Teme's GANG

Belajar ni takda guna!!



Adik-adik,
Atau abang-abang,
Atau kakak-kakak,
Atau anak-anak yang sedang baca artikel ini.

Percayalah,
Akan ada satu peringkat dalam hidup ini, kalian akan rasa belajar ini tidak penting.

Kalian rasa tak guna belajar mathematics, sebab di alam pekerjaan nanti, tiada siapa pun yang akan tanya pasal inverse trigonometry.
Takda sapa pun yang akan anggap simbol ‘!’ itu sebagai simbol factorial. Simbol ‘!’ itu tetap bermaksud tanda seru bagi kita.
Bila tengah memasak untuk anak bini nanti, tiada siapa pun yang akan guna istilah sodium chloride untuk garam, garam tetap garam.
Tiada siapa pun nak tanya apakah nilai x, y, dan z bila dalam bilik mesyuarat nanti,
Takda sapa pun nak kira probability terbeli limau busuk masa tengah beli buah-buahan kat pasar malam.

Persoalan-persoalan ini memanaskan otak kau. Bagi kau semua ini buang masa, buang tenaga. Apalah guna kau belajar sehingga ke universiti sedangkan kau boleh peroleh ilmu dengan cara lain. Ini semua membantutkan ‘kerja-kerja dakwah’. Kononnya ini semua helah puak kafir untuk melengah-lengahkan kemenangan ummah. Apalah guna belajar tinggi-tinggi, baik berhenti belajar, pastu menuntut ilmu agama sepenuh masa.

..

Kan?
Mesti pernah terfikir kan?
Aku tahu..
Sebab.. Itulah aku yang dulu, aku give-up belajar. Bukan setakat give-up, aku berhenti terus. Walaupun dapat biasiswa, dapat tempat yang baik untuk menuntut ilmu, aku berhenti belajar. Sehinggakan aku tidak diterima masuk ke mana-mana universiti awam kerana result aku suatu ketika dahulu. Itu semua dulu.
*tarik nafas*

Ini semua sindrom darah muda,
Darah muda yang kononnya inginkan kebebasan bersuara, ego, kononnya inginkan pendapatnya mendapat perhatian, ingin didengari, dan tidak mahu belajar dengan yang lebih berpengalaman (sistem pembelajaran). Pemberontakan ini normal dalam diri anak muda yang inginkan kejayaan, tetapi terburu-buru..

Rasa seperti ilmu-ilmu ini semua hanya dihafal untuk exam,
Kelihatan seperti subjek-subjek tersebut tiada gunanya dalam kehidupan seharian.

Walhal, subjek-subjek bukan diwujudkan untuk dinilai secara literal. Bukan semuanya boleh dinilai dengan tajuk. Tetapi ia ada nilai tersirat, ia melatih kita menyelesaikan masalah, ia melatih kita menjadi matang dan berfikiran matang dalam menguruskan kehidupan, ia melatih kita sabar. Mengajar kita untuk hidup, bersaing, dan tidak menghakimi situasi dengan melulu. Dan yang paling penting, ia mengajar kita etika dan kesopanan dalam mengendalikan perbezaan pendapat.
 School doesn’t only test your intelligence. It tests your memory and willpower!

Lagipun,
Siapa suruh kalian hafal sahaja ilmu-ilmu tersebut?
Gunakanlah akal kurniaan Allah itu untuk melihat kebesaran Allah dengan ilmu yang kalian pelajari. Buka mata seluas-luasnya.

Okay,
Aku berikan contoh satu perkara indah yang aku terjumpa dalam ilmu Physic yang aku pelajari. Aku tahu ada yang membenci Physic dengan sepenuh jiwa raga, tapi baca dulu perkongsian aku. Pernah dengar Theory of Relativity dalam bab Quantum Physics? Ok aku akan ceritakan secara ringkas. Ada satu teori oleh Albert Einstein dalam bab ini yang mengatakan tiada apa-apa objek pun dapat menandingi kelajuan cahaya dalam alam semesta ni. Kalau ada yang hampir kepada kelajuan cahaya sekalipun, mass (jisim) objek tersebut akan meningkat dan menyebabkan kelajuannya berkurangan. Tak perlu cerita lebih-lebih, yang kalian perlu tahu ialah kelajuan cahaya ialah kelajuan yang paling tinggi dan tidak dapat ditandingi di alam semesta. Ok faham? Kita cuba beralih kepada ajaran Islam pula.

