Pada 25hb, kontinjen dari SMS Johor, SMS Muar dan SMS Sembrong menaiki bas MOZAC dan memulakan perjalanan ke SEMSAS seawal jam 9 pagi. Setelah tiba pada jam 2.30 petang, para KR dan TKR diberi taklimat dan telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut warna rumah sukan di sekolah masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selepas itu seperti Ice Breaking, Leadership Outreach,Problem Solving dan pelbagai lagi.Hari kemuncak tiba pada 28hb dan Guru Penyelaras Sisem Rumah MOZAC yang mewakili rumah Mahathir telah dinobatkan Ketua Guru Rumah Terbaik. Semoga KR dan TKR dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh demi memajukan sistem rumah di bumi Muzaffar. Temenggung Gemilang, MOZAC Terbilang.



No comments:
Post a Comment