Assalamualaikum
Salam perpaduan. Hows life? If anyone cares about me, I’m fine. Thank you.
Sebenarnya aku sedang mencari idea hendak tulis apa pasal Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung 24 Disember ini di Tawau, Sabah. Namun kudratku untuk menjana idea tidak selalunya memberangsangkan. Termenung dihadapan skrin, sambil ‘scroll’ ke atas dan bawah Wall Fb sahaja pencapaian terbaik yang boleh aku lakukan.
Bercakap mengenai Wall FB ni, sejak beberapa hari ini, isu yang nampaknya menjadi bual bicara ramai orang ialah filem Ombak Rindu. Sana sini pun Ombak Rindu. Popularitinya jauh mengatasi ombak tsunami dan rambut keriting yang berombak. Filem adaptasi novel sememangnya sangat mudah untuk tersangkut di hati penonton.
Frankly speaking, I don’t know a thing about that movie. Bila orang bercerita pasal Ombak Rindu, The only word that came across my mind was “Ong-Bak”. Nah ini baru filem! Anyway, Jika anda bukan jenis yang layan blogpost merapu, jangan teruskan pembacaaan anda, Yeah~~
*Segalanya hanya rekaan. Jangan diambil serius*.