Kalian tahu peristiwa Israk Mikraj? Peristiwa yang mana Nabi Muhammad saw dijalankan oleh Allah daripada Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa lalu diangkat terus ke langit. Perjalanan yang teramat jauh ini berlaku dalam hanya 1 malam.

Dalam hadith Bukhari ada meriwayatkan nama satu haiwan yang telah menjadi tunggangan Rasulullah saw ketika peristiwa tersebut, iaitu Buraq. Buraq berasal daripada perkaraan arab yang bermaksud kilat/cahaya (البُراق‎). Ingat balik teori physic tadi? Kelajuan cahaya merupakan kelajuan yang paling tinggi bukan? Ini meimbulkan persoalan dan keterujaan dalam diri aku kerana nama binatang yang dinaiki Rasulullah pun menggunakan kata dasar ‘cahaya’. Walaupun Rasulullah saw tidaklah menaiki cahaya secara literal, tetapi simbolik kepada ciri-ciri kelajuan yang sangat hebat itu tergambar pada nama Buraq. Mana mungkin kajian Theory of Relativity ini dipelajari oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun dahulu. Ini semua bukti kekuasaan Allah.

Inilah tujuan ilmu, ia kembalikan kita kepada Allah.
Kalau kita betul-betul menghayati apa yang kita belajar, ia mendekatkan diri kita kepada Allah. Kerana semua ilmu ini milik Allah. Ia menambah keyakinan dan keimanan kita kepada ajaran Islam. Akan muncul perasaan takut kepada Tuhan yang menguasai alam ini.

“...sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dalam kalangan hamba-hambaNya adalah para ilmuan...” –Surah Fatir ayat 28.

Lihatlah ayat-ayat sebelum ayat ke 28 dalam surah yang sama. Kebanyakannya berbicara tentang ilmu berkaitan sains. Termasuklah kejadian hujan, peranakan, penternakan, jenis-jenis air, kejadian malam dan siang, dan sebagainya. Ajaib.

Percayalah..
Semakin tinggi kalian belajar,
Maka semakin bertambahlah keimanan kalian kepada Allah,
Semakin bertambah ketakwaan kalian.

..

..

Selain untuk menimba ilmu,
Sistem pengajian telah diwujudkan untuk memberikan ‘kelayakan’.
Ianya satu sistem untuk mengurniakan ‘tauliah’ secara seragam kepada penuntutnya.
Dan juga untuk memudahkan proses penapisan ilmu sahih dan ilmu batil.

Kelayakan ilmu ini penting.
Tengoklah sekarang. Ramai yang sanggup menipu academic qualification untuk membolehkan dia dipandang tinggi dalam masyarakat. Sanggup menipu kelayakan akademik untuk membolehkan dia bercakap tentang sesuatu perkara. Dalam ilmu agama sekalipun, ada yang sanggup menipu qualification pengajian agama dari universiti-universiti tertentu, walhal tidak pernah berdaftar pun di universiti tersebut.

Aku ingin fokus kepada ilmu agama pula.
Sedangkan untuk menjadi seorang arkitek yang layak membuat keputusan dalam reka bentuk pun perlu menghabiskan bertahun-tahun masa belajar. Umur 30 tahun ialah umur paling awal bagi seorang arkitek untuk bergelar professional. Itu baru ilmu dunia tu, bukan ilmu agama. Inikan pula untuk melayakkan diri membuat keputusan dalam bidang agama, mestilah mempunyai kelayakan sewajarnya.

Kelemahan masyarakat kita ialah terlampau bersangka baik dan mengambil enteng perihal ilmu agama. Sehinggakan kita menjadi lurus bendul dan akur walaupun diheret ke mana sahaja. Kita terima bulat-bulat perkara yang disandarkan kepada agama tanpa melihat kepada kelayakan penyampai dan kesahihan ilmu tersebut.

Kita gunakan alasan,

“Alah.. ilmu agama kan bende baik.. biarlah siapa-siapa pun nak cakap soal agama dengan mendalam.. biarlah siapa-siapa pun nak keluarkan hukum itu haram ini haram untuk agama. Bercakap soal agama kan perkara baik.”

