Pages

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

Menu Untuk Bayi


Assalamualaikum...

Kali ni SUEperb MaMa nak kongsi resepi untuk bayi lagi sekali...

Senarai 4 menu ni.. sue sediakan utk Nur Sufi Hadaina (anak pertama)

 
 
 
 
Menu utk anak kedua ni lagi senang, semuanya sue sediakan dlm bentuk goreng...
senang dan cepat!!
 
 bahan2nya sgt senang :
 
minyak zaitun...
harga nya boleh tahan mahal lah..
750ml RM28 hingget..
kalu setakat nk goreng sayur tu mampu lah..
kalu nk guna utk goreng keropok memang mampusss lah kannn...
 
sue gunakan perasa utk menu setiap hari dgn perasa semulajadi yg berbeza..
contoh perasa yg sue buat adalah salah satu dr senarai dibawah ni..
- goreng brokoli biar sampai garing
- goreng kubis biar garing
- goreng ubi kentang biar sampai garing 
 - gorang bawang putih biar sampai harum
 
semua goreng2 ni guna minyak zaitun..
minyak ni sgt penting utk si kecik kita sbg pelincir utk buang air besar...
 
inilah perasa yg sue buat utk Hanana..
jadi, setiap hari Hanana akan rasa menu yg berbeza2..
walaupun dr sayur yg sama..
 
sue tak guna garam atau gula utk makanan bayi..
biarkan bayi rasa manisnya sayur tanpa bahan perasa..
 
jgn risau takut makanan bayi tak sedap sbb tak de garam..
bayi akan makan buburnya selagi bayi tu blm pernah rasa makan sedap selain menunya..
tp.. bila bayi kita dah start mkn yg ada perasa.. confirm dia tak nak buburnya.. :)
 goreng sayur tadi sampai garing.. kemudian masukkan air..
!
!
blander
!
!
2 tapaware utk ke rumah pengasuh..(utk pagi dan ptg)
satu lagi sue simpan kat rumah utk mkn malam..
simpan dlm peti ais tauuu...
 
lenyek nasi putih 1/3 dari sukatan puri kat atas..
biasanya sue bg 1 sudu besar shj..
pastu gaulkan dgn puri kat atas tu..
 
tadddaaaaa... menu ini utk Nur Sufi Dhiahanna..
Nyummy2 sodapnyaaaa...
 
 Sekiannnnnn... perkongsian..
Resepi Utk Bayi dari SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...

INNER TERMURAH DIPASARAN

Monday, 26 August 2013

Khasiat Susu Ibu


Assalamualaikum...

semalam cucuk 3 serangkai utk Nur Sufi Dhiahanna.. puteri kedua sue.. check up bulanan hanna dgn doc pakar... segala persoalan tentang bayi.. memang sue soal yg pakar lah... hmmm... bayaran pun memang pakar lah... sekali service +  sekali cucuk utk 3 serangkai ke tiga RM150... hihihi

yang bagusnya checkup ngan pakar ni... jawapan setiap persoalan kita terus terjawab...
pastu doc cek perut anak samada bengkak atau tak... pastu check paru2..


persoalan sue???
ramai yang salah faham tentang penyususan bayi.. terutamanya "FULL BREASTFEEDING"

"Doc, saya nak susukan anak saya sepenuhnya susu badan selama setahun boleh tak?"
"tak boleh mama.."
"kenapa tak boleh?"
"Full breastfeeding ialah selama 6 bln shj, selepas 6 bln mesti campur makanan kaborhidrat utk pembesaran bayi... bayi takkan cukup zat sekadar menyusu badan selepas 6 bln... nak tak nak kena bagi makanan tambahan.."
"Dalam al quran menyebutkan susukan bayi sekurang-kurangnya 2 tahun tu bermaksud SUSU BADAN + MAKANAN TAMBAHAN (spt bubur utk bayi)"
"yup, mama... kalau mama bagi susu badan shj saiz perut bayi tak membesar sbb perut bayi cuma terima air susu shj tak ada pepejal (karbohidrat)... zat dalam susu badan tak cukup utk menampung keseluruhan pembesaran bayi, yang dimaksudkan FULL BREASFEEDING tu.. susu badan sepenuhnya tanpa susu formula. bkn tanpa makanan"
"oooo..saya takut nak bagi makanan kat bayi... sebab takut sembelit mcm kakaknya.."
"Allah tak jadikan insan tu dua serupa mama... kalau kakaknya sembelit... adiknya belum tentu sembelit mama"
"yea tak yea jugak.."hahaha
"kalu mama rasa takut utk bagi makan bubur... takut perut bayi terkejut... mama boleh mulakan dgn bubur yg sgt cair dan dicampur dgn serat"..
"saya terbaca dlm fb... ada yg susukan bayinya sehingga 2 thn tanpa makanan lain"..
"yg dlm fb tu mama... dah di tambah sekilo garam... kalu mama terbaca boleh percaya 0.000001% shj yea..." 
"Lurp"
"berat anak u ni normal... betul2 line tengah... so.. kalu mama nk lengah bagi makanan pepejal boleh lah sampai ke umur 7 atau 8 bln... jgn sampai setahun yea.."
"ok doc, tqvm..."

