Showing posts with label Spyshot. Show all posts
Showing posts with label Spyshot. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Terkini!!! Dan Terhangat!!! Gambar Interior (Dalaman) Model Baru Proton (P3-21A) Yang Lebih Jelas


Gambar ini adalah gambar paling jelas setakat ini untuk model baru Proton (P3-21A). Dari segi design ianya boleh lah dianggap sebagai mengambil pendekatan safe design dimana ia tidak terlalu 'ganaz' atau terlalu conservative.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana fit and finish untuk bahagian interior (dalaman) bagi model ini. Mari kita sama-sama nantikan kemunculannya tidak lama lagi. Buat masa ini jangkaan pelancarannya adalah sekitar bulan March, dimana model ini dijangka berada dipasaran sekitar bulan May.

Turut disertakan ialah gambar lama bagi interior model baru Proton ini yang mungkin agak kurang jelas. Apa komen anda berkenaan gambar interior model baru Proton ini?

Tuesday, February 7, 2012

Pelancaran Model Baru Proton (P3-21A) Pada Bulan May??? (Tun M Berkongsi Spec Detail Untuk Model Ini)

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam post di blog beliau pada hari ni, model baru Proton (P3-21A???) akan hanya berada dipasaran dalam masa tiga bulan dari sekarang. Mungkin pada mereka yang menantikan model ini akan berasa sedikit terkilan kerana sebelum ini ia di war-warkan untuk dilancarkan (berada dipasaran) pada bulan March.

Tetapi mungkin juga pelancaran masih kekal pada bulan March tetapi ia hanya akan berada dipasaran pada bulan May. (Terima kasih kepada bro Nazz Abdullah kerana sudi berkongsi info berkenaan pengalaman beliau berkenaan pelancaran model-model dari Proton)

Walau bagaimanapun, pada pandangan saya sedikit kelewatan pada tarikh pelancaran bukanlah satu isu besar. Ini adalah kerana perkara yang paling penting yang perlu dipertimbangkan ialah apa yang terbaik telah dilakukan sebelum melancarkan sesuatu model dipasaran.

Apapun Tun M ada juga berkongsi dengan pembaca blog beliau berkenaan ciri-ciri yang bakal ada pada model Proton berkenaan. Ciri-ciri dibawah adalah dipercayai untuk model high-end.

Monday, February 6, 2012

Spyshot - Ford Ranger Baru Untuk Pasaran Malaysia

Berikut adalah spyshot untuk All-New Ford Ranger bagi pasaran malaysia.
Gambar ini diambil di lebuhraya Guthrie. Dimana kelihatan sebuah pickup truck (All-New) Ford Ranger yang dilitupi oleh corak hitam-putih bagi melindungi rupanya yang sebenar. Model serba baru (All-New) ini bakal didatangkan dengan enjin diesel 2.2 liter yang baru, dengan kuasa 150HP dan daya kilas (torque) sekuat 375Nm. Enjin ini digandingkan dengan samaada 6-Speed Auto ataupun 6-Speed Manual. Info selanjutnya akan dipost di blog ini sebaik sahaja ianya diperolehi.

Model Baru Proton (P3-21A)???

Apakah ini model baru Proton (P3-21A) yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan?


Berikutnya terdapat beberapa keping lagi gambar yang berkaitan.

Saturday, September 4, 2010

TV3 - Proton Waja Serba Baru


TV3 menyiarkan gambar yang boleh juga dianggap sebagai spyshot untuk Model Pengganti Waja (Waja Replacement Model) yang bakal dilancarkan dengan rasminya hujung tahun ini. Gambar adalah screenshot yang diambil dari blog syadib.blogspot.com. Terima kasih banyak diucapkan kepada pemilik blog berkenaan diatas usaha beliau menyiarkan gambar-gambar ini untuk menjadi tatapan para pelayar internet.

Sunday, August 29, 2010

Spyshot - Proton Exora 1.6 CamPro Turbo CVT???


Terima kasih kepada bro David yang telah sudi berkongsi gambar Proton Exora yang masih diperingkat ujian. Model ini dipercayai dilengkapi dengan enjin yang dipertingkatkan yang dikenali ramai sebagai CFE (CamPro Fuel Efficient) yang juga dipercayai digandingkan dengan CVT transmission. Model enjin ini juga dikhabarkan adalah enjin versi Turbo 1.6. Menurut beliau, Proton Exora ini ditemui di Genting Highlands. Terima kasih sekali lagi kepada bro David dan blog funtastickodesign. Apa komen anda?

Spyshot - Waja Replacement Model dan Saga Facelift



Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Waja Replacement Model dan juga versi facelift (Phase 1) untuk model keluaran mereka yang paling laris dan menjadi pilihan ramai iaitu Proton Saga akan dilancarkan penghujung tahun ini. Apa komen anda?