Ya.
Bercakap soal agama ialah perkara yang baik.
Dengan syarat, ianya sahih.
Islam mengajar kita menjadi kritis, bukan menjadi ‘pak-turut-asalkan-bunyi-islamik’.
Persoalannya, bagaimana kita nak tahu perkara itu sahih atau tidak sahih sedangkan kita juga tidak punyai ilmu yang mendalam? Bagaimana kita nak membezakan?
Inilah pentingnya kelayakan dalam sesuatu bidang. Faham?

Kita tidak akan menerima hukum perubatan daripada seseorang yang bukan doktor, tetapi kenapa kita senang-senang menerima ijtihad agama dari seorang yang bukan ahli agama?

Kerana sifat acuh tak acuh pada agama inilah yang membuatkan orang mudah mengambil kesempatan ke atas agama. Agama dijadikan bahan dagangan kerana ianya laku dan semua inginkannya. Agama dijual dengan harga yang murah.

Para pemuda,
Terutamanya yang self-proclaimed ‘pendakwah’,
Jangan terkeliru dengan ilmu anda. Bersekolah di sekolah agama tidak menjadikan anda ulama. Join usrah dan kuliyyah maghrib tiap-tiap malam pun tidak cukup. Jangan percaya bisikan-bisikan syaitan yang katakan anda layak mengeluarkan fatwa, sedangkan pada hakikatnya anda sedang menghancurkan agama. Ya, kita diwajibkan berdakwah, tetapi jangan terkeliru antara dakwah dan diayah (penyebaran sesuatu fahaman untuk kepentingan peribadi). Belajarlah ilmu agama dengan lebih tinggi.

Maaf..
Walaupun aku bukan alim dalam hal agama, aku sensitif dengan perkara yang melibatkan Allah dan Rasulullah saw. Aku tidak akan biarkan agama ini senang-senang dieksploitasi oleh golongan yang ingin mengaut keuntungan darinya semata-mata. Selagi aku hidup, selagi itulah aku akan memeranginya.

..

...

....

Yang mana umurnya 13 tahun,
Yang mana umurnya 15 tahun,
Yang mana umurnya 17 tahun,
Yang mana umurnya 20 tahun,
Ingatlah.. Umur anda itu datang sekali je. Tahun depan anda akan berubah umur dan mustahil untuk berpatah balik.
Walaupun kita berbeza 1-2 tahun sahaja, percayalah, banyak seseorang boleh perolehi pengajaran hidup dalam masa 1-2 tahun.
Aku hanya mampu menulis memberi nasihat, kalianlah yang memandu hidup kalian sendiri.

Tidak salah jikalau kalian nekad hendak berhenti belajar secara formal kerana ingin melakukan sesuatu yang lebih baik.
Tetapi..
Kalau kau tak ada idea lain yang produktif untuk membantu ummah. Ikut saja, jangan bising tanpa usaha. Jangan berhenti belajar.
Berotak sebelum memberontak.

Allah telah meletakkan kalian di satu posisi yang baik untuk menuntut ilmu. Jangan kalian abaikan, jangan kalian berpaling, jangan kalian malas. Sedangkan ramai orang ingin berada di posisi yang anda berada sekarang ini. Jangan terpengaruh dengan konklusi pra-matang yang dikeluarkan oleh anda sendiri. Ramai anak muda berhadapan dengan konflik merasakan diri sendiri tidak sepatutnya berada dalam aliran akademik secara formal. Ini normal.. Tanpa kalian sedar, inilah mujahadah kalian.. Bersungguh-sungguhlah melawannya.

..

..

Dengar sini..
Penuhilah hari mudamu dengan menuntut ilmu,
Kerana ilmu mengajar kau merendah diri itu perlu,
Bila dah meningkat usia, kau dah tidak lagi mampu.

Belajarlah sehabis mampu kalian,
Kelak kau jadi tin kosong, bunyinya bising, tapi tiada isi untuk dimakan.
Jika dipegang, kulit boleh terlukakan,
Hanya boleh digunakan untuk menghalau babi hutan yang menyondol pokok, merosakkan tanaman.
Dan lama kelamaan, nafsu kau menjadi tuan.

Tetapi..
Dalam mengejar pointer dan ilmu, jangan dilupakan ‘hikmah’.
Untuk menjadi seseorang pemimpin dan memperjuangkan nasib ummah, ilmu kalian hendaklah seiringan dengan hikmah. Kalau tidak, kalian hanya akan boleh berbangga dengan pointer yang tinggi, tetapi hakikatnya kalian sudah kehilangan human value. Perkara ini akan menyusahkan orang lain. Terutamanya jika kalian merupakan pemimpin masyarakat.

