Other side of me

Showing posts with label Persediaan. Show all posts
Showing posts with label Persediaan. Show all posts

Thursday

Syarat untuk berjaya dalam penyusuan

Assalamualaikum

Penyusuan susu ibu tidaklah begitu sukar. Tetapi tidak seharusnya dipandang ringan oleh ibu ibu yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Sentiasa lengkapkan diri dengan pelbagai bahan bacaan sebelum melahirkan anak. Ketahui masalah masalah penyusuan susu ibu yang biasa dihadapi oleh ibu ibu selepas melahirkan anak.

Pastikan anda tahu yang susu tak semestinya akan terus keluar sebaik bayi dilahirkan. Bagaimana pun, jangan panik kerana perut bayi adalah sangat kecil dan ia mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga 10-13jam. Sementara itu, pastikan anda berusaha untuk menyusukan bayi. Walau pun tiada lagi susu/kolostrum yang keluar, ianya adalah untuk merangsang pengeluaran susu. Dan bonusnya.. Ia membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.

Pastikan anda sentiasa positif yang susu ada. Rehat secukupnya ketika bayi tidur.

Ketahui bahawa, salah satu masalah yang menyukarkan penyusuan adalah puting tenggelam. Periksa keadaan puting sebelum bayi lahir dan ada yang menyarankan agar tarik sikit sikit bagi keluar. *maaf kalau ada yang tak selesa*

Selain dari itu, pastikan anda membawa pam susu ke hospital bagi menghadapi kemungkinan sekiranya bayi perlu diletakkan di bawah pengawasan.

Persediaan pengetahuan adalah penting. Bagi hospital rakan bayi, biasanya jururawat akan mengajar cara cara lekapan yang betul. Proses penyusuan susu ibu tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya puting terasa pedih dan luka, ianya mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Pastikan keseluruhan puting masuk ke mulut bayi.

Dan yang paling penting adalah minda yang positif.

Selamat berjaya

Tuesday

Pengetahuan asas breastfeeding bagi bakal ibu

Assalamualaikum


Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Sunday

Pam Susu Mahal VS Pam Murah

Assalamualaikum

Menjadi ibu adalah saat saat yang sangat mendebarkan dan ditunggu oleh setiap insan bergelar wanita yang telah mendirikan rumah tangga. Sebagai ibu, pastinya mereka mahu menyediakan yang terbaik buat si manja yang bakal menyerikan lagi rumah tangga yang telah didirikan.

Yang pastinya mengujakan setiap insan yang bakal bergelar ibu adalah membeli belah bagi menyediakan keperluan bayi mereka. Dari soal pakaian sehinggalah ke keperluan penyusuan. Bagi ibu-ibu yang berhajat ingin memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka tentunya akan menghadapi saat yang sukar dalam memilih pam yang terbaik bagi menjayakannya.

Percayalah. Alat yang terbaik bagi memerah susu adalah tangan sendiri. Dan berita baiknya adalah ianya PERCUMA!  Walau pun mungkin ada ibu-ibu yang berpendapat lebih mahal pam, lebih tinggi kebarangkalian mereka untuk berjaya dalam penyusuan secara ekslusif. Malangnya, hakikat sebenar tidaklah begitu. Ramai ibu-ibu yang memerah dengan menggunakan tangan, tetapi mereka berjaya dan dapat menghasilkan lebih banyak susu.

Memilih pam adalah dengan melihat pada keperluan seseorang itu. Bagi seorang pekerja biasa yang tidak mempunyai tempat khas untuk memerah susu seperti saya, pam manual adalah yang terbaik. Ini kerana ia tidak memerlukan saya mencari electric point bagi memulakan aktiviti saya. Di mana-mana saja. Tambah lagi, ia sangat ringan dan tidak memerlukan saya risau tentang motor yang mungkin akan rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Walau pun mungkin ada yang berpendapat mendapatkan let down dengan pam manual adalah sukar dan tempoh mengepam menjadi lebih lama, ia tidak berlaku pada diri saya. Dengan beberapa teknik yang saya amalkan, tempoh mengepam bagi sebelah payudara mengambil masa kurang dari 10 minit.

Keperluan setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya mengambil kira keperluan diri masing-masing dan bukan berdasarkan jenama atau harga sesebuah pam tersebut. Pam yang mahal tidak semestinya lebih baik, dan pam yang lebih murah bukan semestinya tidak memberikan hasil yang lumayan. Bagi menjamin keselesaan, saya lebih suka menyarankan agar ibu-ibu mencuba sendiri pam yang ingin dibeli di kedai yang menyediakan perkhidmatan test drive.

Sedikit info tentang perbezaan antara pam elektrik dan manual.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal-bakal ibu yang masih buntu dalam pemilihan pam yang bersesuaian dengan mereka.

Monday

Tips mengurangkan kehausan ketika berpuasa

Bulan puasa dah hampir masuk minggu ketiga. Saya kira tubuh kita semakin biasa dengan rasa lapar di siang hari. Walau pun mungkin ada yang sudah beberapa kali terlepas makan sahur, puasa masih dapat diteruskan seperti biasa. Masalah kekurangan pengeluaran susu ibu dan kehabisan stok susu ibu adalah masalah paling biasa dialami oleh ibu-ibu menyusu.

Ia adalah seiring dengan masalah dehidrasi yang sering dialami oleh ibu menyusukan anak berbanding rasa lapar ketika berpuasa. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik bagi seseorang itu berbuka puasa.

