Malam Rabu 13 Oktober
2007, seorang wanita berpakaian serba putih dan bertelekung muncul di hadapan
saya. Wajah wanita itu sungguh cantik, manis dan berseri-seri. Di dahinya
terpancar satu cahaya bersinar. Bau badannya begitu mengharum.
Siapa wanita itu? Saya
tidak pernah melihatnya sepanjang hayat. Wanita itu menegur saya dan memberi
salam.
“
Assalamualaikum! Lela nak jumpa mak? Mari ikut saya,” pelawa wanita itu.
Mendengar pelawaannya,
saya sangat gembira. Saya amat rindu pada ibu. Ibu meninggal 44 hari lalu
ketika berusia 66 tahun. Sejak itu saya sering berdoa agar Allah memperlihatkan
keadaan ibu di alam barzakh. Saya saying ibu, saya mahu dia bahagia di sana.
Saya tidak sabar untuk
bertemu ibu. Selepas beberapa ketika, wanita itu membawa saya menunggang seekor
burung yang sangat besar. Bulu burung itu putih bersih.
Kami terbang begitu
jauh. Saya dapat lihat gunung-gunung dan sungai-sungai yang mengalir. Semakin
lama terbang semakin jauh saya dibawanya.
Akhirnya saya tiba di
sebuah tempat. Saya tidak tahu di mana tempat itu. Lutut saya menggeletar.
Badan saya berpeluh-peluh.
Sekitar kawasan itu
saya lihat lantainya daripada api merah yang menggelegak seperti lahar gunung
berapi. Kalau diletakkan besi, nescaya cair. Suhunya sangat panas.
Di situ, bergema suara
berjuta-juta manusia terpekik meminta tolong. Jeritannya amat menggerunkan.
Saya lihat, beribu-ribu orang wanita sedang menarik-narik rambut mereka sendiri
hingga tertanggal kulit kepala.
Bila tertanggal, rambut
mereka tumbuh semula dan kulit bercantum kembali. Perbuatan yang sama dilakukan
berulang kali.
Saat itu, mereka
meraung-raung memohon ampun kepada Allah. Saya Tanya, kenapa mereka jadi
begitu? Wanita yang membawa saya beritahu, itulah seksaan kepada wanita yang tidak
menutup aurat.
Saya berpaling kea rah
lain. Di suatu tempat, saya lihat ada beribu-ribu orang lelaki berjalan
menggunakan tangan, kepala ke bawah dan kaki ke atas dalam keadaan bogel.
Kepala mereka menggelegak akibat haba lantai yang panas.
Lelaki berbogel itu
terlolong-lolong memohon ampun kepada Allah. “ Ampunkan aku ya Allah, ampunkan
hamba-Mu!” pekik mereka.
Mendengarnya badan saya
terus menggigil. Hati saya menjadi takut. Saya menangis, tidak sanggup melihat
azab yang begitu dahsyat.
Wanita tadi memberitahu,
itulah seksaan kepada lelaki yang melakukan zina. Seksaannya sangat dahsyat,
saya tidak mampu melihatnya lagi.
Sekeliling saya masih
bergema suara manusia menjerit dan meraung-raung meminta tolong. Saya lihat,
beribu-ribu lelaki bertempiaran lari kerana dikejar oleh seekor ular berwarna
hitam ang sangat besar.
Apabila lelaki-lelaki
ini tidak berdaya lagi untuk berlari, ular besar itu terus membaham tubuh
mereka. Ular itu merenyuk-renyuk tubuh mereka sehingga hancur sebelum
menelannya.
Di saat itu terdengarlah
pekikan mereka memohon ampun kepada Allah kerana dosa mengambil rasuah ketika
di dunia.
Badan saya menggeletar.
Langkah saya berasa lemah. Seksaan yang ditunjukkan itu amat menakutkan.
Tiba-tiba, saya terdengar seorang lelaki memanggil nama saya.
“
Lela tolong! Aku terseksa! Tolong aku, Lela! Sakittttt!!!” pekik lelaki itu.
Saya cuba mencari suara
itu, tapi tak jumpa. Tapi suara ity saya kenal. Lelaki itu budak kampong saya
yang meninggal dunia beberapa tahun dahulu. Berkali-kali suara itu memberitahu,
dia diseksa. Azabnya terlalu pedih.
“
Lela, tolong! Aku tak tahan diseksa! Pedih!Sakit!Tolong!!!” pekik lelaki itu
pada saya.