..

Saidina Abu bakar.
Beliau menyumbang sebagai pakar rujuk dalam islam selepas kewafatan Rasulullah saw. Maka beliau berikan sumbangan atas keilmuannya sebagai sahabat yang paling disayangi oleh Rasulullah itu kepada islam.
Khalid al-Walid,
Beliau merupakan pakar peperangan. Maka beliau menyumbang kepada islam dengan menggunakan kepakaran taktik peperangannya.
Kaab bin Malik, Hasan bin Tsabit, dan Abdullah bin Rawahah.
Mereka bertiga ini mahir bersyair. Mahir dalam seni. Pada zaman itu, penyair dikira penghibur yang hebat, ibarat artis pada zaman sekarang yang pengikutnya ramai. Mereka menggunakan kemahiran mereka dengan sedaya upaya untuk mencipta syair-syair yang bagus untuk menentang syair jahiliyah yang menghina perjuangan Rasulullah saw. Sehinggakan Rasulullah pernah berdoa agar Allah menguatkan Hasan bin Tsabit.

Kita juga begitu,
Kita perlu fikirkan sumbangan apa yang kita boleh lakukan kepada islam sebelum semuanya terlambat.

Tuntutlah ilmu,
Belajarlah disiplin ilmu seperti ulama terdahulu,
Ilmu akhirat itu utama, ilmu dunia juga tersangat perlu,
Sediakan diri secukupnya, kerana ummah memerlukanmu,
Kerana ini juga mujahadah besar untuk aku dan kamu.

Aku pujuk..
Belajarlah..
Kuasailah bidang kalian..
Tidak perlu semuanya belajar ilmu hadith dan fiqh kerana kita perlukan kepelbagaian untuk saling melengkapkan.
Ummah ini perlukan anda..
Ayuh kita sama-sama kembalikan keamanan dan kesejahteraan (islam) kepada dunia.

Janganlah kejar populariti. Janganlah semata-mata kejar nama. Kerana bila jasad engkau mati, perjuangan nama itu akan bersemadi bersama-sama dengan matinya tokoh.

Sebaliknya, kejarlah ilmu. Perjuangkanlah ilmu. Kerana bila engkau mati, perjuangan ilmu itu akan terus hidup dan boleh disambung oleh generasi seterusnya. 
Dan ia akan menjadi pahala yang berterusan buat engkau kelak insyaAllah.

Berhentilah belajar.. give-up sekarang.. dan good luck hidup dengan kebodohan..

81 ulasan:

  1. Macam mana kau boleh guna ayat2 yang menusuk kalbu eh? Keneeee je dgn diri.. aku terus jadi semangat gila nak study lepas baca. hahaha..

    Umur Teme berapa ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. i second this!

      umur teme baru 20-22. Gempak kan? gaya penulisan matang :D

      Padam
    2. teme lahir 1993 :D

      Padam
    3. Umur dia 23 tahun ni. Ohohoho. Thanks bro! T_T

      Padam
    4. eh tak2.. serious kawan aku pernah kata, teme ni umur dia 21 tahun 2016 ni.

      Padam
    5. Tbe2 umo teme plk yg jdik prsoalannye..hehe

      Padam
    6. terima kasih untuk ini...

      Padam
    7. Drpd blogs, pelukis jalanan, arkitek jalanan, teme tak pernah mngecewakan. Bnyak erti kehidupan yg boleh dipraktikkan drpd penulisan teme. Byk juga yg menjadi inspirasi kami para pembaca. Keep it up. ❤️

      Padam
    8. Rasa nya umur Teme dlm 25 tahun, sbb masa dia tulis buku pelukis jalanan pd 2016, masa tu dia tngh smbng degree, sblm dia smbng degree dia ambil A level selama 2 tahun, so kita habis spm umur 17 tahun kn, pastu smbng blajar plk umur 18 tahun, jdi umur teme lepas habis A level adlh 20 tahun, pastu dia smbng degree plk, degree sekurang-kurangnya 3.5 tahun, so umur teme slps habis smbng blajar adlh 23 thun, dlm buku arkitek jalanan yg diterbitkn masa 2017, mse tu dia dh habis blajar, so dlm 24 tahun masa 2017, skrng ni dh 2018, so umur dia 25 tahun.
      Kalau salah mohon betulkn.hihi

      Padam
  2. ayat last tu mantap. huwaaa...selalu pikir knapalah blajar certain2 subjek tu. rsa mcm xde function je. tp alhamdulillah masih belajar dan belajar

    BalasPadam
  3. Part
    "self-proclaimed pendakwah" tu sy suka..

    dengan part pointer tu sekali. patutnya Teme tulis contoh pointer 3.85 sekali. hahahaha

    BalasPadam
  4. Tepat pada masanya Teme. Baru je member cerita nak berhenti belajar tadi.