Bagaimana mengelakkan berlakunya dehidrasi melampau ketika berpuasa

(1) Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis.
(2) Elakkan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garamdapat mengurangkan rasa haus kerana, garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. shake kurma boleh membantu rasa kenyang yang lebih lama.
(3) Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari
(4) Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air.

Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan multivitamin adalah langkah permulaan yang terbaik.

Selamat meneruskan ibadah berpuasa.

Tuesday

Diet During Ramadhan

Antara yang wajib ada di rumah saya sebagai persediaan menghadapi bulan ramadhan.

(1) Kurma
(2) Madu
(3) Protein Powder / Susu (saya gunakan nutrilite all plant protein)
(4) Instant oats

Campurkan kesemuanya untuk menghasilkan shake kurma madu yang lazat dan mengenyangkan. Sangat sesuai di ambil ketika sahur bagi memastikan saya tidak cepat berasa lapar. Kalau tak  cukup masa untuk ambil makanan berat ketika sahur, cukup dengan bancuhkan shake ni. Penyediaan ringkas, mudah dan berkhasiat.

Kalau terlalu manis tak perlu tambah madu. Boleh gantikan dengan ground almond.

Selamat mencuba.

 

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting. Pastikan ia adalah vitamin semulajadi. (So far Nutrilite adalah satu-satunya syarikat di dunia ini yang menanam, menuai dan memproses vitaminnya sendiri di ladang mereka sendiri yang mendapat pengiktirafan organik setiap tahun. Oleh itu, saya lebih mengesyorkan jenama seperti Nutrilite kerana ianya berkesan, selain harganya yang berpatutan )

Nutrilite telah diundi sebagai jenama vitamin & supplement brand yang paling dipercayai di Malaysia dan Asia selama 8 tahun berturut turut oleh pembaca Reader Digest. Euromonitor International Limited Claim:Nutrilite is the world's No. 1 selling vitamin, mineral and dietary supplement brand (based on market search on 2010)

Euromonitor in an independent company doing market research for many products.

Hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Thursday

Penyusuan Susu Ibu : Persediaan ketika hamil

Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda.
(1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu.
(2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir
(3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.
(4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com
(5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu
- Kellymom
- Website rasmi LLL
(6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran.
(7) Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
- Masalah puting pendek - Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
- Susu tidak keluar - Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
- Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
- Puting sakit ketika menyusukan bayi - Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.
(8) Yakin dan percaya bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik kelahirannya. Seorang wanita yang normal seharusnya boleh menyusukan bayi mereka. Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep supply & demand. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahiran mereka.

Monday

Pam di mana?

Saya pam di surau office dua kali dan sekali lagi pam di locker room Gym (ya ofis saya ada gym tapi saya tak pernah bersenam di situ..hehe) Sebelum ini saya tumpang pam di bilik makcik cleaner atau meeting room. Tapi sejak office berpindah ke bangunan baru, meeting room berdinding kaca see through dan saya terpaksa cari lokasi lain yang lebih privacy untuk aktiviti mengepam.


Menggunakan nursing cover

Antara pilihan tempat untuk mengepam di tempat kerja :-

(1) Breastfeeding room - Masih terlalu sedikit syarikat yang menyediakan breastfeeding room kepada pekerja kerana populasi ibu-ibu yang menyusu biasanya tidak ramai.
(2) Bilik sendiri - Bagi pegawai berpangkat yang mempunyai bilik sendiri tiada masalah nak mengepam di dalam bilik sendiri. Pastikan bilik anda bukan berdindingkan cermin see through dan kunci bilik sebelum mulakan aktiviti
(3) Tumpang bilik bos - Kalau ada bos yang sporting boleh tumpang bilik bos (lebih manis kalau bos perempuan)
(4) Cubicle sendiri - Agak expose tapi kalau pakai pam elektrik dan pandai cover dengan shawl atau nursing cover memang bagus kerana tak perlu tinggalkan kerja untuk menyelesaikan tanggungjawab pada si manja
(5) Surau - Lebih exposure. Kurang sikit privacy tapi bagus kalau ada teman seperjuangan.
(6) Meeting room/ File room - Dan bilik-bilik yang tak ramai orang access atau bilik yang hanya bole di access oleh kaum wanita. Pastikan pintu dikunci dahulu!

Elakkan dari melakukan aktiviti memerah di dalam toilet. Sekiranya ada sesiapa yang menyuruh anda mengepam di toilet katakan "apa kata aku buatkan air kopi utk ko dalam toilet..gamak tak ko nak minum?" Sebaiknya berbincang dengan bos mengenai aktiviti mengepam di tempat kerja. Selain dari mengelak dari dikatakan curi tulang, mereka mungkin dapat memberikan access kepada tempat mengepam yang selesa. Jangan takut bos marah kerana mereka mungkin lebih marah sekiranya mereka ingatkan anda selalu hilang sebab curi tulang. Saya pernah tumpang bilik senior manager di tempat kerja untuk mengepam. Director pun tahu aktiviti saya :)

Friday

Exclusive breastfeeding causes allergies

Call for U-turn on when to wean baby after warnings that exclusively breast-feeding for six months 'causes allergies'

Mothers are being warned that breastfeeding exclusively for six months may not be best for their babies and could put them at risk of allergies, food aversion and even obesity.

New research, which contradicts nearly a decade of official advice, says babies can be safely given solid foods at least eight weeks earlier in life.

