Mudahnya Membina Kerjaya Bersama Shaklee - Mengapa Shaklee Semakin Menjadi Pilihan Ramai Orang?

9:14 AM 1 Comments A+ a-



Adakah Shaklee sebuah kerjaya??? Bolehkah kita membina kerjaya bersama Shaklee? Jawapannya sangatlah mudah... iaitu pilihan di tangan anda. Apa yang pasti sejak dahulu lagi Shaklee telah menawarkan peluang pendapatan lumayan jika kita berkecimpung dengan serius dalam Shaklee.


Kualiti Produk Yang Sentiasa Semulajadi, Selamat Dan Berkesan

Terima kasih kepada kualiti produk Shaklee yang menjadi tunjang kepada Shaklee selama ini. Shaklee telah menyumbangkan lebih kurang USD 300 juta setiap tahun untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan sahaja bagi memastikan produk Shaklee sentiasa relevan dari semasa ke semasa. Para saintis juga bekerja keras setiap masa untuk sentiasa memantau mutu dan kualiti produk.

Antara barisan para Saintis Shaklee


Keberkesanan produk Shaklee juga bukan sekadar cakap saja, ataupun testimoni semata-mata tetapi telah diiktiraf oleh pihak ketiga, termaktub dalam jurnal nutrisi dan kesihatan dan telah dilakukan ujian klinikal berkali-kali

Baca : Sijil Halal Produk Shaklee

Jadi, bila kualiti produk dah mantap... memang takde masalah untuk dapatkan regular customer yang sentiasa beli dan consume produk Shaklee. Yang penting dapatkan nasihat yang betul mengenai cara pengambilan sesuatu produk itu dan tahu macam mana sesuatu produk itu berkesan pada tubuh kita.


Pelan Pemasaran Yang Adil Dan Saksama

Selain daripada kualiti produk yang terbukti berkesan, Shaklee juga mempunyai pelan pemasaran yang adil untuk semua orang tidak kira samada mereka dah lama jadi ahli mahupun jika mereka baru saja jadi ahli. Sebab itu dalam Shaklee jika downline lebih maju dan income lebih banyak daripada upline adalah perkara biasa. Yang penting, siapa usaha lebih akan dapat hasil yang lebih.

Selain itu, upline juga tidak layak mendapat bonus kumpulan sekiranya bonus downline melebihi bonus upline. Ini bertujuan untuk mengelakkan upline goyang kaki dan mengaut hasil usaha downline. Untuk ahli yang dah perform pula, upline hanya boleh claim Leadership Bonus sahaja dan tidak boleh claim dari bonus kumpulan.



Orang lama dalam Shaklee
Kredit foto : FB Haji Roslan

Pelan Pemasaran yang adil inilah menyebabkan Shaklee masih wujud dan kukuh di Malaysia dari tahun 1995 hingga kini. Inilah yang menyebabkan Shaklee berbeza dengan MLM lain dan sebab itulah Shaklee semakin menjadi pilihan ramai orang yang ingin membina atau memulakan kerjaya.


Bisnes Shaklee Di Mana-Mana Saja

Kebanyakan MLM yang konvensional memerlukan kita untuk berjumpa dengan ramai orang dan juga kerap keluar rumah. Mereka yang bekerja juga kadang kala tidak lari daripada cara bekerja begini iaitu berjumpa dengan orang dan semestinya keluar dari rumah.

Mendapat Bonus Kereta Shaklee dari rumah


Tapi di Shaklee, kita mempunyai pilihan untuk membuat bisnes Shaklee secara online. Pelbagai medium seperti blog, facebook, twitter, instagram perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan bisnes. Sebab itulah, ramai surirumah memilih Shaklee sebagai kerjaya mereka dari rumah.

Dengan teknik pemasaran yang betul.... Insya Allah, perkongsian kita berkenaan kebaikan produk di alam maya akan sampai kepada audience yang betul dan mereka yang memerlukan produk Shaklee. Sangatlah mudah buat bisnes Shaklee ni kalau kita buat dengan teknik yang betul.

