Showing posts with label mee dan pasta. Show all posts
Showing posts with label mee dan pasta. Show all posts

Monday, 31 October 2022

Buttermilk Chicken Pasta

Buttermilk Chicken Pasta


   Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi buttermilk chicken pasta. Dah lama aku dok nak buat resepi ni... Cuma kurang kerajinan saja... Hahahaa... Bila dah ada kerajinan ni baru lah muncul... Rupanya sedap buttermilk chicken pasta ni... Dengan rasa lemak-lemak berkrim... Kalau tau sedap macam ni dah lama aku buat... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni....

Buttermilk Chicken Pasta



Buttermilk Chicken Pasta
( Untuk hidangan : 2 orang )

Bahan-bahan
1/3 paket spaghetti
12-15 ketul popcorn chicken
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk cayenne pepper atau paprika
1/2 sudu besar parmesan cheese - optional ( aku letak lebih )
secubit garam
secubit serbuk lada hitam
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spaghetti sehingga 'al dente' ( dalam 10-12 minit ).
  2. Tos dan ketepikan.
  3. Goreng popcorn chicken hingga kuning keemasan. Ketepikan.
  4. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
  6. Masak dengan api sederhana sehingga susu mendidih.
  7. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
  8. Kemudian masukkan popcorn chicken yang digoreng tadi dan secubit garam serta lada hitam.
  9. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  10. Tuang sos ke dalam mangkuk yang berisi spaghetti tadi. ( Lepas tutup api aku masukkan spaghetti dalam kuali dan gaul rata. Lepastu baru hidang. )
     


Buttermilk Chicken Pasta

Saturday, 10 October 2015

Makaroni Bakar Ala Johor



     Assalamualaikum semua... Hari ni baru dapat mengupdate blog. Seminggu yang lepas aku sakit mata. Ni baru sembuh...  Dah la tu, kena pulak waktu jerebu... Memang best laa... Hahahaa... Apa-apa pun alhamdulillah, mata ni dah ok. Cuma kena jangkitan kuman... So, hari ni baru aku start membaking... Petang tadi aku buat makaroni ala johor... Sedap ooo... Kalau nak bandingkan dengan makaroni versi mat saleh, versi johor ni memang sedap... Sedap kat tekak aku la, tekak orang lain kita bukan tau... Sedapnya sebab ada rasa rempah kari dan kurma... Ala-ala orang malaysia... Huhuuu... Sebab apa makaroni ni nama makaroni ala johor....? Kalau nak tau kena tanya che mat gebu laa... Yang bestnya makaroni ni bakar dalam bekas muffin. Senang la nak makan, tak yah nak potong-potong.... Ok la, meh kita tengok resepi dia....


 


Makaroni Bakar Ala Johor
C&P : CMG / DTS


BAHANBAHANNYA :)
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah kurma (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar


CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna nonstick pan). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.








Monday, 8 April 2013

Makaroni Goreng


    Salam semua... Ni menu untuk makan malam aku. Aku buat makaroni goreng. Masak pun ala kadar ja. Boh bahan apa yang ada dalam peti sejuk tu. Sedap jugak la... Huhuhuu... Sekali sekala ganti nasi dengan makaroni best jugak. Asalnya teringin nak buat makaroni bakar, tapi keju tak da la pulak... Tak pa lahhh, makaroni goreng pun jadi ler.... Janji perut aku ni tak kruk-krak kruk-krak... Jom layan resepi kat bawah ni...


Bahan-Bahan

-1 cawan makaroni
-4 ekor udang
-1 ekor sotong
-mix veggies
-shiitake mushroom
-1 sudu teh cili flakes
-1 sudu makan kicap
-2 sudu makan soso cili
-1 sudu makan mix herbs
-1 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-parsley flakes
-garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Rebus dan toskan makaroni. Ketepikan. Buang kulit udang dan belah belakangnya. Cuci kekotoran yang ada. Potong sotong nipis-nipis. Potong juga shiitake mushroom.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos cili, kicap dan cili flakes. Masukkan udang dan sotong. Gaul rata.
  3. Bila udang dan sotong hampir masak, masukkan makaroni dan diikuti mix veggies, shiitake mushroom serta mix herbs. Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam. Tutup api dan tabur sedikit parsley flakes jika suka. Sedia dinikmati.


Jemput makan...


Sunday, 10 March 2013

Kerabu Vegeroni Spirals


   Selamat hujung minggu dan selamat tengahari.... Hari ni kita makan kerabu vegeroni spirals... Selalunya aku kalau masak vegeroni spirals cuma buat goreng la. Macam goreng mee tu. Sedap la jugak. Tapi resepinya aku belom letak dalam blog lagi... Kalau ada masa nanti aku share kat blog ni. La ni kita layan kerabu vegeroni spirla. Boleh tahan jugak la resepi eksperiment aku ni. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam & manis-manis. Macam kerabu biasa. Mak aku pun cakap boleh buat makan dengan nasi... Fulamak... Dasyat tuu... Tapi aku lebih suka ratah macam tu ja... Lagi sesuai... Buat macam salad... Tu pendapat aku la... Kalau ada sapa-sapa yang nak try, boleh la cuba....