British researchers have questioned guidelines issued in 2001 by the World Health Organisation – and supported by the Department of Health in 2003 – which told women to breastfeed for the first six months before giving solid foods to babies.
Based on WHO ‘global recommendations’, the aim was to help children worldwide avoid allergies and gastroenteritis.

But experts led by a paediatrician from University College London’s Institute of Child Health now claim the policy may actually have increased the risk of babies suffering allergies and iron deficiency. In addition, it could deter children from eating foods with bitter tastes that are good for them, fuelling the rise in obesity.

The new study in the British Medical Journal has sparked controversy, with the Royal College of Midwives claiming it can only benefit the baby food industry.
But other breastfeeding specialists welcomed the ‘common sense’ findings that many mothers instinctively follow despite feeling guilty about ignoring official advice.
The Department of Health last night stuck by the old guidelines, but admitted it has asked a panel of scientists to consider all the evidence and report back this year.
The new study says that when the WHO edict came out in 2001, many Western countries, including two out of three European nations, and the U.S. chose to ignore it.
 
But in 2003, Britain agreed to comply with the recommendation, which sprang from a review of 16 studies. They included seven from developing countries and the remainder from developed countries which were of ‘variable quality’.

The conclusion was that babies given breast milk alone for six months had fewer infections.
But another review of 33 studies carried out at the same time found ‘no compelling evidence’ against introducing solids at four to six months, known as weaning. There is growing evidence that breastfeeding alone for six months does not give babies all the nutrition they need, with some becoming iron deficient.

Babies fed on formula milk get extra iron, but they too are exposed to other drawbacks of late introduction of solid foods.
The new study says Swedish research links problems with tolerating gluten to a delay in eating it until six months – with the ideal wait being four to six months.
Professor Mary Fewtrell, who led the research team, said: ‘Perhaps the Department of Health might conclude similarly were it to commission an objective, independent review of the evidence.’

Clare Byam-Cook, an independent breastfeeding counsellor and former midwife, said: ‘The findings are long overdue because there is no evidence to show harm from introducing solids at three months or if the baby is over 12 pounds in weight.’
But Janet Fyle, policy adviser at the Royal College of Midwives, said changing official advice would be a retrograde step that ‘plays into the hands of the baby food industry’.
She said there was ‘irrefutable evidence’ that breast milk confers many health benefits on babies that last a lifetime. 

A spokesman for the Department of Health said: ‘Mothers who wish to introduce solids before six months should always talk to health professionals first.’

Read more:
Daily Mail
Other related NEWS :  BBC news

Komen;
 
Saya harap mereka turut menyatakan siapa yang menaja "research" tersebut. :)

Bagi saya, tak dapat dinafikan bahawa pada sesetengah bayi yang disusukan dengan susu ibu sepenuhnya masih lagi mengalami masalah sering dijangkiti penyakit, alahan dan masalah-masalah penyakit lain. Bagaimana pun, kita tidak boleh menafikan bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi pada peringkat awal kelahirannya. Ini kerana, Rasulullah sendiri disusukan hanya dengan susu ibu pada 2 tahun pertama kehidupannya (Please correct me if i'm wrong)

Saya mula memperkenalkan solid pada anak sulung saya ketika dia telah mencapai umur 6 bulan. Sehingga kini, dia tidak mengalami masalah berkaitan alahan atau memilih makanan. Makanan kegemarannya adalah lobak merah, kacang dan ikan bilis. Dia sangat suka nasi berbanding mi atau bihun. Manakala adik, saya perkenalkan dengan solid seminggu sebelum cukup umurnya enam bulan. Adik juga tidak mengalami apa-apa masalah alahan. Pada pendapat saya, sama ada seorang kanak-kanak itu memilih makanan atau tidak adalah bergantung pada bagaimana kita mula memperkenalkan makanan tersebut kepadanya. Kita tahu sejak azali lagi yang sesetengah sayur tu mempunyai rasa yang pahit, jadi mula perkenalkan sayur yang lebih manis dahulu kepada mereka. Persembahan juga penting untuk menarik minat mereka mencuba. 
 
Antara cara saya memperkenalkan sayur kepada anak saya adalah dengan membuat salad buah dan sayuran yang dicampur dengan mayonis. Rasa mayonis sedikit sebanyak akan menyembunyikan rasa sayur tersebut. Setelah mereka biasa dengan rasa sayur tersebut tentu tiada masalah bagi mereka mencuba sayur tersebut apabila dimasak dengan kaedah lain.

Saya berharap tiada ibu-ibu yang melatah dan rasa menyesal kerana menyusukan bayi mereka secara ekslusif dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan si manja mereka. Untuk mengetahui bilakah waktu paling sesuai untuk memperkenalkan makanan separa pepejal kepada bayi, pastikan anda mengenalpasti tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda. Ini adalah kerana setiap bayi adalah berbeza.