Alahai Adik Hanana... cayang bucuk mama... bucuk2 mmuahhhhh!!!

rezeki Hanana hari ni... Alhamdulillah..

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:

akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.

Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

-Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

-Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

-Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.







Selamat menunaikan tanggungjawab seorang ibu... dr SUEperb MaMa!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Wednesday, 24 July 2013

Mengendalikan Bayi Ekzema

Dapatkan segera ---->>> Rack Baju Simple


Assalamualaikum..

Entry kali ni sue nak kongsi cara menguruskan baby eczema...
kebiasaan doc pakar kanak2 beri gelaran pd kanak-kanak eczema "Puteri Lilin atau Anak Mahal"

kos penjagaan bayi eczema ni memang tinggi...
anak sue yg pertama doc beri gelaran Anak Mahal
anak yg kedua dpt gelaran Puteri Lilin

hmmm... sbb dua2 ada eczema..

memang duit banyak habis kat perubatan kulit lah...
macam2 doc dah jumpa.. pantang org ckp "doc tu bagus utk perubatan baby eczema" kami pun berkebuk jumpa doc tu... pang pung.. pang pung...habis RM 100... tak jadi ape... tukar doc lain pulak... cam tulah yg kami ikhtiarkan... tanpa jemu..

sehingga sue jumpa ngan Doc Afifah di KMPC kajang... Doc pakar kanak-kanak..

 
ini lah keadaan kulit muka Hanana kami.. kesian..
asyik merengek jea tak selesa...
 
 kami bawak jumpa doc pakar kanak2 kat KPMC kajang..
 .......................................................................
idea doc ni memang bernas... bijak... bijak...
 
"mama... anak awak puteri lilin... puteri lilin memang high mentenain yea mama.."
"ahha doc... dah mcm2 krim dan sabun saya cuba... tak de perubahan pun"
"okey... skrg ni... mama cuba krim yg paling basic... kita tak payah nk guna brand yg mahal2 yg branded2 tu... kita pegi ke basic krim jea... Afficort + Aqua.. mama kena campurkan kedua2 cream ni di tempat ada eczema dan di tempat yg tak de eczema... boleh dipakai kat seluruh badan termasuk kepala..."
"oooo... okey doc.. kulit kepalanya cepat kering dan keruping la doc"
 "saya nasihatkan cukur rambutnya... kecuali kalau mama rajin nk membelek2 utk di cuci ngan krim"
"alahai... tak sampai hati nk tengok gurgurl sy ni botak... so, sy potong pendek jea la..."
 
dlm kepala sue... berkesan ke krim yg murah ni...
ikhtiar jea lah... dah pakai krim yg mahal2 semua tak jadi...
sebamed la.. cetaphil la... mcm2 lah...
tak de perubahan punnnn... kulit makin kering ada la...
 
 
 lepas 3 ari pakai krim tu... Alhamdulillah...
kulit Hanana semakin pulih...
 
 kulit dah elok... siap boleh main jeler2 lagi...
 
kami high mentainen!!!
 

sekarang??? Alhamdulillah... licin elok kulit muka My Hanana...
tambah lagi picture ni dah diedit oleh Cik Sue nya...
confirm licin lerrrr.... hahaha...




 
inilah ghuper krim tu haaa...
 
 
sabun pulak... sue pakai sabun buds..
Alhamdulillah serasi ngan kulit diorang..
 
bg ibu yg menyusu... memang kena jaga pemakanan..
tak boleh mkn makanan laut...spt kerang.. ketam... udnag.. sotong..
apa yg berkaitan dgn seafood lah...
 



