Bagi link kamu...nanti saya datang..promise! =)

Kisah Kahwin Kami

Daisypath Anniversary tickers

cite bertunang pulak

Daisypath Anniversary tickers

chenta2 story

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label after wedding. Show all posts
Showing posts with label after wedding. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Rezeki itu masih ditunggu...

Assalamualaikum...semua pembaca2,b2b dan ex-b2b..sihat?bulan Ramadhan ni,sape yang nak nikah masa raya,memang tengah bertungkus lumus la kan..kejap je pejam celik pejam celik dah nak abes Ramadhan...=(

Untuk semua ex-b2b yang sekarang dah jadi mommy,cikgu shida nak mintak la sikit2 tips,doa,amalan pemakanan dan pape je lah yang membantu untuk meningkatkan kesuburan orang perempuan ni..

sebabnye,bile tengok baby kawan2,tengok kawan2 yang pregnant,rasa jeles semacam je..hahaha..InsyaAllah dah sedia untuk ada zuriat sendiri..sedia jadi seorang ibu..ayah die pun nampak dah bersedia..=)

boleh eh semua..tolong lah bagi ape pun tips yang korang tau..

aritu saya konon2 la try guna pregnancy test tu..sebab dah lewat sikit haid..tapi negative..tengok2 lepas lewat seminggu,datang dah...hehe..

untuk semua,selamat berpuasa ye..lame tak menjengah kamu semua..=)

Sunday, May 8, 2011

20 hari lagi tp dah dtg dugaan...erk!!!

Lame tak tengok blog..tak berkesempatan..sebab bulan 5 adalah bulan rahmat pada diri saya..kenapa saya cakap camtu?haaa...sebab saya nikah bulan 5??oh..bukan itu sahaja..ade lagi...sebab bulan 5 tahun ni adalah yang penuh rahmat dan penuh kesyukuran ialah:-

  • 3 Mei-5 Mei = Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Permulaan Bil 2/20011
  • 6 Mei = hari lahir saya
  • 10 Mei = Temuduga Pelantikan Tetap Guru Siswazah
  • 16 Mei = Hari Guru
  • 28 Mei = sume pun tau..saya nak nikah..hihi

Sumenye berlaku serentak pada bulan ini...dari segi kerjaya dan peribadi..eceh!! gembira kan??tapi dalam gembira,terselit jugak sikit2 kebusyan yang teramat sangat..

dan yang paling saya takuti telah terjadi iaitu bagaimana menurut kata suami...hahaha...belum suami lagi..tapi memandangkan saya ni bakal jadi suami isteri hujung minggu,maka hujung minggu adalah hari bermakna...tapi saya ade tuntutan untuk kelas tambahan setiap hari sabtu..En.F call tadi kata 'berhenti je ajar kelas tambahan tu..susah..nak jalan2 nanti..nak plan macam2 pun susah..'

dan saya??huwaaa...tak tau nak jawab ape..saya sayang nak tinggal anak2 murid tu..diorang baru je menerima sikit ilmu..1 bab pn blom abes btol..cane saya nak tinggal diorang camtu je??

jadi sekarang,antara arahan En.F yang rasenye boleh dikatakan arahan dari suami,atau kehendak saya yg xmau tinggal anak2 didik saya...mane satu...wuwuwuwu...sedih! hari ke 20 nak nikah ni..belum dugaan hari dah lepas nikah..kui3..takpe..relaks dulu..takyah pk banyak..

see....life after wedding lagi banyak menda nak handle..so,sebelum wedding,enjoy2 lah ye..hahaha..jgn tekanan2...persiapan kawen bia la org lain tolg pk..sy nak pk pasal interview je skrg ni..off wedding sebentar!!!yeay2!!

Saturday, April 30, 2011

Preparation untuk diri sendiri

Memandangkan masa dah tak berapa lama..terasa makin suntuk untuk membuat persiapan...risau jugak ni..tapi relaks2 dulu..sekarang tengah fikir persiapan untuk diri sendiri..

ok,sebut persiapan diri sendiri,bukan la dari segi nak pegi spa ke facial ke ape..oh tidak2..bukan persiapan yang tu ye..tapi lebih kepada persiapan sebagai seorang isteri,anak dan yang paling utama sebagai hamba Allah..

diakui,saya bukan manusia sempurna..bukan wanita baik...dan bukan anak solehah..itu saya pasti..saya ada banyak buat kesilapan..ada banyak kelemahan..saya paham bahawa perkahwinan bukan benda ajaib yang mampu mengubah seseorang kepada yang lebih baik secara drastik..semuanya adalah proses pembelajaran yang sangat panjang dan tiada penghujungnya..

Jadi, azam atau niat saya selepas bergelar isteri ialah:-

  • menjadi isteri solehah yang patuh pada arahan suami selagi tidak melanggar hukum syara'
  • menjadi anak solehah yang sentiasa memahami keadaan ibubapa serta mampu memberi penjelasan secara berhemah jika ada kesulitan
  • tidak mengulangi segala kelemahan selama ini seperti kurang meluangkan masa untuk membaca kitab Allah,kurang mendalami ilmu agama,kurang mengerjakan solat sunat dan yang paling utama tidak melambatkan waktu solat ( saya harap suami bakal menjadi contoh utama dalam hal ini kerana saya tau kelebihan beliau ialah sentiasa solat di awal waktu )
  • menjadi guru yang baik dan menganggap kesemua murid seperti anak sendiri( membantu diri sendiri sebelum bergelar ibu )

itu sahaja yang mampu difikirkan ketika ini..jika ada tambahan,saya akan tambah terus ye!