Bahan-bahan

-1 cawan vegeroni spirals
-6-8 ekor udang
-ikan bilis
-1 batang serai
-1 batang bunga kantan
-1 biji bawang besar
-sos ikan
-sedikit lada hitam [ ditumbuk ]
-3 biji cili padi [ sapa yang suka pedas lebihkan ]
-kacang tanah goreng [ ditumbuk ]
-sos ikan secukup rasa
-sedikit gula
-sedikit cuka masakan / jus limau nipis

Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci. Rebus seketika sehingga udang bertukar warna merah. Angkat dan tos. Rebus vegeroni spirals dan tos. Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Potong bunga kantan dan serai nipis-nipis. Ambil bahagian lembut sahaja. Bawang besar didadu.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan. Gaul rata. Jika kurang masin boleh tambah sedikit sos ikan.
  4. Siap dan boleh makan...



Sunday, 28 October 2012

Mee Goreng di petang hari



  Petang-petang ni kalau makan mee goreng memang best. Kali ni aku guna daging korban yang disedekah masa raya korban hari tu. Kalau simpan lama-lama daging tu dah tak best, so aku pun tambah dalam mee goreng tu. Hmmm... Jom tengok cara nak masaknya.


Bahan-Bahan

-350gm mee kuning
-2 pokok sawi
-220gm daging
-5 biji cili kering [ rendam ]
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 sudu besar kicap pekat
-2 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar sos tiram


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan mee kuning.
  2. Tumbuk cili kering dan cincang bawang putih dan bawang merah.
  3. Bersihkan daging, potong nipis-nipis dan rebus. Simpan air rebusan.
  4. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering yang ditumbuk hingga naik wangi.Masukkan daging rebus. Tambah air rebusan daging jika perlu.
  5. Tambah kicap pekat, kicap cair dan sos tiram.
  6. Masukkan mee kuning. Kacau seketika. Kemudian masukkan kesemua sayur dan gaul rata.
  7. Angkat dan hidangkan.

Friday, 19 October 2012

Meehoon Goreng



 Tadi masa tengah dok goreng meehoon, tiba-tiba hujan turun. Lebat sangat. Hujan rahmat kot.Tapi takot jugak dok hujan selalu. Bukan apa, takut banjir. Besa la, rumah aku ni memang selalu kena banjir. Nak buat macam mana, dugaan. Hmmmm... Aku goreng meehoon ni bukan apa, kemarin tak puas makan kuay teow. Meh tengok style meehon yang aku goreng nihhh....


Bahan-Bahan

-2 keping meehoon
-2 batang pokok sawi
-200gm taugeh
-200gm daging
-3 ulas bawang putih
-3 sudu makan kicap cair
-4 sudu makan sos tiram
-4 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh cili flakes [ ni aku tambah ]

Hiasan
-bawang goreng
-telur dadar

Cara-Cara

  1. Rendam meehoon, basuh dan toskan.
  2. Potong daging kecil-kecil dan rebus. Simpan air rebusan tersebut.
  3. Tumbuk bawang putih dan panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram dan cili flakes. Goreng seketika.
  5. Masukkan daging yang direbus tadi.
  6. Masukan meehoon dan gaul rata. Jika meehoon kelihatan kering, tambah sedikit air rebusa daging.
  7. Akhir sekali barulah masukkan sayur dan gaul rata.
  8. Sedia dinikmati. Hias dengan bawang dan telur goreng.

Thursday, 18 October 2012

Kuay Teow Goreng Simple


 Syukur hari ni tak hujan. Tak la rasa ngantok sangat. Boleh la jemur baju banyak-banyak. Ye la, dah dua tiga hari hujan turun waktu petang. Nak basuh baju pun takut tak sempat kering. Pastu mesti ada bau-bau yang kurang best. hehehe... OK... Hari ni rasa nak masak kuay teow la. Lagi-lagi makan waktu petang dan pekena segelas teh tarik. Perhhhh... Apa nak kata. Jom-jom pakat tengok resepinya...

Bahan-Bahan

-350gm kuay teow
-120gm ayam [ potong nipis-nipis ]
-100gm sotong
-200gm taugeh
- 150gm kobis bulat
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 sudu besar kicap
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar cili kisar / sos cili
-minyak untuk menumis
- sedikit bawang goreng untuk hiasan


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan kuay teow.
  2. Cincang bawang putih dan bawang merah.
  3. Bersihkan sotong dan ayam. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili kisar / sos cili. Tumis hingga wangi.
  5. Masukkan sotong dan ayam. Tambah sedikit air jika kering.
  6. Perasakan dengan sos tiram dan kicap.
  7. Masukkan kuay teow dan sayur-sayuran. Kacau rata.
  8. Hidangkan dengan bawang goreng.