Memaparkan catatan dengan label Perjalanan hajiku. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kisah pertama saya tentang kisah dari tanah suci.  Klik link ini 

Sebenarnya banyak lagi kisah di tanah suci semasa saya mengerjakan haji yang belum dapat diabadikan lagi di blog ini. (Link di atas kisah pertama yang saya tulis..klik untuk mengetahui kisahnya) Alasannya tetap sama...kekangan masa. Rutin harian ibu beranak kecil memang perlu diatur rapi. Jika tidak banyak kerja yang akan tergendala memandang bayi memerlukan perhatian khusus daripada ibu dan bapa.

KISAH 1
Semasa membeli buah tangan buat ahli keluarga (beli sejadah) saya pun tawar menawar dengan penjual harga sejadah. Walaupun saya bertutur dalam bahasa Arab Mesir (ammiyah)...beliau tetap memahaminya..namun ada kalanya pak arab tu  mengaju-mengajuk sambil ketawa kecil...
Selesai urusan membeli sejadah, saya minta hadiah daripada beliau kerana saya membeli sejadah dengan kuantiti yang banyak..Namun pak arab tu agak keberatan nak bagi sebab beliau dah bagi harga sejadah tu dengan harga yang sangat murah. Saya terus mencuba...dan akhirnya beliau berikan saya kopiah kecil kononnya sebagai hadiah.
Pada awalnya saya menolak kerana size kopiah yang sangat kecil. Kata arab tu jika kecil bagilah pada anak awak. Saya kata anak saya dah besar ...sambil saya membayangkan kepala Aiman yang dah hampir sama dengan size abinya. Pak Arab tu cakap lagi..jangan bagi pada anak yang dah besar..bagilah pada anak kamu yang kecil... malas dah saya melayan arab ni....walaupun beliau bukan tahu saya hanya memiliki seorang anak... dan ketika itu suami pun dah mengajak balik. .....kopiah kecil tu saya selitkan di penjuru plastik sejadah yang dibeli...saya pun balik ke hotel..dan saya sudah terlupa tentang kisah itu hingga lah. ...
Ketika membuat persiapan menyambut eidul fitri baru-baru ini saya dan suami ingin mencari kopiah saiz kecil buat Muhammad 'Imran...namun tiada yang bersesuaian. Saya pun hampir putus asa memandang banyak lagi urusan penting yang belum diselesaikan. Terbayang lah Muhammad ' Imran berbaju Melayu tanpa kopiah tidak seperti abang dan abinya. Suami cakap "dia kan kecil lagi..." saya pun akur.
Ketika berkemas pakaian untuk pulang ke kampung untuk menyambut eidul fitri saya pun mengambil beberapa helai sejadah yang saya beli di Tanah suci dulu untuk kegunaan ketika adik beradik dan anak buah berkumpul nanti dan tiba-tiba ada benda kecil jatuh di kaki saya. ..ye...kopiah kecil yang di hadiah kan Pak Arab setahun yang lalu ketika saya menunaikan ibadah haji.. Subhanallah...ye kata-kata pak arab itu seperti tahu yang saya sedang mengandung...kata-katanya mengandungi doa...ketika kisah 'kopiah kecil' itu berlaku, saya sudah mengandung 5 minggu dan saya sendiri  dan suami pun tak tahu...MasyaAllah Makktul Mukarramah..bumi suci bumi bertuah bumi di mana doa-doa dimaqbulkan...syukur alhamdulillah
Berikut 3 keping gambar kopiah hadiah Pak Arab yang 'mendoakan' saya memiliki anak kecil...

KISAH 2

Ketika saya berehat menunggu waktu 'isyak di Masjidil Haram,..saya bersandar di tiang masjid untuk menghilangkan penat lelah berjalan dari hotel ke masjid lebih 1km.. 

