Ahad, 26 Januari 2025

Praifah Resort Hotel, Pattani - 26/01/25

Semoga Allah hancurkan tangan2 para tentera Isro.l yang sekarang sedang giat menyerang warga Palestin di Tebing Barat. Ameeennnn

Alhamdulillah malam ketiga kami menginap di Praifah Resort Hotel, Pattani.

Resort ini tidak mesra warga Malay. Tetapi disebabkan kami sejak dulu (zaman dulu kala) memang sentiasa di sini, maka mereka menerima kami. Alhamdulillah..


Resort ni berkonsepkan taman, tetapi disebabkan kepenatan maka kami masuk hanya tidur, malam kami keluar ke Green Market, balik terus tidur dan keesokan harinye terus ke Narathiwat sebelum pulang ke Malaysia melalui border Bukit Bunga, Kelantan. Maka tiada gambar taman yang sangat tenang.


Ni bilik kami, bilik bernombor …. (tak ingat) . Sangat selesa biliknya, sesuailah untuk kami berempat. Bersih. Dan sangat privacy. Takde orang duk lalu lalang atau bunyi bunyian suara luar. 


Lady selesa bilik begini, boleh parking di tepi bilik dan terus masuk bilik tanpa perlu masuk melalui pintu pintu dan tanpa melalui orang orang. Ni hampir sepuluh kali kami menginap di sini (agak2). Hanya seorang sahaja staff yang pandai berbahasa Melayu Thailand.


Harga bilik ni 590 Bath, lebih kurang RM70. Luas, lebih kurang dengan keluasan bilik di Hatyai, cuma katil bilik ni hanya bersaiz queen. Katilnye dibuat dengan simen.


Petinya disorok dalam kotak kecik tu.. selesa.. tv tu pula hanya siaran Thailand… 

P/s: - resort/ hotel ni tidak disarankan untuk keluarga yang besar.. perlu tambah duit. Bagi lady tidak disarankan, lebih baik sewa di hotel.. jauh lebih jimat dan selesa untuk warga yang ramai. Wang yang ditambah tersebut lebih berbaloi untuk kita sewa d tempat yang lebih indah. Walau bagaimanapun lady selesa di sini walaupun pengurusannya agar cerewet.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia Maghrib senalam, 27/01/25 (Ahad)



15 ulasan:

Roziah @ Cie berkata...

Ok juga tu parking depan bilik je. Senang terus masuk kereta.

Bola Katok berkata...

Comel betul peti sejuk tu.

uncle gedek berkata...

Cantik pulak dinding kuning terang cam tu... nampak ceria

Puan Hazel berkata...

Kadang selesa bg kita, tidak bagi org lain kan. Begitulah sebaliknya kan...
Nmpk well maintained juga tempat ni 👍🏻

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Wah!. LB baru balik Thailand rupanya.
Nampak selesa bilik ni.

Abd Razak berkata...

Cantik biliknya walaupun tak semewah hotel bertaraf 5 bintang tapi bersih dan selesa

Azirahman berkata...

Mudah gitu, parking kereta terus boleh masuk bilik.

nayfatimahrasyid berkata...

nampak kemas dan selesa yer ;)

Mulan berkata...

Bestnya parking tepi bilik je. Hotel, resort di Thailand banyak murah2, bersih kemas kan.

Mama Zharfan berkata...

convenient dan sgt selesa tu!

mrhanafi.com berkata...

luas juga rupa biliknya....memang selesakan

fairus berkata...

Bagi saya, takde nak cerewet sangat pada bilik penginapan. Janji bersih dan boleh tidur itu sudah cukup baik.

Fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

tak mesra untuk warga malay, maksudnya kenapa kak? apa karena tak banyak yg paham melayu atau krn space kurang luas untuk keluarga besar? Kalo masalah itu saya tak masalah, as long as kamar nyaman, bersih. tapi kalo alasan berhubungan dengan rasisme, baru mikir2 dulu 😅

tapi semoga bukan karena itu yaa

dear anies berkata...

tampak luas...
sedap guling2 atas lantai ni
hehehe

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Mudah parking depan bilik ni nak load barang pun senang, keadaan bilik nampak luas juga tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...