Thursday

Ibu menyusu perlukan supplement atau tidak

Saya mungkin tergolong dalam kumpulan wanita (cewah~) yang bertuah kerana boleh dikatakan berjaya memberikan penyusuan susu ibu hampir sepenuhnya kepada kedua orang cahaya mata saya. Pada peringkat awal, saya beranggapan bahawa penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerja adalah mustahil kerana langsung tidak terdedah dengan kaedah memerah susu menggunakan pam dan kaedah penyimpanan susu ibu. Malah saya bercadang memilih jenama susu formula yang terbaik dipasaran untuk si manja saya apabila mula bekerja kelak. Namun, saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja menemui komuniti susuibu.com yang memberikan banyak informasi berguna sekaligus membuka mata saya tentang kebaikan penyusuan susu ibu.
Saya semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat si manja apabila suami turut memberikan sokongan setelah saya menyatakan hasrat saya. Bagaimana pun, seperti ibu-ibu lain juga terdapat banyak cabaran yang saya hadapi sejak mula melahirkan anak sulung,  cabaran terhebat adalah apabila saya disahkan mengandung ketika anak sulung saya berumur satu tahun. Saya memperbanyakkan sesi memerah  di tempat kerja serta di rumah dan mengambil beberapa jenis makanan  dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu. Bagaimana pun hormon  yang semakin tidak stabil ditambah dengan tekanan di tempat kerja  memaksa saya menggunakan stok yang sedia ada dan akhirnya terpaksa memberikan  susu formula kepadanya.

Saya seorang yang percayakan sumber semulajadi lebih baik dari pengambilan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan sumber rujukan saya menyatakan bahawa diet ibu tidak begitu mempengaruhi kualiti susu yang terhasil. Ketika seorang sahabat menyarankan agar saya mula mengambil supplement tambahan bagi menambah pengeluaran serta kualiti susu yang dihasilkan saya hanya mendengar bagai angin lalu. Bagaimana pun, selepas bersalin anak kedua saya tergerak untuk mencuba mengambil B complex kononnya untuk membantu menambah selera makan di samping mengurangkan masalah tekanan. Hasilnya sungguh menakjubkan kerana ketika memerah susu saya melihat susu tersebut kelihatan lebih berkrim dari susu yang biasa saya perah ketika tidak mengambil apa-apa pemakanan tambahan. Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa pengambilan pemakanan tambahan sebenarnya sedikit sebanyak menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih berkualiti buat si manja. (Saya mengandaikan bahawa B complex yang dimakan mengalir dalam susu dan memberikan warna kekuningan pada susu dan membuatkannya kelihatan lebih berkrim :D) Setelah itu, saya lebih bersemangat untuk meneruskan pengambilan supplement sebagaimana yang disyorkan oleh sahabat saya.

Selain dari kesan atas susu yang dihasilkan, apa yang saya dapat katakan adalah setelah mengamalkan pengambilan suppelement saya kurang mengalami masalah sukar bangun pagi, lebih bertenaga, tidak mengantuk pada waktu siang dan tidak mudah mendapat jangkitan selesema.
Bagaimana pun, saya masih lagi percaya bahawa mengamalkan pemakanan seimbang sebagaimana yang disyorkan adalah yang paling utama. Pemakanan tambahan adalah bertujuan untuk memberikan penambahan pada mana-mana diet yang terkurang kerana adakalanya saya tidak dapat mengikuti jadual pemakanan seimbang seperti yang disyorkan. Sebagai contoh; hidangan sayur dan buah yang perlu diambil adalah 3-4hidangan. Biasanya saya hanya makan hidangan buah sekali atau dua kali sehari, oleh itu pengambilan supplement tambahan sedikit sebanyak dapat mencukupkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh saya bagi hari tersebut.

Kesimpulannya sama ada individu itu tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira menyusukan anak atau tidak perlu melihat kepada pemakanan mereka sendiri untuk menentukan sama ada mereka memerlukan pemakanan tambahan (supplement) atau sebaliknya. Bagi ibu yang menyusukan anak, pengambilan vitamin tambahan adalah lebih kepada bagi keperluan kesihatan diri sendiri. Tidak ada jawapan betul atau salah bagi persoalan ini. Badan kita adalah doktor terbaik yang dapat memberitahu apa yang diperlukan :)

Wednesday

Bersediakah si manja anda?

Saya sering terbaca dan terdengar tentang kisah ibu-ibu yang memulakan pemakanan separa pejal kepada bayi mereka sebelum umur enam bulan. Alasan biasa yang diberikan adalah bayi kelihatan lapar walau pun setelah disusukan sama ada susu ibu atau pun susu formula. Tidak kurang yang “top up” bayi mereka dengan susu formula dengan alasan susu mereka tak cukup. Bayi minum lama tapi tak kenyang-kenyang.

Antara makanan terawal yang diperkenalkan adalah seperti bijirin bayi, pisang, air tepung beras dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa pengenalan terhadap makanan separa pejal yang terlalu awal adalah amat berisiko. Ini adalah kerana usus bayi sebelum usia enam bulan masih belum bersedia memproses makanan separa pepejal. Bahkan sesetengah susu formula juga boleh mendatangkan masalah kepada pencernaan bayi. Kesan yang biasa dilihat adalah seperti kembung, cirit birit atau sembelit. Mungkin sesetengah bayi tidak menunjukkan sebarang masalah seperti yang disebutkan tetapi ia masih mempunyai risiko kesan jangka panjang yang boleh dilihat setelah bayi tersebut dewasa. Selain dari itu, pengenalan makanan terlalu awal boleh meningkatkan risiko masalah alergi kepada bayi.

