Sunday, May 30, 2010

harga minyak naik lagi???

harga minyak naik lagi.?? naik ke bulan ke ...minyak wangi memang dah naik. aku baru beli bulan 4 tadi, ckfree nama dia(tapi kene bayar la plak), harga boleh tahan, RM25x.xx. promoter tu bg tau harga dia akan naik bulan depan. aku kata yeke??? n jumaat td aku di usha lagi minyak tu, tgk2 harga dia memang melanbung RM27x.xx. ishh melampau tapi takda pulak orang bising. dah la sebotol je; berape ml jepun, bukan seliter ke. patutnye naik beberapa sen aje..hehehe... jadi aku pun beredar ajelah dengan mengambil bauannye aje ; nak bli mahal sangat, dengan diri sendiri memang la kedekut, dah la promoter tak mesra, jadi tak terpikat nak bli . tapi ni kabar angin minyak petrol pun nak naik dalam usaha KERA-jaan nak hapus sabsidi. ni konon2 diaorang rancang aku amek dari paultan
  • Current 2010 Price – RM1.80 per liter RON95
  • Q3/Q4 2010 Price Hike – RM1.95 per liter RON95
  • 2011 Price Hike – RM2.16 per liter RON95 (broken into 2 hikes, once per 6 months)
  • 2012 Price Hike – RM2.20 per liter RON95
  • 2013 Price Hike – RM2.34 per liter RON95
  • 2014 Price Hike – RM2.52 per liter RON95
  • 2015 Price Hike – RM2.60 per liter RON95
patutnye harga minyak wangi tu macam ni je naiknye. tak pun harga dia macam ni aje. boleh la bli macam2 jenis

Tuesday, May 25, 2010

tarannum nahawand




Pernah tak terdengar bacaan macam ni , tarannum yang digunakan??? Itulah bacaan daripada qari lagenda mesir yang masyhur, Syeikh Mahmud Khalil Al-Khusairry
dengan kepakarannya dalam bidang tajwid. trademark beliau adalah bacaan murattal(cepat) dengan lagu nahawand(menggunakan cabang nawa athar - ey betul ke??).


Bacaannya simple aje, tak banyak burdah (meme la, dah baca murattal) , tapi syahdu sangat kalau dengar...tambah2 masa subuh. terasa sedih sangat.. Kebanyakkan orang bile menemui masalah sebutan tajwid dan fasohah, rakaman bacaan beliaulah yang menjadi rujukan.

tarannum nahawand suatu jenis lagu yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. kenape camtu??? mungkin dari sifatnya yang lembut bersopan, amat memikat kalbu qalbu, terlalu syahdu bila diperdengarkan.

pasal gape??...mebi pasal nadanya yang sangat syahdu dan menimbulkan keinsafan...memang gerun mendengarnya..

lagu orang mati?

bukan la macam tu...tu gelaran aje...nahawand ini tambah-tambah syahdu bila digandingkan dengan cabangnya, nawa athar (eh...betul ke ko ni...memandai je, macam salah aje ..jangan pecaya sangat) yang selalu orang kata lagu orang mati...masih ingat lagi dulu2...kalau ada agong ke sultan ke yang mangkat atau sape2 la meninggal masjid akan pasang bacaan macam ni atau masa sahur bulan pose...selalu dengar lagu nya begitu sedih, pilu, semacam seram bile didengari. rasa masuk terus dalam hati walaupun sepatah haram tak paham.

biodata lagu ini
  • berasal dari daerah Hamadan di Iran  (Parsi)
  • telah diubah suai oleh para qurra Mesir menjadikannya lebih lembut dan berseni
  • berirama sedih, tapi boleh juga disesuaikan untuk ayat2 bentuk2 gembira, memohon, ayat2 penceritaan dll mengikut kemahiran
  • sesuai dengan tabaqat sederhana
  • bernada ringan, cepat dan berkesan (allegro), sederhana yang memikat jiwa , kelembutan bersopan, kehalusan seni yang mempersonakan
  • mungkin kerana itu tak keterlaluan dikatakan rantingnya amat tinggi, antara lagu yang selalu disusun dalam bacaan qariqariah MTQ. 
  •  sesuai untuk meredakan ketegangan bacaan (biasa lepas lagu husaini ;awabul jawab dia kan tinggi, atau hijaz atau soba atau ape2 saje lah...takda peraturan pun sebenarnya )
nahawand tu nama umum. dalam nahawand ada cabang2nya
  1. nahawand asli
  2. nikriz - berirama lambat dan mendayu
  3. ushaq masri
  4. dan wuslah dengan lagu lain macam nahawand kurdi, nahawand sikah, nahawand ajam dll 
taranum ini memerlukan kemahiran untuk mengalunkannya; perlu suara yang lembut, mempunyai suara yang tinggi agar boleh pergi dari satu tabaqat ke satu tabaqat yang lain dan mempunyai getaran suara yang tersusun.

