Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

How to spent Holidays–For Dummies


Assalamualaikum


Dengan penuh rasa rendah diri dan sedikit takbur, ingin ku nyatakan disini bahawasanya, musim cuti sekolah sudah tiba. Meaning, pelajar sekolah sudah mula bercuti panjang. Termasuk juga guru-guru mereka, selagi mana mereka tidak terlibat dengan tugas-tugas sampingan lain seperti mengawas peperiksaan awam ataupu bertugas di sekolah.

Murid bercuti, well, its not a big deal. But getting paid for staying at home, is more or less like in heaven. Riak lagi disana. Maafkan aku. Namun tidak kira murid atau siapapun, cuti selama sebulan setengah tanpa membuat apa-apa tentunya teramat bosan, more or less like in hell.

So, what to do? Kepada yang punya 100 hektar ladang sawit dan 15 orang gaji di rumah, pergi bercuti adalah langkah terbaik. Namun bagi mereka yang makan KFC pun setahun sekali, itu pun dibelanja oleh rakan yang punya 100 hektar ladang sawit, tentu menghabiskan cuti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang biasa sahaja. Contohnya;

(A strong reminder : gambar hanyalah hiasan semata. Tidak sama sekali berkaitan dengan apa yang aku ceritakan ok!)

1. Bekerja

IMG_8994 copy

Masa itu emas. Namun masa tidak akan menjadi emas jikalau kita duduk sahaja. Atas prinsip ini, ramai yang keluar bekerja. Memaksimumkan penggunaan masa untuk mencari rezeki. Mereka yang bercuti panjang diiringi poket yang terasa panjang kerana tidak berisi, tentunya akan bekerja. Janganlah pula terlalu memilih kerja, jadi assistant manager ladang pun sudah cukup.Hot smile Kalau tidak pun jadi fotografer sambilan. kan?

Monday, March 14, 2011

Jika anda rajin berdoa, doakan aku sekali..


Asalamualaikum

Lumrah guru baru posting. Berfikir sedaya upaya bagaimana boleh dijelmakan gaji pertama itu kepada sesuatu yang boleh dilihat. Ye lah setelah diberi sedikit kepada ibu bapa, sedikit untuk belanja rakan, dan sedikit lagi untuk belanja gelfren kiutku makan resipi rahsia, sedikit untuk simpanan, tentu ada sedikit lagi untuk membeli sesuatu yang boleh dilihat.

Semestinya, sedikit duit akan dibelanjakan untuk mengubah penampilan. Alkisah pada suatu hari aku memasuki sebuah kelas. 2 Arif. Aku memakai baju baru, membuat rambut pacak-pacak, dan berkaca mata. (baju dan spek aku tu tak baru pun cuma baru pakai hari tu)

Hamdan : Wow cikgu!! Kacaknya cikgu hari ini!!!
Aku : Uik.. lancar membodek..
Hamdan : memang hensem cikgu.. mau jadi saya punya ipar ka?

Sorry bro. I might be broken but I’m taken. haha. Ya ternyata penampilan memang penting jika terpaksa berhadapan dengan sekumpulan pengebom berani mati 5 hari seminggu.

Menu utama untuk menjelmakan duit, semestinya dengan membeli kenderaan. Tidak kisahlah ada installment atau zero installment sekalipun. Yang pastinya ramai guru baru akan memiliki kenderaan baru.

Exora? Alza? MyV? Rush? VIOS? Just name it. Jika dahulu kami berhingus-hingus menunggu bas di tepi jalan, dan kini secara tidak semena-mena kami menaiki kereta. berkaca mata hitam, tingkap dibuka, siku letak kat tingkap, drive sebelah tangan dan hidung sedikit kembang apabila ada insan melihat. Nauzubillah minta dijauhkan.

Hakikatnya, bukan untuk menunjuk ok. Keperluan. Satu perkataan itu sudah cukup untuk menutup mana-mana mulut yang sedang menguap.

“buke nok nunjok.. bendo ni piyuk nasik kito..” kata seorang abang yang juga merupakan guru tempat aku prektikal dahulu. Oh ngak faham ya? [Bukan mahu menunjuk.. benda ni periuk nasi kita]

“Kitto boli ketto buke nak sesajjo.. kitto nak paka gi kijjo..” Katanya lagi. Masih tidak faham? [kita beli kereta ni bukan saja-saja. kita nak pakai pergi kerja] –To fellow bro and sis from Kelantan, sorry if I misUse the words..

On with the main point. Aku juga tidak terkecuali dari permasalahan ini. Cuma bezanya, aku ini insan yang agak teruja mengejar minat berbanding keperluan. Hasilnya, Separuh gaji habis untuk hobi, manakala yang selebihnya aku beli motosikal

Tu pun kena minta bantuan pembiayaan FAMA (Father & mother, to be exact..). Aiseh apa jenis anak aku ni.

So here it is, Honda 125 Ultimo berwarna oren. Dia kuberi nama Naruto.

IMG_8487

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!