Showing posts with label Tips Kekeluargaan dan Hubungan Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Tips Kekeluargaan dan Hubungan Suami Isteri. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Review: One World Hotel, Bandar Utama, PJ

Bismillahirahmanirrahim

A.D dah jadi macam kakak Bella (dua pupu A.D). Tak bercuti ke mana-mana tapi stay hotel yang jarak nya tak lebih pun 50km dari rumah. 

Kalau korang rajin pergi shopping kat OU mesti tau hotel ni kan? Sebelah je dengan One Utama dan stesen tv Sri Pentas. Saya bukan kaki shopping. Pernah sekali je pergi OU. Hehehe.

6 Dec 2014

One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya
Moh kita intai apa ada dalam hotel One World 5 bintang ni???

A.D macam biasa masuk bilik hotel terus abum.. feeling gitu anak ummi.
Bilik yang selesa. 

Ada 7 biji bantal putih kesemuanya. Tak payah gaduh-gaduh pillow war.



Kat hujung tu ada L-shape sofa.
Adik saya tidur atas L-shape sofa. Saya 3 beranak atas katil.

TV besar macam 60" je.
Ha, yang bestnya lagi masa mula-mula masuk tv, api, aircond semua dah on. Kat tv tu siap ada greetings atas nama customer lagi.

TV dia.. 60 inci ke? Besar sungguh..


Moh kita tengok gambar-gambar lain lagi.

Gambar sarapan pagi kat One World Hotel ada satu ni je.


Eh.. kenapa tengah upload gambar tak nampak apa-apa ni?

Yang ni pulak gambar AD dan swimming pool berpisah tiada. Kami found out perkara ni sejak percutian di Gold Coast Morib dan De Baron Resort, Langkawi.









Bawah ni pula pemandangan dari bilik hotel. Tak cantik pun. Cuma nak bagitau yang ada di sebalik tu ialah TV 3 dan adik beradiknya.



I'm off to school, ummi. 

Sekian entri tertunggak selama 5 bulan.

Saturday, December 27, 2014

Kami Ber-3 di Langkawi

Bismillahirahmanirrahim

Dulu sebelum pregnant, saya pernah beli tiket flight utk ke Langkawi dengan hubby, mak & abah. Masa tu book tiket promosi Airasia, RM80 pergi balik seorang. Murah punya pasal, book la berbulan-bulan awalnya. Tiba-tiba... last minit tak dapat pergi. Burnt tiket saya dengan hubby. 



November 2014, alhamdulillah kami dapat ke Langkawi. Kali ni of course kami bawa A.D. Kami bertiga je. Dah takde book tiket flight awal-awal macam dulu. Takut wooo... Saya book 3 minggu sebelum tarikh kami bercuti, selepas kami suami isteri dengan yakin nye in-sha-Allah dapat pergi :)

So, dalam entri ni saya kongsikan pengalaman saya. Mana tau berguna sebagai panduan kepada parents yang merancang untuk bercuti dengan anak kecil atau baby.


Flight KUL-LGK

From Port Klang to KLIA. Kakngah tolong hantar sebelum masuk keje.
Best sangat sebab kalini dapat naik fligt MAS dengan total fare RM290 pergi balik untuk kami bertiga. Eh, murah lah kan? Harga asal RM250. Memikirkan percutian kali ni kali pertama kami bawa A.D naik flight, saya dengan hubby decided to pay for "pilih seat" pergi dan balik. Harga seat seorang untuk satu perjalanan, RM10. Two of us pergi balik, dah RM40. A.D (1 tahun 2 bulan), saya riba je. Tapi, masa flight balik ada satu seat kosong kat row kami. So, A.D was lucky dapat free seat :)

Of course kami bawa sekali susu anak dalam tin, susu dah bancuh dan termos air panas just in case nak bancuh susu anak lagi dimana-mana sahaja.


How was he during the journey? Baik saja. Tidur all the way long. Terjaga masa landing off. A.D mungkin keletihan sebab dah bangun 6 pagi. Ummi terbook flight pukul 9.45 pagi. Satu kesilapan besar sebab sampai Langkawi Airport pukul 10.45 pagi. Pusing-pusing pekan Kuah dulu sementara nak tunggu check-in pukul 3 petang! Time ni susu botol A.D pun dah habis :(

Untuk prosedur di lapangan terbang, boleh refer blog lain ye pembaca.