    BalasPadam
  5. Penulisan yang sangat membantu untuk motivate diri. Dah la memang sekarang musim exam. Goodjob! :)

    BalasPadam
  6. Esok exam math. Kne pulak. Thanks teme

    BalasPadam
  7. "dan good luck hidup dengan kebodohan.."

    BalasPadam
  8. Rasa malas itu aku sebenarnya. Bila baca nukilan ni macam kena tampar kat muka sendiri, that's what I feel right now. rasa malas nak belajar, nak give up, just nak survive je habiskan belajar. sia2 kan masa 20 tahun hidup pon tak reti jaga, urus diri.
    Selalu dengar orang yg berjaya ni, bermula dari kegagalannya, aku tak pernah rasa gagal, tp bodoh kan kalau aku mintak macam tu.
    Serius aku tak reti nak urus diri, belajar degree pon aku rasa diri aku bodoh. bodoh tak reti guna peluang Allah kasi, bodoh sebab sia2 kan masa, tenaga.
    Aku tahu semakin hari aku jadi bodoh n malas, tapi aku tak de kekuatan semangat nak ubah, aku nak cari semangat tu, tapi aku bodoh macam ni.
    ya Allah, kejam nya aku, sia2 kan nikmat Allah.
    aku tahu aku salah, tapi aku tak buat apa2, kategori orang jenis apa aku ni. aku sedar, tapi aku tak ubah, aku sedih tapi aku tetap macam ni.
    what should I do then?? Hating myself because of kebodohon diri sendiri.
    sorry pembaca.
    maaf dengan tulisan ni.
    sebab aku kesal dengan diri aku and I still the same.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try tengok tedtalk bro.how to stop screw urself from mel robbin.

      Padam
    2. aku rasa benda yg sama. tak berubah keras sangat hati ni mungkin sampai tak reti nak bersyukur

      Padam
    3. Kita sama bro. Sekarang ini dh umur 20 tapi still x berubah. Bukan x maw ubah tapi tak tahu nak mula mana. TerCari dan masih mencari. Semangat nk berubah tu selalu ada tapi tak tetap mungkin sebab suasana pembelajaran juga kot. Bukan nak menyalahkan, tapi tu yg jadikan aku rasa down bila nk istiqmah. Moga aku x sia2 hidup aku tanpa sebarang sumbangan kpda ummah.

      Padam
  9. Hahaha.. trus rasa brsemangat blik nk buat soaln math t�.... ..

    BalasPadam
  10. Bro. cemana kau boleh excellent in studies. dalam masa yg sama banyak ilmu agama? serious aku kagum dgn kau.

    BalasPadam
  11. thorbaek laaaa teme. ana wish ana boleh menulis sebaik teme :'( haha

    BalasPadam
  12. thanks teme. i studied near ur place. haha. skrg mls mcm gila. and motivasi dah zero bila blik mesia. rasa mcm wasted. bila dah strive teruk2 then balik xde keje. ha ha ha ha ha ha ha ha.

    BalasPadam
  13. Thanks teme for this. ��

    BalasPadam
  14. Bukan senang utk meletakkan dunia di tangan, akhirat di hati bila kau tak sucikan hati dengan fitrah sbg hamba

    BalasPadam
  15. Terima kasih utk tulisan dari kalbu ni👍..memang tak penah jumpa nukilan sehebat ni,yg memang btul2 kena dgn sifat seorang pelajar.. mekasihhhh wehhh. Feeling motivated rn.. hoho:)

    BalasPadam
  16. Senanya ingat malas nak baca sampai habis tp x tau kenapa blh baca sampai habis 😅😅😅 apepon,mmg terbaikkk

    BalasPadam
  17. Worth the read. Tqsm Teme, may Allah bless you :)

    BalasPadam
  18. mmg kena dgn aku sekarang, thanks teme

    BalasPadam
  19. Syukur,masih ada anak muda yang peduli tentang ummah pada masa kini. Teruskan perjuangan kamu!

