Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM melahirkan kekesalan diatas perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang bertindak merosakkan Tabung Permata dan dalam masa yang sama mencuri segala wang yang terdapat didalamnya. Untuk maklumat semua, keempat-empat tabung utama Tabung Permata telah dipecahkan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Pihak kami masih mengumpul idea dan pandangan untuk mengatasi masalah ini dan dalam masa yang sama memikirkan idea terbaik untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi.
Pihak kami sedia menerima idea dan pandangan untuk penambahbaikan Tabung Permata ini agar ianya dapat berfungsi semula dengan keadaan yang lebih selamat, ideal dan fleksibel. Sebarang cadangan boleh terus dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM ataupun Penasihat Tabung Permata(merangkap Pemilik Workshop Fabrikasi Parit Jelutong)Wak Ali, 019-7654532. Proses penambahbaikan mungkin memakan masa yang agak lama berikutan faktor kos pembaikpulihan dan kos penambaibaikan bagi meningkatkan lagi aspek-aspek keselamatan.
Sebarang sumbangan derma yang ingin dibuat kepada Tabung Permata bolehlah dibuat terus melalui dua lagi Tabung Permata yang berfungsi seperti biasa dimana ianya diletakkan di dalam Pusat Dobi KKTDI dan Kedai Koperasi KKTDI. Sumbangan derma daripada warga UTHM adalah amat dialu-alukan. Semoga Tabung Permata akan semakin mantap dari masa ke semasa agar objektifnya untuk menjana sumber kewangan rasmi kepada Surau Perdana UTHM dapat direaliasikan dan seterusnya menjayakan misi dan visi Surau Perdana UTHM melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada warga UTHM.
Surau Perdana UTHM sekali lagi menganjurkan Program Klinik Al-Quran 2010 dengan pendekatan baru. Pengarah Program ialah Zuhariman Yaacob dan Guru Pengajar Al-Quran Al-Fadhil Ustaz Rahim.
Program : Klinik Al-Quran 2010
Masa : 8.00 - 9.00 malam
Hari : Setiap Sabtu dan Ahad (boleh dirunding)
Tempat : Pusat Al-Quran Assha'rawi (atas 7eleven, Parit Raja)
Yuran : RM40 sebulan (boleh dirunding)
Anjuran : Surau Perdana UTHM dan Pusat Pengajian Al-Quran Assha'rawi
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Al-Fadhil Ustaz Rahim, Pengarah Pusat Al-Quran Assha'rawi 016-7442358 atau Zuhariman Yaacop, Pengarah Program Klinik Al-Quran, Surau Perdana UTHM.Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan maklumat berkenaan Pusat Pengajian Al-Quran Assha'rawi >klik disini< Seluruh warga UTHM dan Parit Raja adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini bermula dari sekarang! Jom daftar segera!
Pengurusan Surau Perdana UTHM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubaruk. Semoga bukan ramadhan kali ini bisa memberi erti dan bisa membuatkan diri kita semakin rapat kepada Allah. Semoga ukhwah semasa kita juga semakin erat. Selamat menunaikan ibadah puasa dan solat surat terawih. Tunaikanlah dengan ikhlas dan penuh sabar semoga Allah memberi ganjaran dan balasan baik, di dunia dan di akhirat.
Surau Perdana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Surau Perdana UTHM) adalah merupakan salah satu sayap kepada Biro Kerohanian dan Etika(BKE), Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKK), Kolej Kediaman Tun Dr. Ismai (KKTDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia juga dikenali sebagai Unit Surau, BKE. Oleh kerana kekurangan ahli surau yang menganggotai Unit Surau, BKE, ini menyebabkan surau tidak mampu menggerakkan aktiviti dengan lebih berkesan, maka pengurusan BKE telah bertindak untuk memberi kuasa autonomi kepada Unit Surau, BKE untuk membentuk Lembaga Pengarah untuk menguruskan Surau Perdana UTHM, dimana Pengerusi BKE dilantik sebagai Penyelaras manakala Pengerusi Surau Perdana UTHM dan Ahli Lembaga Pengarahnya dilantik oleh Mesyuarat Agung Surau atau dilantik secara terus oleh Majlis Penasihat.