menurut Qari Syeikh Radhi Kamarul Hilan , lagu nahawand asalnya dipopularkan oleh Nabi Daud AS. Sememangnya, Nabi Daud terkenal dengan kemerduaan suara tiada tandingan, memiliki vokal yang amat menyerlah apabila membaca Kitab Zabur (orang yahudi/kristian memanggilnya Palsm Psalm atau kalau orang bible terjemahan indonesia/melayu dia panggil Mazmur) sehinggakan burung-burung yang sedang terbang terhenti akibat terdengar kesyahduan suaranya yang amat merdu.


cube dengar bacaan Datuk Faizul ni, beliau ni johan MTQ peringkat Antarabangsa. Apa yang nak dikongsikan di sini, beliau buat wuslah al-mumathalah(campur 2 atau lebih air lagu dalam satu harakat) pada harkat pertama nahawand dengan lagu sikah...suatu wuslah yang jarang-jarang dibuat orang (yeke ??)... dan pada hujung penutup nahawand diwuslahkan dengan lagu rast.(ni biase la)...hebat. klik sini full version



Video kat atas ni bacaan juga dari Qari Muktabar Mesir, Syeikh Abul Ainayn Asy-Syuaisa'.


أبو العينين شعيشع

(betui kot bila dirumikan !!)
Uniknya, beliau menggunakan nahawand dengan jalan kurdi pada harakat jawab nahawand. jarang-jarang qari 1Malaysia buat melainkan Syeikh Radhi Kamarul Hilan (yang ni selalu dia buat)...(tapi bile aku dengar2 balik Ismail Hashim pun ada buat gak)


ustaz Radhi kamarul hilan ni memang dia suka guna jalan Syeikh Abul Ainayn Asy-Syuaisa' bile dia guna tarannum nahawand. paling mudah yang tadi. yang kat atas ni sejibik air lagu dia. tapi dia cube terapkan sendiri dengan ayat yang berlainan. penuh kat sini

seorang lagi qari mesir, sudah tentu Syeikh Mustafa Ismail, selain pakar lagu, beliau juga dikatakan Master in Maqam Nahawand. contoh paling senang pada surah At-Tahrim yang beliau baca secara qit'ah-qit'ah (potong-potong). harakat yang dibawa adalah penuh untuk satu lagu dengan variasi2 yang berlainan.
...yang ni memang stail mustafa ismail yang ramai orang cube nak tiru termasuk aku (walaupun jauh ayam panggang dari tangan). hehe. .. keunikkannya pada lenggok burdah tersendiri yang penuh menghiasi bacaan beliau juga begitu dinamik...naik dan turun jatuh dan naik kembali secara mendadak

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru....dan selamat berbahagia tanahairku

selamat hari guru@cikgu@sifu kepada semua guru di malaysia. semoga anak2 didikku menjadi insan yang berguna dan berjaya. tentang selamat...duduk di malaysia sememangnya selamat (boleh la)... rejeki melimpah ruah...mana taknya...semua nak keje kat malaysia tentang negara yang tak selamat...thailand...bermandi darah lagi... dua puak berebut kuasa...nak dapat kuasa, P = IV terpikir jugak aku...orang malaysia patut amek banyak ikhtibar dari negara jiran...parti politik...ni yang paling aku menyampah.... cakap berapi2...yang berangan nak jadi pm la...yang tak da maruah jadi pemimpin...rasuah...idea bodoh ... cube pikir...nak jadi macam thailad ke?... muhasabah balik la pemimpin2 kat malaysia masih ramai yang dibayangi kuasa...bukan nak pikir camne nak bagi negara aman damai... pilihanraya2....itu aje keje dorang...kempen2.... propaganda...bosan... bile aku terlihat di kaca tv, pergolakan di bandar bangkok...terkejut jugak tentera kene belasah cukup2 dengan orang ramai.... teringat kembali peristiwa tak bai...mungkin ini satu balasan Allah... bila bala datang ...semua akan terkena malaysia...semoga tetap aman...aminnn

Saturday, May 15, 2010

mustafa ismail - tarannum bayati husaini dan syuri



lagenda mesir ini sememangnya mempunyai banyak keunikkan dalam segi pembacaan al-quran secara berlagu. contoh di atas adalah bacaan pada penghujung surah al-hujurat dan permulaan surah qaf. tarannum husaini yang dibaca mempunyai gerak yang amat dinamik...banyak menerapkan salalim nuzul dan tulu' ; tangga turun dan tangga naik...

beliau juga memberi dua variasi mahattah ; bunyi pada penghujung harakat pada kalimah ta' maluun, jelas kedengaran salalim nuzul yang begitu tersusun dan turun secara mendadak.

pada bayati syuri bermula dari kalimah bismillah hingga ke permulaan surah qaf begitu tinggi (tahap jawabul jawab) dan sempurna. jelas menggambarkan kekuatan vokal syeikh mustafa ismail itu sendiri apabila suara naik mendadak pada kalimah qaf.

begitulah kehebatan lagenda qari mesir ini.

