Teknik Marmet Menyelamatkan Hariku!

5:35 PM 0 Comments A+ a-


Saya sangat tidak menyangka pengalaman saya melihat rakan seperjuangan sesusuan ibu
 [Puan Azyan] yang saya kenali sewaktu menghadiri kelas 20 jam saya sangat membantu di saat2 kecemasan begini. 
Rakan saya yang baik hati itu sebenarnya memakai tudung labuh yang saya kira agak labuh, dan pertama kali saya mengenali dia, dia tengah memerah susu ibu di sebalik tudung labuhnya itu dan dengan tenang seolah2 tiada apa2 berlaku mendengar talk yang sedang berlangsung di hadapan. 
Tiba2 dia terus mengeluarkan botol MLOnya yang comel itu yang hampir penuh (5oz) dan saya agak
terkejut sebab saya sangat tidak menyangka yang dia sedang membuat 'projek' secara senyap2 memerah susu ibu menggunakan Teknik Marmet di sebalik tudungnya itu *Inilah salah satu hikmah mengapa Allah menyuruh kita melabuhkan tudung kan? ~ insaf*

Sebenarnya tadi sewaktu saya tengah on the way mengepam susu ibu, tiba2 teman baik saya yang sangat saya sayangi cik Medela Freestyle terhenti. Rupa2nya bateri dah mati. Saya tidak perasan sudah berapa lama simbol bateri itu berkelip2 :p. Nasib baik bukan rosak. *Fuh*. Dalam kepanikan dan kesedihan saya itu tiba2 saya teringat tentang hand expression ataupun Teknik Marmet.
Alhamdulillah, it REALLY save my day!

Apakah itu Teknik Marmet?
Dan bagaimana pula cara memerah susu menggunakan tangan dengan betul? 
Hari ini insyaAllah saya akan berkongsi tentang Teknik Marmet ini, dan saya telah menyalin semula info yang sangat penting ini daripada seorang lagi sahabat saya yang sangat hebat dalam dunia penyusuan susu ibu ini. Anda boleh mendapatkan banyak info2 yang sangat berguna melalui blog beliau di
-SINI- *Terima kasih Herni ^_^



Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. 
Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. 
Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)

Bahaya Amalan Teknik yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet. 
Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola). 
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

 

Gambar diambil dari www.breastfeeding.com 

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong. 
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet. 
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola. 
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.


Bagaimana? Senangkan? Dapat idea sikit-sikit tak mengenai Teknik Marmet? 
Tapi.. teori semata-mata tak menjamin anda mampu melakukan teknik ini ya.. Jadi sebaiknya kalau ada kelas-kelas mengenai Teknik Marmet ni join la ya.. Orang kata praktikal pun penting juga.. Practise makes perfect! Berusahalah mempelajari ilmu yang sangat penting ini. 
Manatau satu hari nanti teknik ini pula akan menyelamatkan hari anda! ^_~

Jom Dapatkan Medela Harmony Sealed @ RM155 (termasuk kos pos)

DI SINI!

Set Yang Lengkap Untuk Ibu!

12:17 PM 6 Comments A+ a-


*Sweet Bonda Complete Set*

Okay, apa yang baru di Sweet Bonda kali ini? Seperti gambar di atas, itu adalah complete set bagi ibu2 yang pertama kali ingin mempunyai peralatan mengepam di ofis. Apa yang ada dalam set ni?

1. Pam Medela Harmony (Value Pack) RM175
2. Moms Precious Cooler Kit Covertible Sling (Big) RM69
3. 3 MLO Ice Packs RM38
4. 6 MLO Storage Bottles RM39

Total semua kalau ditambah ialah RM321. Berbaloi kan? Dapat semua dalam satu set.

Tapi saya ingin memberikan harga yang jauh lebih murah. Mudah2an dengan ini ibu2 semua lebih bersemangat untuk menyusukan si manja.

*MP Cooler Kit Convertible Sling ~New & Improved*

Sekarang saya akan kurangkan satu persatu dan anda lihat adakah ianya berbaloi untuk anda ataupun tidak.

1. Pam Medela Harmony (Value Pack) RM175 - RM170 (Save RM5)
2. Moms Precious Cooler Kit Covertible Sling (Big) RM69 - RM53 (Save RM16)
3. 6 MLO Storage Bottles RM39 - RM29 (Save RM10)
4. 3 MLO Ice Packs RM38 - RM28 (Save RM10)

Bagaimana? Murah tak? *hehe*

Saya rasa ibu2 pasti teruja melihat nombor2 yang berwarna merah itu kan? Jadi mari kita tambah bersama2.
Rm170 + RM53 + RM29 + RM28 = RM280.
Wow RM280?!

Percaya atau tidak memang itu lah harganya.
Harga bagi complete set ini ialah RM280 sahaja RM300 *bermula 1 Jun 2011.

Jadi apa tunggu lagi? Sila dapatkan satu untuk anda, atau isteri anda ataupun nak dihadiahkan pada kawan2, adik, makcik dan sesiapa pun hari ini juga. Semestinya pembelian ini berbaloi2 untuk semua! :)

*Botol yang comel & semestinya BPA-Free*

Jadi kalau ibu2 berminat, jangan lupa untuk scroll page ini sehingga ke bawah dan boleh isi order form yang telah disediakan ya.

Di harap pembelian ini berbaloi2 buat anda.

*Kerana Babymu Lebih Berharga* :)