Pengerusi yang dilantik oleh Mesyuarat Agung atau Majlis Penasihat secara automatik akan dilantik menjadi Ketua Unit Surau BKE. Tempoh perkhidmatan Lembaga Pengarah ini adalah selaras dengan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Kolej Kediaman, dengan pembubaran Jawatankuasa Kolej Kediaman maka secara automatik Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM juga akan terbubar. Surau Perdana UTHM kemudiannya akan diambilalih oleh Majlis Penasihat sehinggalah perlantikan baru JKK.
2. INFORMASI
Maklumat terkini tentang Surau Perdana UTHM boleh diperolehi melalui laman blog manakala bagi urusan rasmi, email, surat menyurat, telefon dan faks menggunakan kemudahan Pejabat KKTDI.
Alamat :
Pengurusan,
Surau Perdana UTHM,
Biro Kerohanian dan Etika,
Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Telefon :
07-4537188
Faks :
07-4536055
Laman blog
http://www.surauperdana.blogspot.com
Email
surauperdana@yahoo.com
3. PELAN STRATEGIK
Visi :
Menjadikan Surau Perdana UTHM sebagai surau contoh dikalangan surau-surau kolej kediaman yang terdapat di dalam UTHM bagi mewujudkan persaingan sihat disamping mampu mempertingkatkan imej Islam melalui dimensi organisasi dan pentadbiran kerana Allah s.w.t.
Misi :
Membangunkan dan menyediakan sistem juga suasana surau yang kondusif ke arah menghasilkan surau yang mampu menarik pelbagai latarbelakang untuk bersama mengimarahkan surau dan secara tidak langsung melahirkan modal insan yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta berakhlak melalui kewujudan organisasi surau dalam usaha menjayakan visi surau.
Tema :
Surau Untuk Semua
Matlamat :
Mewujudkan sebuah organisasi yang berkonsepkan keluarga sesuai dengan konsep persaudaraan Islam, dimana setiap ahli organisasi diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang saling bekerjasama, bantu-membantu, nasihat-menasihati, tegur-menegur dan berkasih sayang atas dasar kejujuran juga keikhlasan kerana Allah s.w.t.
Objektif :
Menjana pemikiran kreatif dikalangan ahli organisasi untuk merancang, merangka dan menganjurkan aktiviti sama ada bergerak secara berkumpulan atau individu meliputi aspek penerbitan, dakwah, akademik, rekreasi, sukan multimedia dan komunikasi.
Konsep :
Menjadikan aktiviti berorganisasi sebagai satu ibadah kerana Allah s.w.t, dimana setiap saat dalam menjalankan aktiviti bersama organisasi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, adalah berpaksikan niat kerana Allah s.w.t. Dimana setiap aktiviti yang dijalankan tidak mensasarkan pujian, penghargaan, balasan dan ucapan terima kasih melainkan keredhaan Allah s.w.t.
4. MAJLIS PENASIHAT
Majlis Penasihat dinaungi dan turut disertai oleh Pengetua KKTDI manakala ahli-ahlinya terdiri daripada empat mantan ahli Lembaga Pengarah. Ia diketuai oleh seorang Pengarah. Pengarah Majlis Penasihat dilantik secara automatik dikalangan bekas Ketua BKE atau bekas Timbalan Ketua BKE atau bekas Pengerusi Surau Perdana UTHM atau mana-mana bekas Ahli Majlis Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM mengikut keutamaan posisi jawatan pada sesi sebelumnya atau sekiranya perlu ia dilantik ketika Mesyuarat Agung Surau Perdana UTHM secara demokrasi.