Apa yang ibu-ibu perlu ketahui adalah bayi yang baru dilahirkan hingga umurnya enam bulan perlu diberikan susu semata-mata. Sehingga umur bayi tersebut setahun, khasiat dari susu adalah mencukupi untuk tumbesaran seorang bayi. Pengenalan kepada makanan separa pejal pada umur enam bulan adalah untuk memperkenalkan bayi kepada rasa dan tekstur makanan yang berbeza. Mungkin ada sesetengah bayi menunjukkan minat yang terlalu awal terhadap makanan (contohnya empat bulan). Bukan saja faktor minat yang perlu diambil kira, faktor seperti

(1)    Sudah boleh duduk dengan bantuan, pergerakan tangan mencapai dan memasukkan alat permainan ke dalam mulut
(2)    Dapat mengawal pergerakan kepala dengan baik
(3)    Hilang tongue thrust reflex
(4)    Melihat orang lain makan dan memerhatikan pergerakan makanan disuap ke dalam mulut
(5)    Bayi sudah boleh membuat gerakan membuka mulut, mengunyah.
(6)    Bayi mula berupaya memberitahu ia tidak mahu dengan menggelengkan kepala.
(7)    Masih kelihatan lapar selepas minum susu.

Pastikan bayi anda memenuhi sekurang-kurangnya empat atau lima kriteria di atas sebelum anda mengambil sebarang keputusan berkenaan dengan pemakanan bayi anda. Sekiranya anda merasakan yang bayi anda telah bersedia untuk memulakan pemakanan separa pepejal perhatikan perubahan-perubahan pada si manja seperti

(1)    Kembung perut
(2)    Ruam merah seperti kertas pasir pada muka
(3)    Hidung berhingus dan mata berair
(4)    Cirit birit atau najis bermukus/berlendir
(5)    Ruam merah pada lubang punggung
(6)    Tidak duduk diam (cranky behaviour)
(7)    Muntah-muntah

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi adalah lebih baik anda menyediakan diari pemakanan bayi bagi memudahkan anda mengenalpasti punca alahan sekiranya berlaku sebarang reaksi. 

Tidak dinafikan pengalaman menjadi ibu dan melihat si manja menerima makanan pertama adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu. Bagaimana pun, pastikan si manja dan anda telah benar-benar bersedia untuk melaluinya. Sekiranya percubaan menyuap makanan kali pertama tidak berjaya, berhenti dan cuba lagi di lain hari. Pada kali pertama mungkin si kecil hanya makan sesudu makanan yang disuap kepadanya. Jangan kecewa jika ia tidak makan sebanyak yang anda mahukan kerana pada peringkat awal, tujuan pengenalan makanan separa pejal adalah untuk memperkenalkan bayi anda kepada rasa dan tekstur makanan yang berlainan. Kenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan gunakan kaedah 4-days-rule untuk mengesan sebarang reaksi alahan pada bayi anda.

Jangan lupa bahawa susu ibu masih lagi makanan utama bayi anda dan khasiatnya adalah mencukupi bagi tumbesaran bayi anda!

Monday

Pam manual atau elektrik

Bagi yang pertama kali melalui pengalaman mengandung dan bersalin pasti tidak sabar-sabar hendak menyusukan bayi mereka. Apatah lagi apabila sampai saat hendak memilih pam yang bersesuaian bagi kegunaan apabila kembali bekerja kelak.

Terdapat banyak jenis pam dipasaran sama ada di jual di kedai-kedai, pasaraya mahu pun kedai online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak dinafikan memilih pam bukanlah suatu perkara yang mudah. Silap-silap pilih yang tak bersesuaian akibatnya tersadai tak digunakan. Membazir saja.

Bagaimana pun, sebelum mengambil keputusan membeli apa juga jenis pam yang ada dijual, perlulah diketahui bahawa alat terbaik untuk memerah susu adalah tangan anda sendiri. Ya, ianya percuma! Anda hanya perlu cuci tangan dan sediakan satu bekas yang bersih untuk menadah susu yang diperah. Bagi yang sudah master memerah menggunakan tangan, tidak perlu lah pening kepala nak memikirkan hendak beli pam yang mana satu. Lebih-lebih lagi tidak perlu bawa gadget yang memenuhkan beg setiap kali keluar bekerja. Sebagai bonus, anda juga tidak perlu membasuh pam dan juga mensterilkannya setiap kali pulang bekerja. Jadi, sebaik-baiknya belajarlah memerah susu menggunakan tangan. Terdapat banyak video di internet yang menunjukkan cara-cara memerah susu menggunakan tangan. 

Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan dan keburukan pam manual dan elektrik. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan pam elektrik
(1) Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
(2) Tak melenguhkan tangan.
(3) Sambil pam, boleh buat kerja lain. 
(4) Biasanya komponen kurang berbanding pam manual

Keburukan pam elektrik
(1) Kena ada elektrik point baru boleh pam.
(2) Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
(3) Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
(4) Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.

Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian)

Kebaikan pam manual
(1) Ringan dan mudah dibawa
(2) Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
(3) Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dah dapat penuh sebotol)
(4) Tak payah fikir pasal motor, selagi getahnya elok selagi tu boleh guna. Pam avent manual saya dah hampir dua tahun, masih elok lagi.

Keburukan
(1) Lenguh tangan
(2) Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
(3) Sesetengah pam, komponennya banyak

Bagi yang mempunyai budget yang sedikit tetapi tidak kisah mengenai masa, dan selalu sangkut dalam jam amat sesuai menggunakan pam manual. Bagaimana pun hati-hati ketika memandu. Don't pump and drive ok!

Tak kisah la nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda selesa dengan pam tersebut. Bagi yang ada budget lebih mungkin boleh beli pam elektrik yang mahal seperti free style yang lebih ringan dan guna kuasa bateri. Kalau kurang budget, guna pam manual seperti avent pun dah cukup. Sewaktu nak beli tu kalau boleh, pergi ke kedai yang boleh test drive pam nya. Kalau agak-agak selesa boleh terus beli.