* Nota : Blog penting untuk bisnes jangka masa panjang. Kelas asas blog akan diadakan dari semasa ke semasa


Ganjaran Dan Penghargaan Yang Diterima

Sebagai ahli Shaklee, setiap bulan akan ada mata ganjaran yang terkumpul sehingga 12 bulan. Setelah mata ganjaran ini dikumpul, kita boleh claim dengan Shaklee samada untuk pergi umrah dan ziarah, percutian dalam dan luar negara dan juga untuk menghadiri persidangan semuanya 100% percuma.

Trip ke Los Angeles dan San Francisco 100% percuma





Shaklee Adalah Family Business

Ya.... jika seorang isteri mendaftar jadi ahli Shaklee, secara automatiknya pasangan hidup mereka akan menjadi ahli bersama. Shaklee menggalakkan bisnes Shaklee dijalankan bersama-sama dengan keluarga. Tambahan pula, pendapatan daripada Shaklee boleh diwariskan kepada anak cucu.

Ziarah Dubai bersama keluarga
Sumber : anakkuwiraku.com

Selain itu, mereka yang menjalankan bisnes Shaklee secara online juga akan sentiasa dekat dengan keluarga, melihat anak-anak membesar depan mata, mengambil dan menghantar anak ke sekolah, masak makanan berkhasiat di rumah dan macam-macam lagi.

Ahli keluarga juga akan mendapat diskaun Mata Ganjaran Shaklee untuk menggalakkan ahli keluarga turut serta dalam program-program Shaklee, percutian di dalam dan luar negara dan juga ketika menunaikan Umrah/Ziarah.


Latihan-Latihan Perniagaan Dan Produk

Setiap bulan Shaklee akan buat pelbagai jenis latihan samada berkaitan perniagaan ataupun berkaitan produk untuk ahli Shaklee di seluruh Malaysia. Latihan perniagaan akan dikendalikan oleh pegawai bahagian pemasaran manakala latihan berkaitan produk akan dikendalikan oleh pakar-pakar nutrisi yang dilantik.

Majlis Graduasi sebagai Certified Product Trainer


Jadi, Pengedar Shaklee bukan hanya tahu menjual produk semata-mata, sebaliknya Pengedar Shaklee mampu memberikan konsultasi dan khidmat nasihat berkenaan nutrisi dan juga kesihatan. Pengedar Shaklee juga mampu menjadi pemimpin perniagaan dan menjadi mentor kepada mereka yang benar-benar serius ingin memulakan kerjaya bersama Shaklee.

Baca : Certified Product Trainer


Kesimpulannya sangatlah mudah untuk membina kerjaya bersama Shaklee. Apa yang penting teknik dan cara yang digunakan perlulah tepat dan betul memenuhi kehendak semasa. Anda ingin membina kerjaya bersama Shaklee? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,





Conference Points : 100% Percuma Untuk Persidangan/ Percutian Dalam Negeri, Persidangan/ Percutian Luar Negara Dan Menunaikan Umrah/ Ziarah

7:11 AM 2 Comments A+ a-



Realiti kehidupan telah membuktikan bahawa bukan semua rakyat Malaysia mampu untuk menunaikan Umrah dan Ziarah. Begitu juga hakikat kini membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak mampu untuk bercuti bersama keluarga masing-masing di luar negara. Usahkan bercuti di luar negara... untuk bercuti dalam negeri belum tentu mereka boleh buat.

Pemandangan Aurora yang boleh dilihat di kawasan Scandinavia

Golongan seperti inilah yang akan rasa syukur sangat-sangat sekiranya mereka diberikan peluang samada menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti bersama keluarga samada di dalam mahupun di luar negeri. Apatah lagi kalau peluang yang diberikan itu adalah 100% percuma dan ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Trip Motorhome memang ohsem!

Baca : Kembara Melbourne Dengan Motorhome


Bagi mereka yang sudah biasa menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti bersama keluarga samada di dalam ataupun di luar negeri.... mereka juga tidak akan melepaskan peluang sebegini yang 100% percuma dan ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Mekah dan Madinah adalah destinasi terbaik bagi umat Islam

Baca : Kembara Madinah dan Mekah



Conference Points Shaklee

Sebagai ahli Shaklee, anda perlu mengumpul Conference Points iaitu Mata Ganjaran setiap bulan selama 12 bulan bermula pada bulan Mac setiap tahun sehinggalah bulan Februari tahun berikutnya. Conference Points ini diperlukan sekiranya anda ingin ditaja 100% oleh Shaklee untuk menunaikan Umrah/Ziarah, bercuti di dalam dan juga di luar negara.