    BalasPadam
  20. Semangat nak study physics balik..

    BalasPadam
  21. The reason why physics is interesting 😉

    BalasPadam
  22. Pernah juga rasa nak give up belajar opsyen skarang, tapi thanks teme, rasa dah terpujuk.

    BalasPadam
  23. Thanks abg teme 😊

    BalasPadam
  24. Lepas baca nih rase benci kat diri sendiri yg malas nih, haish kenapalah aku nih. Terima kasih sebab tampar tho

    BalasPadam
  25. Ayat teme "Ummah ini perlukan anda"
    Menusuk weh 😭

    BalasPadam
  26. Your words inspired me. Terima Kasih sbb tulis blog ni. Tahun ni aku SPM. dan penulisan ni akan aku ingat dan jadikan sumber motivasi aku. dan juga buat kawan2 aku yg lain.

    BalasPadam
  27. Seriously rasa macam "whaaaat. So motivating!" Apsal I didn't find such writing like years ago, masa zaman tgh sekolah menengah. Masa tu completely have no idea what was I studying. Even up until now, dah final year medic dah, I still question myself & feel like quitting.

    Astaghfirullah.

    Doakan aku kuat bro... Semoga Allah merahmati kau selalu.

    BalasPadam
  28. Sangat bagus nukilan ni... sangat membangkitkan semangat untuk meneruskn perjuangan di medan menuntut ilmu. Semoga anda sntiasa brada di bwah prlindungan Allah.

    BalasPadam
  29. Good writing, thank you for motivating me ��

    BalasPadam
  30. Saya pun dah terjebak bidang architecture ni huhu, memang sehari kalau tak rasa give up tu, tak sah la. Btw, terima kasih diatas nukilan anda yang sungguh memberi inspirasi 😄👍

    BalasPadam
  31. 'aku tahu ada yang membenci Physic sepenuh jiwa dan raga' XDXD . macam nak mengaku . tapi sebenarnya tak benci . benci sebab markah rendah . tapi memang betul , belajar lah apa apa bidang , memang boleh kait balik dengan Allah . i mean macam tak lah kita asyik fikir kita belajar something tu sia sia . semua berguna .

    BalasPadam
  32. Thank you for the post. I felt really connected to it. yes I quit studying . it happened. and yes I didn't know better. It's a wake up call I guess.

    BalasPadam
  33. good point (y)
    and also someone has given me this 2 words-phrase which explains the importance of learning entirely..
    learning in school had given us the correct "thinking process" ..
    THINKING PROCESS is what we gain from those years in school insha Allah.. tak penting pon segala aggregate atau cucu cicit ABC di akhir hari.. what we gained is THINKING PROCESS .. itu yang membezakan seseorang yang bersekolah dengan dia yang tidak..
    the moment i realised this everything had become clear.. well at least for me :)

    BalasPadam
  34. nanges aku baca speech kau ni teme , kau macam dr planet lain je . Kaab bin Malik zaman moden kot .! Erk

    BalasPadam
  35. Aku baru je terfikir nak stop master. master aku setahun je,skrg tgh cuti. next sem ialah last sem. tapi skrg aku da fed up dan tepu dgn studies ni. rasa pointless pun ada sb nanti bila aku da kawen, aku akan end up ke dapur. environment dgn lecturers and kwn2 aku semua aku rasa fake. entah. masing2 nak berjaya sendiri sampai aku rasa apa pointless aku buat projek tulis thesis bagai semua. tapi mak ayah aku suruh aku teruskan juga sb da alang2 kan nak abes..then boleh plak trjumpa artikel kau ni. haha..sengal. deep plak aku rasa.

    BalasPadam
  36. akhirnya aku jumpa jugak orang yg mcm ni ! sep bro!!!!

    BalasPadam
  37. School doesn’t only test your intelligence. It tests your memory and willpower!

    Ni yang saya paling terasa ni.. Memang.. Niat, semangat ,dan usaah tu penting... Dah banyak kali fed up ngan belajar... Lepas baca ni.. Rasa motivated makin up! Kepp it up.. Moga berkesempatan lagi baca tulisan Teme yang inspiring!

