HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri (Arab : عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai
Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia
tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim dan lain-lain bangsa
di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah
(melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan).
Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang
hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.
Zakat Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa
bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat AidilFitri dimulakan.
Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri
dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang
kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka
dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi
lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan
bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari
(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
TULUS IKHLAS DARI :