Saturday, May 8, 2010

ni satu lagi cite tah hape2 tah

site pasal budak umur 15 tahun mati ditembak oleh polis pasal memandu n lari dari polis. citenye semua tau kot...maleh nak cite kat cini..tapi aku hanya nak bagi komentar pasal kejadian ni 1. pewsal arwan aminurashid, budak 15 tahun, masih budak sekolah nak pi kua lepas jan 12 malam?aku dulu pun takda pasal nak keluar malam2 camtu...sekarang pun aku tak wat camtu sewenag-wenangnya walaupun aku dah koje 2. pesal keluar umah tak bg tau parent? 3. pesal amek kete akak dia senyap2 secara curi2 4. kata kawan dia nak tolong kawan moto rosak...yang kawan moto rosak pun satu hal, parent takda ke?(memandangkan dorang budak mentah lg) 5. bawak kete takda lesen, salah disisi undang2 6. bila dah terlangar kete orang baru tau takut dan lari... 7. dah polis kejar dok pecut lg macam boleh lepas.... ~~~~ 8. polis kejar...memang dah keje polis kejar pasal suspek memecut laju 9. polis tembak..pasal keadaan seolah2 seorang penjenayah melarikan diri...mesti polis suspek yang bawak kete tu orang besar... 10. dah tembak berkali2 tayar pun terus memecut, polis boleh wat andaian yang dorang tu seorang penjenayah 11. budak tu kene tembak...salah polis gak pasal sewenang2nya tembak...tapi tengok keadaan la...keadaan tu aku rasa polis lepaskan banyak tembakan dan salah satu terkena budak tu... ~~~~~~~~~~ sape aku nak salahkan??? parent n budak = itulah asal punca kejadian....pasal nape budak tu keluar tengah malam. kalau yang asal dicegah, mesti tak berlaku. dok je kat umah selamat...ape jadah keluar tengah malam...pikir la dengan akal anda... macam partner warden aku la...balik tetengah malam pas duty...kalau tido asrama kompom la lebih selamat walaupun ada banyak hantu dari dia keluar balik memempuh perjalanan yang jauh yang kita belum tau ape yang akan berlaku

antara seorang menteri haram jadah dan brunei yang lebih takut laknat Allah (mintak maaf la artikel ni pun bahasa dia cam haram jadah gak.... )

demam bolasepak makin meningkat melebihi kes demam selsema babi... tapi demam bola tak yah g klinik...walaupun tak bahaya,,,sebenarnya bahaya la gak...

tapi aku bukan penggila bola...maka ape aku kisah.... lebih enak lena di pembaringan dari bersengkang mata nengok tetengah pagi... baik lebih g wat qiamullail ke ....tak de la plak rajin...orang cita pasal bola lantak ko la...aku tak amek pot

alkisah dicanang-canang ada pak menteri nak "halalkan" pertaruhan bola.... waishhhhh...hebat menteri ni...awang adek nama dia..tapi hebat dengan takda akal punya kenyataan...senteng dan dungu....itulah yang aku maksudkan...tak setuju...suka hati korang la..aku tetap kata menteri ni memang ni dia unya idea haram jadah...

dia kata kerajaan sedang mengkaji...haram jadah kali kedua dia nak kaji....pastu hasil dari perjudiannya boleh digunakan untuk meningkatkan mutu sukan negara....ni haram jadah dan kepala hotak dia...camtu skali puak2 kerajaan berfikir...

cube baca keratan paper BH ni
....................

Kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia

2010/05/07

KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

“Ada minat di kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu kita meneliti perkara ini atau kita akan berdepan dengan masalah ramai menjadi bookie Piala Dunia.

“Ada beberapa perkara yang perlu dikaji, sama ada ia perkara yang baik untuk kerajaan atau kita perlu cuba mengawal kegiatan itu supaya kita tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kali terakhir kerajaan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti pertaruhan sukan adalah pada tahun 1980-an tetapi syarikat itu memutuskan untuk menghentikannya kerana tidak memberi keuntungan.
Awang Adek bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.

Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.

Isu pertaruhan sukan dibangkitkan oleh Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alasan macam orang takda otak atau tolol...

cuba banding dengan keratan paper kat bawah plak....cam langit dengan bumi!!!


memang kenelah tajuk tu...brunei lebih takut laknat Allah... berbanding malaysia...

sian betol...terus orang lupa islam hadari....skali ngan orangnye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails