Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Tokek, Tudung Maksiat, & Gay


Assalamualaikum

Tamat sudah cuti sekolah. Semua terasa pemergian cuti. Pelajar sekolah gelisah untuk menempuh hari esok kerana banyak kerja sekolah belum siap. Tapi dalam masa yang sama sungguh excited untuk bertemu rakan kerana banyak benda dalam seminggu ni mahu di ‘share’ bersama rakan. Tapi ingat, berhati-hati ketika berkumpul dan bercerita. Silap langkah kamu mungkin akan dilempar botol.

Ibu bapa pula, pada hari ini sibuk menguruskan anak. Check rambut, buku, baju, dan kasut. Adakah semuanya lengkap dan mencukupi. Rambut yang panjang akan dipotong. Baju yang kusut akan diseterika, dan kasut yang rosak akan diganti. Namun ramai ibu bapa terlepas pandang akan satu perkara. Cuba lihat ke dalam lubuk lubang telinga anak anda. Sudah dikorek atau belum? Ya. Ramai yang masih tidak menyedari akan pentingnya menyingkirkan inti roti kaya yang terdapat di telinga anak-anak anda. Amat tidak manis jika dibiar bertakung disana. Apalagi yang sudah mula meleleh. Nice! (aku bercakap ni berdasarkan pengalaman melihat muridku juga)

So apa kaitan dengan tajuk entry pada hari ini? Tiga benda di atas tu merupakan keyword yang paling hangat di blog aku. Walaupun blog ini tidaklah sehangat mana, tapi keyword tertinggi tetap ada.

Tokek. A type pf creature that suddenly become famous around the globe. aku ada buat dua entry merapu yet informative pasal makhluk ni. You can check it out HERE and HERE.

Tudung Maksiat. Ni yang aku pelik. Aku pun tidak tahu bila aku taip pasal benda nih. Dari pemahamanku, tentu si pencari google ini ingin mencari info, gambar, atau lebih best lagi, VIDEO, pasal insan-insan jahil yang terlupa melucutkan tudung sebelum beraksi dihadapan lensa video 3gp. Am I right? anyway, check out this ENTRY..

Gay. Ni yang cek suka ni. Boleh tengok post aku yang INI. Semakin menjadi trend dan dilaksanakan dengan meluas dewasa ini. “Saya Gay, Saya ok…” Itu dia tagline yang boleh dijadikan visi sebuah syarikat. Haha. Untuk memeriahkan lagi entry pada kali ni, ni ada beberapa gambar yang kami amik beberapa hari lepas. This may look gay, but trust us, we are a good boyfriend to a cute and nice girlfriend of ours.

IMG_3064

Tuesday, November 16, 2010

Airport Lama, Tawau

Assalamualaikum
[Aku dapat posting di Sabah… Alhamdulillah]

Helo semua. Agak lama aku tidak memberi perhatian serius terhadap blog ini. Banyak agenda penganggur yang aku harus selesaikan. Tambahan pula esok lusa dah nak raya kan. Maka dengan itu, hari ni aku nak post gambar lagi. Kali ni kami ber-Outing di Lapangan Terbang Tawau. Yup..ia merupakan bekas Lapangan Terbang Daerah ini.

Kepada yang mempunyai memori berkapasiti tinggi, mungkin anda masih ingat peristiwa Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS)  yang mendarat di lapangan terbang ini, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak hujung landasan. Peristiwa berdarah itu berlaku pada 15 September 1995. Kematian dianggarkan dalam 34 jiwa. Al-Fatihah.

Ok mari layan gambar. Outing kali ni dijayakan oleh 3 karyawan amatur yang teratur. Kami semua sekelas dahulu haha. Tema : Potret

IMG_43481 copy


Oh ya.. Pada kali ni dengan rasminya aku akan menggunakan watermark baru. INFLULENSA.. Setelah banyak kali bertukar nama, macam orang tiada pendirian, aku akhirnya mengambil keputusan menggunakan nama ini. Ilham diperoleh ketika aku selesma. Sick smile Sick smile. In case kalau ada dah terguna nama ni, please let me know ok! Aku dah google. Takde. yeay!

