Thursday, January 6, 2011

CARA-CARA PENGGUNAAN PRODUK SAFAH HERBS

1)LULUR BADAN (body scrub)
-Ambil lulur secukupnya, campurkan dengan air asam jawa/air limau nipis.Adun hingga sebati (macam kepekatan nestum).
-Sapukan keseluruh badan.Biar separuh kering dan sental hingga bersih.
-Jika lulur telah agak kering di badan celupkan jari sedikit dengan air untuk memudahkan proses penyentalan untuk memudahkan proses penanggalan sel mati.
-Setelah selesai mandi seperti biasa.

PUPUR BADAN (Body masker)
-Ambil pupur badan secukupnya dan campurkan dengan plain yogurt/susu tepung atau susu segar.Adun sebati.
-Sapukan ke seluruh badan,biarkan kering (5-10 minit)
-Setelah selesai mandi seperti biasa.
-Digalakkan untuk menggunakan lulur badan terlebih dahulu sebelum menggunakan pupur badan untuk kesan yang lebih baik.

SABUN BADAN (Natural body scrub soap)
-Basahkan badan dan mandi seperti biasa,sentalkan sabun pada badan sehingga berbuih.
-Gosokkan badan dengan span 2-3 minit. Bilas hingga bersih.
-Boleh digunakan semasa mandi setiap hari