Sunday

Susah sangat ke menyusu badan ni??

Ya. Penyusuan susu ibu akan menjadi sukar sekiranya anda tidak benar-benar memahami cabaran dan permasalahan yang bakal anda hadapi untuk menjayakannya. Malah ramai ibu-ibu yang pertama kali cuba menyusukan bayi mereka tidak berjaya dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga dua tahun kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang penyusuan susu ibu selain dari mendapat nasihat dan pandangan dari orang yang tidak arif tentang penyusuan susu ibu.

Antara perkara yang mesti dipelajari ketika bayi masih dalam kandungan lagi adalah kaedah pelekapan yang betul. Ini kerana, kaedah pelekapan yang salah akan menjadi punca bayi kerap menangis, berat bayi yang tidak bertambah, dan merupakan salah satu punca susu menjadi kering. Malah, ia boleh menjadi punca kepada kesakitan puting sedangkan proses penyusuan susu ibu sepatutnya merupakan saat bahagia bagi setiap wanita bukan pengalaman ngeri. Posisi yang baik ketika menyusukan bayi juga penting kerana ketika dalam pantang, wanita yang baru lepas bersalin memerlukan rehat yang secukupnya.

Puting tenggelam juga tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak menyusukan bayi. Wanita yang bakal menjadi ibu yang bercadang hendak menyusukan bayinya sepenuhnya juga harus mengetahui masalah-masalah berkaitan penyusuan yang bakal dihadapinya sepanjang tempoh penyusuan. Bagi wanita yang bekerjaya pula mereka hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kaedah penyusuan dan persedian apabila mereka hendak kembali bekerja kelak.

Walau apa pun permasalahan yang dihadapi, pastikan anda sentiasa mendapatkan nasihat melalui saluran yang betul.

Saturday

Berat bayi tidak bertambah!!

Saya percaya ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya yang menghadapi masalah bayi mereka tidak membesar atau menambah berat badan sebagaimana graf tumbesaran yang sepatutnya dan seterusnya menerima kritikan seperti

(1) Anak ko tak cukup susu ni...
(2) Susu ko takde khasiat agaknya..

Ini akan memberikan tekanan kepada ibu tersebut lebih-lebih lagi sekiranya ibu tidak mempunyai persediaan yang lengkap untuk menghadapi kritikan dan pengetahuan secukupnya tentang penyusuan susu ibu. Akhirnya mereka akan berputus asa dan mula memberikan susu formula kepada bayi secara berperingkat. Perlu diketahui bahawa dengan memberikan susu formula kepada bayi ibu akan menyebabkan pengurangan dalam penghasilan susu ibu kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand.

Mengenalpasti punca kurangnya pertambahan berat bayi

- Adakah bayi menyusu dengan kerap? Berapa kerapkah anda perlu menukar lampin bayi. Ini akan menentukan sama ada bayi mendapat susu/nutrisi yang cukup atau tidak. Sesetengah bayi yang menyusu dengan susu ibu secara exclusive mungkin tidak berak setiap hari, tetapi mereka akan kencing dengan kerap sekiranya mendapat susu yang cukup.
- Adakah ibu yang menetapkan masa bila bayi sepatutnya bertukar dari menyusu sebelah kanan payudara ke sebelah kiri?
- Adakah pelekapan bayi betul dan mendapat susu setiap kali menghisap susu dengan anda?
- Adakah bayi anda sakit


Bagaimana cara untuk memastikan bayi menambah berat badan
(1) Bagi bayi yang berumur kurang dari 6 bulan, kurangkan atau hentikan pengambilan makanan separa pejal kerana susu ibu adalah sumber nutrisi yang lengkap bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Dengan memberikan makanan tambahan kepada bayi, bayi tersebut akan berasa kenyang dan menyebabkannya kurang menyusu
(2) Tidur bersama bayi sedikit sebanyak dapat menambah kekerapan penyusuan dan menambah rembesan prolaktin yang dapat memperbanyakkan susu ibu
(3) Susukan bayi setiap 2 jam sekali. Pastikan anda membiarkan bayi membuat keputusan untuk berhenti dari menyusu kerana sekiranya bayi tidak mendapat kedua-dua jenis susu ia boleh menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya setiap kali ia menyusu. (susu pada peringkat awal lebih cair, dan peringkat akhir lebih pekat dan kaya dengan nutrisi)
(4) Kaedah mengurut dapat membantu sistem pencernaan bayi seterusnya membantu menambah berat badan bayi
(5) Urut payudara ketika mengepam atau menyusukan bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang lebih lancar dan membantu pertambahan berat bayi.


Ada sesetengah pendapat menyarankan agar ibu-ibu yang memerah susu mengumpulkan lapisan lemak yang terkumpul di bahagian atas susu dan dicampurkan ke dalam satu bekas. Ini adalah untuk memastikan bayi mendapat lebih kalori dalam sekali penyusuan. Bagaimana pun saya sendiri belum pernah mencubanya. Mungkin ada ibu-ibu yang telah mencubanya boleh berkongsi pengalaman ;)

Tuesday

FAQ - Menyusu sewaktu mengandung dan tandem nursing

Antara persoalan yang perlu diketahui

Isu kesihatan
- Adakah selamat menyusukan sewaktu mengandung?
- Adakah selamat menggunakan pam sewaktu mengandung?
- Adakah kuman lebih cepat tersebar kepada kedua-dua bayi yang disusukan sewaktu tandem nursing?