Sunday, August 29, 2010

Mari MenYnap gambar budak....[DSLR mania]


Assalamualaikum
[Kerja lagi seminggu, then cuti raya weeeee~~~~]

Saya datang lagi. kini kita berada di pertengahan ramadhan dan hendaknya pada ketika ini kita dengan mudah mampu menahan diri dari perkara-perkara ekstrim yang boleh menjejaskan puasa.

Aku sebenarnya agak kecewa melihat sebilangan anak-anak muda di kampungku. siang bepuasa (kalau puasa la..), malam pula dihiasi dengan melepak bermain gitar dan mengganggu anak-anak gadis yang lalu lalang. lepak kat tepi masjid pulak tu. then siap main judi pulak tu~~ isk~~

Tapi yang menariknya, satu hari tu aku lalu kat tepi mereka. terdengar olehku lagu yang mereka nyanyikan dengan iringan gitar kapok mereka tu....

"Andai ku tahu....
Kapan tiba ajalku....
izinkan aku...
mengucap kata taubat padaMu..." 

Wah..pandai gak mereka nyanyi lagu mcm tu tatkala aktiviti mereka menggambarkan sebaliknya. aku bukan nak judge orang. tp lawak la pulak bila mereka yang selalu curi burung merbuk peliharaan ayahku nyanyi lagu keinsafan camtu. huhu...

Tadi time aku balik terawih, aku lalu lagi kat tempat mereka lepak. tetiba semua bertempiaran lari. cuak gak aku. sebab last time aku tengok mereka bertempiaran lari, mereka dah tikam sorang budak pakai pitik. Tapi tadi mereka lari sebab ada peronda rupanya. alahai lega~~~

Tuesday, August 17, 2010

Damai Kampungku... Kampung anda pula Bagaimana? [DSLR mania]

Assalamualaikum


[Nyamuk yang ramai membuatkan aku tidak tenang..garuu..garuu]

Hari ni aku masih ingin bercerita mengenai banjir di kampungku, kampong pasir putih, tawau. Ya sudah lama berlalu. Tapi masih banyak yang belum selesai nampaknya. Terutama pasal bantuan kepada mangsa.

Pagi tadi sewaktu aku ke sekolah, terlihat olehku dua poster di persimpangan masuk ke kampungku. Sebab aku dah terlewat, aku tak sempat la snap gamba poster tu. Apa yang tertulis?

Poster 1 : Undi BN…Dapat Banjir
Poster 2 : Banjir Datang..Pemimpin lari..

Something like that la. Bukan aku nak menyebarkan sentiment politik. Aku bukan orang politik. Juga bukan pelajar politeknik, dan membantah keras poligami tanpa persetujuan isteri pertama. Hak hak hak…

This is just something for us to think for a sec yeaa.. yang pastinya ketika aku balik ke rumah tengah hari tadi, poster tu sudah tiada.

Ok aku nak post gambar lagi hari ni.. kesinambungan outing kami sehari selepas banjir besar yang melanda kampung pasir putih hari tu. Kali ni, materialnya bukan dari kameraku, tapi dari kamera yang canggih 20 tahun ke dapan, my fellow hingusan boy, Enchek sanik. So kalau ada fren2 diluar sana nak cakap “Nice pic!!!”, bolehlah khabarkan ke blog beliau terus. Hehe.

ALL PICTURES ARE COURTESY OF SANIK

Sedikit mengenai beliau, Pelajar Master kat UTM, also a wedding photographer, dan beliau juga buka pada hari ahad. Macam Udani carpets. (Dia yang suh aku bagi credit nih..haih..)
Thats Me..Hero must come first rite?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!