Saya menangis lagi.
Saya amat takut melihat azab yang diterimanya. Kalau boleh memang saya mahu
menyelamatkan budak itu, tapi saya tidak tahu dia di mana. Hanya suaranya saja
yang dapat saya dengar.
Kemudian, saya
diperlihatkan lagi pemandangan beribu-ribu manusia sedang minum nanah seperti
lahar gunung berapi yang menggelegak. Apabila mereka minum, hancur leburlah
segala isi tubuh. Jasad mereka kembali seperti asal dan perbuatan itu
diulang-ulang.
Saya tidak berani
bertanya kenapa mereka diseksa seperti itu. Tapi saya rasakan itulah seksaan
kepada mereka yang minum arak.
Di suatu tempat lain,
saya melihat beribu-ribu wanita mencucuk besi panas ke mulut merekahingga
tembus kepala. Mereka terjerit-jerit meminta ampun kepada Allah. Saya
diberitahu, itulah seksaan kepada mereka yang memfitnah dan mengumpat.
Badan saya menggeletar.
Saya menangis. Saya tidak mampu bertahan lagi, apatah lagi di suatu sudut, saya
nampak ada seorang wanita yang berperut buncit sedang mecakar-cakar perutnya
hingga terburai segala isi di dalamnya.
Ketika itu, keluar
seorang bayi dari perut wanita berkenaan dan terus mencakar-cakar tubuhnya
hingga hancur. Wanita itu hanya mampu terpekik terlolong menahan sakit. Saya
diberitahu, itulah azab perempuan yang melahirkan anak luar nikah.
Di suatu kawasan lain,
saya melihat pula beribu-ribu orang lelaki dan perempuan sedang menyebat tubuh
sendiri menggunakan rantai dari api hingga hancur segala isi tubuh. Mereka
melakukannya berulang kali sambil memohon ampun kepada Allah.
Saya tidak berdaya lagi
untuk melihatnya. Di situ terlalu ramai wanita yang diseksa berbanding lelaki.
Seksaannya amat dahsyat dan mengerikan. Mereka melolong serta terpekik-pekik
kesakitan. Badan saya dibasahi peluh. Saya menggigil dan….!!!
Saya tersedar dari
mimpi. Saya amat takut. Muka saya pucat. Badan saya menggeletar. Suami saya
hairan melihat kelakuan saya. Dia bertanya, apa yang berlaku sampai saya
menggigil ketakutan.
Saya beritahu suami,
tadi saya bermimpi diperlihatkan manusia yang berdosa diseksa. Tapi dalam mimpi
itu, saya belum bertemu ibu. Adakah ibu juga sedang diseksa?
Sebenarnya ibu saya
meninggal dunia pada 31 Ogos 2007. Malam itu, merupakan malam ke-44, kematian
ibu. Malam itu pula, saya bermimpi melihat manusia diazab. Adakah mimpi tadi
merupakan tanda-tanda ibu saya juga sedang diseksa?
Saya berdoa agar Allah
ampunkan segala dosa ibu. Janganlah ibu diseksa kerana saya amat menyayangi
ibu. Berilah kebahagiaan dan keseronokan kepada ibu.
“ ya Allah selamatkan
ibuku. Ampunkan segala dosanya,” berkali-kali saya berdoa kepada Allah. Saya
ketakutan, saya bimbangkan nasib ibu di sana…
ESOKNYA, MALAM KHAMIS,
saya bermimpi yang sama. Wanita itu, masih membawa saya ke tempat manusia
menerima seksaan. Tapi di mana ibu? Saya Tanya wanita brkenaan, di mana ibu
saya ditempatkan? Adakah ibu juga diseksa? Tapi wanita itu hanya diam. Saya
tersedar dari mimpi.
Lusa, malam Jumaat,
wanita cantik itu muncul lagi dalam mimpi saya dan mahu membawa saya ke tempat
yang sama, namun saya menolak ajakannya. Saya tidak sanggup melihat manusia
diseksa.
Ketika itu, barulah
wanita berkenaan berjanji membawa saya berjumpa ibu. Apabila dia berkata
begitu, barulah saya setuju mengikutnya. Dalam mimpi itu, saya dibawa ke suatu
tempat yang amat cantik.
