Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Exam, Example, Examplest!


Assalamualaikum Tuan!

Weekend tiba lagi. Namun yang menariknya, weekend ini terletak pada MonthEnd (hujung bulan), manakala YearEnd (hujung tahun) pula semakin hampir. Aku telah mencipta perkataan baru yang mungkin saja bisa memesongkan aqidah bahasa Ingeris anda. Abaikan.
Hujung tahun amat sinonim dengan 3 perkara. Musim perkahwinan, musim cuti sekolah, dan pastinya, musim peperiksaan.

IMG_8691 copy

Melihat pelajar mengambil peperiksaan membuat aku mengimbau kembali masa-masa aku belajar dahulu. Tidak sangka dahulu aku pernah duduk seperti mereka, menjawab soalan yang entah apa-apa, dan berjaya melepasi semua itu dengan jayanya walaupun kerap gagal bercinta.

Mungkin tips ini berguna. Sebelum keluar dari rumah untuk pergi menghadapi diktator kejam yang bernama peperiksaan, pastikan anda mendapat restu kedua ayah bonda. Kucup tangan dan pohon ampun dan doa dari mereka. Pastikan ini dilakukan. Cari mereka sampai dapat. Di mana sahaja, cari. Tapi kalau ibu bapa anda sedang bertugas sebagai angkasawan di bulan, tidak mengapalah.Angel

Sunday, January 9, 2011

Selamat Pagi Cikgu


Assalamualaikum
[Bila bersendirian, Ilham pun datang]

Minggu ini sesi persekolahan telahpun bermula. Ya aku tahu sekarang hujung minggu. Tapi sumpah aku taip post ni pada 3.1.2011. Betul ni tak tipu. Hari ni aku hendak bercerita pasal keajaiban menjadi seorang guru. Kalau rajin boleh la layan cerita aku ni. Kalau tak mahu pun tidak mengapa.

Seperti kebanyakan guru yang dipostingkan di kawasan luar bandar, aku juga tidak terlepas dari cabaran dan dugaan. Mungkin jika masuk rancangan ‘Bersamamu’, aku boleh mendapat kutipan derma tertinggi. hahaha. Ekceli biasa saja sebenarnya. Waktu aku kecil dulu hidup lagi sengsara. Saja mahu menggempakkan keadaan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk tinggal di sebuah rumah yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Ye lah, kami orang jauh, tiada kenderaan, gaji belum masuk, dan kacak. Jadi opsyen terbaik ialah tinggal sehampir mungkin dengan sekolah. Agar kami mampu untuk pergi berkhidmat dengan mudah dan lebih bersemangat mendidik anak bangsa. Walaupun hakikatnya, kami malas bangun awal. Tinggal dekat ni boleh tidur lama sikit.

27.12.2010. Kami tiba di sekolah bersama beg besar akademi Fantasia untuk tinggal di rumah tersebut. Dengan bantuan Penolong kanan Hem kami, rumah itu berjaya dibuka dan dengan lafaz Assalamualaikum kami memasukinya.

Jika anda seorang gadis, anda mungkin menangis.
jika anda seorang Ibu, anda mungkin lebih kuat menangis.
Jika anda seorang Ustaz, anda akan menggeleng kepala sambil beristighfar.
Jika anda seorang penagih, anda akan cakap ‘Home sweet home!’
Dan jika anda menjadi kami, anda akan tersenyum kerana anda seorang yang cool dan penyabar.

Namun disebalik senyuman itu terdapat hati yang merintih. Rasa sedih pun ada, rasa lucu pun ada. Tapi apa yang pasti, jika anda sanggup membiarkan seorang manusia tinggal walau satu malam di rumah tersebut, kezaliman anda sudah setaraf dengan Raja Namrud si Firaun itu (Aku bergurau saja, don’t take it serious ok)

IMG_6592
Ini ialah kucing. Aku banyak berkongsi masalah dan berbual dengan kucing ini ketika kami kebosanan disana.. Nampaknya dia begitu memahamiku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!