Ketika saya sedang melayan diri (maklumlah..kaki.saya ni memang manja sikit sebab jarang berjalan jauh) saya disapa oleh seorang makcik arab bertanyakan saya "adakah awak mengandung?" agaknya beliau memerhati keadaan saya yang tersandar seperti orang mengandung lagaknya... saya pun menjawab "tidak" sambil menghadiahkannya senyuman kelat. Makcik arab tu berbisik dengan kawan di sebelahnya.. "macam orang mengandung" sambil ketawa kecil memandang ke arah saya. Dalam hati saya berkata..."wahai makcik aku faham bahasamu itu...semoga kata-katamu menjadi doa buatku..

Berikut 3 keping gambar koleksi peribadi...gambar tiang masjidil haram...dan gambar ke3 gambar warganegara Mesir yang baru saya kenali
 Mereka datang dari Iskandariah. Tu yang banyak sembangnya tu...
2:22 PTG akumann2803

Selasa, 3 Disember 2013

Raudhatul Jannah atau nama sebutan kebiasaannya  Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.
kawasan luar Raudhah. Ia menjadi kawasan menunggu giliran untuk masuk ke dalam Raudhah

peringatan sebelum masuk...sila baca

Kami menunggu dengan penuh kesabaran

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa kerana diyakini tiada satu pun doa di Raudhah yang ditolak.

Rasulullah SAW bersabda “Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

sumber info : syahirkadir.wordpress.com

Saya masuk melalui pintu ini
 
kami masuk dengan tenang dan sabar

ada yang menunggu kawan...ada yang membaca al quran...ada yang berdoa

saya dalam perjalanan menuju ke Raudhah
 
Kawasan berhampiran Raudhah. (jemaah yang duduk itu berada di dalam kawasan Raudhah)

Sebilangan besar para ulama mempercayai, tempat yang dikatakan adalah Raudhah, atau nama lainnya Raudhatul Jannah, yang mana sekarang ini bertempat di Masjid Nabawi. Para ulama juga meyakini Raudhah adalah benar-benar sebahagian dari taman syurga yang zahirnya wujud di atas muka bumi Allah. Apabila hari kiamat tiba, menurut para ulama, tempat itu akan dipindahkan oleh Allah ke syurga. Subhanallah.

Sejauh manakah bilik Rasulullah dan masjidnya? Bayangkan, ketika Rasulullah SAW beri’tikaf di masjid itu, Rasulullah hanya perlu menjulurkan kepalanya dipintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Ini bermakna, bilik Rasulullah SAW dan isteri baginda Siti Aisyah RA, hanya bersebelahan dengan masjid.

Apabila Rasulullah SAW wafat, Rasulullah SAW dikuburkan di dalam biliknya itu dan Siti Aisyah RA terus tinggal di bilik yang sama. Selepas itu, ketika Abu Bakar RA hampir menemui ajalnya, Abu Bakar memohon kebenaran Siti Aisyah untuk dikebumikan di samping sahabat tercintanya, Rasulullah SAW dan Siti Aisyah RA membenarkannya, kerana Siti Aisyah menghormati ayahnya itu. Selepas itu, Umar al-Khatab pula bakal menemui ajalnya lalu memohon kepada Siti Aisyah agar dia juga dapat dikebumikan di samping Rasulullah. Meskipun Siti Aisyah sangat-sangat berhajat untuk dikebumikan disamping suami dan ayah tercintanya, kerana hormat akan Umar lalu Siti Aisyah membenarkannya. Demikiannya waktu itulah, Siti Aisyah tidak lagi membuka auratnya di dalam bilik itu kerana sudah terdapat bukan mahram di biliknya meskipun Umar telah pun mati dan dikebumikan. Begitu mulia akhlak Siti Aisyah.

Raudhah yang terletak di antara bilik Rasulullah SAW dengan mimbar, adalah antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdo’a kepada Allah SWT. Antara tempat lain adalah seperti di depan Multazam (pintu Ka’bah),dan saat wuquf di Arafah.

