6202933
Pakej-pakej Scan Baby yang disediakan pula adalah seperti berikut:
3D 4D Scan: RM120
- CD
- 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
Detail Scan Dalam 2D: RM150
- CD
- 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
Pakej 3D 4D + Details Scan Dalam 2D: RM220
- CD
- 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
2D Scan: RM50
- Gambar Printout Sahaja
***************************************************************************
Twin Baby:
3D 4D Scan: RM130
- CD
- 2 Keping 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
Detail Scan Dalam 2D: RM280
- CD
- 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
Pakej 3D 4D + Details Scan Dalam 2D: RM320
- CD
- 2 Keping 4R Colour Printout
- 20% Disount Voucher
Nak baca pengalaman saya semasa melakukan SCAN 4D dan nak lihat gambar baby saya kawan-kawan boleh klik kat sini ye...
http://teratakmrspejan.blogspot.com/2014/05/pengalaman-scan-4d-untuk-lihat-baby.html
Sunday, 11 May 2014
CARA-CARA MENGURUSKAN URI SELEPAS BERSALIN
Kita selalu terlupa benda-benda macam ni. Kepada yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Sila baca dan fahami.
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. MENANAM URI ANAK Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri:
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah).
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastik tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut. ***Mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti.
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam-dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Tuesday, 29 April 2014
JENIS-JENIS PEMBELIAN (RESIT) YANG BOLEH DI CLAIM (DITUNTUT) DI LHDN
Sejak dua menjak bila cek Payslip kena caj PCB, saya terus dapatkan info tentang tuntutan. Jadi disini saya sertakan segala jenis pembelian (resit) yang boleh kita claim di LHDN.
1. Individu dan saudara tanggungan = RM9,000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa = RM5,000 (Terhad)
3. Peralatan Sokongan Asas = RM5,000 (Terhad)
4. Individu Kurang Upaya = RM6,000
5. Yuran Pendidikan (Sendiri) = RM5,000 (Terhad)
6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati = RM5,000 (Terhad)
7. Pemeriksaan perubatan penuh = RM500 (Terhad)
8. Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan = RM1,000 (Terhad)
9. Pembelian komputer peribadi untuk individu= RM3,000 (Terhad)
10. Tabungan bersih dalam skim SSPN = RM3,000 (Terhad)
11. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan = RM300 (Terhad)
12. Yuran langganan Jalur Lebar = RM500 (Terhad)
13. Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B = C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
14. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri = RM3,000 (Terhad)
15. Suami/Isteri kurang upaya = RM3,500
16. Anak di bawah umur 18 tahun = RM1,000
17. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa = RM1,000
18. Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM4,000
19. Anak Kurang upaya - Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan = RM5,000
20. Insuran nyawa dan KWSP = RM6,000 (Terhad)
21. Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) = RM1,000 (Terhad)
22. Insurans pendidikan dan perubatan = RM3,000 (Terhad)
Sunday, 27 October 2013
Kalendar 2014 & Cuti Sekolah
Dengan adanya kalendar 2014 ini bolehlah kita merancang percutian atau agenda kita untuk tahun hadapan. Semoga Tahun 2014 menjadi detik paling indah dalam hidup kita semua. Insyallah.
Sunday, 6 October 2013
Pesuruhjaya Sumpah Di Banting
Jika ingin mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Banting, anda boleh cari di bangunan yang terdapat teksi-teksi berhimpun.
Waktu Urusan:
Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 ptg - 5.00 ptg
Sabtu
9.00 pagi - 1.00 tengahari
No. Telefon:
012-3317435
03-31853129
SABA RESTAURANT (Restoran Nasi Arab Best Di Cyberjaya)
Cyberjaya memang famous dengan Nasi Arabnya. Mula-mula sekali, kami cuba makan Nasi Arab di Saba Restaurant. Dan ternyata memang sedap sehingga menjilat jari. hehe.
