ahad lepas aku ngan kak yo pegi hantar kembali kete baim yang aku pinjam untuk balik raya ari tu..so we all pun g la ke pontian tempat umah baim berada.... kalu tak silap kita org bertolak dari rumah dalam pukul 2:00 lepas aku balik keje... cadang nak pulang minggu lagi satu tp abg azhar plak tak cuT.
rumah baim ni dekat dengan laut... so aku terpaksalah memberitahu kalian sekalian yang bahawasenye aku telah pergi ke TANJUNG PIAI... tempat tu merupakan tempat yang dikatakan terhujung skali kat dunia..huhuhu.... walaupun pada hakikatnye aku sendiri tak sure sama ade tempat tu tanjung piai ke tak...tapi anggap jelah tu tanjung piai...
perjalanan ke tepi laut tu mengambil masa lebih kurang 15 minit dari rumah baim... kat tepi laut tu terdapat ramai remaja yang melakukan maksiat..mujurlah aku, kak yo dan anak-anak tidak disambar petik pada ketika itu..
rupa-rupenye tanjung piai yang aku anggapkan itu tidaklah chantik mana..air lautnye agak keruh dan berlumpur... hanya aktiviti berjalan-jalan amek angin , main layang-layang dan bermaksiat je yang dapat dilakukan kat tepi laut tersebut....
oleh kerana aku melihat pahan dan adik macam bosan-bosan ayam je berjalan dipinggiran laut nan terbentang itu maka akupun membelanja la diorang ais krim.....
untuk penyetahuan kalian penjual air krim tersebut memiliki bulu mata yang amat melentik seolah-olah dia memakai maskara.... kak yo plak berharap anak nye nanT memiliki bulu mata yang lebih melentik dan cantik dari tu.. jadik marilah kita sama-sama doakan.huhuhu
bibir ku aliaya
setelah bersiar-siar lebih kurang 30 minit dan setelah tak tau nak tulis ape lagi kat blog ni, aku pun menyambil keputusan untuk menceritakan bahawasanya aku dan anak-anak melangkah pulang ke rumah baim untuk menikmati juadah yang disediakan oleh kak zetty...
--sekian--
No comments:
Post a Comment