Pengarah Majlis Penasihat akan melantik tiga lagi ahli Majlis Penasihat yang difikirkan sesuai mengikut kelayakan dan kemampuan. Keempat-empat ahli Majlis Penasihat memiliki pemfokusan tugas tertentu iaitu Pengurusan dan Strategik, Penerangan dan Multimedia, Penyelidikan dan Pendakwahan, dan Kebajikan dan Kewangan bagi membantu Lembaga Pengarah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan secara lebih efektif. Sekiranya perlu ketiga-tiga lagi ahli Majlis Penasihat juga dilantik ketika Mesyuarat Agung Surau Perdana UTHM secara demokrasi sepertimana Pengarah Majlis Penasihat.
5. SKOP TUGAS MAJLIS PENASIHAT
Memberi nasihat dan panduan kepada Lembaga Pengarah dalam menjalankan tugas di samping memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar mematuhi misi dan visi organisasi.
Majlis Penasihat akan memangku peranan Lembaga Pengarah setelah tamat tempoh perkhidmatan dan akan berkerjasama dengan Ketua BKE untuk melantik ahli Lembaga Pengarah yang baru atau mengadakan Mesyuarat Agung untuk memilik ahli Lembaga Pengarah yang baru.
Memastikan kesinambungan gerak kerja organisasi dapat diteruskan oleh barisan kepimpinan baru melalui perlantikan Lembaga Pengarah.
Memantau perjalanan dan pengurusan organisasi agar selari dengan kehendak dan matlamat penubuhan organisasi.
Bertindak mencadangkan atau melantik individu-individu yang berkelayakan memikul tanggungjawab-tanggungjawab tertentu dalam organisasi terutamanya sekira berlakunya perletakan jawatan atau mengadakan atau menguruskan perlantikan keseluruhan organisasi mengikut keperluan apabila organisasi difikirkan tidak berfungsi mengikut objektifnya.
6. MAJLIS LEMBAGA PENGARAH
Majlis Lembaga Pengarah adalah satu majlis yang menguruskan Surau Perdana UTHM, majlis ini juga dikenali sebagai Unit Surau, BKE. Majlis ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan dibantu oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Mesyuarat Agung atau dilantik terus oleh Majlis Penasihat. Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada arahan-arahan tertentu oleh Ketua BKE.
7. SKOP TUGAS MAJLIS LEMBAGA PENGARAH
Penasihat :
Memberi nasihat dan panduan kepada Lembaga Pengarah dalam menjalankan tugas di samping memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar mematuhi misi dan visi organisasi. Penasihat dibantu oleh empat orang ahli Majlis Penasihat yang membantu Penasihat dan Lembaga Pengarah dalam menjayakan misi dan visi organisasi disamping memiliki beberapa tanggungjawab tertentu. Majlis Penasihat akan memangku peranan Lembaga Pengarah setelah tamat tempoh perkhidmatan dan akan berkerjasama dengan Ketua BKE untuk melantik atau mengadakan Mesyuarat Agung untuk memilih ahli Lembaga Pengarah yang baru dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu selepas permulaan sesi pengajian rasmi UTHM.
Penyelaras :
Menyelaraskan ke semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Lembaga Pengarah agar selari dengan kehendak dan objektif BKE. Beliau juga akan menjadi pengerusi atau wakilnya dalam Mesyuarat Agung bagi melantik ahli Majlis Lembaga Pengarah bagi sesi tersebut. Beliau atau/dan Majlis Penasihat akan mengadakan Mesyuarat Agung untuk memilih ahli Lembaga Pengarah yang baru dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu selepas permulaan sesi pengajian rasmi UTHM.
Pengerusi :
Bertindak memantau dan membuat keputusan mengenai strategi dan halatuju organisasi secara amnya dibantu oleh ahli-ahli Majlis Lembaga Pengarah disamping menjalankan tugas-tugas umum sebagai Pengerusi organisasi. Juga perlu mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua BKE dalam membuat sesuatu keputusan dan aktiviti yang difikirkan perlu. Juga diberi peranan untuk melatih, membentuk, menyediakan calon-calon ahli lembaga pengarah untuk dilantik memimpin organisasi pada sesi yang berikutnya. Beliau akan menyimpan/memegang semua dokumen, peralatan penting, kunci dan sebagainya pada awal sesi bertugas dan seterusnya akan mengumpul semula pada akhir sesi bertugas. Kemudian menyerahkan semula semuanya kepada Ketua BKE sesi yang berikutnya atau kepada ahli Majlis Penasihat untuk tujuan memudahkan pengurusan pada sesi yang akan datang.
