Memaparkan catatan dengan label komunis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komunis. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2011 | | 0 ulasan

KOMEN-KOMEN PUAK PAS MEMBELA KOMUNIS

Berikut adalah komen-komen puak-puak PAS yang taksub gila kepada perjuangan komunis dalam FB Suara Dari Bumi (SDB) .Tindakan mereka ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka telah didoktrin oleh kepimpinan PAS untuk mempertahankan PAS dengan apa sahaja hujah untuk menyakinkan penganut mereka. Pastinya PAS sudah lama merancang bersama Mat Sabu dalam mengangkat komunis sebagai pejuang negara bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam PRU-13 nanti...Renung-renungkanlah komen-komen di bawah ini :

1.Ainna Zulaikha Mat Sabu berjaya membuka mata ke arah politik baru yang lebih segar, tidak kepada politik permusuhan walaupun kita sendiri sedar UMNO sendiri jalin hubungan dengan komunis.. Bila cakap dengan orang melayu konon2nya mereka penentang komunis.. berapa kerat sangat orang UMNO lawan british dan jepun jika hendak dibandingkan dengan komunis..


2Ainna Zulaikha Jika kita iktiraf komunis sebagai pejuang menentang inggeris adakah kita sudah tidak Islamis lagi.. Saya mengiktiraf Gandhi sebagai pejuang di India, adakah sy sudah mengiktiraf seluruh agama Hindu.. Adakah Hujah SDB sebuah hujah yang bernas atau pun cuma bersifat fitnah semata2.. Najib pernah memuji negara USA, adakah najib sudah mengiktiraf kristian ke dasar akidahnya??


3.Ainna Zulaikha Jika dikatakan Mat Indera adalah pengganas, SDB kena sama dulu kerajaan Johor kerana mengiktiraf mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan..


4.Ainna Zulaikha UMNO seperti lembu2 jinak british saja.. sudah tentu UMNO mengikut nada tuannya si British.. Rakyat dah makin celik sejarah dan menolak sejarah ala British yang digunakan UMNO sampai sekarang..


5.Ainna Zulaikha mahathir juga mengajak rakyat malaysia berkiblatkan jepun.. pernahkah mahathir fikir betapa kejamnya jepun dulu.. tapi kenapa yang ini SDB tidak menympah seranah Dr M kerana mengiblatkan jepun??? sebab itu sy cakap, cara politik SDB sudah ketinggalan zaman.. Zaman sekarang ini orang sudah boleh memaafkan orang yang sudah insaf.. Khalid ibn Walid adalah panglima tentera kuffar Quraisy yang membunuh tentera Islam.. Adakah nabi mencaci maki Khalid Ibnu Walid?? tidak..


6.Ainna Zulaikha Sbb itu gaya politik mat sabu adalah politik memaafkan.. kisah lama adalah untuk dijadikan pendoman.. Sy kira jika mahathir insaf, sy boleh menerimanya kembali.. kalau dia taknak insaf, sapa boleh terima.. itulah wajah politik sekarang.. Sebab itulah politik gaya SDB sudah tak diterima.. Pengundi saluran 1 mungkin masih terpesona dengan hujah perkauman UMNO tapi tidak kepada pengundi muda..


7.Ainna Zulaikha 
sy ada kefahaman sendiri tentang kemurtadan umat Islam.. sy tidak memusuhi peguam yang membantu mereka hendak murtad.. mereka ada tanggungjawab pada agama mereka.. kita kenalah Hormat.. Sbb saya sendiri membantu orang kafir masuk Islam, sy tak memusuhi mereka, mereka juga menghormati sy, sy kata jika mereka ada hujahm jumpa sy.. tapi sy tak memusuh mereka.. mereka tak lawan undang2 murtad.. tapi sy pelik, UMNO menentang undang2 murtad.. undang2 Murtad ni apa yang saya faham bukanlah untuk menghalang umat islam semata2 tapi untuk menjawab hujah umat islam yang nak murtad secara detail.. itulah sebenarnya apa yang Islam hendakkan.. Jika undang2 murtad ini digubal, sudah pasti umat islam yang hendak murtad perlu menjalani undang2 murtad.. peguam2 adalah mereka yg menuntut keadilan untuk anak guamnya bahkan penjenayah paling jahat didunia pun diberi peguam.. adakah kita mahu salahkan peguam?? undang2 malaysia yang benarkan murtad.. jadi jangan salahkan peguam..





Daripada hujah-hujah seperti ini, jelas sekali PAS telah mendoktrinkan umatnya kepada perjuangan komunis ala-PAS. Mereka sanggup mengiyakan apa-apa sahaja hujah pemimpin mereka. Sikap mendewa-dewakan pemimpin ini adalah sikap golongan khawariz... dan golongan khawariz tidak ada tempat dalam Islam.

Rabu, 14 September 2011 | | 1 ulasan

PEMBENTUKAN PERSEPSI KOMUNIS BERJUANG UNTUK ISLAM OLEH PAS MELALUI MAT SABU

PAS begitu terdesak untuk mendapat simpati orang-orang bukan Melayu terutama orang-orang Cina dalam memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan di Kelantan dan Kedah. Mereka tahu hubungan baik PAS dengan DAP telah menyebabkan sebahagian umat Islam mula menjauhi PAS. Dalam keadaan terdesak ini Mat Sabu cuba mengambil peluang mempopularkan dirinya dan membina persepsi rakyat bahawa perjuangan komunis juga tidak lari dari landasan Islam.
Ini jelas apabila Mat Sabu membayangkan bahawa Mat Indera & Rahsid Maidin adalah orang-orang alim yang perlu dibela. Alimkan mereka ini hanya kerana mereka mesih mengaku mereka beragama Islam. Dalam Islam ayat mana, juzud mana yang menerangkan adanya "ilmu Kebal".Tetapi bagi menunjukkan hebatnya Mat Indera ini, itu yang ketengahkan. Kalau betullah dalam Islam ada ilmu kebal, mengapa  Nabi Muhammad tidak mengajarkannya kepada para sahabat hingga para sahabat terpaksa mati syahid. Mereka yang mengamalkan tangkal azimat satu badan macam Mat Indera itu adakah berdampingan dengan Islam ataupun jin dan iblis. Bolehkah umat Islam berdampingan dengan iblis atau syaitan? Adakah mereka yang mengamalkan ilmu syaitan boleh kita anggap pembela Islam…fikirkanlah, jangan mudah terpedaya dengan cerita Mat Sabu…kerana jika terpedaya maka bodi terserah juga………………

Bicara sulong Suara dari Bumi..