Nutrisi
- Nutrisi bagi ibu
- Adakah menyusu sewaktu mengandung akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan?

Susu ibu
- Bagaimana perubahan susu ibu sewaktu mengandung dan sewaktu tandem nursing?

Ketidakselesaan dan perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu mengandung
- Tips bagi membuat keputusan sama ada hendak meneruskan penyusuan atau menghentikan penyusuan apabila mengandung dan tandem nursing
- Adakah meneruskan penyusuan sewaktu mengandung menyebabkan bayi akan berhenti menyusu sebelum sampai waktunya?
- Apa yang akan berlaku sekiranya saya ingin menceraikan susu?
- Masalah penyusuan ketika mengandung
- Bagaimana penyusuan akan memberi kesan kepada rasa mual (morning sickness) ketika mengandung?
- Menyusukan bayi sewaktu melahirkan anak

Tandem Nursing
- Adakah saya akan menyukai tandem nursing? Adakah berbaloi untuk saya tandem nursing kedua-dua anak saya?
- Puting pedih dan bengkak susu selepas melahirkan anak
- Adakah bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan terlebih dahulu setiap kali?
- Apakah posisi terbaik ketika tandem nursing?
- Bagaimanakah tandem nursing akan memberi kesan kepada hubungan kedua anak saya (sibling rivalry)?
- Bagaimana menjawab kritikan mengenai tandem nursing?

Monday

Adakah selamat menyusu sewaktu mengandung?

Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan setelah mendapati mereka mengandung. Walau pun sebenarnya ramai pakar laktasi berpendapat kebanyakan ibu tidak bermasalah untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung, namun begitu masih ramai lagi yang bertindak menghentikan penyusuan.

Dalam usia kandungan mencecah 28 minggu, saya masih lagi menyusukan anak saya. Bagaimana pun, disebabkan masalah kekurangan susu yang amat teruk saya terpaksa memberikan susu formula, susu soya (kotak) dan juga susu segar kepada anak saya yang berumur satu tahun setengah. Setakat ini, selain dari masalah keletihan dan kesakitan pada puting, saya tidak menghadapi sebarang masalah serius dengan kandungan saya. Malah, doktor juga membenarkan saya meneruskan penyusuan selagi saya mampu.

Terdapat banyak pendapat tentang perlunya menghentikan penyusuan ketika mengandung, tetapi tidak semuanya tepat.

(1) Hisapan bayi akan menyebabkan pengecutan pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada kandungan - Hisapan bayi akan merembeskan hormon prolaktin yang menyebabkan contraction, keadaan yang sama berlaku ketika melakukan hubungan antara suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

(2) Bayi dalam kandungan akan mengalami masalah kekurangan nutrisi - Badan manusia telah diciptakan dengan cukup sempurna di mana ia mampu membahagikan nutrisi seimbang kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dan menghasilkan nutrisi yang cukup untuk bayi yang sedang menyusu. Bagaimana pun, dalam kebanyakan kes, hormon yang dirembeskan ketika mengandung akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Oleh kerana itu, bayi yang lebih dewasa perlu nutrisi tambahan dari makanan atau pun susu formula bagi menampung keperluan nutrien bagi tumbesaran mereka.

(3) Penyusuan sewaktu mengandung meningkatkan risiko ibu mengalami osteoporosis (tulang rapuh) sewaktu mengandung - Setakat ini tidak ada kajian yang dapat membuktikan ibu-ibu yang mendapat nutrisi yang mencukupi sewaktu mengandung akan menghadapi masalah tulang rapuh apabila menyusukan anak sewaktu mengandung. Malah menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.

Menyusukan bayi sewaktu mengandung secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu, bayi yang lebih tua dan juga bayi di dalam kandungannya. Secara peribadinya, saya mendapati anak saya dapat memahami bahawa dia bakal menjadi abang dengan melihat perubahan fizikal saya dan dalam masa yang sama dia menunjukkan kasih sayang kepada bayi dalam kandungan saya dengan mencium dan juga memeluk perut saya. Walau bagaimana pun, sekiranya anda masih berasa ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung dapatkan nasihat pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

Wednesday

Sokongan suami, cara mudah mendapatkannya

Breastfeeding bukan lah satu perkara yang menyusahkan. Malah, selain dari dapat menambah kemesraan ikatan antara suami-isteri-anak, ia juga dapat membantu kewangan keluarga kerana tidak perlu lagi menyediakan wang untuk membeli susu formula setiap bulan. Juga tidak perlu bangun malam untuk menyediakan susu untuk bayi.

Bagaimana pun, ramai ibu yang berputus asa kerana tidak mendapat sokongan dan pengetahuan yang cukup tentang penyusuan susu ibu. Terutamanya ibu-ibu muda yang melahirkan anak pada kali pertama. Masih ramai lagi ibu yang mempunyai azam yang kuat ingin menyusukan bayi mereka tetapi tidak mempunyai sokongan dan pengetahuan yang cukup tentangnya lalu berputus asa sebelum bayi cukup umur 6 bulan.