Kereta Sewa


Saya survey kereta sewa seminggu sebelum departure. Hasil survey saya decided contact Anoxtravel. Rezeki kami dapat sewa kereta murah. RM110 utk 48jam + extra 2 jam. Myvi lagi best. Aircond kuat, tingkap tak bocor, bersih. A.D selesa tidur kat seat belakang. Saje saya request auto padahal kami suami isteri boleh bawa manual. Aim kami percutian ni mesti relax sepenuhnya, no stress at all. 

De Baron Resort

Again, saya memang tak berani book bilik awal-awal. So, macam kereta sewa tadi, penginapan pun saya book seminggu sebelum departure. De Baron Resort, RM150 satu malam nett, book terus dengan pihak resort. Kami stay 2 malam. Resort ni terletak di Pekan Kuah. Pilihan yang bijak sebab bila bawa anak kecik ni, kene consider waktu anak nak tidur. So bila penginapan betul-betul dekat Kuah, kami boleh pegi shopping anytime. No rushing, no stress at all. Nak cari makan pun sonang. Terima kasih cikinadodocheng atas cadangan lokasi Kuah.
Anak ummi nampak je katil memang terus abum la dia.
Breakfast untuk bilik RM150 ni tidak lah mewah sangat, tapi alhamdulillah masih mengenyangkan untuk kami sekeluarga including our baby A.D. Ada 2 heavy meal - nasi goreng & mee/bihun, ada sosej/beacon, ada cereal & fresh milk, bubur nasi yang, ada fruits, puding/pancake hot drinks & juice. Yang penting, kat cafe tu terpampang sijil Halal by Jakim :)
Air pool dalam untuk ketinggian A.D. Papa dukung A.D. 
Ummi tukang ambil gambar je :)
Then, petang and the next morning kami bawa A.D mandi swimming pool kat resort tu. Pelampung lengan dengan pelampung itik ikut naik flight. Ummi siap bawak mesin pam lagi pam kat bilik resort. Tapi bila mandi tak pakai pun pelampung tu.

Oriental Village & Cable Car

On the first day, kami tak kemana-mana sangat pun melainkan pusing pekan Kuah. Lunch kat Kuah, tengok jeti Kuah, tengok bot, survey kedai coklat, malam beli coklat, tu je la. 

On the second day, lepas breakfast kami terus bergerak ke Oriental Village. Masa gerak tu dah hampir pukul 9 pagi. Tak boleh lewat sangat nanti panas, tak selesa. Susu anak dah siap bancuh, otw tu, kami sempat singgah kedai runcit belikan anak roti cream untuk kudap-kudap nanti. 

Beg hubby isi diaper anak, towel anak, baju spare anak, susu, air mineral, roti & chipsmore.




Gambar kiri bawah tu A.D tak sengaja tergelecek but still with style. Hehehe
Tak ada gambar atas sky bridge sebab tengah tutup untuk renovation.

Makam Mahsuri

Pergi Langkawi tak ziarah makam Mahsuri tak patutla pula kan? So, lepas lunch dekat kawasan kampung, kami ke makam Mahsuri. Nostalgic betul kisah Mahsuri ni. 



Kami sedekahkan al-Fatihah untuk Mahsuri di hadapan makamnya.

Dataran Langkawi

Lagi satu landmark Langkawi. Dari mana datangnya nama pulau ni kalau tak dari burung helang kan? So, tengah panas terik kami gaghkan juga la bawak anak ke Dataran Langkawi. Boleh nampak tak gaya A.D bergambar dah suam-suam kuku dah? Dah siap tarik tangan ummi ajak balik. Ajak wefie kejap pun tak nak dah.

Panas & keletihan.
 Dari Dataran Langkawi ni boleh nampak De Baron resort dengan jelas sekali. Tapi kenapa dari De Baron Resort saya tak nampak dataran? Hubby pun questioning the same too. Aneh ni. Pelik. Ke sebab silau matahari terbenam? Hehehe.

Kami sekejap je kat sini. Lepas tu terus balik bilik. Rehat kejap, solat, tak lama lepas tu bawa A.D mandi pool.

Plan kami malam tu nak jalan-jalan kat Pantai Cenang. Tapi, lepas Maghrib A.D terus tertidur. Tak sampai hati kami nak kacau anak kami tidur. Mana taknya, sepanjang siang tu A.D cuma tidur dalam kereta je. So, Cenang cancelled. Hubby keluar kejap je tapaukan dinner untuk kami.

On the third day, kami dah relax. Lepas breakfast, A.D mandi pool then kami dah bersiap nak check-out. Flight balik pukul 2.30 ptg. Sebelum pukul 12 lagi kami dah check-out bilik. Otw ke airport tu kami lalu Pantai Cenang. Tapi, lalu siang tak happening sangat. Sampai aiprort just nice, pukul 1 petang. Lunch kejap kat Marrybrown airport then dah masuk gate.

Since masa kami limited, our plan earlier to visit underwater world was cancelled. Since kami ada anak kecik, kami juga tak berangan nak pergi island hopping.

Alhamdulillah, percutian kami berjalan dengan lancar. 

Thursday, June 12, 2014

Pameran Motor & Kereta Yang Unik

Bismillahirahmanirrahim


Saya tak tau sebenarnya nama pameran ni. Tapi, serius ada banyak betul motor dan kereta yang klasik dan dihias unik. Hubby yang ajak ke sana. Jangan tak tau ye, suami saya memang minat sangat dengan all these motorbikes and motorcars too, I guess. Ikut je la ye tak? 




Kami pergi dah petang. Sampai sana lebih kurang pukul 4.30 rasenya. Jalan masuk Citta Mall sangatlah jem, ye. Kata Kakngah, Citta Mall ni kalau hari biasa memang lengang la. Haha saya imagine lengang macam Harbour Place, Klang.




Motor Ducati. Tak tau pun sebenarnya. Tengok logo yang ada kat motor tu.

 Masa kami sampai, pameran ni masih meriah dan sangat sesak. Mungkin sebab bertembung dengan jualan baju tempatan. Apakah pelik namanya? Macam buah-buahan la pula. Cuma ada beberapa kenderaan pameran yang dah balik. Tapi rasanya, bagus juga sampai lambat. Kesian kat anak.





Jarang kami anak beranak dapat bergambar bertiga. Kali ni sebab kakngah ada, dia yang ambil gambar utk kami.

Kami berempat :)

8 Jun 2014
Citta Mall
Ara Damansara

Thursday, April 10, 2014

Review: Nasi Arab D'arab Cafe Bukit Raja, Klang

Bismillahirahmanirrahim

Nasi arab oh nasi arab. Sedap dimakan bersama keluarga. He he.

Harini saya nak kongsi kisah kami sekeluarga (keluarga kecil kami) makan nasi arab di  Restoran D'arab Cafe dekat Bukit Raja, Klang. Kami pergi last week tapi, baru harini update.

A.D asyik pandang nasi papa je.

Restoran ni terletak dalam kawasan perumahan Bukit Raja. Bukan di town ataupun tempat komersil. Dekat-dekat dengan Batu Belah. Biasanya kami dari Bandar Sultan Suleiman ni akan lalu jalan Rantau Panjang. Sampai dekat Shell Batu Belah belok kiri (simpang sebelah Shell). Then jumpa traffic light, belok kanan. At the next traffic light, belok kiri which is sampai lot kedai dalam taman perumahan Bukit Raja. Siap bagi direction lagi tu. Hehehe. 

Rasanya kalau tanya orang Klang, belum tentu diorang tahu tempat ni sebab yang glamournya ialah branch nasi arab dekat Seksyen 7, Shah Alam. Pernah sekali kami makan kat Seksyen 7 tu. Tapi, rasanya branch Bukit Raja ni lagi selesa kot. Sebab kat sini bukan food court. Kat sini kedai lot tepi. Lebih kemas dan bersih. Harga pun jauh lebih murah daripada seksyen 7. Cumanya kat sini tak ada nasi manday.

A.D bagi Tupperware bubur kat papa. Minta papa isikan nasi arab. Hehe. Ceria je anak ummi & papa ni.

Maaflah tak ada gambar nasi arab. Ramai orang, segan nak snap snap gambar. Kalau nak datang malam minggu, kena datang awal. Kalau tak, habis. Pukul 9 malam pun dah kira lewat dah. Kami dah kena 2x.  Tak sempat parking kereta lagi Bangla tu dah datang cakap habis. Hehehe.

Memang best la makan nasi arab ni.

Kalau saya rajin nanti saya buat entri review pasal nasi arab Marakesh, Harbour Place pulak ye.

Thursday, March 6, 2014

Menghargai Pemberian dari Suami

Bismillahirahmanirrahim

Have you ever experienced, suami belikan sesuatu/hadiah untuk anda secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan anda? Yes, when a husband bought a present for the wife secretly. Neither for birthday nor anniversary. Iye lah, kalau hadiah dua event tu mesti dah boleh jangka kan? Ni yang hari biasa punya. 

Untuk para isteri yang tak pernah dapat kejutan macam tu, mesti rasa jeles kan? Mesti dalam hati cakap "Seronoknya lah.." Tapi, jangan pelik kalau ada isteri yang dapat surprise tapi tak suka. Sebab katanya tak kena citarasa. Isteri suka yang design macam tu, suami beli yang design macam ni. Isteri suka warna pink, suami terbeli warna hitam. Alahai, camner ye?

Tak apa, jangan gaduh-gaduh. Let's be a good wife and from now onwards, learn to appreciate our soulmate. Here are 3 tips for you to practise.

Tips No 1.
As a so called isteri-cerdik-yang-solehah, express our gratitude to Allah s.w.t for granting us a good husband who always cares and concerns about us. Bersyukurlah sebab dapat suami yang macam tu. Ye lah, tak semua suami ingat nak shopping untuk isteri waktu kita tiada di sisinya secara fizikal kan. Walaupun baru sekali je dapat surprise dari suami, masih kena bersyukur tau. Daripada suami kita tak ingat langsung?

Tips No 2.
Express your appreciation to your husband by saying thank you. Kalau nak peluk cium tu, buatlah. Yang penting, ucapan terima kasih. 2 simple words yet has the power. Barulah suami kita rasa sangat dihargai. Baca balik - sangat dihargai. Tak kisah lah walaupun gaji kita lagi besar dari suami, respek tu mesti ada. Apatah lagi kalau kita ni surirumah (macam saya la tu), tak kan nak banyak demand kot? Terima saja and thanks to him. Untung-untung lepas ni ada lagi surprise kan?

Tips No 3.
Jeng jeng jeng... gayakannya. Kalau mulut cakap suka tapi simpan je barang tu dalam almari sebagai hiasan tak boleh jugak. Kebiasaannya, orang yang bagi kita barang akan rasa seronok bila kita guna barang tu depan dia. Tudung ke, baju ke, brooch ke, handphone ke, oven ke, kereta ke.. guna lah. Vogue sangat? Pakai lah masa pergi kenduri kahwin atau dinner ke. Kan ok? Pernah dengar 'beauty lies in the eyes of the beholder'? Ha, macam tu lah. Trust me, your husband had tried his best to choose the best design and colour which match to your personality or interest. Di mata suami, itu lah yang tercantik untuk kita. Why must we concern with other people's say? Selagi tak melanggar hukum syarak, ikut lah cakap suami ye kawan-kawan. Erm, tak tau guna? Belajar lah. Belajar buat cookies, kek, roti. Tu lah hint dari suami sebenarnya. Senang je nak blajar. Ramai blogger kat luar sana yang willing share recipe. In Sha Allah kalau ada kesempatan nanti saya kongsikan resepi di blog ni pula.



 Tada... My husband's surprise. He bought a wallet last few days for me. Sebab dia dah serabut tengok wallet lama saya. Wallet tu tak banyak kocek nak simpan kad. Tu yang serabut katanya. Padahal dah 5 tahun guna wallet Vietnam Silk tu. Tak pe lah, suami dah belikan baru, guna je lah. Thank you hubby...