Timbalan Pengerusi :
Bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal dalaman organisasi yang melibatkan keagamaan, terutamanya menyelaras majlis bacaan yasin, ceramah, kuliah dan jadual solat disamping diberi peranan untuk membangunkan program-program keagamaan dan pendekatan rohaniah.
Setiausaha :
Membantu Pengerusi dalam menjalankan tanggungjawab disamping menjalankan tugas-tugas umum sebagai Setiausaha. Bertanggungjawab menaiktarafkan sistem kesetiausahaan organisasi dari masa ke semasa termasuk mengemaskinikan maklumat penganjuran aktiviti organisasi dalam smap-online dan menyediakan sijil penghargaan atau sijil penyertaan kepada ahli Lembaga Pengarah dan ahli Majlis Penasihat juga peserta-peserta yang terlibat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Bendahari :
Bertanggungjawab dalam menaiktaraf sistem kewangan organisasi dan menjalankan tugasan umum sebagai bendahari. Diberi peranan untuk mengetuai dan memperkasakan fungsi Tabung Permata agar jumlah sumbangan dapat dipertingkatkan disamping bertindak sebagai agen pengutip dan pengumpul wang juga bertindak dalam usaha membangunkan aktiviti-aktiviti yang mampu menjana ekonomi untuk organisasi. Pengarah Pengurusan :
Bertanggungjawab menyelenggara pengurusan organisasi terutamanya hal-hal bersabit pentadbiran. Ianya termasuk menguruskan urusan teknikal surau dalam usaha menaiktaraf kemudahan, menambahbaik hal ehwal pengurusan seperti mengemaskini data-data keahlian, borang-borang, pinjaman dalaman dan luaran juga kadar bayaran jika perlu, jadual tugas dan kebersihan, urusan pembelian atau pinjaman peralatan, permohonan untuk mendapatkan peralatan dan fasiliti baru, dan menjalankan sebarang tugas yang melibatkan urusan rasmi.
Pengarah Multimedia :
Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan gerak kerja bertujuan mewujudkan saluran perhubungan dengan masyarakat setempat. Beliau juga bertindak mengetuai unit penerangan yang meliputi urusan penerbitan majalah, risalah, banting, publisiti dan multimedia. Mengetuai dan menyelaras laman web, email, blog dan papan kenyataan organisasi.
Pengarah Kebajikan :
Bertanggungjawab dalam urusan kebajikan dan menjadi jambatan antara ahli Majlis Lembaga Pengarah dan masyarakat setempat. Diberi peranan untuk mengetuai Majlis Gotong Royong, Program Riadah, Program Ziarah dan aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan kemasyarakatan dan kebajikan yang selari dengan tuntutan dakwah.
Pengarah Penyelidikan :
Bertanggungjawab dalam memikul tanggungjawab organisasi sebagai pemikir atau think tank dalam usaha mendekati dan menangani isu mahasiswa-mahasiswi agar bersama mengimarahkan surau dan menjayakan program-program surau disamping memikul tanggungjawab menjalankan tugas-tugas khas yang diamanahkan oleh Pengerusi.
8. PENUTUP
Panduan Pengurusan Surau Perdana UTHM ini dirangka adalah bertujuan untuk memberikan panduan dan gambaran tentang pengurusan Surau Perdana UTHM secara asasnya. Panduan ini akan dan boleh dipinda atau diperbaiki mengikut kesesuaian dan keperluan semasa berdasarkan kehendak Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM di atas persetujuan Mesyuarat Agung Surau Perdana UTHM. Ini bagi memastikan kesinambungan pengurusan Surau Perdana UTHM dapat diteruskan dan dalam masa yang sama dapat dipertingkatkan prestasi dan mutu kerjanya bagi memastikan Pelan Strategik Surau Perdana UTHM tercapai.
