Bilal Dah Qamat Sebelum Solat Jumaat Masih Nak Berpolitik !!!
Kejadian berlaku di masjid sebuah sekolah menengah agama di Kajang ketika solat Jumaat. Selesai sahaja khatib berkhutbah dan bilal qamat menandakan untuk memula solat fardu Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berumur 40an merampas mikrofon daripada imam yang bertugas.
"Imam kita ni, belum bernikah lagi. Lebih elok jika solat ini diimamkan oleh mereka yang layak dan berpengaruh. Dengan ini saya menjemput Dato Seri Zahid Hamidi untuk mengimamkan solat".
Datuk Seri Zahid Hamidi memang kebetulan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Memang menjadi satu kebiasaan, solat diimamkan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama tersebut dan selama ini tiada pun sebarang bantahan daripada pihak sekolah termasuk para ustaz.
Datuk Seri Zahid Hamidi yang berada di saf nombor tiga mengangkat tangan tanda menolak dengan baik. Lelaki tersebut yang masih memegang mikrofon tiba-tiba sekali lagi mengejutkan seluruh jemaah "Inikah dia tokoh pemimpin kita??", dengan nada menyindir.
Akhirnya keadaan tegang tersebut berjaya ditenangkan apabila seorang jemaah yang agak senior merampas semula mikrofon dan menyerahkan semula kepada imam yang bertugas.
Datuk Seri Zahid Hamidi bukannya tidak layak menjadi imam, beliau sendiri adalah lepasan pelajar sekolah agama dan lahir dalam keluarga yang alim agama.
Nak jadi imam masjid bukan isu tangkap muat. Seseorang imam tu mestilah sama ada yang mendapat tauliah Jabatan Agama, atau pun dipilih oleh Nazir dan Jawatankuasa masjid. Peraturan tetap peraturan.
Apa pun tahniah kepada Datuk Seri Zahid yang tertib, menjaga adab dan masih lagi bersifat "cool" walapun di provok di rumah Allah oleh penyokong pembangkang yang tak cerdik dan taksub.
Jadi pembaca nilaikan sendiri mentaliti penyokong pembangkang yang gila berpolitik sampaikan 2 minit sebelum solat Jumaat masih lagi nak berpolitik di masjid.
Kiriman email
Rezal Fahmi Arjunaidi
Bekas Pelajar Maahad Hamidiah, Kajang