    BalasPadam
  38. Terima kasih untuk ini :')

    BalasPadam
  39. Time nk give up study je trus ingt Allah .Terus bangun.tq teme

    BalasPadam
  40. Walau siapapun kau ni teme. Walau brape pun umur kau. Aku tak kesah. Bagi aku kau kawan aku, dan kau sefikiran dengan aku. Thanks atas nasihat

    BalasPadam
  41. "aku pujuk kau, belajar selagi mampu.."

    A- kau sedar diri sikit kau tu susah,
    keja nak habiskan duit mak ayah ja,
    lebuh baik kau kerja dari susahkan depa,
    tengok budak2 kilang aku,
    semua pandai2 straight A tapi keja kilang jugak,
    depa cakap habis duit mak pak ja selama tiga tahun blaja,
    kalau keja bole abis duit mak pak?
    x dak,kita bagi lagi adala.

    K ~ x pa la, setahun ja lagi,ilmu ni kewajipan..
    bukan senang nak dapat ilmu,
    lagipun ak guna ptptn n keja part time,
    bukanya ak minta mak selalu,
    x pa, tahan sat, setahun g..

    A- ceramah-ceramah..

    "Kita janji eh, selagi kita x buat rumah kat parents jangan kahwin.
    ye dik, akak janji."

    BalasPadam
  42. May Allah bless you teme

    BalasPadam
  43. Kalau saya yang tak belajar lagi ni..tapi ada semangat nak belajar..what should i do.. nak sambung belajar degree..umur dah 23 tahun..macam dah terlambat..ke mencari pengalaman kerja?allahu,..hidup penuh tanda tanya

    BalasPadam
  44. Walau siapa pun bro teme.. atau berapa pun umur bro
    ..saya tetap nak anggap bro sebagai kawan..dan pemberi semangat.. saya doakan bro berjaya dunia akhirat.. tak kenal kat dunia pun.. mungkin kat syurga nanti. Ramai ternanti

    BalasPadam
  45. Mcm mn nak tuntut ilmu dgn hikmah sbb kita x nampak kegunaan dia lagi kan...pastu kat integomb dulu kita x banyak kan sirah 2..yg mcm teme cerita tu...teme luaskan ilmu sirah dgn usrah kat uk ke..ke beli buku2 sirah?

    BalasPadam
  46. Mcm mn nak tau bila ada artikel baru?

    BalasPadam
  47. Mcm mn nak tau bila ada artikel baru?

    BalasPadam
  48. Such beautiful writing.
    Alhamdulillah Allah grant u for inspiring us
    May Allah bless u

    BalasPadam
  49. Such beautiful writing.
    Alhamdulillah Allah grant u for inspiring us
    May Allah bless u

    BalasPadam
  50. Pernah rasa nak give up masa belajar dulu. Bagus baca ni! Alhamdulillah dpt habis kan jgk degree

    BalasPadam
  51. dari tahun lepas,asyik ulang baca penulisan teme yang ini..sebab bila baca terus semangat nak belajar..teruskan menulis ya teme. ummah perlukan awak sangat-sangat

    BalasPadam
  52. Teme..aku suka tulisan dan lukisan kau! Otak aku tak boleh hadam mcm mna fikiran kau yg sangat matang. Mengenali tulisan dan lukisan kau buat aku pikir Islam itu luas!! Aku mula baca penulis jalanan..pastu ig kau.. skg..aku baca blog kau pulak. Mcm terbalik laa..sbb aku rse org baca blog ko dulu..baru follow buku2 kau kan. Tp zaman aku dlu..blog2 ni jahil lagi..ig facebook masih belum wujud.Moga Allah sentiasa merahmati dan memelihara kau Teme.✌

    BalasPadam
  53. it would be a miracle if you saw my comment here tonight ��. what is your possible answer if i said my parent wants me to keep on kerja instead of belajar degree? atas alasan apa yg di-belajar dulu takkan pernah apply in real life and masa kerja. pengalaman tuh lagi penting gegila disebabkan masalah ekonomi and banyak ja students jobless. and percaya bahawa study tinggi2 hanyalah buang masa 3 4 tahun. which one yg kita patut korbankan? hati niat impian ikhlas kita nak belajar lagi atau nak jaga hati ibu abah even kita kena redha rela paksa redha sbg anak?

