Assalamualaikum..
Sebagai mukaddimah untuk hari ini, sebagai salah seorang warga pendidik, yang mana masih cuba untuk mendidik diri sendiri, ingin aku ucapkan selamat menempuhi PMR buat semua pelajar tingkatan 3 di serata Malaysia. PMR tidak susah. Dulu aku senang-senang sahaja dapat straight A. (ya Allah ampunilah hambaMu yang riak ini).
As mentioned in the title above, post hari ini adalah mengenai konsert 4 lagenda rock yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, pada 1 Oktober 2011. Akan ku hidangkan anda beberapa cerita ketika konsert itu, kehangatan, kehebatan, kemeriahan, dan tidak lupa juga kelemahan dan kecacatan untuk pengajaran kita bersama. And of course, pictures! that is what this is all about right! Bersama ini saya kepilkan beberapa keping gambar konsert lagenda rock itu orait!
The night’s performance was kicked off by Mas AF. Made in Tawau, and well known for her sate. Suara still bertenaga. Sedikit pertambahan saiz sememangnya tidak menghalang beliau dari beraksi ligat di atas pentas. Macam di KK!
*Maaf atas kelemahan kualiti gambar. Aku tidak pandai. Ampun.
Kemudian persembahan pembukaan, yang dihangatkan oleh sebuah band baru dari Indonesia, Point Band. Pertama kali melihat mereka, pertama kali mendengar lagu mereka. Well, agak catchy lagu-lagu yang mereka persembahkan. Ala-ala wali band, Ungu, dan Peter Pan. At least thats what I think. Not much of an Indonesian music supporter but I know their song is nice.
Itu jika kita amati lagu. Jika kita amati keseluruhan kualiti persembahan, mungkin agak mengecewakan. Kekurangan pengalaman mungkin antara sebabnya. Tapi bagi aku, sound system yang paling banyak menjejaskan kualiti.