Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts
Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

PAS Sanggup Potong Kaki Sendiri Untuk Mensabotaj Barisan Nasional @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Memang betul sekarang PAS semakin terdesak dalam berkempen kerusi Sungai Limau. Kalau bermula dengan penipuan gambar gambar yang telah diubahsuai menggunakan superimpose. Kini mereka membuat tekad untuk menanam kebencian pengundi pengundi terhadap Barisan Nasional di Sungai Limau dengan menggantung replika sebelah kaki yang tertulis 'Ini kaki Ustaz Azizan'.

Memandangkan bahawa kebanyakan pengundi Sungai Limau ini adalah suku sakat saudara mara kepada Arwahyarham Tan Sri Azizan. Motif replika kaki ini yang digantung di beberapa tempat bertujuan membangkitkan kemarahan pengundi pengundi Sungai Limau dan ada kemungkinan ianya berkaitan kegagalan mereka untuk membuat pengundi pengundi marah terhadapan Tan Sri Muhyiddin yang menjadikan Tan Sri Azizan sebagai contoh risiko penyakit kencing manis. Berikut itu Tan Sri Muhyiddin telah mohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan atas keterlanjuran kata.

Oleh itu jentera Barisan Nasional telah menafikan sekeras kerasnya terhadap pembuatan yang tidak bermoral ini. Sudah tentu jentera Barisan Nasional tidak melakukan kerja ini yang berisiko membangkit kemarahan pengundi pengundi.

Sehubungan dengan itu, satu lapuran polis dibuat semalam oleh Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk polis membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat kes ini.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini. "Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN”

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.


Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.


Apabila disiasat dijalankan didapati kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. 

Fikir la pengundi pengundi "PAS SUDAH SEMAKIN TERDESAK" sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral untuk mensabotaj Barisan Nasional untuk memenangi kerusi Sungai Limau !!!


Monday, 28 October 2013

Azam Abdul Samat Mengajar Rakyat Sungai Limau Menjadi Penipu !!! @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Pada ketika ini PAS Kedah sedang menghadapi masalah untuk menyakinkan rakyat bahawa calon yang dipilih adalah sesuai menggantikan kerusi kosong yang ditinggalkan Arwahyarham Tan Sri Azizan.

Matlamat untuk menang, PAS telah menghalal segala cara termasuk lah MENIPU !!! Masih tidak habis dengan penipuan calon mereka Azam Abdul Samat yang mengaku ada tali persaudaraan dengan Tan Sri Azizan. 

Fakta dan Auta
Kini mereka pula menipu dengan gambar yang telah diubah suai dengan menggunakan perisian komputer. Gambar asal dipinda dengan gambar calon PAS Azam Abdul Samat seolah olah calon ini sedang mengadakan kunjung hormat bertemu Tan Azizan Razak yang pada ketika itu masih lagi Menteri Besar Kedah. Walhal calon PAS Azam Abdul Samat ini bukan la seorang yang disenangi oleh arwahyarham Tan Sri Azizan ketika hayatnya. Ertikata sebenarnya mereka berdua bukan dari kelompok yang sama.

Pemilihan Azam Abdul Samat sebagai calon PAS bertanding di kerusi Sungai Limau tidak dapat sokongan dari peyokong PAS terutama dari kem Arwahyarham Tan Sri Azizan.

Tambahan Azam Abdul Samat bukan lah dari kelompok 'Ulama' seperti Arwahyarham Tan Sri Azizan. Orang seperti ini mana ambil kira dosa pahala. Asalkan penipuan mereka boleh dapat sokongan, mereka akan lakukan untuk mengaburi mata rakyat. Sekiranya calon ini ikhlas, sudah tentu calon ini tidak akan menipu rakyat dengan berbagai cara PENIPUAN !!!

Ketahui lah di antara dosa besar yang tercatat di dalam Al Quran adalah pemimpin yang menipu rakyat seperti Azam Abdul Samat calon dari PAS !!!