Walaupun Nasi Arab di Saba Restaurant memang sedap tetapi kami cuba juga Nasi Arab di restaurant-restaurant yang lain di Cyberjaya tetapi malangnya memang tiada restaurant lain yang dapat menandingi Saba Restaurant. Itu hanya pandangan kami, terpulang pada selera masing-masing.
Baiklah, bagi seseiapa yang teringin nak makan di Saba Restaurant boleh search alamat ni ye.
Alamat Saba Restaurant:
4800 Suite 02 Ground Floor
CDB Perdana, Cyberjaya
Boleh hubungi:
03-83202544
Waktu Operasi
Saba Restaurant
Saba Restaurat juga menerima kredit kad seperti di bawah.
Nasi Arab yang saya suggestkan adalah:
Nasi Arab Chicken Hanith
Nasi Arab Chicken Kabsah
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting
Setelah hampir 5 bulan kami menetap di Banting, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di Pasar Kemboja, Banting.
Sebelum ini, kami hanya mendengar cerita dari ayahanda yang di Banting juga ada Pasar Kemboja seperti di Sg. Buloh. Jadi kami pun meriki-riki tempat. Rupa-rupanya Pasar Kemboja sangatlah berdekatan dengan rumah kami.
Apa lagi, dengan rasa excited yang tak terkata, esoknya pagi-pagi MP bangun dan kejutkan Encik Husband untuk pergi ke Pasar Kemboja.
Jika ada rakan-rakan yang teringin sangat nak pergi ke Pasar Kemboja di Banting, bolehlah ikut direction di bawah ye.
Direction Ke Pasar Kemboja Banting:
Dari Pekan Banting, terus dalam 3 - 5km sehingga jumpa Jalan Kenanga belah kanan anda,
kemudian masuk simpang Jalan Kenanga, anda boleh nampak signboard ini
Signboard tertera:
Pasar Borong, Kanchong Darat, Banting
Lorong yang ada Restoran Juvita.
Masuk Jalan Kenanga, terus dlm 300 meter ada simpang, ambil kiri, terus lagi dalam 500 meter...
Anda sudah sampai ke destinasi yang dituju..
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting
Mari kita nikmati pemandangan sekitar Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting.
Kita tengok apa yang ada di sini..
Yang pastinya macam-macam ada..
Inilah sosej bakar yang ramai kata best tu. Sosej ni dibuat sendiri oleh tauke kedai. Menggunakan daging yang dicincang halus kemudian dimasukkan ke dalam usus lembut, jangan risau, usus lembu tu sudah dicuci dengan bersih. Rasa daging yang sangat manis, memang sedap sangat. Insyallah Halal sebab yang buat sosej tu adalah orang Kemboja Islam.
Kalau nak cari, ulam-ulam dan sayuran yang jarang didapati di pasaraya, bolehlah datang sini. Tengok atas tu, buah teratai pun ada.
Pasar Kemboja, Kanchong Darat, Banting dibuka pada hari AHAD sahaja.
Sangat sesuai bagi orang-orang yang bekerja macam MP ini. Hanya hari Ahad sahaja yang dapat MP cuci mata dengan harga yang berpatutan.
Thursday, 19 September 2013
Petua Untuk Mengurangkan Kesakitan Senggugut
Petua Untuk Mengurangkan Kesakitan Senggugut
1. Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid. Minuman berkafein mempengaruhi sistem saraf wanita.
2. Ambil makanan yang berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu penghasilan hormon serotonin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan gangguan tidur.
3. Lakukan senaman yang lebih agresif dari biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan jumlah denyutan jantung. Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi ketika haid.
4. Kurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.
5. Kurangkan pengambilan garam dan makanan masin. Mengikut kajian, garam boleh menyebabkan penahanan air dan pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.
6. Banyakkan minum susu. Meminum sebanyak 1000 mg susu sehari dapat membantu mengurangkan kejang perut. Kalsium yang terkandung dalam susu tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin yang mampu menenangkan perasaan.
7. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna. Vitamin B6 ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin. Kurangnya pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan, memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.
Wednesday, 28 August 2013
Wednesday, 21 August 2013
Sunday, 14 July 2013
Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Kita Ketahui
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)