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

ROSSEcouture

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
  • Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
  • Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
  • Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
  • Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.


http://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema#ixzz2a1m4B0xF



Sekian sudah bicara pasal Ekzema dr SUEperb MaMa!!
tak semua yg mahal itu berkualiti... dan tak semua yg murah itu tiada kualiti..
tata.. titi.. tutu...

Monday, 22 July 2013

Yoga Untuk Bayi

Assalamualaikum...

Entry kali ni sue nak kongsi cara yoga utk bayi...

nak tiru yoga ala-ala org putih ni... memang tak sampai hati lah...
http://www.anehdidunia.com/2013/02/mengerikan-cara-yoga-untuk-bayi.html



bukan setakat baby yg termuntah...
sue yg tengok ni pun hamper termuntah..
pening weiii..
dipusing2... dilipat2...
ohhhhh... tidakkkkk...
 

jadi kita Yoga Al Ghazali lah...
iainya akan lebih berkesan dari sudut rohani dan jasmani...

sambil nyanyikan zikir tu..
sambil urut badan si kecil anda.....
jika si kecil tak de response..
 
ulangi lagi...

 sampai lah si kecil anda bg reaksi yg positif...
 
Surah Ra'ad : Ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”.
 Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:
1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq


Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud:
‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’
 
dlm blog ni.. ada video daina berzikir menyebut Allah.. Allah... Allah...
semenjak lahir... sue selalu zikirkan Allah... Allah... Allah... ditelinga Hadaina.

 utk si adik pulak sue zikir yg panjang sikit...
sbb sue tengok si adik lebih agresif dr kakak...


inilah kasihnya seorang ibu...
Dodoian Ibu...

 

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga!!!

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pe...rtolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Thursday, 18 July 2013

Nilai rambut bayi yang dicukur

Assalamualaikum...

entry kali ni adalah sambungan entry sebelum ni... iaitu ---->>>
---->>> http://sueperbmama.blogspot.com/2013/04/cukur-rambut-bayi.html

jom kita layan SUEperb MaMa agihkan sedekah mengikut nilai emas rambut Hanana..

ini gambar hanna yang dah tumbuh rambut baru...
setelah sue timbang rambut yg dicukur dlm nilai emas RM360... Hanana lahir ketika emas tengah mahal... memang meloncat lah nk membayarnya... hahaha..


haiii... Allah dah gantikan rambut baru utk saya!!!
 
wajah baru dgn style rambut baru!!!
 
si kecik Hanana ni memang suka senyummm...

senyum lagiiii... chakk!!

eh2... gelak pulakkkk...

amboiiii... sukanya dioooo...


kepada siapa kita nak agihkan duit tu?
senang jea... utk lebih sekata penerimanya...
sue sponsor makanan ringan utk tetamu ketika kenduri kawin kakak ipar sue..
jadi... boleh dikatakan sekampung terima sedekah dr nilai rambut Hanana..
hehehe...
 
belilah jajan...
 
paper bag ni... asben sue yg sponsor..
inilah pengantinnya...
 
memang meriah kedurinya...
 
pengantin malu2... hik3..

kalu dah jadi pengantin... tak kiralah tua ke... muda ke...
memang malu2... kikiki..
............................................................................................

biarlah sue simpan kenangan komunikasi si kecil kami kat sini yea...


 




sekian sudah... perkongsian cara pengagihan nilai rambut bayi style SUEperb MaMa!!
tata... titi...tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Friday, 19 April 2013

Breast Pump Spectra Dew

Assalamualaikummm... ari ni sue nk kongsi pasal penyusuan susu ibu...

nyusukan hanana sambil menonton nasi lemak kopi o pagi tadi...
terdengar topik  : kemurungan ketika dlm pantang..

apa yg dibincang dlm topik tu... salah satu sbb murung dlm pantang... "stress tak dapat menyusukan bayi"...  "buah dada bengkak susu"...  "susu tidak mencukupi"... "bayi menangis tak mahu susu ibu"...

ini pengalamn sue dlm menyusukan bayi..
anak pertama dan anak kedua... anak sue memang suka melekat kat tetek... kalu boleh nk menetek jea 24 jam... nk tercabut pinggang dibuli daina dulu.. nak tidonya pun kena menetek dulu... risikonya... melalak sebulan ketika hantar rumah pengasuh..

sue pengadu kpd doc pakar kanak2..
"anak sy nyusu badan sampai 2 jam... nk patah pinggang sy dibuatnya..."
"susu badan 10 minit -15minit setiap buah dada...kalau anak u isap betul2 susu akan kering..."
"abih tu kenapa anak sy asyik cari susu jea... tak kenyang kot..."
"bkn xkenyang... dah jd tabiat... tetek u dah dibuat mcm puting plastic... kira mcm baby u dah buli u la..." hahaha
"haaaa!!!"
"u bg susu 10minit setiap belah... pastu pujuk jea spy jgn buli u lg.."
"huhh!!! Hadainaaaaaaaa!!!!!"

utk anak kedua ni... no.. no.. no... jgn buli mama lagi...
Adik Hanana ni ada kerenah mcm kakak dainanya jugak... nyusu sekejap jea... lena... pastu bila di letak kat tilam... nangis nk susu... bila disusukan balik... susu dua tiga teguk... lena balik... mcm tu lah sampai ke sudahnya... dr mlm ke siang... dr siang ke mlm...

kali ni sue tak layan dah "badi tetek" tuh!... sue dah dpt idea dan diiktiraf oleh doc pakar kanak2...
sue nyusukan direct 5 minit jea... utk aktive kan susu... pastu sue akan bg susu ibu guna botol...
bila bg guna botol kita nampak kuantiti yg diminum oleh bayi dan  bayi pun betul2 kenyang... hanana akan senang sendawa... mama pun tak patah pinggang..

bayi yg minum susu ibu... ada 2 ketegori :
1) bayi rajin
2) bayi malas

bayi rajin - akan menyusu direct sehingga susu ibu kering dan si bayi pun kenyang ...
bayi malas - minum susu ibu dua tiga teguk, pastu tido... lepas 15 minit tido... nangis nk susu lagi.. mcm tu lah tiap2 masa.. yg penatnya si ibu... sikit2 kena selak baju.. baru nk mkn.. anak nk susu... blm siap mandi.. anak nak susu.. memang stress...

Hanana di ketegori bayi no 2.. hehehe... malasssss...

kalau minum susu ibu direct.. bayi kena guna tenaga utk menyedut...
kalau guna botol... susu akan mengalir sendiri tanpa di sedut.. nak tak nak bayi akan telan dan sambung sedut kalu terlena kejap2 tu....

cara pengurusan bg bayi no 2...
hmmmm.. kalau salah step ni, kita sangka bayi tak cukup susu/xkenyang dgn susu ibu... sbb asyik mintak susu... sebenarnya bkn x cukup susu... pengurusan kita dlm menyusukan bayi tu kena ubah... drp direct ke botol susu dgn cara mengepam...

org tua2 zaman dulu xde pump... bila dpt bayi ketegori no 2... si ibunya akan bagi air nasi atau susu pekat manis yg direbus dahulu... zaman skrg dah ada pump... baik kita gunakan kemudahan teknology yg Allah bg pd zaman kini... (idea tetang breastpump ni dtg dr Allah)

sue pilih Spectra Dew - sbb nk guna kerap..
yg ni standard hospital... tahan lasak...
sejauh mana ia melasak tu... "hasbunallahawanikmal wakil"

jika susu ibu jenis yg susah nk keluar lebih baik pakai yg ni...
hmmm... ada jugak yg sayang duit nk beli pump sbb ratusan ringgit...
jom kita buat kira2..
kalu kita beli susu formula yg murah... kos susu formula 3 bln dah sama harga breastpump...
kalu kita beli susu yg mahal mcm frisolaq... sebulan setengah dah sama harga dgn breast pump sue.. RM590 termasuk accessories...
kalu si suami tak de duit sedebok... kongsi2 beli...
kalu si suami xnak kongsi... belilah dgn duit sendiri..
semoga dgn pergorbanan ni... Allah gantikan dgn rezeki yg lebih berkat... Amiiinnn..
 krn "menyusukan bayi itu satu kewajiban bg seorang ibu"


 pump sambil berdoa... :)

sue amalkan Habbatus sauda'
sbb ada hadis menyatakan kelebihannya...
"Kekallah kamu dengan Habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit, kecuali As-saam (mati)" (Riwayat Bukhari)
jadi... kalu ibu2 mengalami masalah kurang susu...
jom kita ikhtiar dgn habbatus sauda'

ini contoh sue pump baru sekejap sakni...
belah kanan dpt 2oz... belah kiri dpt 2oz sekali pump..
pump biar betul2 keringkan buah dada...
bila sue bg susu direct kat hanana... sue tengok hanana x kenyang...
bila di pump dpt 4oz...
bila sue bg kat hanana guna botol... hanana cuma minum 2-3oz shj...
masih ada lebihan susu...
jadi, kenapa kita kata tak cukup susu????
makin kerap pump... makin kerap kita kosongkan buah dada...
Allah akan supply lg banyak...
itu yg dinamakan "Demand and Supply"
Allah akan supply mengikut kuantiti yg kita supply ke anak kita...
byk kita supply ke anak kita... byklah Allah gantikan susu yg baru..
itu sbb... kalau kita topup dgn susu formula... kurangkan breast milk..
Allah pun kurangkan supply susu. makin lama makin kuranglah kuantiti breast milk....
nauzubillah...

ini raut wajah hanana bila dikejut dr tido...
utk paksa minum susu...

"Assalamualaikum sayangku hanana... bangun la minum susu... bangun lah sayang...
asyik tido jea nanti lapar..."
baru minum 5 teguk dah lena balik...

okey3... hanana senyum tanda menang...
sbb mama paksa minum susu tak bejaya...
"tido lg best la mamaaaaaa!!! oyessss!!!" :)  
hmmmm...


ari ni sue berpantang ke 39.... x sabar nk kuar jalan2 esokkkkkkkk!!! nk round2 pasaraya... nk mkn burger king... nando's... kari mamak... nyumm3.. nk beli selipar baru... handbag baru... purse baru... hihihihi... berangan jea.. mcmlah duit tu byk ssangat!!!
kalu dah dlm pantang ni... mkn nasi putih seperiuk pun tetap lapar... sbb spikology nya... yg lapar tu sebenarnya keinginan utk mkn makanan spt biasa... bkn mkn lauk org sakit atau lauk org pantang...



sekian sudah perkongisian penyusuan susu ibu style SUEperb MaMa!!!
selamat mencuba... tata...titi...tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

Sunday, 14 April 2013

Bayi kuning


Assalamualaikum pembaca blog sueperb mama!!!...

Entry kali ni sue nk kongsi pengalaman bayi kuning yg berpanjangan...
hari ni hari yg ke 35 sue berpantang... Nur Sufi Dhiahanna tak abih2 lg kuning... bila ditekan kat kulitnya masih keluar kuning lg...

jom ikuti perkembangan kuning bayi kami!!!!

masa mengandung kan hanna... sue amalkan minum susu kambing... sbg ikhtiar utk bayi tidak kuning...
tp itulah takdir Allah... kita hanya berusaha.. Allah yg tentukan hasilnya... kami diuji dgn hanna mengalami kuning yg berpanjangan... "hasbunallahawanikmal wakil"

masa hari ke 8 selepas kaliharannya... Tahap kuning hanna "14" bersamaan "238"
nurse kat kpmc suruh masuk wad.. kami bincang punya bincang... ikut pengalaman yg Daina dulu...
kalu masuk wad time rendah nanti kena masuk lagi sekali... sbb sue berdarah O Daina berdarah AB...
jadi kami buat keputusan x masuk wad.. dah balik rumah 3 ari... nurse dtg rumah.. membebel2 suruh ambik darah kat klinik kesihatan... hari yg ke 11 tinggi kuning hanna cecah "17" bersamaan "305"..
doc paksa utk masuk wad jugak... so, kami putuskan masuk wad kat kpmc sbb keesokkannya ada kenduri akikah...

 kalu masuk wad kat hospital kerajaan... kami xboleh bawak balik hanna pd hari kenduri...
masuklah wad kat kpmc 3 ari 2mlm... jumlah bil RM513. tak pelah... janji tuan punya majlis ada dlm majlisnya... hihihi

ini wad kanak2 kat kpmc

hanna isap jari memikirkan nasibnya tido tanpa pelukan mama...
"aku nk melalak sekuat ati mlm ni... tanda protes kat mama dan ayah..."

sayang hanna... jgn nangis yea... hanna kena kuat tau..
mama dan ayah balik nk wak persiapan akikah hanna..
esok kami ambik hanna...

