Memegang status bekerja dari rumah mungkin menjadi impian ramai orang.Tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita,sudah ramai yang sukses.Jika anda ingin memulakan usaha bekerja dari rumah,anda boleh memilih jenis pekerjaan(kerjaya)atau memulakan bisnes berskala kecil.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah atau mahu bekerja dari rumah,ebook di bawah sangat bersesuaian dengan anda.Ebook yang mengandungi semua maklumat dan panduan bekerja dari rumah.
PAKEJ WAHM SOHO BEKERJA DARI RUMAH
Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah.
Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah.
Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di
rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.
Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu
memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.
1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook
ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah.
Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar
sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan
bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang
ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.
2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang
Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati
ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan
pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang
ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya
adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.
3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan
Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu
yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan.
Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa
yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan
modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.
4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti
bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan
tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh
anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu
yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka.
Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik
dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi
memudahkan kerja rumah.
5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang
tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku
apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan
'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi,
anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot
yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat
kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan
kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk
melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan
dan sebagainya jika mampu.
6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu
suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang
masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di
waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan
dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian.
Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu
perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan
suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial
anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!
7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan
sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling.
Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita.
Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal,
tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca
Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari
seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk
kita.
8. Rawat Dan Rehat
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan
dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu
sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun
tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha
9. Cari Ilmu Baru
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau
juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus
atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial,
jumpa kenalan baru.
10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di
facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM
Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang
berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh
sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.
Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip
pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang
sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana
mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental
dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.
Cabaran paling besar adalah diri sendiri
>>Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari
diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana
berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan'
yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi mereka
yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi
membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.
Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
>>Pegangan saya - if you can dream it, you can do
it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita
terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang
berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan
(change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan'
sebaliknya mampu mengawal situasi.
Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
>>Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita
mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu
ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di awal hari. Banyak faktor
yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya
kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus
ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan
sebahagian dari masa
baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom
Pakej asas mula berkerja dari rumah merupakan pakej asas
bacaan awal untuk bermula.
Pakej Ebook (Kursus Asas Blog,Super Wahm Super Mom dan Panduan Mula Bisnek Butik Online/Offline)
RM110 sahaja
Sila klik butang di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
Pakej Ebook Belajar Asas Blog,Panduan Mula Bisnes Butik Offline/Online dan 101 Idea Home-Based Bisnes
Harga RM150
Sila klik butang di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA:
Ebook Super Wahm Super Mom,Belajar Asas Blog Dan 101 idea bisnes makanan
RM105 sahaja
Boleh buat bayaran ke :
Bank : Maybank
No.Akaun : 152189054155
Pemegang Akaun : Nur Balqis Qahira
Sila klik butang di bawah untuk membuat PENGHANTARAN SEGERA:
P/s: -
Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan
biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat
bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di
rumah.
No comments:
Post a Comment