Keindahannya tak
terucap dengan kata-kata. Tiada perkataan yang mampu melukiskan betapa indah
tempat tersebut. Tiada pemandangan di dunia ini sepertinya.
Sungainya mengalir
jernih. Ada sungai berwarna putih mengalir seperti susu. Sekitarnya ditumbuhi
pohon-pohon rendang. Buahnya begitu lebat. Burung-burung berwarna putih bebas
terbang.
Segala yang ada di situ
semuanya boleh dimakan. Apabila kita terlintas untuk makan sesuatu, tiba-tiba
muncullah apa yang difikirkan.
Tapi, saya masih
tercari-cari ibu. Adakah ibu saya ditempatkan di taman yang permai ini? Ketika sedang
mencari-cari itu, tiba-tiba saya lihat ada beberapa orang lelaki sedang
bergurau senda di bawah sepohon pokok rendang.
Mereka diapit oleh
gadis cantik bak bidadari. Dahi gadis itu luas dan bercahaya. Bibir mereka
merah seperti digincu dan berkilauan.
Pakaian mereka semuanya
berwarna putih dan bercahaya. Apabila lelaki memakainya, mereka kelihatan
begitu tampan.
Di bawah pokok rendang
tersebut, saya lihat seorang lelaki sedang berbual-bual dengan bidadari. Lelaki
itu sangat saya kenal. Dia merupakan bekas imam di kampong saya.
Peliknya, wajah imam
itu tidak dimakan usia. Wajahnya sekitar 30tahun. Mukanya bersinar-sinar. Imam itu
hanya tersenyum kea rah saya. Dia kelihatan begitu bahagia dan gembira.
Saya terus berjalan
mencari ibu. Dari jauh, saya lihat ada seorang wanita maju kea rah saya. Makin lama
makin dekat. Saya terkejut. Sah! Wanita itu adaah ibu saya. Peliknya, wajah
ibu muda, berseri serta bersinar-sinar. Ibu
tersenyum manis memanggil saya.
“
Lela, mari dekat mak,” panggil ibu kepada saya.
Kami berpelukan. Saya amat
rindu pada ibu. Ibu beritahu saya tak perlu risau, dia bahagia di alam barzakh.
Ibu berpesan pada saya, sekiranya mahu datang ke situ, ikut segala perintah
Allah. Jangan tinggal sembahyang, puasa dan berpegang kuat pada al-Quran.
“
Nak, ingat janji Allah itu benar belaka. Syurga dan neraka itu benar. Janji al-Quran
itu benar. Balasan pahala dan dosa itu benar. Ikut segala perintah Allah. Tinggalkan
segala larangan-Nya,” pesan ibu pada saya.
Selepas berbual, ibu
minta diri dan berlalu pergi. Saya cuba mengejar, tapi ibu terus hilang dan
saya tersedar daripada mimpi.
MALAM ITU sekali lagi
saya menangis terharu. Saya gembira bertemu ibu. Saya juga gembira mendapat
tahu ibu bahagia di alam barzakh.
Sebagai anak paling
rapat, saya tahu semasa hayatnya, ibu selalu bersedekah, menolong jiran-jiran
apabila kesulitan. Ibu juga suka memberi nasihat. Ibu seorang yang kuat
beribadah.
Mungkin sebagai balasan
atas segala ibadah yang dilakukan itu, Allah bahagiakan ibu di alam barzakh. Segala
pesan ibu supaya taat oada erintah Allah dan menjauhi larangannya akan saya
turutkan.
Saya juga mahu
sampaikan pesanan ibu kepada semua manusia. Ingat! Janji Allah itu benarbelaka!
Syurga neraka itu benar. Balasan dosa dan pahala itu benar.
Ikutilah segala
perintah Allah dan jauhilah segala larangannya. Insya-Allah, kita semua akan
mendapat tempat yang bahagia di alam barzakh. Kalau kita mencari syurga,
ikutlah lorong menuju syurga…
# Salah sebuah kisah yang dimuatkan dalam buku seperti gambar di atas "Tunjukkan aku jalan ke syurga"
# Buku yang turut berada dalam simpanan saya. Sangat memberi pengajaran dan seronok untuk dibaca.
# Moga kita termasuk salah seorang daripada hamba-hamba Allah swt yang mendapat Rahmat-Nya sahabat sekalian. Insya Allah, aminn
# Moga kita menjadi penghuni Syurga yang dijanjikan oleh Allah swt. Insya Allah, aminn