Batu Pahat, 18 April 2009 -bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Biro Kerohanian & Etika (BKE) telah menganjurkan satu program yang dinamakan In Track See ‘09 – Menjelang Peperiksaan Akhir dan ‘Solat Hajat’ yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Di antara waktu maghrib dan isyak telah diadakan solat hajat dan disambung pula dengan tazkirah atau ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib yang juga merupakan Imam 2 Masjid Jamek UTHM.
Program ini dipengarahkan oleh Mantan Pengerusi BKE, Zuhdi bin Othman turut dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi dari TDI dan TF. Suasana begitu riuh rendah tatkala mendengar ceramah yang disampaikan dengan nada bersahaja oleh Ustaz Shahrir. Turut kelihatan di situ adalah Dr Mustapha bin Ibrahim yang merupakan Pengetua Kolej Kediaman TDI. Turut kelihatan barisan pimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman yang baru.
Program berakhir dengan pesanan dari Ustaz Shahrir untuk memelihara solat serta akhlak dan berharap program ini patut bermula dari awal semester dan bukannya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
Bicara Iman JUMAAT
Yazri dan Iruwan Bicara permata
SABTU
Dzul Hilmi dan Aizat
Tadarus Al-Quran
AHAD Hilmi dan Rizal
SKOP TUGASAN
melipatkan sejadah, mengemas dan membersihkan surau.
memastikan surau berada dalam keadaan sempurna.
menyelia aktiviti yang dijalankan di surau sepanjang hari tersebut.
Visi :Menjadikan Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail sebagai surau contoh diantara surau-surau kolej kediaman dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi mewujudkan persaingan sihat disamping mampu mempertingkatkan imej Islam melalui dimensi organisasi dan pentadbiran kerana Allah s.w.t.
Misi :Membangunkan dan menyediakan sistem juga suasana surau yang kondusif ke arah menghasilkan surau yang mampu menarik pelbagai latarbelakang untuk bersama mengimarahkan surau dan secara langsung melahirkan modal insan yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta berakhlak melalui kewujudan lembaga pengarah surau dalam usaha menjayakan visi surau.
Matlamat Organisasi :Mewujudkan sebuah organisasi Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang berkonsepkan keluarga sesuai dengan konsep persaudaraan Islam, dimana setiap ahli lembaga pengarah diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang saling bekerjasama, bantu-membantu, nasihat-menasihati, tegur-menegur dan berkasih sayang atas dasar kejujuran, keikhlasan kerana Allah s.w.t. dan diterjemahkan dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.
Objektif Organisasi :Menjana pemikiran kreatif dikalangan ahli lembaga pengarah untuk merancang, merangka dan menganjurkan aktiviti sama ada bergerak secara berkumpulan atau tanpa perlu bergerak secara kumpulan meliputi aspek penerbitan, dakwah, sukan, akademik, multimedia dan komunikasi.
Konsep Organisasi :Menjadikan aktiviti berorganisasi sebagai satu ibadah kerana Allah, dimana setiap saat dalam menjalankan aktiviti bersama Surau Perdana KKTDI sama ada dalaman atau luaran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung berpaksikan niat kerana Allah s.w.t. Dimana setiap aktiviti yang dijalankan tidak mensasarkan pujian, penghargaan, balasan dan ucapan terima kasih melainkan keredhaan Allah s.w.t.
PAK KHALID JAAFAR & REVOLUSIONER?
-
Bicaraku buat Pak Khalid Jaafar melalui blognya, “sesungguhnya saya amatlah
menghargai karya murni anda. karya ini tidaklah keterlaluan jika dianggap
revol...
Catatan Hujung Mei 2011
-
Alhamdulillah, selepas setahun bekerja secara kontrak di Kumpulan IKRAM Sdn
Bhd akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung khidmat di sini. Rezeki yang
datan...