nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA
Showing posts with label adik aku. Show all posts
Showing posts with label adik aku. Show all posts

Monday, February 9, 2009

PRIVATEKAN BLOG...


sbnrnya aku just bagi pihak adik aku IJAh aka MAMAZULAIKHA...

nak inform n minta maaf kat blogger2 yang selama ni dok singgah

baca blog khas memorizulaikha... coz start hari ni iaitu malam ni...

ijah privatekan dulu blog tu...


coz sejak dua menjak ni....

anak beranak pengasuh mereng tu menyibuk dok menyerang di blog tu...

ijah malas nak layan dan rasa serabut sgt..
tunggu sampai ijah rasa nak bukak balik blog tu.... coz
anak beranak pompuan tu... mmg pandai menyamar skrg ni.. dah la sebelum tu si menantu
dok mencarut n maki ijah dlm blog tu... mmg tak bermoral langsung...
mcm dia plak yg ditimpa musibah...


so ijah privatekan dulu blog tu... lagipun skrg ni kes tu dah sampai kat

pihak POLIS bukit aman..... tengah tunggu jawapan dr sana...

harap2 semuanya berpihak pada yg benar....


so kepada sesiapa blogger yg selalu dok jengah n FOLLOWERS blog itu... kalau nak

emelkan pada aku emel address atau yg mana dah ada emel ijah... emelkan dekat ijah.. dan
terpulanglah pada ijah sama ada nak ke tak... ... ...


harap korang yg dok jengah blog tu tak kecik hati apa yang ijah

buat skrg ni.... harap faham situasi ijah buat masa skrg ni....


harap kalian2 semua doakan agar kebenaran terjawab jugak....

nota : emel aku : eranazeera@gmail.com....

Friday, November 7, 2008

MSG DARI IJAH...


Pepagi ni pada jam 6.09 pagi aku dpt msg...terdetik di hati aku... sapelah pepagi ni yg antar msg... takut dan risau pun ada jugak...

tp bila aku bukak je msg tu...rupa2nya msg dari adik aku.... ijah... msg ijah berbunyi mcm ni...


"Hari ni kalau Zulaikha masih ada, dia dah 8 bulan..."


ringkas je msg ijah... tp begitu mendalam sekali.. aku paham ijah masih sedih dan masih terlalu mengingati Arwah Zulaikha... terlalu rindu dan terlalu ingin memeluk dan mencium Arwah....

kenangan ijah bersama Arwah Zulaikha....

Aku hanya dpt membalas dengan kata2 sabar, sedekah Al-Fatihah kepada Arwah dan Arwah telahpun menjadi Bidadari Syurga.... untuk makluman Zulaikha dilahirkan pada 7 Mac 2008 dan hari ni kan 7 November... td masa aku berbual ngan ijah di telefon pun ijah masih ckp perkara yang sama dan nada suara jugak kedengaran sayu dan sebak saja... Sabarlah wahai adikku... yang pasti Arwah sudah jadi Bidadari Syurga dan tenang setenang2nya di sana...

Nota : sedih sgt bila aku teringatkan nasib ijah... apakan daya ini semua ketentuan ALLAH yang Maha Esa....

AL-FATIHAH untuk Arwah Zulaikha...