Assalamualaikum
Tajuk post adalah petikan dari status FB rakanku. Sangat menarik untuk difikirkan di kala lapang. Apalagi ketika anda melepak di beranda rumah sambil menghisap rokok malboro yang diseludup. Fuh.. *Rokok membahayakan kesihatan*
Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat anda semua diluar sana. Semoga bulan mulia ini menjadi platform untuk kita semua menjadi hamba yang lebih humble, dan bukannya hampeh. Ikhlas dari saya dan isteri. (Masih mengumpul duit untuk mendapatkan Isteri sebenarnya).
Puasa. Satu kewajipan yang jatuh wajib kepada seluruh umat Islam dan terkandung sebagai salah satu elemen dalam rukun Islam. Dalam erti kata mudahnya, jika tidak mahu masuk neraka, berpuasalah anda wahai sahabat.
Selain ganjaran pahala, apakah yang membuatkan puasa ini seronok? Banyak! Kamu semua pun tahu kan. Tapi jika kita melihat dari kaca mata mereka yang tidak puasa, mungkin apa yang mereka rasa itu tidak sama dengan insan berpuasa. Ya.. kaca mata mereka jenama Ray Bann. Mereka berbangga dengan kaca mata mereka walhal ianya dibeli di pasar malam sahaja.
Bagi mereka berpuasa adalah lebih sengsara dari mengikuti pertandingan tarik tali di bawah panas terik. Lebih menyusahkan dari membuat assignment rakan, dan lebih memenatkan dari mengira butiran pasir di gurun Sahara.
Yup..Tarik tali. Akhirnya aku berjaya mengaitkan apa yang aku cuba sampaikan dengan gambar yang aku ada. Yeah!!