INGAT AZAM ABDUL SAMAT
INGAT SEORANG PENIPU


Sunday, 27 October 2013

Dua Gajah Bertempur Faktor Kekalahan PAS Kedah @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau


Belum lagi reda lagi kisah penipuan yang dibuat oleh calon dari PAS. Azam Samat, kini kecoh pulak tentang masalah dalaman pula. Peperangan dalam PAS di antara Phohrolrazi dan Mahfuz mulai diketahui ramai orang di Sungai Limau terutama di kalangan jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang bertugas di sana.

Walau PAS Kedah mendakwa bahawa mereka akan terus kekal menguasai kerusi Sungai Limau tetapi pertelagahan dalaman kuasa politik PAS Kedah menyebabkan semangat para petugas mereka semakin terjejas. Kini jentera PAS Kedah dengan sendiri terbahagi kepada dua menyebabkan kerja kerja mereka menjadi kucar kacir. Masing masing ingin menunjuk kecerdikan untuk mengendali tugas tugas mereka.


Ceramah PAS di sebelah Klinik Desa Dulang juga kosong
Kedengaran bahawa Phahrolrazi Zawawi tidak senang hati dengan percaturan politik Mahfuz Omar yang cuba menyingkirnya dari politik PAS Kedah. Ini telah menyebabkan Phahrolrazi Zawawi mengambil keputusan untuk tidak mahu terlibat sepenuhnya di dua PDM iaitu PDM Dulang Besar dan PDM Dulang Kecil.

Bagaimana mahu menjaga rakyat jika di kalangan mereka sendiri bercakaran?Kini PAS Kedah di Sungai Limau sekarang mendapat kurang sokongan kerana calonnya hanya seorang yang profesional biasa biasa sahaja. Tidak seperti dahulu calon mereka Tan Sri Azizan adalah seorang tokoh Ulama yang disegani dan dihormati. Kini calon mereka tiada aura ulama !!!

Insyallah pada kali ini peluang untuk Barisan Nasional menang kerusi Sungai limau agak cerah. Maka TM harap pengundi Sungai Limau mengambil kesempatan untuk mencuba calon BN yang luas berpengalaman.


UNDI LAH BARISAN NASIONAL !!!

Thursday, 24 October 2013

Azam Abdul Samat Calon PAS Musang Berbulu Ayam @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau

PENIPU
KITA BOLEH PANGGIL PADA
CALON PAS

YANG BERNAMA AZAM ABDUL SAMAT

Macam mana nak menjadi wakil rakyat apabila belum menang calon dari PAS Azam Abdul Samat sudah mulai menipu rakyat di Sungai Limau !!! 

Calon dari PAS ini Azam Abdul Samat telah mengaku ada menpunyai tali persaudaraan dengan mantan Menteri Besari iaitu Tan Sri Azizan Razak, wakil rakyat Sg Limau yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis. 

Semalam penipuan ini mula terbongkar apabila ahli keluarga Tan Sri Azizan menyangkal dakwaan calon PAS ini, respon kepada PERBOHONGAN Azam Abdul Samad kepada wartawan Sinar Harian yang berbunyi "Mohd Azam merupakan cucu kepada tiga tokoh ulama Kedah. Datuk beliau, Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang dan Tok Guru Haji Abd Razak."

"Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Pas Jerai merupakan anak didik Azizan sejak beliau bergelumang dalam politik." .... ???

Bukan saja Azam Abdul Samad ini bukan saudara kepada Tan Sri Azizan. malah dia juga menipu bahawa dia adalah anak didik Tan Sri Azizan !!! Walhal  Azam Abdul Samad merupakan salah seorang yang kuat menentang arwah Tan Sri Azizan. Malah calon PAS ini juga adalah sebenarnya gunting dalam lipatan bersekongkol dengan seteru Azizan !!!

Hakikat sebenarnya Azam Abdul Samad adalah anak sedara kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi, bekas Timbalan Pensuruhjaya PAS Kedah ... MUSUH KETAT kepada Tan Sri Azizan !!!


Sekarang agak melucukan apabila calon PAS ini, Mohd Azam Samat menggunakan imej serta nama Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih Undi Simpati dari penduduk DUN Sungai Limau.

TAK MALU KE ???

Klik sini HARAPAN BARU