Baca : Jenis-Jenis Bonus Dalam Shaklee Dan Cara Dapatkannya






Untuk tempoh kelayakan ataupun pusingan Mac 2015 hingga Februari 2016, points yang diperlukan ialah 990 points untuk Persidangan/ Percutian Luar Negara atau pilihan Umrah/Ziarah dan 380 points untuk Persidangan/ Percutian Dalam Negeri. Syarat minimum untuk dapat ganjaran Conference Points ini ialah menjadi Supervisor dan efektif.

Baca : Convention - Program 3C Shaklee


Cara-Cara Kira Dan Dapatkan Conference Points Shaklee untuk tempoh kelayakan 2015/2016*

  • Setiap 300PGUV kecuali PGUV pendaftaran keahlian baru = 1 mata
  • Setiap Pendaftaran Keahlian baru dengan belian 200PUV** = 1 mata
  • Setiap kali Pemimpin Perniagaan Bawahan (downline) anda mencapai pangkat yang lebih tinggi (breakout), anda akan memperolehi 20 mata ganjaran setiap satu
  • Mata Konsisten - kekal efektif sebagai Coordinator dan ke atas selama 4 bulan berturut-turut semasa tempoh kelayakan akan berjaya memperolehi 10% mata tambahan
  • Membangunkan Mata Coordinator yang Baru - membina seorang Coordinator baru dan Coordinator baru harus kekal efektif ketika dilantik atau setelah kenaikan pangkat, dalam 3 bulan berturut-turut yang berikutnya semasa tempoh kelayakan dan upline akan dapat 80 mata

* Cara Pengiraan mungkin berbeza setiap tahun
** Mata-mata Ganjaran boleh diperolehi dengan menggandakan belian 200PUV, sah bagi setiap pengedar sahaja tidak termasuk Pemimpin Perniagaan 'breakout' baru

Mata Ganjaran yang diperolehi berdasarkan kedudukan

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810



Conference Points Untuk Ahli Keluarga

Sebagai sebuah bisnes yang mengutamakan keluarga, Shaklee juga membenarkan ahli keluarga untuk bersama-sama menikmati Mata Ganjaran dan juga sama-sama pergi Umrah/Ziarah dan juga bercuti samada di dalam mahupun di luar negara seperti berikut :-

  • Pasangan hidup - 85% daripada Mata Ganjaran sebenar
  • Anak umur 4-17 tahun - 85% daripada Mata Ganjaran sebenar
  • Anak umur 18 tahun dan ke atas - 100% Mata Ganjaran sebenar
  • Ibu Bapa atau Mertua (bagi ahli yang sudah berkahwin) - 100% Mata Ganjaran sebenar
  • Adik Beradik Kandung atau Ibu Bapa (bagi ahli yang bujang) - 100% Mata Ganjaran sebenar

* Untuk penerangan lanjut boleh hubungi 012-401 6683 atau 014-338 6810

Sebab itulah, dalam trip yang dianjurkan oleh Shaklee, bukan ahli Shaklee sahaja yang mendapat manfaat tetapi juga ahli keluarga mereka yang sentiasa memberikan sokongan dari belakang.

Jun 2014 - Menginap di Sunway Hotel Resort and Spa selama 3H 2M 100% percuma

Ogos 2014 - Trip ke Los Angeles dan San Francisco 100% percuma

Disember 2014 - Umrah dan Ziarah Istanbul 100% percuma

Atas sebab-sebab di atas lah... Shaklee masih lagi bertahan di Malaysia sejak tahun 1990-an dan telah berada di pasaran dunia sejak 50 tahun yang lalu! Anda juga ingin menikmati percutian percuma 5 bintang dan ditaja sepenuhnya 100%? Hubungi kami untuk butiran terperinci sekarang!



PM kami di FB : SweetBonda
SMS/Whatsapp : 014-338 6810




Luv,