Powered By Blogger

Friday, August 15, 2014

Inilah Rupa Pakatan Yang Tidak Sepakatan

Pakatan Rakyat boleh di ibarat menghisap rokok, sedap dan mengasyikkan pada awal permulaannya. Tapi apabila telah selesai dan tiada lagi berapi dan berasap, akan dibuang dan dilenyek-lenyekan oleh sipenghisap itu sendiri.



Krisis MB Selangor telah memperlihatkan  kepada kita semua kekuatan dan kedudukan sebenar PAKATAN RAKYAT  selepas PRU13berlalu.

Sekali lagi kelemahan dan kesilapan komponen party dalam Pakatan itu sendiri yang menyebabkan krisis ini berpenjangan dan terus melarat kepada isu pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dan seterusnya melucutkan kedudukanya sebagai MB Selangor.

Isu penggantian MB Selangor ini telah menampakkan ketidaksepakatan diantara PAS dan PKR. Isu ini telah nampak seolah-olah tiada kesafahaman dan kurangnya pakatan yang kukuh dalam penentuan keputusan ini. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan Pakatan nampak rapuh dan tidak kuat sejak dari dulu lagi.

Tidak seperti Barisan Nasional, apa saja kata Ketua mereka terutama dari mulut Datuk Seri Najib akan diakur dan dipatuhi tampa sebarang bantahan. Inilah kelebihan dan kekuatan Pakatan dalam Barisan Nasional yang dibina sejak lebih 50 tahun lalu yang menjadi tunjang kekuatan mereka kekal memerintah negara ini.

Barisan Nasional walaupun tidak lekang dari masalah dan krisis samada dalaman dan luaran, tetap boleh bersenada dan sependapat. Ini berbeza dari Pakatan Rakyat yang nampak sahaja bagai tidor bersama dan sebantal  tetapi sebenarnya mereka mempunyai masing-masing mimpi indah mereka sendiri.

Memang tidak dinafikan, PAS agak sukar dan tidak begitu mengizinkan mereka untuk mematuhi dan mengikuti nada dan irama dari selain yang berlandaskan Islam apatah lagi untuk mengikut lagu dan irama yang dialun PKR dan DAP

Percayalah,Pakatan hanya boleh bersama menentang BN tapi dalam masa yang sama mereka tidak akan boleh dan mampu untuk bersama menjayakan missi Pakatan yang terdiri dari perbagai kumpulan manusia yang mempunyai perbagai citarasa.

Selagi PAS yang mendakwa sebuah party yang berlandaskan  Islam tidak mempunyai ketua atau pemimpin yang mencontohi sepenuhnya gaya pimpinan nabi Muhamad SAW, selagi itulah mereka tidak akan dapat mengadakan pakatan dengan sebaiknya dengan mana-mana kumpulan atau boleh bersama dengan pihak-pihak yang tidak sealiran denganya.

Kesimpulannya, jalan ke Putrajaya nampaknya semakin jauh dan sukar untuk dituju, dan yang kekal nanti hanyalah Pakatan Pembangkang yang kuat bersemangat dan bersuara dimeja-meja bulat dan sudut sebagai modal menghangat bual bicara. Wallahualam

No comments:

Post a Comment