Mendapatkan pengetahuan mengenai penyusuan yang betul bukan sahaja tanggungjawab isteri, ia adalah tanggungjawab bersama bagi suami. Oleh itu, sokong suami adalah sangat penting. Lelaki biasanya amat sukakan sesuatu yang menjimatkan. Oleh kerana itu, bagi mendapatkan sokongan dari suami kita bolehlah berbincang dengan suami tentang penjimatan yang dapat dibuat melalui penyusuan susu ibu. Buat kira-kira tentang penjimatan yang dapat dibuat dalam masa sebulan dan sepanjang masa bayi menyusu. Beritahu suami bahawa dia tidak perlu bersusah payah bangun ditengah malam untuk menyediakan susu bayi sekiranya bayi menyusu dengan susu ibu.

Setelah berjaya mendapatkan sokongan suami, bersama-samalah untuk mendapatkan pengetahuan yang betul tentang penyusuan susu ibu. Minta bantuan dari pakar sekiranya menghadapi masalah. Bertanya pada saluran yang salah boleh menyebabkan maklumat yang diperolehi tidak tepat. Menyusukan bayi adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi seorang ibu. Oleh itu pastikan ia menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk diingati pada masa akan datang.

Friday

Kekurangan susu disebabkan oleh PCOS

PCOS merupakan singkatan bagi Polycystic Ovarian Syndrome atau juga dikenali sebagai sindrom Stein-Leventhal secara klinikalnya. PCOS menyebabkan ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan oleh benih-benih yang terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Lama-kelamaan ia akan menyebabkan ovari membengkak dan seterusnya menimbulkan pelbagai masalah kepada wanita itu.

Sehingga ke hari ini punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Ia juga tidak mempunyai rawatan yang khusus untuknya.


Tanda-tanda umum PCOS
(1) Tidak Subur atau mandul
(2) Haid tidak teratur

(3) Gemuk - Walau pun PCOS bukan punca utama masalah kegemukan tapi PCOS boleh menjadi salah satu puncanya. Biasanya peningkatan berat badan secara mendadak berlaku selepas seorang wanita itu berkahwin di mana masalah ketidakseimbangan hormon menjadi lebih serius dan mengganggu kesuburan mereka.
(4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
(5) Tumbuh rambut di sekitar atas mulut dan sebagainya.

Salah satu kesan PCOS adalah masalah kekurangan susu ketika tempoh penyusuan. Bagaimana pun bukan semua pesakit PCOS akan menghadapi masalah ini. Terdapat juga wanita yang menghidap PCOS tetapi tidak mempunyai masalah menyusukan bayi mereka.

Pengetahuan mengenai cara-cara mengatasi masalah kekurangan susu dapat membantu anda bersedia sebelum bersalin seperti pengambilan pil Metformin ketika mengandung. Bagaimana pun sebagaimana ubatan yang lain ia mempunyai kesan sampingan seperti menyebabkan tekanan perasaan dan sebagainya.Dapatkan bantuan pakar sekiranya perlu.

Selain itu, pengambil halba (fenugreek) dan juga herba Goat's rue juga telah membantu ramai wanita yang mengalami masalah kekurang bekalan susu.

Lagi cerita
Breastfeeding With PCOS

Iparenting - Breastfeeding and PCOS
Kellymom

Monday

Mula dari mana ?

Pasti ramai ibu-ibu yang akan kembali bekerja berasa tidak pasti dan keliru tentang alatan yang perlu dibeli untuk tujuan penyusuan secara ekslusif :

Little Whiz menyediakan pelbagai peralatan pilihan untuk keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak


(1) Pam - Merupakan satu elemen penting memandangkan anda terpaksa memerah susu untuk bekalan kepada bayi ketika tiada bersama dengan bayi. Dinasihatkan beli pam yang sesuai dengan kehendak sebelum melahirkan anak atau beberapa minggu sebelum kembali bekerja bagi menyediakan simpanan. Satu bonus sekiranya anda memerah menggunakan tangan kerana tidak perlu bersusah payah membeli pam.

(2) Bekas menyimpan susu untuk disimpan dalam peti sejuk - Jika anda mempunyai budget yang agak ketat, boleh gunakan bekas dadih (100 bekas dan boleh digunkan sehingga 3 kali), selain dari itu boleh juga gunakan liner pakai buang. Bagi yang mempunyai ruangan yang besar dalam peti sejuk boleh gunakan spectra storage bottle.

(3) Beg untuk membawa susu yang diperah di pejabat - Ramai ibu-ibu menggunakan MLO cooler beg yang boleh didapati di kedai MLO. Bagaimana pun, sekiranya majikan dimana anda bekerja menyediakan peti sejuk mungkin anda boleh gunakan beg bento yang boleh dibeli di kedai Hinode dengan harga RM5 sahaja ( Boleh memuatkan Avent Isis manual pump, 2 botol Avent, 1 botol First year dan satu botol kecil size 3Oz, 2 brite ice size kecil )

(4) Ice pack - Brite ice (Giant ; size kecil RM9.90) , MLO Icepack ( Online ; RM20 ) dan juga techni ice ( Package , Sheet )

(5) Sterillizer : Avent, snow, atau pun gunakan pil pureen. Boleh juga gunakan kaedah merebus bagi menjimatkan kos.

(6) Warmer : Memudahkan tugas-tugas memanaskan susu yang telah disejukkan. Untuk menjimatkan kos, rendamkan botol dalam air suam.

Masalah Penyusuan - Puting tenggelam

Puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam.Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting.

Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

(1) Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
(2) Urutan - Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi.
(3) Pam Payudara - Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
(4) Breast shell - Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.
(5) Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukanregangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.
(6) Nipple shield - Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.
Blog Widget by LinkWithin