Showing posts with label Doa dan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Doa dan Motivasi. Show all posts

Doa Banyakkan Susu Ibu

AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

- Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

~Segala yang terbaik buat si manja kesayangan KITA~

(Facebook: 21 Mac 2012)

*Credit to Sihat.Ceria.Bahagia

Istiqamah Dalam Mengepam Susu Ibu

♥ Nite Mommies ♥


Saya 'share' dari Ustaz Don Daniyal mengenai 'istiqamah', terutamanya 'istiqamah dalam perbuatan'. Sebagai peringatan pada saya juga. Iaitu apabila mengepam di ofis/rumah tu sentiasalah ber'istiqamah' mengepam mengikut jadual ya. Jangan 'skip2'. Sila buang jauh2 'Cik M'. Semoga dengan ber'istiqamah' ini perjuangan untuk menyusukan anak kita dengan susu ibu sepenuhnya dapat dicapai sehingga usianya 2 tahun! Caiyok mommies!! ^_~


(Facebook: 24, Mac 2012)


Solat Dhuha dan Rezeki Susu Ibu

♥ Morning Ibu-ibu Manis ♥


Apa kata kita amalkan Solat Dhuha kat ofis/rumah? Bukan setakat memohon dimurahkan rezeki duit tetapi boleh juga meminta dimurahkan rezeki susu ibu.. ^_~



Lets be productive mommies!!


Protect the sanctity of the early hours of the morning with Salah, Quran, remembrance of Allah and reading or writing. Don’t start your day with e-mails or facebook! 

-ProductiveMuslim-
(Facebook: 26 Mac 2012) 

Zikir Murah Rezeki Susu Ibu

♥ Zikir Memohon Dimurahkan Rezeki Susu Ibu ♥




Setiap usaha perlu disertai dengan doa dan tawakal. 

Amalkan zikir ini insyaAllah akan dimurahkan rezeki susu untuk si manja anda..

(Facebook: 21 Mac 2012)

Potong Kuku Anak Dapat Pahala

TQ Gugel

Hari ini hari Jumaat. 
Hari yang saya selalu pilih untuk memotong kuku anak-anak saya (termasuk saya sekali ^_^). 
Ibu-ibu pula selalu potong hari apa? Sabtu? Ahad? Isnin?

Setiap apa yang kita lakukan, kalau disertakan niat kerana Allah pasti membawa pahala kan. Baca 'bismillah' pun dapat pahala juga. Senangnya dapat pahala dalam Islam. Menunjukkan Allah tu Maha Pengasih dan Pemurah. Kan.. ^_^

Dalam Islam, kebersihan sangat-sangat dituntut. Dan Allah sangat suka pada keindahan.

TQ Gugel

Diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas, dari bapanya, dari Rasulullah S.A.W:
"Sesunggunya Allah itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, 
Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dan amalan memotong kuku juga antara yang sunnah untuk dilakukan.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidka membiarkannya lebih daripa 40 hari".
(Hadis Riwayat Muslim)

Biasa lihat kat blog atau FB mengenai cara sunnah potong kuku tu? Yang mesti dibuat pada hari-hari tertentu dan mengikut turutan tertentu? Saya ada terbaca kat blog ini, sebenarnya ia adalah hadis dhaif dan palsu. (Boleh rujuk blog tersebut ya).

Cuma bagi saya, saya suka memotong kuku pada hari Jumaat sebab hari Jumaat adalah hari yang berkat dan juga disunatkan untuk berlawa-lawa, bercomel-comel, berwangi-wangi pada hari ni (hari lain pun kene juga ye.. ^_~). Saja nak dapat pahala lebih. Dan saya memotong kuku dimulakan dengan tangan/kaki kanan dan barulah tangan/kaki kiri. Kenapa? Sebab saya ikut apa yang Rasulullah suka buat. Plus dapat pahala lebih lagi kat situ. *Wink-wink*. Dari satu segi, sebenarnya kita tanamkan amalan yang baik ini ke dalam diri anak-anak kita since dorang kecik lagi kan.. 

Aisyah R.A mengatakan:
"Nabi SAW suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari segi potongan kuku, saya ada belajar yang kuku untuk jari tangan seharusnya melengkung dan jari kaki potong secara lurus sahaja. Saya lupa saya terbaca di mana. InsyaAllah lain kali saya terjumpa saya update kat sini ya.

Gugel: TQ MyIbrah


Akhir kata, amal-amalkan selalu sunnah nabi, senang nak dapat pahala.. Tapi yang wajib jangan sesekali ditinggalkan! ^_~







Mengapa Saya Mahu Menyusukan Anak Saya Dengan Susu Ibu?


Salam ibu2 manis (and mom-to-be) yang sentiasa bersemangat untuk menyusukan si manja dengan susu ibu..