    BalasPadam
  54. Aku banyak kali give up nak belajar. Kadang aku fikir kita belajar ni just nak cari kerja je ke. Sampaikan aku compare diri aku dengan kawan2 yang tak sambung belajar then terus kerja. Aku terfikir, dorang tak further study pun boleh dapat duit banyak. Aku? 4 tahun, bila keluar hutang ptptn mengejar. Tu la, sampai aku rasa belajar ni terbeban. T-T tapi aku sedar, apa yang membezakan kita bukan rupas paras atau harta melimpah ruah, tapi ilmu. Ilmu itu penting untuk membentuk kita yang akan datang.

    Sikit atau banyak, apa yang aku belajar still aku akan apply dalam kehidupan. Mungkin kita tak apply sekarang, mungkin for the future.

    Apa pun, lepas baca penulisan teme, aku sedar yang aku manusia bodoh kalau aku give up sekarang. Definisi berjaya tu lain-lain untuk setiap orang. Wish me luck. Thanks teme, I always adore your writing.

    BalasPadam
  55. terima kasih bgi ayat2 yg padu. aku dah mcm nk give up amik mechanical engineering ni. selain dia punya subjek yg agak berat, aku ni sorang je perempuan dlm kelas tu. mula2 rasa mcm ralat sikit la sbb sorang je perempuan lama2 alhamdulillah ok. terima kasih bgi ayat2 yg padu yg boleh buatkan aku lebih semangat nk belajar di saat aku rasa mcm nk give up.keep up the good work. peace yo. ��

    BalasPadam
  56. memang deep betul. terasa terus. kadang2 memang akan wujud perasaan ni. thanks ye sbb bagi nasihat secara halus ni. menusuk betul

    BalasPadam
  57. Thanks teme atas pnulisan yg berhikmah ni. Tahun 2017 ni saya rsa fedup sangat. Saya belajar pun tak ikhlas disebabkan perangai lecturer yg suka pilih bulu a.k.a pilih kasih & kawan2 yg fake. Saya penat & depress sangat2 sebab rasa macam segala usaha penat lelah duit utk projek, report saya xde makna pun. Saya sepatutnya dah habis belajar dn sem ni sepatutnya saya praktikal tp disebabkn saya repeat math selama empat sem saya terpaksa drop subjek sebab berat sangat subjek lain. Alhamdulillah lulus. Then wktu tengah cuti sem ni dapat tahu pulak structure 2 kena repeat. Takkanlah saya nk ambik structure 2 & 3 sekaligus sem depan. Ya Allah berat betul. Saya nak berhenti, tp bukan nk berhenti belajar, cuma saya nk ambik kos baru, buka buku baru, sebab kos ni dah mmusnahkan saya perlahan2. Sekarang umur dah nk 23. Saya tak dapat sumbangkan apa pun lagi kat parent saya.
    And terjumpa blog teme, saya memang terkesan. Don't give up cause give up will make you a loser. Doakan saya semakin matang & tabah. Thanks alot teme.

    BalasPadam
  58. Sangat bagus untuk naikkan semangat nak belajar dan berjaya. Thank you :-)

    BalasPadam
  59. DH x yh bace comments, gi blaja

    BalasPadam
  60. that feeling bila rasa nam give up je dengan semua. Sleepless, ken jumpa lecture etc. Tapi bila reflect balik, kalau mmg study kern Allah swt solely Insha'Allah Allah akan sentiasa berikan kekuatan. Jazakallah teme

    BalasPadam
  61. Aku sebagai silent reader tegar pernah baca entry ini tak lama selepas ia diterbitkan. Aku setuju dengan nukilan ini tapi dalam tahun yang sama juga aku berhenti belajar. 4 tahun lebih berlalu, aku baca semula entry ni. Boleh tahan benak juga la aku 4 tahun lepas. Aku tak nafikan banyak peluang yang aku dah siakan seperti yang ditulis di atas; ada banyak yang betulnya. kehidupan selepas itu memang susah, nak bangkit semula apatah lagi. Walaupun masih tak habis belajar sekarang, aku anggap keputusan aku 4 tahun lepas adalah peluang untuk mencari diri yg sebenar. Sepanjang 4 tahun ni jugalah aku fikir apa aku nak sumbangkan selepas ini.

    Teruskan berkarya & menginspirasikan semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same dear,aku rasa kita dekat phase yg sama kot dulu. And aku really fucked up that year.2016. tahun ni baca balik. Hahahaha rasa selfish gila dekat sendiri. However, aku proud dengan proses tu. Kau tahu en ..

      Padam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!