Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

KRONIKNYA PENYAKIT CINTA ANAK GADIS




Assalamualaikum...selamat pagi...alhamdulillah..kita sudah berada dalam 6Ramadhan 1432h..Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berpuasa,beribadat dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa pada hari ini...Syukur Ya Allah...

Seronok sangat berblogwalking pagi ni..sebab bila berblogwalking nilah akan timbul sedikit demi sedikit ilham untuk mengarang...Aku ni memang susah nak dapatkan ilham menulis..dan bila dah dapat ilham..jari2 ku yang comel ni susah nak berhenti...hehe..

Mengucap panjang aku lepas baca satu berita dalam Harian Metro semalam...boleh rujuk sini...HARIAN METRO 5 OGOS 2011..berkenaan seorang gadis bawah umur yang baru berusia 14tahun yang ditemui oleh ibunya yang mahu mengejutkannya untuk bangun sahur didapati anaknya itu sedang tidur bersama dengan seorang lelaki...apatah lagi lelaki itu warga indonesia pulak....

YA Allah...kroniknya penyakit cinta anak gadis sekarang sehingga langsung tiada perasaan bersalah terhadap ibu bapanya...tiada langsung rasa takut dengan Allah kerana melakukan maksiat di bulan yang mulia...umur baru setahun jagung sudah pandai bermain cinta dan melakukan hubungan terlarang...Sanggupnya seorang anak mengaibkan kedua orang tuanya malahan dirinya sendiri...

akhlak remaja sekarang sudah semakin teruk..Siapakah yang nak kita salahkan sekarang??????????wahai gadis2,wahai adik2..renungi asal kejadianmu..diciptakan untuk dihormati, bukan UNTUK dijadikan seperti kain buruk...

Moga dilorongkan padamu jalan untuk berubah....Bertaubatlah dan pohon ampun atas kesalahan yang pernah kau lakukan...dan jangan sesekali diulangi lagi..semoga engkau berubah dan Allah mengampuni dosa2mu...amin...


MAHAR  kita adalah MARUAH kita...




Thursday, July 14, 2011

Kerana Cinta Aku Sanggup ke seberang..



Assalamualaikum..kembali bertemu setelah laptop aku kembali semula ke rumah..Sepanjang perjalanan balik dari mengambil laptop *aku jalan kaki je tadi..aku terpandangkan pekerja-pekerja indon yang bekerja menyiapkan bangunan kedai. Sesekali ada suara-suara sumbang membunyikan bunyi-bunyi yang aku tahu korang sendiri pun faham. Dalam hati aku menyampah yang amat dan langkah kaki aku makin laju.Tak kuasa aku nak melayan orang-orang gatal macamtu.Aku mula mengelamun sambil berjalan memikirkan kenapa dengan mudahnya anak-anak malaysia sekarang mudah saja terpengaruh dan jatuh cinta dengan orang seberang yang bekerja di sini. Aku nak sangat tahu apa puncanya terjadi perkara sedemikian..Adakah disebabkan jejaka di malaysia tidak boleh lagi dipercayai..atau  mereka sendiri yang terikut-ikut dengan nafsu dan jiwa muda.

Yang sering kita dengar kebanyakan daripada mereka masih di bawah umur..masih lagi belasan tahun. Lelaki seberang yang bawa lari anak orang ni pulak kebanyakkannya datang dari Lombok. Nak kata kaya raya, setahu aku masyarakat di sana hidupnya susah berbanding di malaysia.Apa yang kamu cari wahai adik-adikku? Teringat aku kisah di mana seorang gadis yang mengikut kekasihnya seorang warga Pakistan untuk kahwin lari dan tinggal di negaranya. Pada mulanya gadis tersebut dijanjikan dengan pelbagai kisah menarik tentang negara kekasihnya itu. Kononnya pemandangan yang indah, dijanjikan kebahagiaan namun apabila sudah tiba di sana,apa yang dijanjikan semuanya meleset sama sekali. Dan akhirnya gadis tersebut dibiarkan seorang diri tanpa pembelaan dan merayu kepada ibu bapanya untuk membawanya pulang semula ke Malaysia.Inikah yang adik-adik mahukan??

wahai adik-adik..Seandainya adik sedang berkawan dengan lelaki seberang, kakak pohon adik-adik fikirkanlah ibu dan ayah adik di rumah. Bukanlah kakak menghina lelaki seberang..mungkin ada yang baik-baik..tetapi risiko yang adik-adik akan tanggung lebih teruk. Sedarkah adik-adik, seseorang lelaki yang menyayangi kekasih hatinya,tidak akan pernah sanggup membawa adik lari tanpa restu dari orang tua adik. Akibatnya mak ayah adik akan susah hati, maruah mereka tercalar atas tindakan adik.Adik-adik juga mungkin akan teraniaya di sana. Siapa tahu,keluarga teman lelaki adik tidak dapat menerima kehadiran adik dalam hidup mereka. Dan akhirnya adik akan dibiarkan seorang diri di sana tanpa hala tuju. Budaya mereka dengan negara kita tak sama dik..apabila adik-adik di sana, adik terikat dengan undang-undang negaranya. Fikir2kanlah. Perkahwinan tanpa restu orang tua tidak akan kemana.. Binalah masa depan adik dengan pelajaran. Cari kejayaan supaya ibu bapa adik akan bangga dengan adik.Soal jodoh berserahlah pada Yang Maha Esa. Berdoa supaya adik ditemukan dengan lelaki yang baik-baik. Kehidupan adik di masa depan, adik2 lah yang mencoraknya...