Alhamdulillah, hari ini sudah hampir 6 tahun saya 'bergelumang' dengan penyusuan susu ibu buat ketiga2 orang anak saya yang tersayang. Dan buat si manja saya yang paling bongsu (read: 1 tahun suda) saya masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekarang. Untuk yang ketiga ini saya berharap dan sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk dia sehingga 2 tahun penuh. Ini adalah perjuangan yang pertama bagi saya dalam menamatkan misi untuk 2 tahun. Kenapa ye? Ha.. Sebab sebelum ni, anak2 saya yang pertama dan kedua, mereka berhenti pada umur 1 tahun lebih (- +) kerana saya mengandung. Jadi saya ni tak pernah lagi mencapai (TERcapai) hajat di hati untuk BF sepenuhnya sehingga 2 tahun! So ini adalah antara cabaran TERbesar saya pada tahun 2011 ini. *Hehe*


Sebenarnya, pilihan untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu adalah bergantung sepenuhnya pada si ibu. Pilihan adalah jelas. Mahu atau tidak. Secara peribadi, saya tidak suka 'memaksa' ibu2 yang tidak ada 'hati' untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu berbanding dengan susu formula (lembu atau kambing). Masing2 ada pendapat tersendiri. Bagi saya info berkenan susu ibu sudah ada di mana2 dan senang untuk didapati. Di klinik kerajaan, di internet, kawan2 seibu, kawan2 sepejabat, kadangkala si ayah pun tahu berkenan susu ibu ini. Jadi tidak mungkin si ibu itu tidak tahu langsung mengenai susu ibu! Apa yang penting, kesungguhan dan 'passion' pada susu ibu itu adalah WAJIB untuk si ibu berjaya menyusukan anaknya. Kalau anda tak percaya, mana mungkin ada ibu yang sanggup berhabis duit sendiri untuk membeli semua keperluan penyusuan susu ibu. Ada yang sanggup bangun malam untuk mengepam (siap update kat facebook lagi :D). Ada yang sanggup membeli pelbagai supplemen dan mencuba pelbagai makanan yang boleh membantu 'boost' kan pengeluaran susu, dan ada juga ibu yang sampai menitiskan air mata apabila 'supply' susu merudum. Kerana apa ye? Semuanya kerana anak yang tercinta. Semuanya kerana tahu akan nikmat dan nutrisi susu ibu yang tidak terhingga. Semuanya kerana tahu betapa kuatnya ikatan kasih yang akan terjalin antara ibu dan anak sehingga besar. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah HAK anak. Semuanya kerana tahu susu ibu adalah makanan yang TERBAIK yang Allah ciptakan untuk darah daging anda!


Sebab itu lah saya memilih untuk menyusukan anak2 saya dengan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan yang pertama dalam hidup anak saya. Dan diteruskan sehingga bulan2 yang berikutnya sehingga 2 tahun (atau lebih) dengan menambah makanan pelengkap buat mereka. Nasib anak anda terletak di tangan anda. Apa yang anak anda makan pada awal2 kehidupan mereka akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kalau nak tahu, salah satu sebab mengapa anak obesiti adalah kerana pengenalan makanan pejal (solid food) yang terlalu awal. Organ dalaman belum matang tapi kesian mereka terpaksa menelan makanan (nestum etc) sebelum usia 6 bulan. Apabila ini berlaku maka, si organ dalaman yang belum matang sepenuhnya tadi akan bekerja keras dan akan efek kepada sistem penghadaman si anak tadi. Jadi ibu2 manis semua pilihan terletak di tangan anda. Anda lah yang akan mencorakkan masa depan anak2 anda.. :D


Sweet Bonda: Sangat suka pada 'passion' seorang ibu yang sangat 'gila' pada BF. Anda salah seorang dari 'orang gila' itu kah? Ya, saya salah seorang 'orang gila' itu :D

Penyakit 'M' musuh no 1 bagi pengepam tegar.

Salam pada mommies semua..

Agak lama tak update blogshop saya ni.. Sana sini sawang.. Lalang pun dah tumbuh.. *hihi*

Okay, banyak nak cerita.. After this saya akan sentiasa rajin2 kan diri untuk menulis/berkongsi pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu.. Sekarang masih lagi tengah menyusukan si no 3 (still fully bf *alhamdulillah*) Syukur.. masih ada rezeki untuk si kecik Hannah.. Semoga berterusan hingga 2 tahun! Caiyok mama!

Haa.. berkaitan tajuk di atas.. Malas adalah benda yang sering kita hadapi.. Bukan mommies aje.. Saya pun sama juga.. Kadang2 melampau2 pulak.. Malas mengepam adalah musuh yang benar2 'musuh' bagi ibu2 yang mengepam.. Dari 3 sesi seawal2 naik keje.. kurang ke 2 sesi aje.. bila time2 keje ofis sangat banyak.. (kadang takde keje pun malas juga :p) boleh pam sekali aje!! Aduyai..

Saya ingatkan diri saya sendiri dan mommies yang lain2 juga.. Kalau kita kurang sesi pam kat ofis.. Lama2 susu akan kurang.. Haa.. Cemana leh kurang ek? Anologinya sama.. Kita ada botol air.. Kalau selalu minum.. Kosong. Bila kosong, kita tambah lagi air.. Kalau kita tak minum air tu.. sampai bila pun botol tu takkan habis.. Jadiknye, takde lah kita nak mengisi semula botol tu dengan air yang baru.. betul kan? *hehe*. Maksudnya di sini sama la dengan cik B kita.. Kalau sehari tu kita kerap kosongkan dia.. Jadi susu baru akan cepat2 terhasil.. Jadi, setiap hari insyaAllah kita mampu untuk mengumpul stok dengan banyak.. *clap clap*..

Okay, bagi sesape yang sudah hampir2 kekurangan susu.. Mommies boleh try buat power pumping.. Apa itu power pumping? Okay, saya akan cerita lain kali ye.. InsyaAllah.. :)