ayah balik dulu yea... 
mama dah letak hanna tu...
mama dah tak toleh2 kebelakang dah...
kalu toleh kang... tak jd balik mama... :(

hari pertama hanna masuk wad kena lampu atas bawah...
perghhhh... mcm kena panggang anak mama nih...
ketegori kuningnya sgt tinggi nk banding dgn usianya dah 11 ari..
sepatutnya hari yg ke 11 kuning dah abis...
hanna pulak... tak turun2 kuningnya...
mcm2 petua mama dan ayah ikhtiarkan spy hanna tak masuk wad..
sebenarnya mama tak sampai hati nk tengok hanna tergolek sorang2 dibawah lampu yg silau tu...

mama dan ayah mandikan dgn bunjut cina la...
mama minum air glokus la...
mama mkn buah anggur la...
mama minum susu kambing la... 
kuning hanna masih di tahap "305" selama 3 ari... tak nak turun langsung...
akhirnya mama terpaksa serahkan pd yg pakar jugak...
nurse ckp... hanna menangis teruk mlm tu...
mama dah agak dah... sbb hanna minum susu ibu... dah 11 ari hanna cium bau badan mama..
tiba2 kena tinggal... mau tak melalak...

hari kedua guna lampu atas jea..
sbb kuningnya dah turun ke "238"..
apa pun tetap tinggi... sbb hari ke 13 sepatutnya kuning dah hilang...
kena ambik darah lg pd hari ke 20... kuning hanna masih lg "205"

bila hanna dah sebulan kuning masih lg '205'c 
apa lagi.. doc pakar pead kpmc arahkan utk ambik darah 3ml kat lengan dan bg sample air kencing... 
melalak la hanna.. utk test ni RM140...

darah yg diambil td utk cek jika ada masalah kat hati atau ada jangkitan kuman kat mana2 organ lain...
kecur hati mama bila dengar doc ckp mcm tu...
time ambik darah tu... mama x sampai ati nk tengok... 
ayah yg temankan hanna ambik darah...
mama jaga kakak daina kat luar...

perbezaan darah adalah punca kuning hanna..
sue darah O.. hanna darah A+

selain tu... sue ada ambik ubat utk sembelit...
sue xsedar langsung ubat ni adalah herba...
kandungannya kunyit... halia... lengkuas...hmmm mcm2lah... 
hadoiii... hari ke8 baru sedar benda ni adalah herba..
tak nak mkn ubat hospital kononnya ada bahan kimia...
rupa2nya termakan herba lah pulak...
hmmm... lari mulut rimau masuk mulut buaya... uhhukk3..

hati ibu mana tak remuk bila tengok anak masih kuning ketika usianya cecah sebulan....
result darah dan air kencing pulak kuar dlm masa seminggu...
tak putus2 mama berdoa spy anak mama ni sihat..


12 apr.. kami ke kpmc.. utk ambik result hanna..
rasa berdebar mengalahkan nk ambik result SPM...
bila dah jumpa doc pakar..
...........................................
" Rossuzilawatey.... anak u normal"
"betul ke doc??? tp billirubinnya tinggi sampai 16?"
"anak u kuning di sebabkan breast milk (susu ibu)... kuningnya akan turun dlm masa 30 ari hingga 40 ari.."
"Alhamdulillah Ya Allah.."
"jadi... mama jgn risau... jgn bg mkn apa2 kecuali susu ibu shj... jgn jemur... jgn bg madu.. sy ulangi... anak u kuning yg normal.. tak bahaya"



Alhamdulillah... dah dpt tahu kuning hanna kuning yg tak bahaya... 
baru lah tidur mama lena... makan mama pun kenyang....
terima kasih Ya Allah...

total bill kali ni RM83..


jom kita ikuti artikal tentang bayi kuning...


Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.
Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.


Apa Itu Jaundice (Kuning)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).


Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Apakah Penyebab Lain Jaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).
Antara penyebab lain :
* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)


Adakah Jaundice Merbahaya?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Rawatan
1. Terapi lampu (phototherapy)
Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-
* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.
ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Cahaya Matahari vs. Phototherapy?
Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun…” atau “buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari….”
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
* Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
* Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
* Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
* Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah
* Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah
* Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.





sekian sudah perkongsian bayi kuning berpanjangan dari SUEperb MaMa!!
tata... titi.. tutu....


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture