Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1432. MAAF ZAHIR & BATIN


HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri (Arab : عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai  
Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. 
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia 
tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim dan lain-lain bangsa 
di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya 
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah 
(melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). 

Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, 
ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. 
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang 
hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah 
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. 
Zakat Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. 

Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa 
bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat AidilFitri dimulakan. 
Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri 
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. 

Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang 
kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka 
dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi 
lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan 
bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. 
Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari
(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri 
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.


SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

TULUS IKHLAS DARI :




1 ulasan:

  1. assalamualaikum.
    selamat hari raya kepada paklong sekeluarga.
    saya adalah graduan diploma yg baru saja tamat pengajian. sy cukup berminat dengan penanaman pokok stevia yg dikatakan mampu menjana pendapatan yg lumayan. sy ingin minta izin dari paklong kongsikan sedikit maklumat kepada sy tentang penanaman stevia secara komersial, dan konsep penanaman kontrak yg disediakan oleh paklong.

    p/s : asyraf.

    BalasPadam