Kawasan Raudhah ditandai dengan permadani kombinasi putih dan kehijauan, yang mana sangat berbeza dengan dengan permadani biasa lain di Masjid Nabawi yang berwarna merah. Raudhah ditandai oleh tiang berwarna putih dengan ornamen kaligrafi yang khas. Sekurangnya, terdapat lima tiang yang ada di sekeliling Raudhah. Raudhah dapat dilawati melalui beberapa pintu, namun yang paling dekat adalah pintu Jibril yang terletak di kanan Masjid Nabawi bahagian belakang.

inilah laluan saya menuju ke Raudhah.

Ini pula ialah sempadan di antara kawasan masjid dan Raudhah. Karpet Merah ialah kawasan masjid sementara karpet hijau adalah kawasan Raudhah

Di Raudhah, tidak semudah dijangka untuk mendirikan ibadah sunat di sini kerana tempatnya kecil dan begitu ramai jemaah cuba memenuhi sekecil-kecil ruang yang ada, maka di sini jugalah Allah menempatkan ujianNya pada umatnya. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana berlaku perebutan, menindihan dan kesukaran untuk rukuk dan sujud juga kerana kesempitan ruang.

inilah satu-satunya gambar yang dapat diambil untuk menggambarkan kesesakan di dalam Raudhah

Jemaah haji berpusu-pusu menuju ke Raudhah. Masing-masing ingin beribadah dan berdoa di sana.

Diyakini di Raudhah inilah setiap do’a dan munajat kepada Allah SWT memiliki nilai afdhaliyah yang sangat tinggi. Dengan kata lain, tempat ini sangat mustajab untuk memohonkan sesuatu kepada Alloh SWT.

Bayangkanlah dan renungilah betapa sayangnya Allah kepada hambanya dengan memperlihatkan hanya sebahagian kecil dari taman syurga di bumi ini dan akan juga bakal di bawa ke akhirat juga.

Lampu, tiang dan seni bina yang berbeza di dalam kawasan Raudhah

Ramai yang telah memperkatakan bahawa dengan berada di Raudhah sahaja sudah cukup untuk memberi keinsafan dan berasakan rendah diri pada Allah serta menguatkan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah.

Berdoalah kita agar mendapat hidayah supaya kita dapat menghayati keindahan dan ketenangan nikmat Allah SWT.

sumber info : www.notafikir.com

1:28 PG akumann2803

Selasa, 29 Oktober 2013

Sebaik saja mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  kami menyelesaikan urusan yang berkaitan passport dan bagasi .

Detik bersejarah pertemuan dengan anakanda tercinta setelah berpisah selama 46 hari.
3:57 PG akumann2803

Isnin, 28 Oktober 2013

.Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (IATA: JED, ICAO: OEJN) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz terletak pada kedudukan Latitud N21* 40.8682', Longitud E39* 09.3292' pada ketinggian 14.63 meter dari aras laut..
Di sini lah lokasi terakhir kami sebelum berangkat ke tanah air.  Ada sedih....ada sayu...ada syahdu....bilakah dapat menjejakkan kaki di bumi barakah lagi...

Nun di sana. ...Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melambai2. ..kerinduan pada yang di tinggalkan.. semoga lain masa lain ketika...kita dapat datang bersama..membawa yang dirindui dibumi yang syahdu dan ditunggu... Al Haramain
9:13 PTG akumann2803

Khamis, 24 Oktober 2013

Madinatul Hujjaj...kenangan indah

Alhamdulillah, saya bersama rakan2  jamaah haji Malaysia sekelian kini sedang berada di Madinatul Hujjaj Malaysia di Jeddah, Saudi Arabia. Pada jam 11malam nanti, saya akan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. 

Penerbangan kami KT05 dijadualkan berlepas esok jam 7.25pagi. Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 9.25 malam nanti.

Sepanjang berada di sini kebanyakan jemaah haji dapat menikmati makanan istimewa seperti sup unta, sate, ABC, Bihun sup Ayam, bubur nasi dan pelbagai kuih muih Malaysia

Entri tertunggak kerana ada masalah Internet

8:12 PG akumann2803